Mr. Podas

Archive for May 30th, 2008

PAKATAN RAKYAT DAN ISLAM HADARI

In Uncategorized on May 30, 2008 at 1:54 am

Terkejut ana bila diberitakan bahawa kerajaan Selangor telah mengharamkan semua program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari. Ana terpinga-pinga mencari relevennya pengharaman yang dibuat oleh Datuk Dr Hassan Ali , dilihat seolah-olah menjadi “dummy” kepada parti DAP yang sentiasa menentang usaha untuk memuliakan ajaran Islam di MALAYSIA. Kerana DAP adalah abang Long (kerusi paling banyak).

Ana tak faham kenapa Islam Hadhari yang dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat. Kita semua tahu bahawa pendekatan Islam Hadhari ditafsirkan sebagai cara-cara memajukan umat Islam dalam bidang budaya yang umatnya masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Adakah menyokong kelulusan Ladang Babi di Sepang dan kemudian mengharamkan semua program berkaitan dengan Islam Hadhari akan memberikan peluang kepada Datuk Dr Hassan Ali untuk dianggap sebagai pemimpin yang islamik. Adakah ianya akan menaikkan kembali imejnya setelah jatuh merudum akibat kes babi tempoh hari agar setaraf dengan ulama-ulama PAS yang lain.

Rasanya banyak benda-benda lain yang menjadi proriti kepada kerajaan Selangor selain dari menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat Selangor. Program Islam Hadhari setakat ini tidak pernah memberikan impak atau kesan yang buruk kepada rakyat malah memberikan pembangunan yang seimbang pembangunan negara. Janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Sepatutnya Kerajaan Selangor mestilah melangsaikan dulu segala janji menifesto mereka kepada rakyat Selangor, bukannya mencari alasan dengan mengutarakan isu-isu baru supaya rakyat boleh lupa janji-janji Pakatan Rakyat.

Dalam hal sebegini, DAP paling untung. Tindakan menangguk di air keruh telah menyebabkan PAS dan PKR bukan saja dianggap parti yang tidak berkiblatkan Islam malah dianggap bersekongkol dengan DAP dalam menjatuhkan Islam di Selangor. Apa yang boleh aku simpulkan ,Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) lebih takutkan DAP dari ALLAH SWT.