Mr. Podas

Archive for July, 2008

KENAPA KECOH-KECOH PASAL MUQABALAH UMNO-PAS?

In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:05 pm

Nampaknya ramai penyokong PAS mahupun UMNO melatah dengan cepat untuk mengulas mengenai muqabalah antara PAS-UMNO. Malah media arus perdana dalam konteks ini berjaya membuka isu ini seterusnya menggugat keyakinan penyokong PAS akar umbi yang tidak menyokong muqabalah diadakan.

Tu kira tak apa la juga sebab mereka semua nih memang ahli UMNO atau PAS.. Tapi yang aku tak paham .. si KARPAL SINGH .. Tak semena-mena dia pun nak terlibat dalam kancah kekalutan ini. Aku nak letakkan dia tu sebagai status apa ek?… PENYEBOK, ORANG TUA NYANYOK , HILANG AKAL atau apa??? Cuba describe kat AMBO…..

Perjumpaan PAS-UMNO bukan perkara baru, malah ketika zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pun iaitu ketika Ustaz Fadhil dan Tun M berada sepentas mengenai si Palestin & Kemanusiaan (sebelum perginya Ustaz Fadhil) mengapa kita tidak melatah ?

Malah sebenarnya DAP Penang juga bertemu dengan salah seorang pemimpin GERAKAN (kini bekas) iaitu DATUK LEE KAH CHOON untuk pegang jawatan dalam InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) mengapa KARPAL SINGH tidak melatah ?

Ketika PKR membuat perjumpaan dengan pemimpin BN Sabah, mengapa tidak dijadikan isu ? Adakah sah PAS telah menerima UMNO ?

Dalam isu perpaduan melayu sekarang, UMNO sudah hilang pengaruh dalam entiti kekuatan melayu. Kini PAS yang lebih kredibiliti untuk orang melayu jadikan payung dan relevanlah kalau UMNO yang menyertai PAS serta menerima konsep PAS dalam memperjuangkan melayu dan Islam.

Samada ianya polimik politik UMNO atau permainan PAS ianya tidak timbul. Yang penting aku rasa…salahkan UMNO dan PAS bermuqabalah demi menyatupadukan orang melayu semula. Dah la PAS sebelum ini sentiasa dipandang sebagai rakan kongsi kelas kedua oleh DAP dan PKR. APA juga saranan dan nasihat yang PAS berikan … bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Ingatkan kes tunjuk ponggong semasa perhimpunan PROTES. Sepatutnya yang patut bagi persembahan banyak per… USTAZ AKHIL HAI pun ada… ramai lagi pun ada.

Dah baper lama PAKATAN RAKYAT memerintah 5 buah negeri?. Aku tak nampak pun selama pemerintahan PAKATAN RAKYAT ni … ada ker mereka mendengar apa yang disarankan oleh PAS.. sekurangnya semua duit kerajaan negeri disimpan dalam perbankan ISLAM, bukannya conventional cam ada sekarang. Ada DAP dan PKR ikut????.. banyak la beb…. Susah aku nak describe …….

PAKATAN JAHAT RPK TERHADAP PUSRAWI

In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:00 pm

Bagaimana laporan perubatan dari PUSRAWI boleh tersebar luas di internet tanpa dibuktikan dulu kesalihannya?….. Konspirasi dan rancangan siapakah yang cuba memburukkan imej hospital PUSRAWI yang amat sinonim dengan imej ISLAM.

RPK, satu nama yang kononnya GAH dalam arena internet dengan artikel-artikelnya yang begitu pedas, panas dan berbisa. Dialah sebenarnya IBLIS bertopengkan MANUSIA yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti PUSRAWI di mata masyarakat, supaya PUSRAWI bungkus.

Apakah yang menyebabkan dia amat mengkagumi ANWAR IBRAHIM sehingga sanggup reka ( jika benar) laporan ini. Sehinggakan dia sanggup masuk penjara , janji ANWAR terbebas. Yang paling aku hairan .. kenapa baru sekarang laporan ini dikeluarkan?. Dan jika ianya benar/tulin , apakah pula balasan/habuan yang diterima oleh pengeluar laporan tersebut. BPR kena masuk nih….

Dengan tersebarnya laporan ini, PUSRAWI dilihat bagaikan tidak lagi bertanggungjawab dan berintegriti. Pelbagai tindakan susulan akan dikenakan kelak kepada PUSRAWI. Ini semua gara-gara RPK….. Jika hasil rekaan RPK ini bagi tujuan menjatuhkan reputasi PUSRAWI.. aku rasa ianya telah telah berjaya. Apa yang dok dengki sangat RPK dekat PUSRAWI…. Hanya kerana ANWAR , dia sanggup menjual maruah PUSRAWI….. Aku memang tahu RPK nih JAHIL pasal ISLAM tapi jangan la pula jadi pemusnah ISLAM.. cam ABU LAHAB.

Aku percaya , banyak perkara yang perlu diteliti sebelum mengakui bahawa laporan tersebut adalah tulin. Rasanya ..kalau setakat nak keluarkan laporan tersebut dan kemudian letak dalam blog.. siapa-siapa pun boleh buat. Dr Mohamad Osman tu pulak merupakan rakyat MYANMAR. Kenalah teliti dan buat siasatan apakah benar DR Mohamad Osman tu ditahan polis bagi mengarahkannya menukar laporan perubatan.

Aku rasa walaupun keputusan perubatan PUSRAWI. Yang pasti… keputusan dari PUSRAWI dah x leh diterima pakai lagi dan keputusan dari HKL akan digunakan kelak. Mungkin ANWAR rasa dirinya dah selamat.. tunyang dok kalut nak masuk bertanding…. Tak sabo-sabo ……. Gila Kuasa kan…..

KARPAL SINGH dan PAKATAN RAKYAT DAH MULA MELATAH….

In Uncategorized on July 28, 2008 at 8:00 pm

Sejak bila pula PAS nak kena minta kebenaran dengan DAP dan PKR untuk bermuqabalah dengan UMNO??.. Sebelum ini pun ada ker DAP dan PKR meminta kebenaran atau berbincang dalam memutuskan sesuatu keputusan.Banyak perkara yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT dibuat dengan membelakangkan PAS.

Pada masa itu, nampak sangatlah PAS bagaikan tersisih dari mata DAP dan PKR semasa beberapa program dan agenda yang mereka lakukan dengan mengenepikan PAS.

Bila PAS bermuqabalah dengan UMNO , tetiba kelam kabut KARPAL SINGH meminta supaya keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT dikaji semula dan patut dikeluarkan dari PAKATAN RAKYAT. Bertambah panas orang tua tu bila MURSIDUL PAS Datuk NIK AZIZ NIK MAT minta supaya PAS bubar dan UMNO bubar dan digantikan dengan parti lain yang lebih islamik. Fuhhh,… Macam tak boleh percaya pada pendapat KARPAL SINGH , kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KETUA PAS sendiri.

Aku dapat rasakan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa dasar dan matlamat perjuangan dalam PAKATAN RAKYAT adalah bercanggah dengan mereka. Rata-rata rakyat pada mulanya tahu ANWAR akan memperjuangkan keTUANan MELAYU tetapi disebabkan desakan DAP, maka kini telah ditukar kepada keTUANan RAKYAT. Dah tak ada MELAYU…. ISLAM lagi la jauh…. Jangan nak haraplah nak citer pasal ISLAMIC COUNTRY kalau PAKATAN RAKYAT memerintah. Justeru itulah PAS telah nampak kesan-kesan penggabungan mereka dengan PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan konflik fahaman agama. PAS yang sedia dimaklumkan berlandaskan ISLAM tidak dapat diterima oleh sekutunya.

Siapa lagi yang boleh membantu menaikkan kembali imej orang MELAYU kalau bukan UMNO dan PAS.. Siapa lagi yang boleh menyatupadukan semula orang MELAYU…. setelah dikecaikan dan diporakperandakan oleh ANWAR. Usah bermimpi di siang hari kalau PKR yang diharapkan dapay menyatupadukan orang MELAYU…. tambah2 ketua Umum nya…. Sekarang nih dia tengah kemaruk kuasa.. Nak bertanding di KULIM walaupun pada dasarnya ZULKIFLI NORDIN sendiri yang mahu mencuba nasib sekali lagi. Nih la jadinya kalau masing-masing dok gila pangkat/jawatan.

Aku rasa elok sangatlah pun kalau PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT. Tiada sebarang petanda pun yang boleh dilihat sebagai indikator bahawa PAS akandan telah berjaya dalam dakwahnya…. Yang aku dok nampak, PAS Cuma memperjuangkan hak-hak DAP dan PKR. Aku rasa bersatu dengan UMNO adalah satu langkah bagi mematlamatkan cita-cita PAS.

Pasal si Janggut KARPAL SINGH tu.. jangan dok kira dengan dia tu… Dia lebih kurang sama dengan TERESA KOK… hati dan perasan mereka hanya lah dok fikir macammana nak musnahkan orang MELAYU…….. Cuma dia dah TUA sedangkan Nyonya TERESA … ok lagi. Tah berapa lama KARPAL boleh tahan.. tunggu masa ja tu nak jalannnnnnnnnnnnnnn……

SUDAH TIADA KESEPAKATAN DALAM PKR

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:45 pm

Aku sendiri pun tatau nak kata apa.. dalam insiden tumbuk Ahli Parlimen PKR KELANA JAYA GWO-BURNE LOH oleh pembantu ADUN SERI SETIA PKR NIK NAZMI bernama AZAM. Setahu aku Ahli Parlimen PKR GWO-BURNE LOH tu tak tahu cakap MELAYU. Kalaulah cakap MELAYU pun tak tahu .. cam mana nak menangani masalah orang MELAYU…

Kelakau betul la. Aku tak paham kenapa si GWO-BURNE LOH nih nak masuk campur apabila tanah tersebut telahpun diperuntukkan untuk pembinaan Surau bagi masyarakat MELAYU di situ . Kenapa pula dia nak bantah hanya kerana desakan dan tekanan dari orang HINDU yang sememangnya bukan dari kawasan tersebut. Kalau aku jadi AZAM pun aku belasah juga si mamat GWO-BURNE LOH nih. Aku masa tu dah ketap bibir nak belasah juga si Mamat nih.

Aku sendiri nampak betapa takbur dan bongkaknya GWO-BURNE LOH datang dan terus menghentak meja sambil mengatakan bahawa “TANAH ITU BUKAN TANAH ORANG MELAYU”. EH..ehh.. sedap hati jek cakap. Kalau tak betul tak kan HASSAN ALI dan TERESA KOK bersetuju dengan perletakkan batu asas pembinaan surau tersebut. Janganlah nak tunjuk hero macam yang dia buat dalam kes V.K LINGAM. Dah la cakap bahasa MELAYU pun tak tahu… lepas tu kurang ajar lagi pulak. Tak hormat orang MELAYU… Inilah dia pemimpin yang ada dalam PKR.. Macam mana PAS boleh terima keadaan macam nih?… PAS tok melaung-laungkan ISLAM, tetapi bila kes macam nih berlaku , depa diam.. sediam-diamnya sehinggakan pembantu NIK NAZMI bertindak.

Ada sumber beritahu aku, ekoran kejadian tu .. si GWO-BURNE LOH memang rasa tak puas hati sangat. Dah la siap buat repot polis, lepas tu sekarang ini dia bercadang pula nak keluar PKR dan joint DAP…. ISK..isk..isk.. Kalau la betul… Fuh … punya la kelakau episod ini. Kata ada kesepakatan dalam PAKATAN RAKYAT tapi jika diteliti seperti ada sesuatu yang pelik berlaku. Kenapa perlu keluaq PKR masuk DAP????… Aku tak pahammmmmm .. dan bosannnn dengan macam-macam hal dalam PKR nih. Aku rasa PAS nih memang tak sesuai sangat ada dalam Pakatan Rakyat nih..

PKR + DAP = Menghancurkan ISLAM dan ketuanan MELAYU.

Tu lah jadinya kalau amik Ahli Parlimen yang tak tahu cakap bahasa MELAYU, yang tetiba popular hanya kerana kes V.K LINGAM. Yang dia tahu .. “I took that PIC” setiap kali soalan diajukan kepada GWO-BURNE LOH. Cakap MELAYU pun tak boleh… cam mana bang nak mewakili masyarakat MELAYU di KELANA JAYA… Aduhhhh .. TOLONGGGGGGGGGGGG….

Aku rasa kes nih kalau ANWAR tak masuk campur … abis laa PKR…. Kalau Ahli Parlimen dengan ADUN pun dah tak boleh ngam… apa yang rakyat boleh harapkan lagi. Tindakan tegas patut dikenakan kepada GWO-BURNE LOH kerana kekurangan ajarnya. Tapi cam mana ANWAR nak masuk campur, kes dia pun berlambak-lambak…. LIWAT laa.. IGP saman laa… Macam-macam laaaa….. Yang paling best pasal ANWAR nih… masih ada hati nak pih bertanding , nak jadi PM la konon-kononnya. Biarkan ANWAR terjun dengan labu-labunya. PKR semakin kacau bilau dia tak amik tahu.. hehehheee….

KARPAL TAK PERLU CAMPUR TANGAN

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:40 pm

Aku kadang-kadang rasa pelik jugak tengok si Karpal Singh yang selalu sangat sibuk dengan hal ehwal parti PAS. Segala tindakan PAS tidak perlu tunjuk ajar dari parti lain terutamanya dari DAP dan PKR kerana sepanjang pembentukan Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR yang sering membelakangkan PAS dalam membuat keputusan. Jadi bagi aku, tak perlulah nak menyibuk jika PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO. Aku bukanlah penyokong UMNO, tetapi demi perpaduan Islam dan orang Melayu aku terpanggil untuk menegakkan kebenaran

Jika selama ini PAS pandangan PAS tidak ambil kira oleh DAP dan PKR, kenapa pula bila timbul isu muzakarah antara PAS dan UMNO, barulah mereka mahu memberikan pendapat. Didalam PR tiada siapa yang dominan kerana kerajan PR dibentuk oleh 3 parti komponen utama iaitu PAS, PKR dan DAP. Tiada siapa yang berhak mengarahkan sesuatu parti itu melakukan sesuatu seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Apakah Karpal atau lebih umumnya parti DAP serta Anwar (Parti Keadilan) merasakan tindakan PAS ini telah menggugat kedudukan mereka dalam PR. Kenapa sebelum ini mereka memandang sepi setiap cadangan yang telah diusulkan oleh PAS?

Sebenarnya, jika DAP dan PKR ikhlas dalam pembentukan kerajaan secara perkongsian kuasa ini, segala keputusan yang dibuat perlu mendapat sokongan secara kolektif. Tidak ada sesebuah parti pun yang mempunyai kuasa veto untuk menentukan sebarang keputusan. Malah, muzakarah yang sedang diadakan oleh PAS dan UMNO adalah untuk kebaikan Islam dan orang Melayu secara amnya. Tindakan ini bukanlah satu ugutan atau cuba mengalih perhatian media kepada PAS. Ianya hanyalah satu perbincangan antara dua parti yang mempunyai pendirian dan perjuangan yang berbeza tetapi boleh bekerjasama demi perpaduang orang Melayu.

Justeru it, aku ingin mengingatkan sekali lagi kepada mereka yang cuba menggagalkan perjumpaan ini, agar tidak mencemarkan isu dengan perkara-perkara yang boleh mneggugatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu

Islam dan Melayu Sejati

ANWAR TAK PERLU BERDOLAK DALIK

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:32 pm

Seluruh negara digemparkan lagi dengan isu liwat Dato Seri Anwar Ibrahim ketika negara mrnghadapi suasana suram dengan keadaaan ekonomi yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak. Isu liwat DSAI ini bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia bahkan juga beberapa negara luar juga seperti tidak senang dengan tuduhan kedua terhadap DSAI kali ini seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Umumnya tahu Anwar sememangnya seorang yang bijak berkata-kata walau pun beliau mengakuai sesuatu fakta itu tetapi kepetahan Anwar ini, beliau berjaya memutarbelitkan fakta benar kepada tidak benar. Lihatlah sewaktu debat mengenai isu minyak dengan Dato Shaberi, cara beliau bercakap dilihat sudah cukup untuk mempengaruhi rakyat.

Berbalik kepada isu liwat, lebih baik kita berpegang kepada pepatah Melayu ini iaitu ‘Berani kerana benar dan takut kerana salah’. Anwar seharusnya tidak perlu berdolak dalik untuk memberikan sampel DNAnya kerana tindakan tersebut hanya akan melambatkan lagi proses siasatan terhadapnya. Didalam kes ini, seolah-olah Anwar yang menjadi mangsa dan bukan Shaiful Bukhari Azlan sedangkan pihak Polis sendiri mahu mencari kebenaran siapakah yang bersalah dan siapakah yang tidak bersalah. Jika Shaiful membuat laporan palsu, sudah pasti tindakan akan dikenakan terhadapnya. Persoalannya disini, Anwar seperti tidak mahu membuktikan yang beliau tidak bersalah dan beranggapan jika beliau memberikan sampel DNA, beliau telah didapati bersalah. Apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Anwar jika beliau sendiri tidak mahu membuktikan yang berliau tidak bersalah?

Baru-baru ini, kenyataan dari Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) menegaskan bahawa, Anwar tidak dibogelkan ketika pemeriksaan perubatan dijalankan. Ianya bercanggah dengan kenyataan dari Anwar sendiri yang mengatakan beliau dibogelkan ketika pemeriksaan tersebut dijalankan. Jika diberi pilihan, saya akan lebih mempercayai seorang doktor(Pengarah Hospital Kuala Lumpur) berbanding ahli politik di Malaysia ini kerana tidak semua ahli politik dinegara ini boleh dipercayai.

Sebagai kesimpulannya, rakyat semakin jelek dengan isu yang melibatkan Anwar serta tindakan beliau. Rakyat hanya akan percaya sekiranya beliau dengan beraninya melakukan DNA atau menjunjung Quraan untuk bersumpah bersama-sama Shaiful Bukhari bagi membuktikan siapa yang bersalah atau tidak dan bukannya menyalahkan pihak lain terutamanya jika ianya berkaitan dengan kerajaan seperti hospital, polis dan sebagainya.

ANUGERAH KHAS .. PELAKON SEPANJANG ZAMAN.

In Ubat Gegat on July 17, 2008 at 4:22 pm

Anwar sememangnya boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik sepanjang zaman oleh anugerah perfileman di negara kita. Perkara ini patut di usulkan oleh senator Datuk Jins Shamsuddin semasa perbahasan di parlimen semasa persidangan akan datang. Namun, akhir – akhir ini kita dapat lihat lakonan beliau semakin terbongkar dengan kebodohan skrip – skrip yang beliau dan kuncu – kuncunya reka sendiri. Antara lakonan – lakonan ANWAR yang akan dikenang sepanjang zaman nanti adalah seperti :-

  • ANWAR sebelum ini sedia BERSUMPAH jika ianya perlu, namun setelah SAIFUL juga bersedia untuk bersumpah bersama ANWAR menyebabkan beliau berdalih untuk tidak bersumpah dengan menyatakan bahawa beliau telah mendapat pandangan ulama dari dalam dan luar Negara supaya tidak mempermainkan SUMPAH dengan nama ALLAH.

  • Penulis meramalkan Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.
  • Melarikan diri ke kedutaan Turki dengan mereka – reka cerita bahawa beliau akan DIBUNUH dan nyawanya dalam bahaya. Namun sehingga sekarang ANWAR bebas menari – nari dan terkinja – kinja di atas pentas berceramah tanpa sebarang kawalan keselamatan yang ketat. Mana yang dikatakan nyawanya terancam?
  • Keengganan Anwar memberikan sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ketika di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi atas alasan kerana tidak mahu DNAnya DIMANIPULASIKAN. Bukankan beliau ditemani oleh peguamnya dan pihak hospital telah memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan dengan mengikut prosedur dan professional.

Namun saya juga ada mendapat info HEARSAY ( tapi saya tidak akan membuat akuan bersumpah seperti Raja PET dan BALA) mengenai punca Anwar Ibrahim melarikan diri ke Kedutaan Turki dimana seorang ahli perniagaan permaidani berbangsa Turki yang telah tinggal di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, yang mempunyai kecenderungan seks kepada sesama lelaki (homo sexual) , telah menjadi amat akrab dengan Anwar Ibrahim sejak begitu lama, dan beliau inilah yang mengaturkan Anwar menyeludup masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Allahualam.!

- Ubat gegat -

APAKAH AGENDA ANWAR TAHUN 1998 BERULANG LAGI ????

In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:20 pm

Tahun 1988 mengingatkan aku apabila ANWAR tertuduh dengan kes LIWAT . Semasa dia ditahan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu …dapat dilihat betapa sihat dan bersemangatnya dia kerana dapat mempengaruhi rakyat .

Tetapi sebaik saja dia ditahan, pelbagai kejadian telah berlaku. Bermulalah episod SAKIT TULANG BELAKANG, SAKIT KEPALA, sakit akibat diberi makan asid ASENIK, lebam mata dan pelbagai lagi. SAKIT TULANG BELAKANGnya dikatakan amat teruk sekali sehinggakan hanya boleh dirawat di GERMANY…. Dah tak ada doktor pakar di MALAYSIA agaknya. Sampai tahap tu dia memperdayakan rakyat dan kerajaan. Yang paling aku tak paham, teruk sangat ka sampai terpaksa berkerusi roda…. BERLAKUN … Biasa laaaa.. ANWAR…..

Nah….. sekarang kita lihat ANWAR kembali ceria , sihat dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-citanya menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Ke merata ceruk dia pergi untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita yang selama ini diidam-idamkannya.

Namun, pada 16 JUL baru-baru ini, ANWAR sekali lagi ditahan dan dibawa ke IPK KUALA LUMPUR untuk kes yang sama “LIWAT”. Perkara pertama yang diucapkannya kepada WAN AZIZAH ialah dia telah diCEDERAkan oleh pasukan POLIS. Aduh….. lihatlah lakunannya… Agendanya pada 1988 akan kembali berlaku di mana dia akan memastikan dirinya dalam keadaan sakit. Cuba bayangkan ,baru saja nak ambil “statement”, dia dah mulakan agendanya dengan menyatakan dia mula SAKIT PINGGANG. KELENTONG BETUL la si ANWAR nih. Aku pun danh mula jadi keliru semula . Lepas nih mesti berbagai jenis sakit lain yang akan dia sebarkankan kepada orang ramai. Kalau pada 1988 dulu, dia pernah kata , dia akan disuntik dengan kuman HIV @ AIDS… tapi kali nih entah apa pula helahnya. Ulangan lakunannya pada tahun 1988 akan berlaku semula bagi mendapatkan simpati dari rakyat. Itulah ANWAR IBRAHIM al JUBORI… Bolehkah orang sepertinya menjadi PEMIMPIN ??… Susah aku nak mempercayainya.. kehidupannya penuh dengan kepura-puraan.

Apakah PAS dan PKR PERAK sudah hilang taring??

In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:19 pm

Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam hal ini. Walaupun isu ni dah berlalu agak lama, tapi kehangatannya masih lagi terasa. Di manakah kedudukan keistimewaan orang Melayu di PERAK. Sebaik saja PERAK menjadi salah satu negeri pembangkang, perbagai kejadian telah berlaku. Dengan meletakkan MB dari kalangan orang MELAYU yang hanya menjadi BONEKA .. amat tidak disenangi oleh rakyat PERAK. Masakan tidak… harapan orang MELAYU PERAK untuk melihat seorang “ ENGINEER” melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat MELAYU nampaknya hanya tinggal harapan. Memang dan terbukti bahawa MB PERAK kini sedang diperbudak, diperbodohkan dan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh ADUN dari DAP.

Lihatlah saudaraku sekelian, sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak , dilantik pula Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN. Bagaimana kuasa yang sebegitu besar diberikan kepada ADUN DAP yang sememangnya mempunyai agenda jahat bagi memusnahkan apa juga keistimewaan orang MELAYU. Ini terbukti apabila Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka. Apa lagi yang orang MELAYU ada selain dari keistimewaan sebagai bumiputra di negara ini.

Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?

Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.

Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?

Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?

PKR/DAP PERLU DIAJAR SUPAYA MENGHORMATI RAKAN PAKATAN (PAS).

In Uncategorized on July 12, 2008 at 7:30 pm

Salam…

Setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini, tak salah jika aku menyatakan bahawa PAS seolah-olah terpinggir dan terpisah jauh walaupun masih dalam PAKATAN RAKYAT. Beberapa insiden yang berlaku melihatkan bagaimana PAS telah diperalatkan oleh PKR /DAP demi kepentingan politik mereka.

Tak perlu lagi aku bercerita PERJANJIAN PANGKOR II, PROTEST di Kelana Jaya, Isu BABI dan lain-lain yang mendapati PAS amat tertekan dengan keputusan DAP. Tak pernah berlaku dalam sejarah MALAYSIA dimana MB tidak boleh bercakap berkaitan ISLAM. Tetapi DAP berjaya membisukan MB PERAK dari bercakap pasal ISLAM sebagai agama rasmi.

Yang terkini ialah penyerahan undi tak percaya kepada PAK LAH. Sesungguhnya tindakan ini tidak mendapat persetujuan dari wakil PAS. Aku paham kenapa ianya tidak mendapat persetujuan dari PAS terlebih dahulu. Bagi PKR dan DAP, aku dapat rasakan bahawa kehadiran PAS bagaikan melukut ditepi pantai. Mana mungkin perkara sebegini berlaku?… Di manakah nak letak maruah diri , maruah parti sekiranya hanya dianggap sebagai nasi tambah saja dalam PAKATAN RAKYAT.

Aku merasakan bahawa kini tiba masanya untuk PAS bertindak sesuatu bagi menunjukkan kepada DAP/PKR bahawa PAS juga relevan dalam PAKATAN RAKYAT. Bagi mencapai hasrat tersebut , bagaimana kalau boikotkan perhimpunan haram yang akan diadakan di PARLIMEN pada 14 JUL (Ahad). Perhimpunan itu menjurus kepada sokongan usul tak percaya kepada PM. Inilah platform yang paling sesuai untuk PAS menunjukkan KEKUASAAN mereka. Akulah org paling gembira sekiranya PAS memboikot perhimpunan yang akan diadakan di Parlimen . PAS mesti buat sesuatu supaya mengajar PKR/DAP lebih menghormati rakan dalam PAKATAN RAKYAT. Sama-sama kita x payah turut serta , Mari kita boikot perhimpuanan yang akan berlaku pada 14 JUL 2008.

“PROTES” – MAINAN PKR/DAP UNTUK PERBODOHKAN PAS.

In Uncategorized on July 11, 2008 at 9:50 pm

Bila membincangkan soal PROTES…. kita mesti tahu siapa Dr Mohd Hatta Ramli. Baginya dia gah dengan jawatannya sebagai Pengerusi PROTES sedikit pun tak meyedari bahawa dirinya dipergunakan dalam memastikan agenda PKR dan DAP berjalan lancar mengikut acuan PKR/DAP.

Dari awal penubuhan PROTES lagi aku dah tengok bagaimana Dr Mohd Hatta Ramli dipergunakan, diberikannya jawatan supaya mendapat sambutan dari penyokong PAS, padahal .. hampir kesemua aktiviti PROTES ditentukan oleh AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang dibelakangnya diterajui oleh PKR/DAP.

Aku tak nampak di mana letaknya peranan PAS selain dari menjadi puppet, bila berjaya DAP dan PKR dapat nama… bila gagal… Dr Mohd Hatta Ramli dan PAS yang menanggungnya. Kalau tak masakan Dr Mohd Hatta Ramli terpaksa memohon maaf pada semua yang hadir pada perhimpuna tersebut di dalam blog PROTES, padahal tu bukan salahnya. Adakah dia merelakan kejadian yang mengaibkan tempoh hari.

Apa yang lebih menjengkelkan aku apabila PAS dikatakan tidak realistik apabila bertindak memboikot perhimpunan tersebut. PKR dan DAP juga yang dapat nama kerana bertindak melindungi penyanyi indie band tersebut. Tindakan penyokong PAS pula dikatakan membuat tindakan yang memalukan apabila memboikot perhimpunan tersebut…. Pada PKR dan DAP, tindakan oleh Alak (penyanyi indie band) adalah sejajar dengan tujuan asal perhimpunan walaupun… punggung dihalakan ke penyokong PAS… Kemudian di asak dengan kata-kata “JILAT.. JILAT”….. Bagi PKR/DAP itu adalah perkara biasa dan PAS juga patut membiasakan diri mereka.

Bagi aku… tak perlu ada PKR atau DAP dalam jawatankuasa PROTES. Tak perlu ada AMK yang mengawal semua aktiviti PROTES. PAS sendiri mampu melaksanakan tugas yang dilakukan oleh AMK malah dengan lebih baik….. Aku tak rela .. PAS diperlekehkan kerana perancangan jahat DAP yang membayangi setiap tindakan PKR.

DESAS DESUS KERETAKAN PAKATAN RAKYAT?

In Uncategorized on July 10, 2008 at 9:29 pm

Baru sebentar tadi Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang mengumumkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang parlimen yang akan datang. Seorang rakan yang boleh dikatakan orang kuat juga dalam Parti PAS menelefon ku dengan nada marah – marah macam orang yang kena sawan. Menurut beliau, sebelum ini PAS, PKR dan DAP telah mengadakan satu perbincangan untuk membawa usul tidak percaya ini ke Parlimen. Hasil daripada perbincangan tersebut PKR dan DAP bersetuju untuk membawa usul ini ke parlimen tetapi ditentang oleh Presiden PAS iaitu Dato Seri Hading Awang. Presiden PAS lebih berminat untuk mengemukakan usul pembubaran Parlimen daripada mengemukakan usul undi tidak percaya kepada PAKLAH. Kata putus hasil dalam mesyuarat tersebut, PAS, PKR dan DAP sebulat suara menyokong usul untuk membubarkan parlimen pada sidang yang akan datang.

Tapi yang menaikkan darah kawan aku yang menelefoni, kenapa secara tiba – tiba tanpa sebarang kata putus dari PAS selaku parti yang bernaung dibawah pakatan rakyat tidak dimaklumkan dengan perkara ini. PKR dan DAP nampaknya secara senyap – senyap telah membelakangi PAS dan mengemukakan usul tidak percaya kepada PAKLAH. Nampaknya PAS seperti menjadi boneka sahaja dan PKR dan DAP dah jadi macam kaduk naik junjung. Selagi PAS bersama dengan PKR dan DAP maka selagi itu lah PAS akan sentiasa dipinggirkan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT kita. MB Perak menjadi Menteri Besar pun hanya kerana undang – undang Pentadbiran Negeri Perak yang tidak mengizinkan.. jikalau di ingatkan DAP dan PKR lebih berminat menghantar seorang POSMEN menjadi Menteri Besar dari seorang jurutera daripada PAS. Parti PAS sering di anggap sebagai Parti Kelas Kedua dalam Pakatan Rakyat.

Adei. Kesian pula melihat wakil – wakil tok lebai kita ni di perbodohkan…

MB PERAK MULA BELAKANGKAN KETUANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM KERANA TAKUTKAN DAP

In Uncategorized on July 9, 2008 at 6:19 pm

Terkejut aku bila membaca akhbar tablod yang menceritakan bagaimana DAP PERAK dan MB telah menandatangani PANGKOR II semasa proses perlantikan MB PERAK yang lalu. Maklumat nih bukannya maklumat “hear say” seperti insiden akuan bersumpah yang berleluasa ketika ini. Ianya datang dari adik MB PERAK sendiri iaitu Mohd. Fadzil Jamaluddin yang menyaksikan majlis tandatangan antara DAP PERAK dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Antara yang terdapat dalam Perjanjian PANGKOR II ialah melarang MB PERAK menyebut negeri PERAK diperintah oleh ISLAM.

Alahai….. kalau lah demikian rupanya , abislah orang MELAYU di PERAK. Apa lagi yang mereka boleh harapkan dari seorang MB yang kini sedang dijual oleh DAP. Lihatlah betapa halusnya DAP memainkan peranan mereka dengan berselindung di sebalik MB yang berbangsa MELAYU. Lihatlah bagaimana mereka cuba mempermainkan agama ISLAM sehingga cuba membolehkan agama ISLAM tidak menjadi agama rasmi negeri itu apabila menidakkan MB membicarakan terma-terma politik yang berkaitan dengan PAS seperti HUDUD dan KIQAS. Tak tahu lah pulak kalau Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri dah lupa dia membawa waadah rakyat dan PAS dalam melaksanakan Perlembagaan PAS.

Inilah yang dikatakan .. demi kuasa , manusia sanggup melakukan apa saja sehingga sanggup menipu rakyat jelata. Rakyat Perak mengharapkan dengan kepimpinan baru yang diketuai oleh MB dari PAS, akan membawa PERAK ke arah yang lebih membangun dengan berlandaskan ISLAM. Sebab itulah rakyat, Kesultanan PERAK mahukan MB dari PAS, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. MB PERAK bagaikan lembu dicucuk hidung yang sentiasa menurut apa saja telunjuk oleh DAP. Tolonglah….. Rakyat PERAK tidak perlukan MB yang menjadi boneka kepada DAP yang sentiasa berniat jahat kepada orang MELAYU… mereka mahukan MB yang boleh mempertahankan hak orang MELAYU, ISLAM dan dilandas yang betul. Ikutlah macam TOK GURU NIK AZIZ………. Yang BODOH…. Orang MELAYU gak.. Dok UNDI DAP yang mmg dah tahu … akan menjatuhkan orang MELAYU dan ISLAM ..

Kejutan BALA telah mengejutkan ANWAR IBRAHIM…..

In Uncategorized on July 8, 2008 at 11:27 am

Sebaik saja ANWAR IBRAHIM telah dikaitkan dengan tuduhan liwat buat kali kedua dengan SAIFUL BUKHARI , dia telah menjadi tidak keruan, muka pucat dan hilang tumpuan. Pelbagai tindakan yang tidak wajar telah dilakukannya seperti bersembunyi di Kedutaan TURKI dan cuba mendapatkan sokongan dari pihak USA.

Tetiba bagaikan angin yang mengalihkan tumpuan masyarakat terhadapnya kepada kes ALTANTUYA. BALA – bekas anggota POLIS telah membuat pengakuan bersumpah dan mereka yang terlibat dalam pengakuan tu dasyat-dasyat, NAJIB, PAK LAH, IGP , AG dan beberapa yang lain. Tatkala itulah aku lihat berserilah kembali raut wajah pucat ANWAR IBRAHIM. Harapannya masyarat dan rakyat akan mengubah tumpuan LIWATnya kepada Isu ALTANTUYA.

ADUHHHHHHHHH…. Tersalah lagi langkah ANWAR IBRAHIM rupanya. Mana nak disangka beliau, isu yang cuba diciptanya melalui pengakuan bersumpah tak berhasil.. Banyak kemungkinan telah berlaku….. Tapi yang pasti aku percaya , BALA sendiri tak mahu terlibat dengan agenda politik ANWAR IBRAHIM yang berkiblatkan KUASA dan DENDAM. Banyak mana agaknya upah BALA telah menerima upah hasil pengakuan bersumpahnya itu … tetapi kerana tak sanggup bersekongkol dengan penipuan kepada rakyat, akhirnya BALA mendedahkan bahawa pengakuan bersumpahnya yang pertama dibuat kerana terdesak, tertekan. Mesti ANWAR berang dengan tindakan BALA. Masakan tidak… dah banyak mana wang laburkan kepada BALA .. tapi tak berjaya seperti yang dirancangkan. Agaknya …sebab itulah BALA sekarang nih bersembunyi.. tak mahu dijejaki oleh mana –mana orang. Pihak polis pun tengah sibuk mencarinya.

Betapa hancur remuknya hati ANWAR IBRAHIM apabila tindakannya untuk mengenakan PAK LAH , NAJIB , IGP dan AG tidak berhasil. Kes liwatnya akan terus disiasat, kita tunggu dah lihat apa yang bakal berlaku. Pada aku….. Kalau ALLAH tak merelakan ANWAR IBRAHIM dari terus mengelirukan rakyat, maka apa juga perancangannya tak akan menjadi.