Mr. Podas

Archive for September, 2008

TERESA COCK – CINA LUPA DIRI PATUT DI ISAKAN 2 TAHUN

In Uncategorized on September 25, 2008 at 5:31 pm

Aku tak pastilah Ahli Parlimen DAP sorang nih…. Cina keturunan mana pun aku tak pasti….? … Cina lain pun makan babi tapi perangai tak la seburuknya, tak sejahatnya. Aku paling tak paham dia paling benci sangat kat MELAYU dengan ISLAM pasai pa pulak?…

Mula-mula dengan pengaruhnya mendapat kelulusan dari kerajaan SELANGOR bagi projek ternakan BABI besar-besaran. Niatnya tiada lain. cuma nak permainkan sentimen orang MELAYU yang sememangnya benci pada BABI. Sebab tu SEPANG jadi pilihannya.. bukan kah majoriti di situ majoriti MELAYU. Yang bestnya … cadangannya telah mendapat persetujuan dari semua ADUN PKR, PAS dan DAP. Mula la tochangnya naik… siap bergambar di depan BABI panggang, tanda kejayaan ULUNGnya.

Lepas tu.. dia mula lupa diri, satu persatu perkara yang berkaitan dengan orang MELAYU, ISLAM diperkotak katikkannya… Isu tulisan jawi pada papan tanda jalan..yang disentuhnya itu rasanya tak relevan dengan perjuangannya dan parti DAPnya.. Memang dia sengaja membangkitkan sentimen orang MELAYU. Aku rasa Mak Cik banggang nih masih belum tahu bagaimana keadaanya apabila isu MELAYU dan ISLAM diperkotak katiknya.

Belum pun selesai kes itu menimbulkan kemarahan orang MELAYU dan ISLAM, tetiba keluar pula isu membuat petisyen bagi menghalang AZAN berkumandang apa bila masuk waktu solat di PUCHONG. Ini memang dah sampai tahap teramat-amat melampau….. Tak tahu la aku kalau masih ada orang MELAYU yang boleh senyum bila perkara sebegini berlaku. Mungkin MB SELANGOR masih boleh tersenyum sambil membuat sidang akhbar dengan suara gagapnya menyokong tindakan Mak Cik TERESA KOK itu.

Selama ini, aku dok tengok.. kaum-kaum lain kalau ada festival atau keramaian yang melibatkan keagamaan, tak pernah pun orang MELAYU marah, sakit hati dan sebagainya. Kalau buat panggung opera cina . bukan sehari pulak tu..silap-silap sampai seminggu, siap dengan colok-colok yang besar-besar. Tapi orang MELAYU masih boleh bertoleransi. Yang Nyonya nih sakit hati sangat-sangat pasai pa???

Aku rasa tak ada pun kaum Cina yang ada kat MALAYSIA yang perangai macam Mak Cik TERESA KOK ini. Nampak gaya mak cik nih macam orang bijak tapi bodoh dan banggang rupanya. Sebab tu aku rasa dia memang patut masuk ISA .. kemudian bagi dia makan makanan anjing macam yang dia cakap makanannya macam makanan anjing. Apa punya manusia daaa… cakap ikut sedap hati. Konon-konon dia cakap semua orang boleh percaya…. Aku amat yakin dan percaya … kalaulah macam nih gaya dia melayan orang MELAYU dan ISLAM.. pasti sesuatu akan berlaku padanya. Orang CINA pun tak setuju dengan pemikiran radikal bodohnya…..

Angin timur…..

Anwar Kaki Penipu

In Uncategorized on September 16, 2008 at 10:20 am

Ternyata tiada perubahan berlaku walaupun 16 September berlalu. Jelas sekali Anwar ini boleh dikategorikan sebagai kaki penipu atau kaki temberang abad ini. Sehari sebelumnya, Anwar telah berucap di Stadium Kelana Jaya dengan mengatakan Pakatan Rakyat semakin hampir untuk mencapai matlamatnya untuk membentuk kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan sekarang. Apa cerita ni Anwar? Beliau menambah lagi bahawa PR akan membentuk kerajaan selewat-lewatnya akhir bulan ini. Inilah seorang yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia? Hahahahahaha. Mungkin Anwar membuat lawak bodoh untuk semua ahli Pakatan Rakyat tang mana mereka yang mempercayai pada Anwar juga kelihatan amat bodoh sekali.
Kemudian, si kaki putar belit ini juga telah mengumumkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri agar memohon beliau supaya membuat peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat secara baik kerana masanya sudah tiba. Anwar ni dah tak betul ke? Dia ingat semua rakyat dinegara ini menyokong dia nak jadi Perdana Menteri. Cermin dulu lah diri tu sampai dah berangan-angan kemaruk nak jadi Perdana Menteri sangat. Anwar ingat dia ni siapa yang nak arahkan seseorang tu untuk menukar kerajaan. Lebih daripada DYM Agong pulak nak suruh tukar-tukar kerajaan ni. Tak payahlah nak membelakangkan demokrasi berparlimen yang selama ini digunapakai di negara kita.
Setiap kerajaan yang dibentuk itu adalah hasil dari suara rakyat dimana siapakah yang layak untuk membentuk kerajaan di negara ini hanya boleh diputuskan melalui pilihan raya. Sememangnya rakyat negara ini seperti tidak mempercayai bahawa 16 September ini akan berlaku perubahan dalam kerajaan kerana banyak faktor perlu diambil kira. sehinggakan terdapat suara didalam PR yang tidak percaya tarikh tersebut akan berlaku perubahan kerajaan iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Mustafa Ali. Kalau ada ahli didalam PR yang berani mengeluarkan kenyataan tersebut, kenapa pula terdapat ahli setia PKR yang dungu ingin mempercayai kepada Anwar….
Dahlah tu kena main pulak dengan Ahli Parlimen BN yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan. Bila 4 orang ahli PKR yang mangkuk ni sampai je Taiwan, Ahli Perlimen BN telah berlepas pulang melalui Hong Kong. Bukankah itu satu kerja bodoh….lepas tu tanpa segan silu mengatakan mereka dah berjaya capai objektif meeka sepanjang lawatan mereka ke Taiwan dalam usaha mempengaruhi Ahli Parlimen BN……padahal jumpa pun tak
Sudahlah Anwar, cukup-cukuplah menipu rakyat. Rakyat bukannya bodoh macam sebilangan ahli PKR tu seperti Shamsul Iskandar Mohd Akin, Tian Chua, dan ramai lagi pengikut setia PKR. Anwar ni setakat pandai bercakap dan putar belit. Tiada kelebihan yang lain ada pada dirinya.
ANGAN-ANGAN MAT JENIN. TAK ELOK MENIPU BULAN PUASA NI ANWAR….

Taktik kotor Anwar Ibrahim

In Uncategorized on September 12, 2008 at 10:05 am

Nampaknya Anwar semakin terdesak untuk merialisasikan 16 Septembernya bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang tidak jelas kemampuannya berbanding Barisan Nasional. Jika dilihat secara logiknya, ramai beranggapan tarikh keramat Anwar Ibrahim itu tidak akan berlaku kerana beberapa faktor yang dilihat tidak memihak kepada beliau. Antaranya menurut kenyataan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, secara teknikalnya, Anwar tidak boleh membentuk kerajaan kerana sepanjang bulan Spetember ini tiada Persidangan Parlimen yang akan berlangsung dimana usul undi tidak percaya tidak boleh dilakukan walaupun Anwar mempunyai Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Keduanya, jika Anwar berjaya memperolehi 30 Ahli Parlimen dari BN daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli PArlimen BN 110 orang dan pembangkang seramai 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan kerana Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS. Andaikata Ibrahim Ali melompat ke parti pemerintah kedudukan sekarang adalah 111 BN manakala PR juga 111 dan PR masih lagi tidak mampu untuk mewujudkan sebuah kerajaan. Ini menunjukkan tarikh 16 September dilihat tidak akan berlaku seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar sebelum ini.
Selain itu, Anwar juga mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkina tarikh 16 September akan ditukarkan kepada 20 September. Apa sudah jadi ni? Sekejap macam ni sekejap macam tu. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba mewujudkan sesuatu yang tidak pasti kepada rakyat. Ianya seolah-olah seperti Anwar cuba menipu rakyat seperti mana di dalam ceramahnya sebelum ini yang beliau amat yakin yang beliau akan menuju ke Putrajaya pada 16 September.
Sementara itu, Anwar juga kelihatan seperti terdesak setelah sebilangan ahli parlimen berlepas ke Taiwan untuk membuat lawatan sambil belajar disana dan hanya akan pulang ke tanah air pada 19 September. Beliau menjelaskan yang beliau sanggup ke Taiwan bagi mengadakan perbincangan dengan sebilangan Ahli Parlimen yang sedang membuat lawatan disana. Namun Anwar menjelaskan yang beliau tidak mengikuti rombongan ke Taiwan tetapi diserta oleh 4 orang pemimpin PKR yang diketuai oleh Tian Chua. INILAH TAKTIK KOTOR YANG DIGUNAKAN OLEH ANWAR.
JIKA ANWAR KEMARUK INGIN MENJADI PERDANA MENTERI, BELIAU SEHARUSNYA MENGGUNAKAN SISTEM DEMOKRASI DINAGARA INI DIMANA KERAJAAN YANG DIPILIH ADALAH PILIHAN RAKYAT IAITU SEWAKTU PILIHANRAYA.
Amat jelas sekali, rata-rata rakyat Malaysia melihat peristiwa 16 Spetember 2008 tidak akan berlaku kerana sebijak-bijak Anwar ternampak juga kebodohan beliau dalam mengatur strategi. Ini adalah kerana Anwar dilihat hanya mahu cuba mencetuskan keadaan tidak selesa oleh kerajaan pemerintah yang kini gagal mengekalkan majority 2/3.

ANWAR IBRAHIM – MENGHALALKAN CARA DEMI KUASA

In Uncategorized on September 10, 2008 at 10:21 am

Sekalung tahniah kepada ANWAR di atas kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh. Rakyat kini akur dengan sistem demokrasi yang telus yang selama ini digembar gemburkan oleh parti Pembangkang sebagai penuh dengan kotoran. (pengundi hantu, SPR yang tidak adil dan sebagainya). Namun begitu disebalik kemenangan PAKATAN RAKYAT terdapat beberapa perkara yang dilihat menjadi kepincangan kepada kesuburan demokrasi di MALAYSIA.

Semua orang pasti akan merasakan bahawa cara ANWAR menarik ahli Parlimen BN untuk menyertai PAKATAN RAKYAT amatlah keji. Ianya bagaikan satu penghinaan kepada AP dengan anggapan tidak mempunyai integriti, kerendahan MORAL sehingga sewenang-wenangnya boleh melompat parti. Ianya bukanlah berkonsepkan HIJRAH… tetapi dengan apa yang berlaku saban hari memberikan IMPAK bahawa… PAKATAN RAKYAT tak mampu membawa masyarakat MALAYSIA kepada negara yang lebih berdaya maju dengan keharmonian kaum yang sentiasa terjamin. Lihat sajalah apa yang telah berlaku kepada mangsa bencana alam di KAPAR yang telah ditidakkan hak mereka bagi mendapat perhatian Kerajaan Negeri SELANGOR. Alasan yang diberikan oleh MB SELANGOR anatlah tidak masuk akal… kerana nak elakkan pembaziran. Keperihatinan pemimpin yang diperlukan, sebagaimana berlaku di KEDAH, PAHANG dan KELANTAN. Lihatlah bagaimana Sultan PAHANG turun melawat mangsa. Tak pulak dikatakan membazirkan wang kerajaan. Pemimpin beginikan IMPIAN rakyat??? Tepuk dada tanya selera…

ANWAR terlalu takbur dengan menyatakan bahawa 16 SEPT. akan berlakunya peralihan kuasa di MALAYSIA di mana BN akan turun digantikan dengan PAKATAN RAKYAT. Dengan bongkaknya ANWAR memaklumkan bahawa majoriti AP BN akan menyokong dan berpindah parti. Itu sudah takbur…jangan terlalu menyangka bahawa dia boleh melakukan apa saja hanya dengan meng”HALAL”kan cara demi memastikan memperolehi AP yang lompat parti. Tak pernah kah Ulama handal YUSUF QARDAWI menasihatkan ANWAR supaya bersabar dalam melakukan apa-apa penugasan?.

Tak perlu rasanya menjadikan 16 SEPT sebagai satu tarikh keramat peralihan kuasa. Lebih baik negeri – negeri PAKATAN RAKYAT menumpukan sepenuh perhatian mentadbir serta menunaikan semua manifesto Pilihan raya yang lalu. Ini lebih penting dalam memastikan kedudukan mereka sentiasa di hati rakyat. Masih terlalu banyak janji-janji yang diberikan kepada rakyat yang belum ditunaikan.

ANWAR IBRAHIM telah menghalalkan apa jua cara untuk memastikan dirinya di kemuncak sebagai Perdana Menteri. Sehinggakan melibatkan rakyat jelata supaya menghantar SMS kepada Menteri atau AP BN mendesak mereka meletak jawatan. Bagaimana seorang yang selama ini dianggap beretika sanggup menyediakan senarai nama dan ucapan yang perlu di SMS kan kepada AP BN.

Deklarasi Dubai.

In Uncategorized on September 10, 2008 at 10:20 am

PRU12 adalah punca segala-galanya. PRU12 telah menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri. PRU12 telah memberi kekuatan baru kepada Kerajaan PAS Kelantan (kununnya atas faktor ketokohan dan kebijaksanaan Husam). PRU12 telah memberikan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang. PRU12 telah memberi keyakinan baru kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan mimpi dan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi PM menjadi kenyataan.

PRU12 juga telah menjadikan PAS sebagai “King Maker” – apabila PAS bersama PR, 5 buah negeri berjaya diperintah oleh PR iaitu Kedah, Pulau Pinang (walaupun DAP selalu cakap hanya kerajaan DAP/PKR untuk menafikan kehadiran PAS), Perak, Selangor dan Kelantan dan pada masa yang sama 2/3 majoriti BN diparlimen telah dinafikan. Tetapi seandainya PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO – maka 4 buah negeri yang dikuasai oleh PR akan tumbang dan BN akan kembali memperolehi 2/3 majoriti. Dan dengan sendirinya cita-cita Anwar untuk menjadi PM akan berkubur. Kemungkinan inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar, seboleh-bolehnya PAS adalah sama sekali tidak dibenarkan mendekati UMNO, apalagi bertemu atau berunding. Sejarah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang terbuka dan rational asalkan kepentingan Islam dan prinsipnya perjuangannya terbela. PAS pernah bersama dengan kerajaan Perikatan di zaman Tun Razak, Pas pernah bersama Semangat 46 dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pas juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor sehingga kini. Dan adalah tidak mustahil kalau PAS tiba-tiba sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Atas kerisauan inilah gamaknya Anwar mula merancang sesuatu untuk memastikan agar PAS tidak boleh meninggalkan PR untuk bersama dengan UMNO.

Anwar mula membuat “homework”nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau “pegang”. Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar “Al-Juburi”) dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala’ kepada PAS). Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri).

Maka perancangan diatur oleh Anwar bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Husam, memandangkan Tan Sri Khalid agak rapat dengan Husam ketika itu. Dan supaya tidak terlalu nampak perancangan mereka, maka Tan Sri Khalid mengunakan nama kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan lawatan ekonomi ke Dubai. Penyusunan yang rapi telah dibuat agar Anwar dan Husam juga berada di Dubai sempena lawatan kerajaan negeri Selangor tersebut.

Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti. Maka kembanglah Husam dengan tawaran sedemikian. Pucuk dicita ulam mendatang. Tetapi bukan semudah itu untuk mencapainya. Beberapa tugasan telah diberikan oleh Anwar kepadanya untuk dilaksanakan supaya impian tersebut betul-betul menjadi kenyataan. Yang penting ketidakupayaan Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden menerajui PAS mesti di war-warkan untuk memberi ruang yang mudah untuk Husam naik.

Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai.

Beliau mengumpulkan “orang-orang”nya yang boleh diharap dan dipercayai seperti Syed Azman, Kamarudin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub dan mempengaruhi beberapa orang lagi untuk menjadi balaci mereka seperti Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dll. (entah apalah yang telah digula-gulakan Husam kepada mereka). Tugas besar mereka ialah untuk menggagalkan sebarang bentuk pertemuan diantara PAS dan UMNO. Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan Presiden dan Timbalannya mengadakan pertemuan dengan UMNO. Bersungguh-sungguh jugalah mereka samada dalam ceramah mahupun kenyataan bertulis mengungkit sejarah lama UMNO dan menghentam secara membuta tuli pertemuan diantara PAS dan UMNO sehingga merendahkan martabat pimpinan tertinggi PAS (Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden) dikaca mata rakyat dan ahli PAS sendiri.

Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan UMNO. Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura dan kadangkala bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri – sekejap setuju sekejap tidak setuju. Semua itu adalah hasil gerak kerja dan hasutan Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Akhirnya mereka bersorak kegembiraan apabila mereka rasa gerak kerja terancang mereka membuahkan hasilnya apabila Meyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bersama dengan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini telah membuat keputusan supaya tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama diantara PAS dan UMNO. Tetapi mereka lupa kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila persetujuan lain dicapai iaitu pertemuan dengan mana-mana pihak masih tetap dibenarkan. Mereke juga lupa kebijaksanaan Majlis Syura Ulama yang masih mengekalkan keputusan mereka untuk membenarkan sebarang bentuk pertemuan dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan Melayu.

Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan “Erdogan” dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO. Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka – iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO. Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS. Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka. Hanya ulama yang berilmu, bertaqwa dan sentiasa dekat dengan Allah sahajalah yang mampu mempertahankan PAS dan prinsip perjuangannya.

Sumber dari : antihusam.blogspot.com

RAJA PETRA YANG KURANG AJAR….

In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:35 am

Sejak kebelakangan ini, para bloggers semakin berani untuk menjadi hero dengan mengeluarkan isu-isu hangat seperti fitnah, berbaur perkauman, mempersendakan agama dan sebagainya. Selepas Majlis Peguam yang berani mempertikai Perlembagaan Persekutuan berkenaan memeluk Islam (rata-ratanya para peguam ini bukan beragama Islam), timbul pula isu seorang blogger yang terkenal dengan berita-berita sensasi yang mengaku dirinya adalah seorang Islam sejati telah mempersendakan Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Ianya tidak lain tidak bukan RAJA PETRA KAMARUDIN iaitu penulis blog laman MALAYSIATODAY. Sudahlah beliau ini suka menyebarkan fitnah yang tiada bukti benar kesahihannya kini beliau tanpa rasa bersalah berani mempersendakan agamanya sendiri. Apa sudah jadi ni?

Sebagai seorang umat Islam dan pengendali laman blog di negara ini, beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap segala isu-isu yang telah beliau bangkitkan selama ini. Umat Islam di negara ini sememangnya tidak boleh menerima jika AGAMA ISLAM dipermainkan terutamanya oleh seorang Beragama Islam sendiri. Dimanakah letaknya moral seorang blogger yang bertanggungjawab terhadap rakyat Malaysia dalam menyampaikan maklumat? Sememangnya diakui pengendali laman blog dibenarkan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan berfakta, tetapi janganlah sehingga menyinggung perasaan orang lain di negara ini lebih-lebih lagi kita yang hidup bersama dengan pelbagai kaum.

Semangat perpaduan antara kaum dilihat agak tergugat sejak kebelakangan ini kerana beberapa faktor seperti kebebasan bersuara serta peranan pengendali laman blog yang meniupkan semangat perkauman serta agama.

Raja Petra perlu dihukum kerana kesilapannya yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di negara ini. Tindakan Badan Islam yang membuat laporan polis adalah tepat pada masanya. Jika tindakan tidak diambil sekarang, Raja Petra akan bebas untuk menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan umat Islam sendiri.

ANWAR KELAM KABUT AHLI PARLIMEN BUAT LAWATAN KE LUAR NEGARA

In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:30 am

5 September telah berlalu, namun tiada seorang pun ahli parlimen yang lompat ke Pakatan Rakyat (PR). Jika benar ahli parlimen akan melompat parti seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar kenapa perlu tunggu sehingga 16 September. Bahkan beliau boleh mengumumkan siapakah yang akan melompat ke Pakatan Rakyat ketika ini dan terus membentuk kerajaan menjelang 16 September. Manakala sewaktu lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini beliau telah ditemu ramah oleh salah sebuah stesen tv disana. Beliau di Tanya berapakah ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat dan beliau tidak dapat meberikan berapakah jumlah sebenar mereka yang ingin beralih arah. Ini menunjukkan isu ahli parlimen yang akan melompat parti hanyalah satu pembohongan semata-mata dan hanya mahu menimbulkan provokasi antara beliau dengan parti pemerintah.

Baru-baru ini, timbul pula tentang ahli parlimen dari Barisan Nasional akan mengikuti satu lawatan ke luar negara bagi mempelajari teknik pertanian moden. Lawatan tersebut akan mengambil masa sehingga 19 September ini. Anwar dilihat seperti tidak tentu arah kerana kebanyakan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesedian untuk mengikuti lawatan tersebut. Ianya semakin terbukti bahawa tindakan lompat parti oleh ahli parlimen BN ke PR hanyalah retorik semata-mata.

Sebagai rakyat Malaysia, Anwar seharusnya bertindak secara professional dan bukan menggunakan taktik kotor untuk membentuk kerajaan. Jika beliau kemaruk sangat untuk menjadi Perdana Menteri, beliau seharusnya tunggu pada Pilihan Raya akan datang dan biarkan rakyat yang menentukan siapakah pilihan mereka samaada BN atau PR. Anwar dilihat cuba menggunakan elemen-elemen rasuah dengan cuba mempengaruhi ahli parlimen Sabar atau Sarawak untuk menyertai PR dimana mereka akan mendapat kepentingan seperti memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri jika belia berkuasa. Inikah ciri-ciri seorang Perdana Menteri yang kita mahukan……

ADUN PERAK LOMPAT PARTI?

In Uncategorized on September 4, 2008 at 9:40 am

Baru-baru ni teman balik ke kampong teman kat Bagan Serai, Perak. Teman balik sebabnya dapat 3 hari cuti sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos kemudian sempat berbuka berpuasa dengan keluarga tercinta pada 1 hb Sep. Semenjak kemenangan Anwar di Permatang Pauh baru-baru ni, heboh orang ramai mengatakan 16 September kerajaan akar bertukar kerana sasaran 30 ahli parlimen akan tercapai. Khabar angin tu teman dengar masa teman di Kuala Lumpur bila berbual kosong dengan kawan-kawan yang salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) termasuk teman.

Namun apabila teman balik je ke kampong teman, lain pulak cerita yang teman dengar. Tup tap tup tap, 3 orang ADUN negeri Perak dikatakan akan melompat ke Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ni kerana telah hilang keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibawah 3 parti yang yang bekerjasama iaitu PAS, DAP dan PKR. Betul ke ni? Kalau betul, apa sudah jadi?

Menurut sumber rakan-rakan teman yang sering mengikuti perkembangan PR di negeri Perak ini, dipercayai 3 ADUN tersebut adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Perak terhadap beberapa isu. Antaranya adalah Menteri Besar Perak dikatakan mengikut telunjuk DAP dengan pemberian tanah seluas 400 hektar kepada sekolah Cina. Mereka berpendapat, seharusnya Dato Seri Nizar mengutamakan dahulu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kelihatan begitu uzur berbanding sekolah Cina. Selain itu, isu pemberian geran tanah kepada semua penduduk Kg Baru di Perak dimana ianya dilihat lebih kepada perkauman kerana hanya kaum tertentu sahaja yang mendapat tanah tersebut.

Teman bukan apa, walau pun teman ni penyokong kuat PAS, teman juga kadang kala tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh Menteri Besar Perak baru-baru ni. Perjuangan PAS adalah mengakkan syiar Islam dan bangsa Melayu amnya seharusnya dipegang prinsipnya namun seolah-olah, PAS kini memperjuangkan konsep negara sekular atau Malaysia Malaysian yang didokong kuat oleh DAP.

Teman berharap Menteri Besar Perak perlu mengambil kira keperluan orang Melayu yang majorotinya adalah penduduk di negeri perak. Apakah selama ini bangsa Cina dan India tidak pernah dibantu langsung? Janganlah hanya kerana ingin mendapatkan sokongan bangsa Cina dan India, kepentingan Melayu di korbankan.

Ingat…..kemenangan PR di Perak adalah kerana sokongan bangsa Melayu walaupun ada diantara mereka yang memangkah parti roket. Jangan pula rakyat akan mengubah kembali kerajaan sekarang kepada kerajaan sebelumnya pada pilihanraya akan datang