Baru-baru ni teman balik ke kampong teman kat Bagan Serai, Perak. Teman balik sebabnya dapat 3 hari cuti sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos kemudian sempat berbuka berpuasa dengan keluarga tercinta pada 1 hb Sep. Semenjak kemenangan Anwar di Permatang Pauh baru-baru ni, heboh orang ramai mengatakan 16 September kerajaan akar bertukar kerana sasaran 30 ahli parlimen akan tercapai. Khabar angin tu teman dengar masa teman di Kuala Lumpur bila berbual kosong dengan kawan-kawan yang salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) termasuk teman.
Namun apabila teman balik je ke kampong teman, lain pulak cerita yang teman dengar. Tup tap tup tap, 3 orang ADUN negeri Perak dikatakan akan melompat ke Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ni kerana telah hilang keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibawah 3 parti yang yang bekerjasama iaitu PAS, DAP dan PKR. Betul ke ni? Kalau betul, apa sudah jadi?
Menurut sumber rakan-rakan teman yang sering mengikuti perkembangan PR di negeri Perak ini, dipercayai 3 ADUN tersebut adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Perak terhadap beberapa isu. Antaranya adalah Menteri Besar Perak dikatakan mengikut telunjuk DAP dengan pemberian tanah seluas 400 hektar kepada sekolah Cina. Mereka berpendapat, seharusnya Dato Seri Nizar mengutamakan dahulu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kelihatan begitu uzur berbanding sekolah Cina. Selain itu, isu pemberian geran tanah kepada semua penduduk Kg Baru di Perak dimana ianya dilihat lebih kepada perkauman kerana hanya kaum tertentu sahaja yang mendapat tanah tersebut.
Teman bukan apa, walau pun teman ni penyokong kuat PAS, teman juga kadang kala tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh Menteri Besar Perak baru-baru ni. Perjuangan PAS adalah mengakkan syiar Islam dan bangsa Melayu amnya seharusnya dipegang prinsipnya namun seolah-olah, PAS kini memperjuangkan konsep negara sekular atau Malaysia Malaysian yang didokong kuat oleh DAP.
Teman berharap Menteri Besar Perak perlu mengambil kira keperluan orang Melayu yang majorotinya adalah penduduk di negeri perak. Apakah selama ini bangsa Cina dan India tidak pernah dibantu langsung? Janganlah hanya kerana ingin mendapatkan sokongan bangsa Cina dan India, kepentingan Melayu di korbankan.
Ingat…..kemenangan PR di Perak adalah kerana sokongan bangsa Melayu walaupun ada diantara mereka yang memangkah parti roket. Jangan pula rakyat akan mengubah kembali kerajaan sekarang kepada kerajaan sebelumnya pada pilihanraya akan datang
Saya tak kena siapa MB Perak, tapi saya dapat mengagak perwatakannya ketika beliau menjawab soalan wartawan pada mula-mula menaiki takhta MB. Tak yah cerita banyaklah, tak baik bulan puasa ni. Apa pun rakyat perak telah memilih beliau. terima jerlah.