Mr. Podas

Posts Tagged ‘Anwar Ibrahim’

Kejutan BALA telah mengejutkan ANWAR IBRAHIM…..

In Uncategorized on July 8, 2008 at 11:27 am

Sebaik saja ANWAR IBRAHIM telah dikaitkan dengan tuduhan liwat buat kali kedua dengan SAIFUL BUKHARI , dia telah menjadi tidak keruan, muka pucat dan hilang tumpuan. Pelbagai tindakan yang tidak wajar telah dilakukannya seperti bersembunyi di Kedutaan TURKI dan cuba mendapatkan sokongan dari pihak USA.

Tetiba bagaikan angin yang mengalihkan tumpuan masyarakat terhadapnya kepada kes ALTANTUYA. BALA – bekas anggota POLIS telah membuat pengakuan bersumpah dan mereka yang terlibat dalam pengakuan tu dasyat-dasyat, NAJIB, PAK LAH, IGP , AG dan beberapa yang lain. Tatkala itulah aku lihat berserilah kembali raut wajah pucat ANWAR IBRAHIM. Harapannya masyarat dan rakyat akan mengubah tumpuan LIWATnya kepada Isu ALTANTUYA.

ADUHHHHHHHHH…. Tersalah lagi langkah ANWAR IBRAHIM rupanya. Mana nak disangka beliau, isu yang cuba diciptanya melalui pengakuan bersumpah tak berhasil.. Banyak kemungkinan telah berlaku….. Tapi yang pasti aku percaya , BALA sendiri tak mahu terlibat dengan agenda politik ANWAR IBRAHIM yang berkiblatkan KUASA dan DENDAM. Banyak mana agaknya upah BALA telah menerima upah hasil pengakuan bersumpahnya itu … tetapi kerana tak sanggup bersekongkol dengan penipuan kepada rakyat, akhirnya BALA mendedahkan bahawa pengakuan bersumpahnya yang pertama dibuat kerana terdesak, tertekan. Mesti ANWAR berang dengan tindakan BALA. Masakan tidak… dah banyak mana wang laburkan kepada BALA .. tapi tak berjaya seperti yang dirancangkan. Agaknya …sebab itulah BALA sekarang nih bersembunyi.. tak mahu dijejaki oleh mana –mana orang. Pihak polis pun tengah sibuk mencarinya.

Betapa hancur remuknya hati ANWAR IBRAHIM apabila tindakannya untuk mengenakan PAK LAH , NAJIB , IGP dan AG tidak berhasil. Kes liwatnya akan terus disiasat, kita tunggu dah lihat apa yang bakal berlaku. Pada aku….. Kalau ALLAH tak merelakan ANWAR IBRAHIM dari terus mengelirukan rakyat, maka apa juga perancangannya tak akan menjadi.

ANWAR IBRAHIM – PELACUR POLITIK YANG TERDESAK…

In Uncategorized on May 16, 2008 at 9:49 am

Keadaan tenang……masih lagi tenang setenang air di kali….. Tak kedengaran pun ura-ura Ahli Parlimen dari BN ingin sertai PKR. Malah hampir semua Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan menyertai PKR menafikannya. Apa nih ANWAR IBRAHIM????…… Cakap tak serupa bikin la……Ingat senang ker nak RASUAH Ahli Parlimen dari BN dengan wang ringgit dan kesenangan. Ingat Ahli Parlimen tak ada maruah diri?… Cuma ANWAR yang selalu pentingkan dirinya.

Tak usahlah bermimpi di siang hari. Masih teriang-riang di telinga aku ANWAR menyatakan bahawa hari Rabu, 14 MEI 2008 merupakan sejarah dalam politik dimana lebih dari 17 Ahli Parlimen dari SABAH dan SARAWAK akan lompat parti ke PKR.

Betapa bodohnya kenyataan itu….. Rasanya dengan membuat provokasi sebegini akan melemahkan semangat Ahli Parlimen SABAH DAN SARAWAK dan timbul tidak percaya kepada pemerintahan sekarang. Tolong laaa… Ingat pemimpin BERWAWASAN dari SABAH dan SARAWAK nih tak tahu memilih antara BN dengan PKR. Kalaulah wang ringgit dan kemewahan dijadikan sandaran bagi Ahli Parlimen dari BN untuk berubah ke PKR…. Ternyata … salah percaturannya.

Sememangnya tindakan ANWAR memancing Ahli Parlimen dari BN adalah amat tak beretika dan tidak boleh diterima oleh rakyat….. Sekutunya iaitu DAP dan PAS tidak mahu terlibat dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM. Bayangkan dalam satu pakatan sendiri tak boleh bersatu hati….. Terlalu desperate si ANWAR nih…. Betapa JIJIKnya manusia bernama ANWAR IBRAHIM.

Kalau nak diikutkan…. Mereka patut lebih sentiasa berwaspada dengan kedudukan kerusi ADUN di PERAK… dan bukannya mencari populariti murahan di SABAH dan SARAWAK. Dengan tindakan KARPAL SINGH yang mempertikaikan institusi KESULTANAN …. boleh menyebabkan ADUN Pembangkang menyertai BN.. Harus diingat , BN hanya memerlukan 2 kerusi ADUN bagi membolehkan BN menumbangkan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Tak adalah pulak tindakan memujuk ADUN PERAK dengan wang ringgit sebagaimana dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM kepada Ahli Parlimen SABAH dan SARAWAK.

Mana ANWAR dapat duit yang begitu banyak untuk membiayai Ahli Parlimen dari BN menyertai PKR?. Tak hairankah kita?…. Siapa yang sponsor ANWAR IBRAHIM??> Apa yang aku perhatikan , ianya merupakan pemikiran dan idea ANWAR IBRAHIM dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya benar… apa bezanya PKR dengan UMNO???…. PKR secara terang-terang akan menyerahkan wang ringgit dan jawatan sekiranya Ahli Parlimen lompat ke PKR.

Lihatlah betapa kotor dan jijiknya….. tindakan ANWAR IBRAHIM…..

Raja Petra – Seorang Badut Botak

In Uncategorized on May 12, 2008 at 2:03 pm

Aku baru selesai membaca blog RAJA PETRA….. Malaysia-today.net.. Aku baca bukan sebab aku suka sangat dengan cerita-cerita sensasi dan penuh dengan racist nih… tetapi ianya kerana desakan kawan baik aku yang sememang dia kenal dan rapat dengan RPK. Terbacalah oleh aku kisah pengalaman dia semasa di Penjara Sg Buluh dan sebab-sebab dia terima untuk di jamin dengan RM 5000 itu.

Hati aku tersentuh…. Tersentuh dengan mainan politik oleh RPK . Aku sedih kerana terlalu ramai orang yang tertipu dengan gelagatnya bagaikan pejuang masyarakat. Aku turut tersentuh bagaimana dia sanggup menipu semua pembaca serta penyokongnya dengan memberikan alasan yang sama sekali tak boleh diterima dek akal.

Ada ker patut dia terima untuk dijamin kerana risaukan keselamatannya kerana sama-sama menginap di Blok Damai, bilik no 8 yang dikatakan berdekatan dengan bilik SIRUL dan AZILAH..( Kes Altantunya). Kalau lah betul macam apa yang di dakwa oleh RPK… agaknya dah lama kot ANWAR IBRAHIM mati … Kalaulah memang betul hanya kerana sekotak rokok .. dah boleh bunuh pesalah lain.

Itu semua citer dalam movie ….. boleh la berlaku cam tu.. Nih penjara kat MALAYSIA laaa… Pasal asid asenic tu… mana ada bukti yang menyatakan bahawa ANWAR IBRAHIM pernah di asic asenic kan.. Ini semua provokasi oleh pihak pembangkang semata-mata….

Sudahhhh laaaa.. RPK… kalau dah tak sanggup nak duduk kat penjara sementara menunggu dibicarakan…tak payahlah bagi 1001 alasan. Kesian semua penduduk MALAYSIA yang turut terlibat dalam pungutan wang bagi membebaskan RPK… Semua nya bagaikan tertipu….. Lihatlah permainan si badut BOTAK nih… Amat licik dan pandai dalam memainkan sentimen masyarakat MALAYSIA…