Nampaknya Anwar semakin terdesak untuk merialisasikan 16 Septembernya bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang tidak jelas kemampuannya berbanding Barisan Nasional. Jika dilihat secara logiknya, ramai beranggapan tarikh keramat Anwar Ibrahim itu tidak akan berlaku kerana beberapa faktor yang dilihat tidak memihak kepada beliau. Antaranya menurut kenyataan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, secara teknikalnya, Anwar tidak boleh membentuk kerajaan kerana sepanjang bulan Spetember ini tiada Persidangan Parlimen yang akan berlangsung dimana usul undi tidak percaya tidak boleh dilakukan walaupun Anwar mempunyai Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Keduanya, jika Anwar berjaya memperolehi 30 Ahli Parlimen dari BN daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli PArlimen BN 110 orang dan pembangkang seramai 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan kerana Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS. Andaikata Ibrahim Ali melompat ke parti pemerintah kedudukan sekarang adalah 111 BN manakala PR juga 111 dan PR masih lagi tidak mampu untuk mewujudkan sebuah kerajaan. Ini menunjukkan tarikh 16 September dilihat tidak akan berlaku seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar sebelum ini.
Selain itu, Anwar juga mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkina tarikh 16 September akan ditukarkan kepada 20 September. Apa sudah jadi ni? Sekejap macam ni sekejap macam tu. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba mewujudkan sesuatu yang tidak pasti kepada rakyat. Ianya seolah-olah seperti Anwar cuba menipu rakyat seperti mana di dalam ceramahnya sebelum ini yang beliau amat yakin yang beliau akan menuju ke Putrajaya pada 16 September.
Sementara itu, Anwar juga kelihatan seperti terdesak setelah sebilangan ahli parlimen berlepas ke Taiwan untuk membuat lawatan sambil belajar disana dan hanya akan pulang ke tanah air pada 19 September. Beliau menjelaskan yang beliau sanggup ke Taiwan bagi mengadakan perbincangan dengan sebilangan Ahli Parlimen yang sedang membuat lawatan disana. Namun Anwar menjelaskan yang beliau tidak mengikuti rombongan ke Taiwan tetapi diserta oleh 4 orang pemimpin PKR yang diketuai oleh Tian Chua. INILAH TAKTIK KOTOR YANG DIGUNAKAN OLEH ANWAR.
JIKA ANWAR KEMARUK INGIN MENJADI PERDANA MENTERI, BELIAU SEHARUSNYA MENGGUNAKAN SISTEM DEMOKRASI DINAGARA INI DIMANA KERAJAAN YANG DIPILIH ADALAH PILIHAN RAKYAT IAITU SEWAKTU PILIHANRAYA.
Amat jelas sekali, rata-rata rakyat Malaysia melihat peristiwa 16 Spetember 2008 tidak akan berlaku kerana sebijak-bijak Anwar ternampak juga kebodohan beliau dalam mengatur strategi. Ini adalah kerana Anwar dilihat hanya mahu cuba mencetuskan keadaan tidak selesa oleh kerajaan pemerintah yang kini gagal mengekalkan majority 2/3.
Posts Tagged ‘Anwar’
Taktik kotor Anwar Ibrahim
In Uncategorized on September 12, 2008 at 10:05 amJANGAN MIMPI ANWAR AKAN BERSUMPAH LAKNAT
In Uncategorized on August 25, 2008 at 2:50 pmEkoran sumpah laknat oleh SAIFUL BUKHARI tempohari, orang ramai terutama penduduk PERMATANG PAUH mahukan supaya ANWAR bersumpah. Tapi malangnya….. ANWAR IBRAHIM tak akan bersumpah laknat dan Penduduk PERMATANG PAUH ternanti-nantikan bagai menungggu buah jatuh.
Katanya…. “SUMPAH LAH 50 KALI PUN SAYA TAK PEDULI, DOK HEBOH PASAL SUMPAH.. SAYA AKAN SUMPAH DENGAN BIMBINGAN ULAMA”. Agaknya dah tak ada ulama kat MALAYSIA ini sehingga tidak membenarkan diadakan sumpah LATNAT oleh ANWAR IBRAHIM. Apakah ULAMA MALAYSIA sudah tidak bagus berbandingkan ULAMA dari luar negara?.
Kalau dia tak bersalah, kena ANWAR takut untuk bersumpah LAKNAT?.Bila seseorang cuba menegakkan benang yang basah, yang menjadi mangsa ialah penduduk MELAYU PERMATANG PAUH. Kalaulah ceramah atau kempennya boleh dilakukan dalam masa berjam-jam, takkan sumpah LAKNAT dalam tempoh 15 minit tak dapat diadakan?…
Orang-orang kampung masih mahukan ANWAR bersumpah bagi memastikan dia benar-benar tidak melakukan sebagaimana yang didakwa oleh SAIFUL.Tiada siapa yang tahu kenapa ANWAR masih berdolak dalih mengenai isu tersebut.
Sudah tiba masanya Masyarakat PERMATANG PAUH membuat tindakan menghapuskan karier ANWAR IBAHIM di buminya sendiri.Sanggupkan kita menerima Pemimpin yang sebegini rupa?. Wahai penduduk PERMATANG PAUH… mari kita tolak jauh-jauh pemimpin yang bertalam dua muka ini. Pemimpin LIWAT , hasil pengaruh dari AMERIKA SYARIKAT. ANWAR yang telah menjadi budak suruhan DAPakan terus berkhidmat dengan DAP dan apabila dia menjadi PM.. dia akan menjadi boneka. Jangan biarkan ANWAR IBRAHIM menang pilihan raya ini.. jangan biarkan ajen AMERIKA ini memerintah MALAYSIA.
APA NAK JADI DENGAN NASIB PAS KALAU ANWAR JADI PM
In Uncategorized on August 11, 2008 at 11:52 amKesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.
Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…
Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..
Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.
Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata. Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?. Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.
ANWAR – OPPORTUNIST YG SANGAT LICIK
In Uncategorized on August 7, 2008 at 8:15 pmANWAR IBRAHIM… nama yang gah semasa zaman TOK DEK dulu… tetapi tak semena-mena jatuh tersungkur akibat perbuatan LIWATnya. Mula-mula aku ingat dia akan insaf setelah hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, tetapi ternyata tak benar. Dendamnya yang membara telah menjadikan dia insan IBLIS yang menghalalkan segala-galanya untuk kepentingan politik peribadinya.
Bermula dengan menjadikan PKR seperti sebuah Parti Politik Keluarga, dia kemudian mempermainkan pula sentimen perkauman dan keagamaan sehinggakan menimbulkan rasa tak senang pada rakan PAKATAN RAKYAT. Bayangkan hampir semua kawasan yang dikuasai oleh PAS , dijadikan macam PKR punya… cuba tengok JKKK… tak kira PAS punya ka . PKR punya ka… semua dia belasah dan letak orang PKR sebagai JKKK. PAS yang bagaikan melukut di tepi gantang .. hanya mengangguk kepada bersetuju walaupun pada hakikatnya tak merelakannya.
Aku dah kenal sangat dgn sepak terajang si ANWAR nih…. bermula drpd zaman sekolah, ABIM, kerajaan, penjara & pembangkang hingga la sekarang ini.
Dia akan sedaya upaya menjadikan kancah politik di PERMATANG PAUH sebagai titik permulaan dan juga titik terakhir dalam kariernya. Percaturan yang dilakukannya bagi mengalih pandangan masyarakat dari isu LIWATnya yang semakin mengoyangkan kariernya. Dia akan sedaya upaya mencari jalan supaya memperlihatkan bahawa apa yang berlaku adalah konspirasi UMNO bagi menghapuskannya… walaupun sebenarnya dia memang seorang PELIWAT.
Secara peribadi, Akuamat tidak percayakan Anwar sebagai seorang pemimpin kerana dia tidak mempunyai keikhlasan dalam pertuturan dan tidak berjiwa besar untuk bangsa dan negara. Mereka yang berjiwa besar tidak akan menyembah kaki negara yang telah banyak berdosa kepada umat Islam (USA) walaupun apa alasan yang di beri
Mulutnya yang bertutur penuh keyakinan itu tidak lebih daripada bisikan halus SYAITAN yang meniupkan serulingnya kepada mereka yang lalai.
Yang pastinya ANWAR ni amat takut pada bayang2nya sendiri.
Perlukan kita pemimpin yang tidak beretika seperti ANWAR???Pikir-pikirkan laaa..
PAKATAN JAHAT RPK TERHADAP PUSRAWI
In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:00 pmBagaimana laporan perubatan dari PUSRAWI boleh tersebar luas di internet tanpa dibuktikan dulu kesalihannya?….. Konspirasi dan rancangan siapakah yang cuba memburukkan imej hospital PUSRAWI yang amat sinonim dengan imej ISLAM.
RPK, satu nama yang kononnya GAH dalam arena internet dengan artikel-artikelnya yang begitu pedas, panas dan berbisa. Dialah sebenarnya IBLIS bertopengkan MANUSIA yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti PUSRAWI di mata masyarakat, supaya PUSRAWI bungkus.
Apakah yang menyebabkan dia amat mengkagumi ANWAR IBRAHIM sehingga sanggup reka ( jika benar) laporan ini. Sehinggakan dia sanggup masuk penjara , janji ANWAR terbebas. Yang paling aku hairan .. kenapa baru sekarang laporan ini dikeluarkan?. Dan jika ianya benar/tulin , apakah pula balasan/habuan yang diterima oleh pengeluar laporan tersebut. BPR kena masuk nih….
Dengan tersebarnya laporan ini, PUSRAWI dilihat bagaikan tidak lagi bertanggungjawab dan berintegriti. Pelbagai tindakan susulan akan dikenakan kelak kepada PUSRAWI. Ini semua gara-gara RPK….. Jika hasil rekaan RPK ini bagi tujuan menjatuhkan reputasi PUSRAWI.. aku rasa ianya telah telah berjaya. Apa yang dok dengki sangat RPK dekat PUSRAWI…. Hanya kerana ANWAR , dia sanggup menjual maruah PUSRAWI….. Aku memang tahu RPK nih JAHIL pasal ISLAM tapi jangan la pula jadi pemusnah ISLAM.. cam ABU LAHAB.
Aku percaya , banyak perkara yang perlu diteliti sebelum mengakui bahawa laporan tersebut adalah tulin. Rasanya ..kalau setakat nak keluarkan laporan tersebut dan kemudian letak dalam blog.. siapa-siapa pun boleh buat. Dr Mohamad Osman tu pulak merupakan rakyat MYANMAR. Kenalah teliti dan buat siasatan apakah benar DR Mohamad Osman tu ditahan polis bagi mengarahkannya menukar laporan perubatan.
Aku rasa walaupun keputusan perubatan PUSRAWI. Yang pasti… keputusan dari PUSRAWI dah x leh diterima pakai lagi dan keputusan dari HKL akan digunakan kelak. Mungkin ANWAR rasa dirinya dah selamat.. tunyang dok kalut nak masuk bertanding…. Tak sabo-sabo ……. Gila Kuasa kan…..
ANWAR TAK PERLU BERDOLAK DALIK
In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:32 pmSeluruh negara digemparkan lagi dengan isu liwat Dato Seri Anwar Ibrahim ketika negara mrnghadapi suasana suram dengan keadaaan ekonomi yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak. Isu liwat DSAI ini bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia bahkan juga beberapa negara luar juga seperti tidak senang dengan tuduhan kedua terhadap DSAI kali ini seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Umumnya tahu Anwar sememangnya seorang yang bijak berkata-kata walau pun beliau mengakuai sesuatu fakta itu tetapi kepetahan Anwar ini, beliau berjaya memutarbelitkan fakta benar kepada tidak benar. Lihatlah sewaktu debat mengenai isu minyak dengan Dato Shaberi, cara beliau bercakap dilihat sudah cukup untuk mempengaruhi rakyat.
Berbalik kepada isu liwat, lebih baik kita berpegang kepada pepatah Melayu ini iaitu ‘Berani kerana benar dan takut kerana salah’. Anwar seharusnya tidak perlu berdolak dalik untuk memberikan sampel DNAnya kerana tindakan tersebut hanya akan melambatkan lagi proses siasatan terhadapnya. Didalam kes ini, seolah-olah Anwar yang menjadi mangsa dan bukan Shaiful Bukhari Azlan sedangkan pihak Polis sendiri mahu mencari kebenaran siapakah yang bersalah dan siapakah yang tidak bersalah. Jika Shaiful membuat laporan palsu, sudah pasti tindakan akan dikenakan terhadapnya. Persoalannya disini, Anwar seperti tidak mahu membuktikan yang beliau tidak bersalah dan beranggapan jika beliau memberikan sampel DNA, beliau telah didapati bersalah. Apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Anwar jika beliau sendiri tidak mahu membuktikan yang berliau tidak bersalah?
Baru-baru ini, kenyataan dari Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) menegaskan bahawa, Anwar tidak dibogelkan ketika pemeriksaan perubatan dijalankan. Ianya bercanggah dengan kenyataan dari Anwar sendiri yang mengatakan beliau dibogelkan ketika pemeriksaan tersebut dijalankan. Jika diberi pilihan, saya akan lebih mempercayai seorang doktor(Pengarah Hospital Kuala Lumpur) berbanding ahli politik di Malaysia ini kerana tidak semua ahli politik dinegara ini boleh dipercayai.
Sebagai kesimpulannya, rakyat semakin jelek dengan isu yang melibatkan Anwar serta tindakan beliau. Rakyat hanya akan percaya sekiranya beliau dengan beraninya melakukan DNA atau menjunjung Quraan untuk bersumpah bersama-sama Shaiful Bukhari bagi membuktikan siapa yang bersalah atau tidak dan bukannya menyalahkan pihak lain terutamanya jika ianya berkaitan dengan kerajaan seperti hospital, polis dan sebagainya.
ANUGERAH KHAS .. PELAKON SEPANJANG ZAMAN.
In Ubat Gegat on July 17, 2008 at 4:22 pmAnwar sememangnya boleh dinobatkan sebagai pelakon terbaik sepanjang zaman oleh anugerah perfileman di negara kita. Perkara ini patut di usulkan oleh senator Datuk Jins Shamsuddin semasa perbahasan di parlimen semasa persidangan akan datang. Namun, akhir – akhir ini kita dapat lihat lakonan beliau semakin terbongkar dengan kebodohan skrip – skrip yang beliau dan kuncu – kuncunya reka sendiri. Antara lakonan – lakonan ANWAR yang akan dikenang sepanjang zaman nanti adalah seperti :-
- ANWAR sebelum ini sedia BERSUMPAH jika ianya perlu, namun setelah SAIFUL juga bersedia untuk bersumpah bersama ANWAR menyebabkan beliau berdalih untuk tidak bersumpah dengan menyatakan bahawa beliau telah mendapat pandangan ulama dari dalam dan luar Negara supaya tidak mempermainkan SUMPAH dengan nama ALLAH.
- Penulis meramalkan Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.
- Melarikan diri ke kedutaan Turki dengan mereka – reka cerita bahawa beliau akan DIBUNUH dan nyawanya dalam bahaya. Namun sehingga sekarang ANWAR bebas menari – nari dan terkinja – kinja di atas pentas berceramah tanpa sebarang kawalan keselamatan yang ketat. Mana yang dikatakan nyawanya terancam?
- Keengganan Anwar memberikan sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ketika di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi atas alasan kerana tidak mahu DNAnya DIMANIPULASIKAN. Bukankan beliau ditemani oleh peguamnya dan pihak hospital telah memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan dengan mengikut prosedur dan professional.
Namun saya juga ada mendapat info HEARSAY ( tapi saya tidak akan membuat akuan bersumpah seperti Raja PET dan BALA) mengenai punca Anwar Ibrahim melarikan diri ke Kedutaan Turki dimana seorang ahli perniagaan permaidani berbangsa Turki yang telah tinggal di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, yang mempunyai kecenderungan seks kepada sesama lelaki (homo sexual) , telah menjadi amat akrab dengan Anwar Ibrahim sejak begitu lama, dan beliau inilah yang mengaturkan Anwar menyeludup masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Allahualam.!
- Ubat gegat -
APAKAH AGENDA ANWAR TAHUN 1998 BERULANG LAGI ????
In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:20 pmTahun 1988 mengingatkan aku apabila ANWAR tertuduh dengan kes LIWAT . Semasa dia ditahan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu …dapat dilihat betapa sihat dan bersemangatnya dia kerana dapat mempengaruhi rakyat .
Tetapi sebaik saja dia ditahan, pelbagai kejadian telah berlaku. Bermulalah episod SAKIT TULANG BELAKANG, SAKIT KEPALA, sakit akibat diberi makan asid ASENIK, lebam mata dan pelbagai lagi. SAKIT TULANG BELAKANGnya dikatakan amat teruk sekali sehinggakan hanya boleh dirawat di GERMANY…. Dah tak ada doktor pakar di MALAYSIA agaknya. Sampai tahap tu dia memperdayakan rakyat dan kerajaan. Yang paling aku tak paham, teruk sangat ka sampai terpaksa berkerusi roda…. BERLAKUN … Biasa laaaa.. ANWAR…..
Nah….. sekarang kita lihat ANWAR kembali ceria , sihat dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-citanya menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Ke merata ceruk dia pergi untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita yang selama ini diidam-idamkannya.
Namun, pada 16 JUL baru-baru ini, ANWAR sekali lagi ditahan dan dibawa ke IPK KUALA LUMPUR untuk kes yang sama “LIWAT”. Perkara pertama yang diucapkannya kepada WAN AZIZAH ialah dia telah diCEDERAkan oleh pasukan POLIS. Aduh….. lihatlah lakunannya… Agendanya pada 1988 akan kembali berlaku di mana dia akan memastikan dirinya dalam keadaan sakit. Cuba bayangkan ,baru saja nak ambil “statement”, dia dah mulakan agendanya dengan menyatakan dia mula SAKIT PINGGANG. KELENTONG BETUL la si ANWAR nih. Aku pun danh mula jadi keliru semula . Lepas nih mesti berbagai jenis sakit lain yang akan dia sebarkankan kepada orang ramai. Kalau pada 1988 dulu, dia pernah kata , dia akan disuntik dengan kuman HIV @ AIDS… tapi kali nih entah apa pula helahnya. Ulangan lakunannya pada tahun 1988 akan berlaku semula bagi mendapatkan simpati dari rakyat. Itulah ANWAR IBRAHIM al JUBORI… Bolehkah orang sepertinya menjadi PEMIMPIN ??… Susah aku nak mempercayainya.. kehidupannya penuh dengan kepura-puraan.
PKR Semakin Retak!
In Uncategorized on June 2, 2008 at 3:23 pmParti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditunjangi oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin kehilangan punca apabila bekas orang kuatnya iaitu Ezam Mohd Nor yang juga bekas Setiausaha Sulit beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai UMNO baru-baru ini. Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR apabila bekas pemimpin tertinggi PKR telah melanggar sumpah keramat PKR yang selama ini dipegang oleh kebanyakan ahlinya. Mengimbas kembali beberapa nama besar pemimpin tertinggi PKR yang telah keluar parti kerana tidak sehaluan dengan Presiden PKR seperti Chandra Muzaffar, Marina Yusof dan beberapa pemimpin PKR yang lain.
Ezam, seorang pejuang yang aktif untuk membasmi rasuah tanpa mengira kedudukan seseorang itu dilihat telah mengambil tindakan yang bijak kerana menyertai UMNO. Beliau sendiri telah mengakui pembaharuan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sesuatu yang ditunggu beliau selama ini. Antaranya adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kes video klip Linggam, Suruhanjaya DIRaja Perlantikan Hakim Negara dan sebagainya.
Selain itu, Ezam telah membuktikan keikhlasannya menyertai UMNO apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO selepas Pilihanraya ke 12. Ezam mendedahkan bahawa bahawa scenario politik PKR yang diterajui Anwar berubah dari semasa ke semasa. Ianya berbeza dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP yang mahu konsep Malaysia Malaysian dijalankan di Negara ini manakala bagi Parti PAS, konsep Negara Islam adalah objektif utama mereka. Tetapi PKR lebih mementingkan keuntungan politik berbanding agenda Negara. Anwar sanggup mengenapikan kepentingan Melayu dengan mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu tidak sesuai diguna pakai bagi membangunkan sosio ekonomi orang Melayu kerana inginkan sokongan masyarakat Cina. Selain itu, tindakan Anwar yang secara terang-terang menyokong HINDRAF adalah satu tindakan yang berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertembungan perkauman dinegara ini.
Ini membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai satu perjuangan yang konsisten berbanding UMNO. UMNO dilihat lebih mementingkan untuk memartabatkan syiar Islam dan melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu. Kini terdapat juga maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa terdapat juga beberapa pemimpin tertinggi PKR akan mengikut jejak langkah yang sama seperti Ezam kerana mereka merasakan tertipu setelah berjuang sekian lama bersama PKR. Ini adalah kerana Anwar lebih mementingkan kepentingan peribadinya untuk mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
SEDARLAH WAHAI AHLI PKR DENGAN LAKONAN ANWAR SELAMA INI. SEMOGA ANDA KEMBALI KE PANGKAL JALAN
ANWAR IBRAHIM – BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 ??
In Uncategorized on May 14, 2008 at 2:17 pmANWAR IBRAHIM … nama yang kononnya semakin GAH .. di persada politik MALAYSIA. Pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya … termasuklah.. PEMIMPIN RAKYAT, PENYATUPADU KAUM, PEMIMPIN BERWAWASAN BARU dan macam-macam lagi. Adakah dengan pelbagai gelaran yang diberikan sudah melayakkan dia memegang jawatan Perdana Menteri MALAYSIA?… Apakah kita yakin dengan manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini.Rasanya …kita telah salah dan terbawa-bawa dengan sentimen yang dipolitikkan olehnya dan partinya. Kita belum mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Kita tak tahu apakan sebenar hala dan tujuannya ANWAR yang mahu sangat-sangat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana ANWAR boleh diterima sebagai bakal Perdana Menteri??. Tahu kah kita bagaimana hubungan ANWAR dengan pelbagai individu dan NGO luar Negara? Tahukan kita bagaimana akrabnya hubungan ANWAR dengan WOLFOWITZ…– orang yang menghalalkan pembunuhan lebih sejuta rakyat IRAQ. Kita semua tahu bahawa WOLFOWITZ merupakan pengikut fahaman NEO CONSERVATIVE yang mendokong gerakan ISRAEL dalam menghancurkan negara- negara ISLAM. Dia lah juga yang telah membantu memberikan jawatan kepada ANWAR sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies,Johns Hopkins University dan St. Anthony’s College, Oxford University. Kalaulah ANWAR tak bersetongkol dengannya , bagaimana mereka menjadi begitu akrab… sehinggakan WOLFOWITZ telah membuat penulisan dengan menyatakan bahawa ANWAR antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Mengapa ANWAR sanggup menjadi presiden di sebuah Pertubuhan NGO antarabangsa “Foundation of the Future” yang mendokong segala wawasan AMERIKA SYARIKAT. Yang paling menghairankan bagaimana ANWAR boleh dilantik ke jawatan tersebut melainkan dia memberikan komitmen yang jitu kepada NGO dan AMERIKA SYARIKAT itu sendiri. Apakah ANWAR merupakan anak didik AMERIKA SYARIKAT???…
Kita perlu pandang jauh ke hadapan.. Apa yang PAS boleh lakukan sekiranya ANWAR menjadikan MALAYSIA sekutu AMERIKA SYARIKAT??… Apakah harapan dan impian PAS untuk mewujudkan DAULAH ISLAMIYAH (NEGARA ISLAM) menjadi kenyataan atau hanya igauan di siang hari??…
Satu lagi, aku terfikir jugak, masa pilihanraya lepas, banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan. Secara rasionalnya la, bagaimana sebuah parti yang baru sahaja terbentuk kira-kira 10 tahun yang lalu boleh menjadi sebuah parti yang mewah untuk membiayai setiap ahli-ahli mereka menjadi calon. Sedangkan parti PAS yang telah lama bertapak mengumpul peruntukan mereka hasil dari sedekah ahli yang hadir mendengar ceramah mereka. PAS nampaknya lebih telus dalam perjuangan mereka. Jadi tidak mustahil Parti keadilan mendapat peruntukanatau dana dari luar dan tidak bukan dari Wolfowitz (sekutu yahudi).
Yang Pasti…. Aku tak rela MALAYSIA terus dimusnahkan demi agenda lelaki jahat bernama ANWAR IBRAHIM..
MASIH KAH KAU INGAT????….
In Uncategorized on May 6, 2008 at 3:14 pmSedang aku melayari internet… yang ku kira tanpa batasan dan sempadan ini.. tetiba aku membaca “ PERIHAL SALAH LAKU… ANWAR IBRAHIM”… Aku baca sehingga selesai dan akhirnya aku dapat membuat beberapa kesimpulan walaupun beberapa persoalan masih bermain di kota fikiran aku. Antaranya …
- Siapakah sebenarnya AFIFA.. anak bongsu AZMIN ALI dan SAMSIDAR TAHARIN?.. Ada sumber menyatakan bahawa ianya adalah anak SAMSIDAR TAHARIN dengan ANWAR IBRAHIM. Kalaulah betul mesti ujian DNA boleh dilakukan bagi mengesahkan kesahihannya. Tapi aku rasa kemungkinan tu ada….. sebab SAMSIDAR sendiri mengaku ….. Kena buat Ujian DNA nih…
- Tak kan AZMIN ALI tak pernah mencurigai isterinya hanya kerana kesetiaannya kepada ANWAR IBRAHIM?. Atau … ini mungkin strategi AZMIN ALI membiarkan saja walaupun dia mengetahui supaya membolehkan dia sentiasa mendapat tempat di hati ANWAR IBRAHIM… berbandingkan EZAM MOHD NOOR yang sentiasa diketepikan. Bukan semua orang tak tahu…. EZAM MOHD NOOR keluar dari PKR kerana merajuk kerana tak mendapat tempat dihati ANWAR IBRAHIM. Baik EZAM keluar dari PKR dan tubuh GERAK……
- Aku tak paham laa…. Macammana Dato’ NALA… leh jadi driver dok angkut SAMSIDAR TAHARIN pih jumpa kekasih hatinya ANWAR IBRAHIM di TIVOLI VILLA. Masa baik cam tu la kan… masing-masing ada kepentingan. Tapi bila dah tak ada kepentingan… mula la kan… Aku rasa lepas Pilihanraya dia IJOK… kan berlaku perselisihan paham antara Dato’ NALA dengan ANWAR IBRAHIM. Aku tak dapat bayangkan Eksekutif Direktor Magnun Cooperation jadi MACAI amik , lepas tu hantar SAMSIDAR TAHARIN… Bawa keter DAIMLER pulak tu….. Hebat-hebat…
- Cam ner ek… ANWAR IBRAHIM nih.. leh pakai depan belakang. Setahu aku Cuma SINGH cam KARPAL SINGH jek yang biasa pakai depan belakang. Agaknya tu ler sebabnya ANWAR IBRAHIM dengan KARPAL SINGH bukan main NGAM lagi. Satu geng ler tu… Geng main depan belakang. KAK WAN tak perasan ker ek???… atau dia pun kena sekali tapi tak leh laa nak buat apa… dah nama pun Suami kan… Lagi pun .. tu kecik punya hal… banyak benda lain nak pikir… cam ner nak jadi PM… tu lagi penting….
Maleh aku nak pikir pasal ANWAR IBRAHIM nih… yang aku tahu… mamat nih macam SESUMPAH…. Dia boleh jadi sebagal-galanya… TOK IMAM, TOK BILAL, TOK SIAK… sampai main depan belakang, main bini orang semua dia boleh… Pemimpin berkaliber..memang la cam tu…