Mr. Podas

Posts Tagged ‘Babi’

PAS-UMNO “PENGKHIANATAN TERBUKA”…BENARKAH BEGITU???

In Uncategorized on August 1, 2008 at 2:15 pm

Benar-benar kelakar bila aku terbaca kenyataan oleh Setiausaha DAP SELANGOR, LAU WENG SAN. Katanya DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Adakah patut dia kata macam tu kepada PAS setelah apa yang DAP dan PKR lakukan pada PAS?. Apakah PAS parti politik kelas ke DUA sehingga apa jua keputusan yang telah dibuat dengan membelakangkan PAS sebagai rakan kongsi dalam PAKATAN RAKYAT.

Aku rasa sepatutnya DAP yang patut sedar diri kerana kalau bukan kerana sokongan majoriti ahli-ahli PAS , mana mungkin DAP boleh menang dengan begitu banyak. Kalau kawasan bandar DAP boleh menang kira patutla … tapi kawasan majoriti MELAYU pun DAP boleh menang. DAP lah yang sebenarnya yang mengkhianati para pengundi MUSLIM. Mana ahli PAS yang sanggup terima apa yang telah dilakukan oleh DAP kepada PEMIMPIN mereka. PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS dipandang hina ..seolah-olah pendekatan ISLAM tidak akan diterima sama sekali oleh PAKATAN RAKYAT.

Macammana DAP yang begitu biadap mempermainkan ISU AGAMA …. ISU KEMELAYUAN.. .. ISU BABI.. boleh diterima oleh PAS?… PAS dah tak sanggup sebenarnya bersekongkol dengan DAP. Kalau dengan UMNO , PAS boleh letakkan SYARAT mewujudkan HUKUM HUDUD dan KISAS.. tetapi PAS tak mampu lakukan kepada DAP.. Buat apa PAS nak teruskan hubungan dengan DAP??…. Memang tak masuk dek akal…… Aku lihat tak ada orang MELAYU dan ISLAM yang akan menentang penggabungan PAS –UMNO yang dilihat akan menguatkan kembali penyatuan orang MELAYU. Tak ada pun orang MELAYU yang setuju kerjasama PAS dan DAP. Semua orang tahu bahawa sekarang ini .. orang MELAYU terlalu rapuh, bergaduh sesama sendiri….. dan semua tu tak lain dan tak bukan sentimen yang dimainkan oleh DAP.

DAP hanya mahu menggunakan PAS dalam menjayakan agenda JAHAT mereka. Nasib baik PAS mula sedar dari lena mereka. APA yang kita boleh lihat ialah sebenarnya DAP memang tak boleh sebulu dengan PAS… tapi demi menjayakan agenda JAHAT kepada orang MELAYU, mereka terpaksa kelihatan seperti seiringan dengan PAS. Dalam diam-diam mereka mainkan sentimen dengan menjadikan PAS sebagai orang tengah dalam mendesak kerajaan BN….. tak kira dalam apa bidang sekalipun. DAP pula… dengan senyap-senyap dan mudah memperolehi peruntukan 100 JUTA untuk projek BABI, dapat status tanah di PERAK.. dan macam-macam lagi.

AKU memang benci dengan DAP…… PEMUSNAH MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA. Aku SAYANG MELAYU…. Hidup MELAYU….

PKR/DAP PERLU DIAJAR SUPAYA MENGHORMATI RAKAN PAKATAN (PAS).

In Uncategorized on July 12, 2008 at 7:30 pm

Salam…

Setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini, tak salah jika aku menyatakan bahawa PAS seolah-olah terpinggir dan terpisah jauh walaupun masih dalam PAKATAN RAKYAT. Beberapa insiden yang berlaku melihatkan bagaimana PAS telah diperalatkan oleh PKR /DAP demi kepentingan politik mereka.

Tak perlu lagi aku bercerita PERJANJIAN PANGKOR II, PROTEST di Kelana Jaya, Isu BABI dan lain-lain yang mendapati PAS amat tertekan dengan keputusan DAP. Tak pernah berlaku dalam sejarah MALAYSIA dimana MB tidak boleh bercakap berkaitan ISLAM. Tetapi DAP berjaya membisukan MB PERAK dari bercakap pasal ISLAM sebagai agama rasmi.

Yang terkini ialah penyerahan undi tak percaya kepada PAK LAH. Sesungguhnya tindakan ini tidak mendapat persetujuan dari wakil PAS. Aku paham kenapa ianya tidak mendapat persetujuan dari PAS terlebih dahulu. Bagi PKR dan DAP, aku dapat rasakan bahawa kehadiran PAS bagaikan melukut ditepi pantai. Mana mungkin perkara sebegini berlaku?… Di manakah nak letak maruah diri , maruah parti sekiranya hanya dianggap sebagai nasi tambah saja dalam PAKATAN RAKYAT.

Aku merasakan bahawa kini tiba masanya untuk PAS bertindak sesuatu bagi menunjukkan kepada DAP/PKR bahawa PAS juga relevan dalam PAKATAN RAKYAT. Bagi mencapai hasrat tersebut , bagaimana kalau boikotkan perhimpunan haram yang akan diadakan di PARLIMEN pada 14 JUL (Ahad). Perhimpunan itu menjurus kepada sokongan usul tak percaya kepada PM. Inilah platform yang paling sesuai untuk PAS menunjukkan KEKUASAAN mereka. Akulah org paling gembira sekiranya PAS memboikot perhimpunan yang akan diadakan di Parlimen . PAS mesti buat sesuatu supaya mengajar PKR/DAP lebih menghormati rakan dalam PAKATAN RAKYAT. Sama-sama kita x payah turut serta , Mari kita boikot perhimpuanan yang akan berlaku pada 14 JUL 2008.

KEBAJIKAN PENGUNDI ATAU BABI?????

In Uncategorized on April 18, 2008 at 11:21 am

Buntu aku memikirkan rasional Kerajaan SELANGOR meluluskan Projek Penternakan BABI sebanyak RM 100 Juta itu. Apakah kebuntuan ini turut dirasakan oleh orang melayu yang beragama ISLAM lain.

Dengan manifesto “NEGARA BERKEBAJIKAN”… Kerajaan SELANGOR .. terus meluluskan projek projek BABI tersebut tanpa memikirkan kesan saikologi kepada penduduk melayu… serta pengundi mereka…

Persoalannya…. Penting sangatkah BABI-BABI ini berbanding dengan pengundi yang telah memberikan kerusi kepada BARISAN RAKYAT memerintah SELANGOR??…. Bukan kah lebih baik kalau Kerajaan SELANGOR mengutamakan permasalahan rakyat seperti kes setinggan, masalah kesesakan, masalah kilang dan pelbagai masalah lain. Mengapa BABI menjadi isu utama dalam pentadbiran kerajaan baru pimpinan Tan Sri KHALID IBRAHIM. Sebab utama adalah Tan Sri Khalid Ibrahim takut dengan Theressa Kok. Aku pernah Nampak Tan Sri Khalid Ibrahim kena herdik dan dicemuh oleh Theresa kok. Langsung nyonya Theresa Kok ni tak hormat pun pada jawatan Menteri Besar.

Alasan MB SELANGOR ialah meneruskan pelan oleh kerajaan terdahulu…. Ahhhh Bull Shit.. Kalaulah benar apa yang dimaksudkannya…. Naper sampai RM100 Juta… pas tu .. kat kawasan Melayu ler pulak. Naper pula perjanjian Kerajaan lalu dengan syarikat air ,SYABAS boleh dibatalkan kontrak… tak kan kes BABI nih tak boleh?… Alasan bahawa benda nih adalah kesinambungan dari projek kerajaan terdahulu tak boleh diterima. Rasanya rakyat belum terlalu bodoh untuk ditipu sebegitu rupa…

Mengapa isu pembangunan tak diutamakan??.. Mengapa permasalahan setinggan di SELANGOR dibekukan dulu oleh kerajaan SELANGOR?… Takkan nak tunggu duit hasil BABI kot bagi meneruskan projek setinggan. Kalaulah betul bagai dikata…. TU DIAAAAAAAAAAA….. Kerajaan SELANGOR akan menjadi negeri pertama yang berjaya menunaikan manifesto mereka kepada rakyat…..

Berniaga BABI nih memang untung….. Sebab tu la….. BABI menjadi agenda utama pentadbiran Kerajaan SELANGOR. Pandai kan TERESA KOK…. Boleh buat business sekali….

Apa pun… tahniah kepada kerajaan SELANGOR…. Dah nampak macammana nak buat profit. Semua orang tahu kan siapa Tan Sri KHALID IBRAHIM.

SELANGOR DARUL EHSAN ATAU DARUL KHINZIR?

In Uncategorized on April 11, 2008 at 5:01 pm

Terkejut aku dari lena…. Apakah aku masih berada di bumi SELANGOR Darul Ehsan, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat. Inikah hadiah yang aku terima hasil perjuangan aku selama ini menyokong pakatan Rakyat (PKR dan PAS)

Masih kedengaran ditelingaku bagaimana YB TERESA KOK mengunkap kata bahawa dia amat BERBANGGA kerana cadangannya membina “one stop center” bagi penternakan khinzir telah diluluskan oleh kerajaan negeri SELANGOR. Bukan setakat diluluskan sahaja, malah peruntukkan 100 juta telah diberikan bagi menjayakan projek MEGA kerajaan Negeri SELANGOR.

Daerah SEPANG kelak bukan hanya terkenal dengan terdapatnya litar F1, Putrajaya, KLIA tapi menjadi pusat penternakan khinzir terbesar di MALAYSIA dan ASIA. Daerah SEPANG yang majoritinya orang melayu sudah pasti tidak dapat menerima keadaan sebegini. Sehingga ada kedengaran desas desus bahawa ianya akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk daerah SEPANG. Antaranya pencuci najis Khinzir, menyembelih, melapah kulit, penghantaran Khinzir dan sebagainya.

Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya, di manakah PAS ketika isu ini hangat diperkatakan. Bukankah dulunya dalam ceramah-ceramahnya, PAS dengan lantangnya membicarakan kejijikan Khinzir dikalangan masyarakat ISLAM di MALAYSIA. Penternakan babi di Bukit Pelandok telah menjadi isu penting pada setiap ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN menjalankan bisnis khinzir. Tapi kini setiap ungkapan yang dikeluarkan oleh PAS menyetujui pembinaan “one stop center” ini. Inikah PAS yang selama ini mempertahankan perjuangan tetapi layu dek desakan Pakatan Rakyat (DAP). Siapalah PAS di mata DAP. PAS tak ubah seperti langau yang cuba melambatkan proses “MALAYSIAN MALAYSIA”. DAP bukanlah lawan dan kawan PAS , yang sentiasa dinafikan hak mereka.

Setakat manakah kejayaan Sistem Kumbahan Khinzir yang berasal dari GERMANY itu?. Terdetik juga difikiran aku, kalaulah teknik yang digunakan oleh GERMANY bagus dan sesuai, mengapakah SINGAPURA tidak menjadi negara pertama menjalankan penternakan khinzir secara “one stop center”. Nanti suburlah pokok-pokok kayu, sayur-sayuran yang terdapat di SEPANG kesan dari zat najis Khinzir. Rasanya ok kot kalau orang islam makan buah- buahan dan sayur dari baja najis khinzir. Macam kata PAS , kita tak makan daging khinzir… tapi buah dari baja jek. Ehhehhehe…boleh ker sedara makan?????

Kenapa penternakan khinzir tak dilakukan di PULAU PINANG, KLANG atau SEPUTIH .. tempat YB TERESA KOK. Senanglah dia dapat stok daging khinzir. Aku nih bukanlah emosi sangat pasal kes khinzir nih… tapi apabila kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju meneruskan projek BN.. aku merasa amat sedih. Tambahan pula wang rakyat sebanyak rm 100 juta telah diperuntukkan kepada projek ini. Memang la kerajaan Negeri SELANGOR kaya, tapi bukan begini cara menghabiskan duit rakyat. Adalah kerana desakan DAP (kaum Cina) makan Kerajaan Negeri bagaikan dicucuk hidung. Bagaimana pula kalau kaum India (HINDRAFF) pula membuat pelbagai tuntutan… Kenalah ikut juga tunaikan apa jua tuntutan HINDRAF sepertimana tuntutan DAP ini.

Rasanya pelbagai ujian telah dilakukan ke atas ternakan khinzir, dan hasilnya mendapati khinzir mempunyai kuman yang tidak boleh dimatikan walaupun di masak pada suhu mendidih. Kesannya bukan saja menular kepada orang cina tetapi juga pada bangsa-bangsa lain. Sekiranya PAS ikhlas dan berjiwa rakyat, salahkan kalau mereka mempromosikan ayam, lembu, kerbau atau kambing sebagai alternatif kepada khinzir. Berapa ramai sekarang nih kaum cina yang suka makan kambing…..berbanding khinzir.

Akhirnya hasil rumusan yang aku dapati ialah… ianya agenda kerajaan negeri SELANGOR Darul KHINZIR yang mahu menjadikan Khinzir sebagai komoditi (perniagaan). Sekali lagi.. tahniah kerajaan SELANGOR Darul KHINZIR.

Wassalam..

PAS parti lalang – cakap tak serupa bikin betul la. Macam ular lidah bercabang…!!!!!!!!!!!!!!!!!

In Uncategorized on April 9, 2008 at 7:31 pm

Heboh…heboh…apabila parti yang memperjuangkan Islam tiba-tiba beralih arah dan kenyataan. Lepas satu perkara, timbul pula perkara baru. Parti ini nampaknya suka sangat mencari publisiti murahan dan mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri mereka sendiri. Agaknya inilah cara mereka. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…!!!! Boleh melakukan apa cara apa saja demi kelangsungan survivor masa depan politik mereka agar sentiasa bertahan. Macam lalang. HAMPAS kelapa betullah.

Baru-baru ni, ana terbaca artikel yang menyatakan bahawa PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan BABI @ KHINZIR. Dengar katanya projek ternakan khinzir berkelompok tersebut bernilai RM 100 juta dan akan di bina di sepang, Selangor. Orang-orang PAS ni pula kata orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging khinzir ni. Apa cerita ni. Dulu masa isu babi di Melaka merekalah orang pertama yang memainkan isu ni. Kata UMNO Melaka melindungi penternak lah, membenarkan pemeliharaan babi ni dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kau orang pula yang menjadi orang pertama menyokong penuh cadangan kerajaan Selangor.

Fikir-fikirkanlah…Selaku parti yang memperjuangkan Islam, tak kan lah sanggup menipu orang ramai. Takkanlah sanggup menjadi munafik demi memastikan parti mereka terus hidup. Menyesal betul ana menyokong parti ni masa piliharaya tempohari. Kenyataan yang pernah dibuat satu ketika dulu, tiba-tiba berubah sekelip mata. Ini ke parti yang kononnya mampu mendukung perjuangan Islam tapi dalam masa yang sama menipu rakyat marhean. UMPAMA LALANG. Mengikut saja arah angin bertiup. Tak pernah nak tetap pendirian.

Wahai rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor..bukalah mata..bukalah minda..renungilah diri anda..Ini kah parti yang kita sokong dan pilih selama ini. Parti yang kita percaya memberi kesejahteraan untuk anda. Inilah p arti yang hanya akan hidup demi kepentingan mereka sendiri. Sudah terbukti mereka hanya sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan parti. Mereka mengikut sapa saja demi masa depan politik mereka. Perjuangan yang tidak pernah ikhlas. Hanya hendak mendapatkan jawatan memerintah…..

Bila jari menaip…!!!