Nampaknya Anwar semakin terdesak untuk merialisasikan 16 Septembernya bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang tidak jelas kemampuannya berbanding Barisan Nasional. Jika dilihat secara logiknya, ramai beranggapan tarikh keramat Anwar Ibrahim itu tidak akan berlaku kerana beberapa faktor yang dilihat tidak memihak kepada beliau. Antaranya menurut kenyataan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, secara teknikalnya, Anwar tidak boleh membentuk kerajaan kerana sepanjang bulan Spetember ini tiada Persidangan Parlimen yang akan berlangsung dimana usul undi tidak percaya tidak boleh dilakukan walaupun Anwar mempunyai Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Keduanya, jika Anwar berjaya memperolehi 30 Ahli Parlimen dari BN daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli PArlimen BN 110 orang dan pembangkang seramai 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan kerana Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS. Andaikata Ibrahim Ali melompat ke parti pemerintah kedudukan sekarang adalah 111 BN manakala PR juga 111 dan PR masih lagi tidak mampu untuk mewujudkan sebuah kerajaan. Ini menunjukkan tarikh 16 September dilihat tidak akan berlaku seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar sebelum ini.
Selain itu, Anwar juga mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkina tarikh 16 September akan ditukarkan kepada 20 September. Apa sudah jadi ni? Sekejap macam ni sekejap macam tu. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba mewujudkan sesuatu yang tidak pasti kepada rakyat. Ianya seolah-olah seperti Anwar cuba menipu rakyat seperti mana di dalam ceramahnya sebelum ini yang beliau amat yakin yang beliau akan menuju ke Putrajaya pada 16 September.
Sementara itu, Anwar juga kelihatan seperti terdesak setelah sebilangan ahli parlimen berlepas ke Taiwan untuk membuat lawatan sambil belajar disana dan hanya akan pulang ke tanah air pada 19 September. Beliau menjelaskan yang beliau sanggup ke Taiwan bagi mengadakan perbincangan dengan sebilangan Ahli Parlimen yang sedang membuat lawatan disana. Namun Anwar menjelaskan yang beliau tidak mengikuti rombongan ke Taiwan tetapi diserta oleh 4 orang pemimpin PKR yang diketuai oleh Tian Chua. INILAH TAKTIK KOTOR YANG DIGUNAKAN OLEH ANWAR.
JIKA ANWAR KEMARUK INGIN MENJADI PERDANA MENTERI, BELIAU SEHARUSNYA MENGGUNAKAN SISTEM DEMOKRASI DINAGARA INI DIMANA KERAJAAN YANG DIPILIH ADALAH PILIHAN RAKYAT IAITU SEWAKTU PILIHANRAYA.
Amat jelas sekali, rata-rata rakyat Malaysia melihat peristiwa 16 Spetember 2008 tidak akan berlaku kerana sebijak-bijak Anwar ternampak juga kebodohan beliau dalam mengatur strategi. Ini adalah kerana Anwar dilihat hanya mahu cuba mencetuskan keadaan tidak selesa oleh kerajaan pemerintah yang kini gagal mengekalkan majority 2/3.
Posts Tagged ‘BN’
Taktik kotor Anwar Ibrahim
In Uncategorized on September 12, 2008 at 10:05 amANWAR KELAM KABUT AHLI PARLIMEN BUAT LAWATAN KE LUAR NEGARA
In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:30 am5 September telah berlalu, namun tiada seorang pun ahli parlimen yang lompat ke Pakatan Rakyat (PR). Jika benar ahli parlimen akan melompat parti seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar kenapa perlu tunggu sehingga 16 September. Bahkan beliau boleh mengumumkan siapakah yang akan melompat ke Pakatan Rakyat ketika ini dan terus membentuk kerajaan menjelang 16 September. Manakala sewaktu lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini beliau telah ditemu ramah oleh salah sebuah stesen tv disana. Beliau di Tanya berapakah ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat dan beliau tidak dapat meberikan berapakah jumlah sebenar mereka yang ingin beralih arah. Ini menunjukkan isu ahli parlimen yang akan melompat parti hanyalah satu pembohongan semata-mata dan hanya mahu menimbulkan provokasi antara beliau dengan parti pemerintah.
Baru-baru ini, timbul pula tentang ahli parlimen dari Barisan Nasional akan mengikuti satu lawatan ke luar negara bagi mempelajari teknik pertanian moden. Lawatan tersebut akan mengambil masa sehingga 19 September ini. Anwar dilihat seperti tidak tentu arah kerana kebanyakan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesedian untuk mengikuti lawatan tersebut. Ianya semakin terbukti bahawa tindakan lompat parti oleh ahli parlimen BN ke PR hanyalah retorik semata-mata.
Sebagai rakyat Malaysia, Anwar seharusnya bertindak secara professional dan bukan menggunakan taktik kotor untuk membentuk kerajaan. Jika beliau kemaruk sangat untuk menjadi Perdana Menteri, beliau seharusnya tunggu pada Pilihan Raya akan datang dan biarkan rakyat yang menentukan siapakah pilihan mereka samaada BN atau PR. Anwar dilihat cuba menggunakan elemen-elemen rasuah dengan cuba mempengaruhi ahli parlimen Sabar atau Sarawak untuk menyertai PR dimana mereka akan mendapat kepentingan seperti memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri jika belia berkuasa. Inikah ciri-ciri seorang Perdana Menteri yang kita mahukan……
ADUN PERAK LOMPAT PARTI?
In Uncategorized on September 4, 2008 at 9:40 amBaru-baru ni teman balik ke kampong teman kat Bagan Serai, Perak. Teman balik sebabnya dapat 3 hari cuti sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos kemudian sempat berbuka berpuasa dengan keluarga tercinta pada 1 hb Sep. Semenjak kemenangan Anwar di Permatang Pauh baru-baru ni, heboh orang ramai mengatakan 16 September kerajaan akar bertukar kerana sasaran 30 ahli parlimen akan tercapai. Khabar angin tu teman dengar masa teman di Kuala Lumpur bila berbual kosong dengan kawan-kawan yang salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) termasuk teman.
Namun apabila teman balik je ke kampong teman, lain pulak cerita yang teman dengar. Tup tap tup tap, 3 orang ADUN negeri Perak dikatakan akan melompat ke Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ni kerana telah hilang keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dibawah 3 parti yang yang bekerjasama iaitu PAS, DAP dan PKR. Betul ke ni? Kalau betul, apa sudah jadi?
Menurut sumber rakan-rakan teman yang sering mengikuti perkembangan PR di negeri Perak ini, dipercayai 3 ADUN tersebut adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Perak terhadap beberapa isu. Antaranya adalah Menteri Besar Perak dikatakan mengikut telunjuk DAP dengan pemberian tanah seluas 400 hektar kepada sekolah Cina. Mereka berpendapat, seharusnya Dato Seri Nizar mengutamakan dahulu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kelihatan begitu uzur berbanding sekolah Cina. Selain itu, isu pemberian geran tanah kepada semua penduduk Kg Baru di Perak dimana ianya dilihat lebih kepada perkauman kerana hanya kaum tertentu sahaja yang mendapat tanah tersebut.
Teman bukan apa, walau pun teman ni penyokong kuat PAS, teman juga kadang kala tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh Menteri Besar Perak baru-baru ni. Perjuangan PAS adalah mengakkan syiar Islam dan bangsa Melayu amnya seharusnya dipegang prinsipnya namun seolah-olah, PAS kini memperjuangkan konsep negara sekular atau Malaysia Malaysian yang didokong kuat oleh DAP.
Teman berharap Menteri Besar Perak perlu mengambil kira keperluan orang Melayu yang majorotinya adalah penduduk di negeri perak. Apakah selama ini bangsa Cina dan India tidak pernah dibantu langsung? Janganlah hanya kerana ingin mendapatkan sokongan bangsa Cina dan India, kepentingan Melayu di korbankan.
Ingat…..kemenangan PR di Perak adalah kerana sokongan bangsa Melayu walaupun ada diantara mereka yang memangkah parti roket. Jangan pula rakyat akan mengubah kembali kerajaan sekarang kepada kerajaan sebelumnya pada pilihanraya akan datang
ANWAR IBRAHIM – PELACUR POLITIK YANG TERDESAK…
In Uncategorized on May 16, 2008 at 9:49 amKeadaan tenang……masih lagi tenang setenang air di kali….. Tak kedengaran pun ura-ura Ahli Parlimen dari BN ingin sertai PKR. Malah hampir semua Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan menyertai PKR menafikannya. Apa nih ANWAR IBRAHIM????…… Cakap tak serupa bikin la……Ingat senang ker nak RASUAH Ahli Parlimen dari BN dengan wang ringgit dan kesenangan. Ingat Ahli Parlimen tak ada maruah diri?… Cuma ANWAR yang selalu pentingkan dirinya.

Tak usahlah bermimpi di siang hari. Masih teriang-riang di telinga aku ANWAR menyatakan bahawa hari Rabu, 14 MEI 2008 merupakan sejarah dalam politik dimana lebih dari 17 Ahli Parlimen dari SABAH dan SARAWAK akan lompat parti ke PKR.
Betapa bodohnya kenyataan itu….. Rasanya dengan membuat provokasi sebegini akan melemahkan semangat Ahli Parlimen SABAH DAN SARAWAK dan timbul tidak percaya kepada pemerintahan sekarang. Tolong laaa… Ingat pemimpin BERWAWASAN dari SABAH dan SARAWAK nih tak tahu memilih antara BN dengan PKR. Kalaulah wang ringgit dan kemewahan dijadikan sandaran bagi Ahli Parlimen dari BN untuk berubah ke PKR…. Ternyata … salah percaturannya.
Sememangnya tindakan ANWAR memancing Ahli Parlimen dari BN adalah amat tak beretika dan tidak boleh diterima oleh rakyat….. Sekutunya iaitu DAP dan PAS tidak mahu terlibat dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM. Bayangkan dalam satu pakatan sendiri tak boleh bersatu hati….. Terlalu desperate si ANWAR nih…. Betapa JIJIKnya manusia bernama ANWAR IBRAHIM.
Kalau nak diikutkan…. Mereka patut lebih sentiasa berwaspada dengan kedudukan kerusi ADUN di PERAK… dan bukannya mencari populariti murahan di SABAH dan SARAWAK. Dengan tindakan KARPAL SINGH yang mempertikaikan institusi KESULTANAN …. boleh menyebabkan ADUN Pembangkang menyertai BN.. Harus diingat , BN hanya memerlukan 2 kerusi ADUN bagi membolehkan BN menumbangkan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Tak adalah pulak tindakan memujuk ADUN PERAK dengan wang ringgit sebagaimana dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM kepada Ahli Parlimen SABAH dan SARAWAK.
Mana ANWAR dapat duit yang begitu banyak untuk membiayai Ahli Parlimen dari BN menyertai PKR?. Tak hairankah kita?…. Siapa yang sponsor ANWAR IBRAHIM??> Apa yang aku perhatikan , ianya merupakan pemikiran dan idea ANWAR IBRAHIM dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya benar… apa bezanya PKR dengan UMNO???…. PKR secara terang-terang akan menyerahkan wang ringgit dan jawatan sekiranya Ahli Parlimen lompat ke PKR.
Lihatlah betapa kotor dan jijiknya….. tindakan ANWAR IBRAHIM…..