Setelah melihat situasi yang berlaku pada Pakatan Rakyat SELANGOR.. terasa sebak dan pilu hati ini bila melihatkan telatah yang dimainkan oleh pemimpin PAS SELANGOR. Mereka kini seolah-olah bacul, nusyuz, penakut kepada Adun DAP sehingga sanggup diperlekehkan dengan pelbagai cara. Kes terbaru yang amat menguji kesabaran aku sebagai ahli PAS ialah campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu. Tindakan RONNIE LIU yang mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas rasmi mereka. Sememangnya tugas mereka melaksanakannya apabila mendapat lapuran dari penduduk kerana penjualan “BEER” kepada orang ISLAM. Read the rest of this entry »
Posts Tagged ‘DAP’
KENAPA ANWAR PILIH PERMATANG PAUH
In Uncategorized on August 8, 2008 at 3:14 pmSebelum pembubaran PERMATANG PAUH yang dibuat oleh SPR, kita telah dicanangkan dengan pelbagai cerita oleh ANWAR… Akan bertanding di KULIM laa.. kemudian SEBERANG JAYA laaa… tapi akhirnya dia memilih PERMATANG PAUH.
ANWAR juga pernah berkata bahawa proses pilihanraya bagi membolehkannya bertanding tidak akan diambil dari mana-mana kawasan yang telahpun dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT pada PRU 12 yang lalu. Tetapi apa yang berlaku kini benar-benar kontra dengan apa yang ANWAR telah suarakan dulu. Apakah muslihat ANWAR???
Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau bercakap selalu tak benar?.. bohong… dan menganggap pilihanraya adalah satu mainan. Adakah dia berfikir bahawa dia telah menyusahkan rakyat di PERMATANG PAUH yang terpaksa mengundi sekali lagi. Apakah rakyat di PERMATANG PAUH akan terus ditipu lagi. Setakat ini, aku tak nampak pun sebarang pembangunan yang dilaksanakan oleh WAN AZIZAH semasa menjadi AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH kerana apa yang aku lihat WAN AZIZAH sentiasa berada di KL pada setiap masa bagi menemani suaminya yang baru dituduh dengan kes LIWAT. Kalau lah ANWAR yang memenangi Kerusi Parlimen , masa bertambah sengsaralah rakyat PERMATANG PAUH. Apakah mereka mahu seorang PELIWAT dan penyokong kuat AMERIKA SYARIKAT memerintah MALAYSIA yang tercinta ini.
Sebenarnya ada muslihat kenapa ANWAR menjadikan PERMATANG PAUH sebagai hub bagi membolehkan dia melangkah kehadapan seterusnya. Tentu kita masih ingat tarikh KERAMAT yang dilaungkannya iaitu 16 SEPT 2008 di mana pintu akan terbuka luas kepadanya bagi melangkah ke PUTRAJAYA dan menjawat jawatan PERDANA MENTERI. Bayangkanlah WAN AZIZAH yang kini menjadi KETUA PEMBANGKANG terpaksa menarik diri bagi memberikan jalan kepada ANWAR. Bukankah ini satu permainan politik yang paling kotor yang pernah aku tengok. Bagaimana dia yang telah dilantik oleh rakyat yang mahukan dia berkhidmat dengan baik dan jujur… tetapi telah mempolitikkan keadaan dengan membenarkan ANWAR menggantikan tempatnya. Hanya PERMATANG PAUH sahaja tempat yang boleh dia lakukan walaupun terpaksa mengorbankan isterinya dari agenda politik.
ANWAR juga kini berada dalam keadaan amat tersepit….. kesukaran yang amat ketara apabila kes tuduhan liwat mula dilakukan pertuduhan serta mula mendapat liputan luas oleh pihak media dan elektronik. Bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes LIWATnya dari menjadi bualan hangat , maka dia terpaksalah mengadakan konpirasi sebegini. Tambahan pula kenyataannya bahawa akan berlaku Ahli Parlimen BN akan lompat parti bagi membolehkan PAKATAN RAKYAT memenangi majoriti kerusi Parlimen. Semuanya terpaksa dilakukan sebelum 16 SEPT 2008.
Pernahkah ANWAR berfikir bahawa proses lompat parti boleh berlaku sebaliknya iaitu Ahli Parlimen BA akan lompat parti ke UMNO??. Segalanya berkemungkinan kerana Ahli Parlimen dalam PAKATAN RAKYAT kini sudah tahu bahawa perjuangan PKR bersama DAP akan memberikan impak yang buruk kepada masyarakat melayu. Tindakan ANWAR yang menghalalkan pelbagai tindakannya bagi membolehkan dia memegang jawatan PM.
Aku seru .. semua rakyat PERMATANG PAUH… Janganlah undi ANWAR ..kerana dialah yang bakal merosakkan orang MELAYU.
PAS AKAN TERUS DITEKAN…DAN DIANAK TIRIKAN
In Uncategorized on August 3, 2008 at 2:45 pmApabila keputusan PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung di Kerajaan Negeri PERAK, aku sudah nampak bagaimana wajah LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH dan semua orang kuat DAP. Masing- masing mendongakkan muka sambil mendabik dada menyatakan bahawa PAS akan terus berada dalam telunjuk mereka.
Alasan mereka , kalau PAS nak bergabung dengan UMNO, mereka boleh lakukan semasa pertemuan sulit PAS UMNO sebelum penubuhan Kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR dulu. Harus diingat bahawa itu cuma penubuhan Kerajaan saja tanpa melihat corak pemerintahan. Kini terbukti .. pemerintahan PAKATAN RAKYAT telah menyimpang jauh dari matlamat sebenar PAS. Lihatlah bagaimana kejadian yang berlaku di KLANG , terdapat lebihkurang 5 keluarga bukan ISLAM telah menuntut supaya dibinakan rumah ibadat mereka.
Aku rasa kalaulah di zaman pemerintahan UMNO/BN dahulu, perkara sebegini tidak akan dilayan, tetapi dalam PAKATAN RAKYAT … ianya dibenarkan tanpa memikirkan sensitiviti kaum. Apa yang PAS lakukan…dalam PAKATAN RAKYAT??. Aku rasa kalau setakat menjadi Parti kelas ke DUA…. Memanglah tak mencapai hasrat mereka mewujudkan sebah negara yang menjalankan hukum ISLAM.
Rasa-rasanya .mana lebih senang untuk PAS mengembangkan syiar ISLAMnya di MALAYSIA. Dengan DAP kah atau dengan UMNO kah?… Janganlah dilihat terlalu ghairah hendak merebut pangkat sehingga mengabaikan kepentingan orang MELAYU dan ISLAM. Terdapat banyak perlantikan jawatan dalam PAKATAN RAKYAT yang telah dibuat tanpa mengambil kira kepentingan PAS dan orang MELAYU.
PAS akan terus ditekan, tidak dipedulikan dalam mengeluarkan polisi-polisi, yang hanya menonjol ialah DAP dan sedikit dari PKR…… Aku cakap berdasarkan pengalaman aku. Setiap kalau nak keluarkan apa-apa polisi , PAS akan diberitahukan setelah selesai . Inikah yang dikatakan rakan Kongsi????. Memerlukan PAS kerana kegilaan memegang jawatan…. Dan PAS bagaikan budak kecil yang diberikan gula..gula bagi merestui setiap projek yang DAP/PKR nak lakukan.
Sedarlah PAS,,, bangunlah dari tidurmu ……. JGN JADI HAMBA lagi…. JGN jadi parti politik kelas kedua.. yang hanya bergantung kepada DAP/ PKR. Wallahuklam….
PAS-UMNO “PENGKHIANATAN TERBUKA”…BENARKAH BEGITU???
In Uncategorized on August 1, 2008 at 2:15 pmBenar-benar kelakar bila aku terbaca kenyataan oleh Setiausaha DAP SELANGOR, LAU WENG SAN. Katanya DAP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.
Adakah patut dia kata macam tu kepada PAS setelah apa yang DAP dan PKR lakukan pada PAS?. Apakah PAS parti politik kelas ke DUA sehingga apa jua keputusan yang telah dibuat dengan membelakangkan PAS sebagai rakan kongsi dalam PAKATAN RAKYAT.
Aku rasa sepatutnya DAP yang patut sedar diri kerana kalau bukan kerana sokongan majoriti ahli-ahli PAS , mana mungkin DAP boleh menang dengan begitu banyak. Kalau kawasan bandar DAP boleh menang kira patutla … tapi kawasan majoriti MELAYU pun DAP boleh menang. DAP lah yang sebenarnya yang mengkhianati para pengundi MUSLIM. Mana ahli PAS yang sanggup terima apa yang telah dilakukan oleh DAP kepada PEMIMPIN mereka. PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS dipandang hina ..seolah-olah pendekatan ISLAM tidak akan diterima sama sekali oleh PAKATAN RAKYAT.
Macammana DAP yang begitu biadap mempermainkan ISU AGAMA …. ISU KEMELAYUAN.. .. ISU BABI.. boleh diterima oleh PAS?… PAS dah tak sanggup sebenarnya bersekongkol dengan DAP. Kalau dengan UMNO , PAS boleh letakkan SYARAT mewujudkan HUKUM HUDUD dan KISAS.. tetapi PAS tak mampu lakukan kepada DAP.. Buat apa PAS nak teruskan hubungan dengan DAP??…. Memang tak masuk dek akal…… Aku lihat tak ada orang MELAYU dan ISLAM yang akan menentang penggabungan PAS –UMNO yang dilihat akan menguatkan kembali penyatuan orang MELAYU. Tak ada pun orang MELAYU yang setuju kerjasama PAS dan DAP. Semua orang tahu bahawa sekarang ini .. orang MELAYU terlalu rapuh, bergaduh sesama sendiri….. dan semua tu tak lain dan tak bukan sentimen yang dimainkan oleh DAP.
DAP hanya mahu menggunakan PAS dalam menjayakan agenda JAHAT mereka. Nasib baik PAS mula sedar dari lena mereka. APA yang kita boleh lihat ialah sebenarnya DAP memang tak boleh sebulu dengan PAS… tapi demi menjayakan agenda JAHAT kepada orang MELAYU, mereka terpaksa kelihatan seperti seiringan dengan PAS. Dalam diam-diam mereka mainkan sentimen dengan menjadikan PAS sebagai orang tengah dalam mendesak kerajaan BN….. tak kira dalam apa bidang sekalipun. DAP pula… dengan senyap-senyap dan mudah memperolehi peruntukan 100 JUTA untuk projek BABI, dapat status tanah di PERAK.. dan macam-macam lagi.
AKU memang benci dengan DAP…… PEMUSNAH MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA. Aku SAYANG MELAYU…. Hidup MELAYU….
KARPAL SINGH dan PAKATAN RAKYAT DAH MULA MELATAH….
In Uncategorized on July 28, 2008 at 8:00 pmSejak bila pula PAS nak kena minta kebenaran dengan DAP dan PKR untuk bermuqabalah dengan UMNO??.. Sebelum ini pun ada ker DAP dan PKR meminta kebenaran atau berbincang dalam memutuskan sesuatu keputusan.Banyak perkara yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT dibuat dengan membelakangkan PAS.
Pada masa itu, nampak sangatlah PAS bagaikan tersisih dari mata DAP dan PKR semasa beberapa program dan agenda yang mereka lakukan dengan mengenepikan PAS.
Bila PAS bermuqabalah dengan UMNO , tetiba kelam kabut KARPAL SINGH meminta supaya keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT dikaji semula dan patut dikeluarkan dari PAKATAN RAKYAT. Bertambah panas orang tua tu bila MURSIDUL PAS Datuk NIK AZIZ NIK MAT minta supaya PAS bubar dan UMNO bubar dan digantikan dengan parti lain yang lebih islamik. Fuhhh,… Macam tak boleh percaya pada pendapat KARPAL SINGH , kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KETUA PAS sendiri.
Aku dapat rasakan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa dasar dan matlamat perjuangan dalam PAKATAN RAKYAT adalah bercanggah dengan mereka. Rata-rata rakyat pada mulanya tahu ANWAR akan memperjuangkan keTUANan MELAYU tetapi disebabkan desakan DAP, maka kini telah ditukar kepada keTUANan RAKYAT. Dah tak ada MELAYU…. ISLAM lagi la jauh…. Jangan nak haraplah nak citer pasal ISLAMIC COUNTRY kalau PAKATAN RAKYAT memerintah. Justeru itulah PAS telah nampak kesan-kesan penggabungan mereka dengan PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan konflik fahaman agama. PAS yang sedia dimaklumkan berlandaskan ISLAM tidak dapat diterima oleh sekutunya.
Siapa lagi yang boleh membantu menaikkan kembali imej orang MELAYU kalau bukan UMNO dan PAS.. Siapa lagi yang boleh menyatupadukan semula orang MELAYU…. setelah dikecaikan dan diporakperandakan oleh ANWAR. Usah bermimpi di siang hari kalau PKR yang diharapkan dapay menyatupadukan orang MELAYU…. tambah2 ketua Umum nya…. Sekarang nih dia tengah kemaruk kuasa.. Nak bertanding di KULIM walaupun pada dasarnya ZULKIFLI NORDIN sendiri yang mahu mencuba nasib sekali lagi. Nih la jadinya kalau masing-masing dok gila pangkat/jawatan.
Aku rasa elok sangatlah pun kalau PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT. Tiada sebarang petanda pun yang boleh dilihat sebagai indikator bahawa PAS akandan telah berjaya dalam dakwahnya…. Yang aku dok nampak, PAS Cuma memperjuangkan hak-hak DAP dan PKR. Aku rasa bersatu dengan UMNO adalah satu langkah bagi mematlamatkan cita-cita PAS.
Pasal si Janggut KARPAL SINGH tu.. jangan dok kira dengan dia tu… Dia lebih kurang sama dengan TERESA KOK… hati dan perasan mereka hanya lah dok fikir macammana nak musnahkan orang MELAYU…….. Cuma dia dah TUA sedangkan Nyonya TERESA … ok lagi. Tah berapa lama KARPAL boleh tahan.. tunggu masa ja tu nak jalannnnnnnnnnnnnnn……
SUDAH TIADA KESEPAKATAN DALAM PKR
In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:45 pmAku sendiri pun tatau nak kata apa.. dalam insiden tumbuk Ahli Parlimen PKR KELANA JAYA GWO-BURNE LOH oleh pembantu ADUN SERI SETIA PKR NIK NAZMI bernama AZAM. Setahu aku Ahli Parlimen PKR GWO-BURNE LOH tu tak tahu cakap MELAYU. Kalaulah cakap MELAYU pun tak tahu .. cam mana nak menangani masalah orang MELAYU…
Kelakau betul la. Aku tak paham kenapa si GWO-BURNE LOH nih nak masuk campur apabila tanah tersebut telahpun diperuntukkan untuk pembinaan Surau bagi masyarakat MELAYU di situ . Kenapa pula dia nak bantah hanya kerana desakan dan tekanan dari orang HINDU yang sememangnya bukan dari kawasan tersebut. Kalau aku jadi AZAM pun aku belasah juga si mamat GWO-BURNE LOH nih. Aku masa tu dah ketap bibir nak belasah juga si Mamat nih.
Aku sendiri nampak betapa takbur dan bongkaknya GWO-BURNE LOH datang dan terus menghentak meja sambil mengatakan bahawa “TANAH ITU BUKAN TANAH ORANG MELAYU”. EH..ehh.. sedap hati jek cakap. Kalau tak betul tak kan HASSAN ALI dan TERESA KOK bersetuju dengan perletakkan batu asas pembinaan surau tersebut. Janganlah nak tunjuk hero macam yang dia buat dalam kes V.K LINGAM. Dah la cakap bahasa MELAYU pun tak tahu… lepas tu kurang ajar lagi pulak. Tak hormat orang MELAYU… Inilah dia pemimpin yang ada dalam PKR.. Macam mana PAS boleh terima keadaan macam nih?… PAS tok melaung-laungkan ISLAM, tetapi bila kes macam nih berlaku , depa diam.. sediam-diamnya sehinggakan pembantu NIK NAZMI bertindak.
Ada sumber beritahu aku, ekoran kejadian tu .. si GWO-BURNE LOH memang rasa tak puas hati sangat. Dah la siap buat repot polis, lepas tu sekarang ini dia bercadang pula nak keluar PKR dan joint DAP…. ISK..isk..isk.. Kalau la betul… Fuh … punya la kelakau episod ini. Kata ada kesepakatan dalam PAKATAN RAKYAT tapi jika diteliti seperti ada sesuatu yang pelik berlaku. Kenapa perlu keluaq PKR masuk DAP????… Aku tak pahammmmmm .. dan bosannnn dengan macam-macam hal dalam PKR nih. Aku rasa PAS nih memang tak sesuai sangat ada dalam Pakatan Rakyat nih..
PKR + DAP = Menghancurkan ISLAM dan ketuanan MELAYU.
Tu lah jadinya kalau amik Ahli Parlimen yang tak tahu cakap bahasa MELAYU, yang tetiba popular hanya kerana kes V.K LINGAM. Yang dia tahu .. “I took that PIC” setiap kali soalan diajukan kepada GWO-BURNE LOH. Cakap MELAYU pun tak boleh… cam mana bang nak mewakili masyarakat MELAYU di KELANA JAYA… Aduhhhh .. TOLONGGGGGGGGGGGG….
Aku rasa kes nih kalau ANWAR tak masuk campur … abis laa PKR…. Kalau Ahli Parlimen dengan ADUN pun dah tak boleh ngam… apa yang rakyat boleh harapkan lagi. Tindakan tegas patut dikenakan kepada GWO-BURNE LOH kerana kekurangan ajarnya. Tapi cam mana ANWAR nak masuk campur, kes dia pun berlambak-lambak…. LIWAT laa.. IGP saman laa… Macam-macam laaaa….. Yang paling best pasal ANWAR nih… masih ada hati nak pih bertanding , nak jadi PM la konon-kononnya. Biarkan ANWAR terjun dengan labu-labunya. PKR semakin kacau bilau dia tak amik tahu.. hehehheee….
KARPAL TAK PERLU CAMPUR TANGAN
In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:40 pmAku kadang-kadang rasa pelik jugak tengok si Karpal Singh yang selalu sangat sibuk dengan hal ehwal parti PAS. Segala tindakan PAS tidak perlu tunjuk ajar dari parti lain terutamanya dari DAP dan PKR kerana sepanjang pembentukan Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR yang sering membelakangkan PAS dalam membuat keputusan. Jadi bagi aku, tak perlulah nak menyibuk jika PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO. Aku bukanlah penyokong UMNO, tetapi demi perpaduan Islam dan orang Melayu aku terpanggil untuk menegakkan kebenaran
Jika selama ini PAS pandangan PAS tidak ambil kira oleh DAP dan PKR, kenapa pula bila timbul isu muzakarah antara PAS dan UMNO, barulah mereka mahu memberikan pendapat. Didalam PR tiada siapa yang dominan kerana kerajan PR dibentuk oleh 3 parti komponen utama iaitu PAS, PKR dan DAP. Tiada siapa yang berhak mengarahkan sesuatu parti itu melakukan sesuatu seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Apakah Karpal atau lebih umumnya parti DAP serta Anwar (Parti Keadilan) merasakan tindakan PAS ini telah menggugat kedudukan mereka dalam PR. Kenapa sebelum ini mereka memandang sepi setiap cadangan yang telah diusulkan oleh PAS?
Sebenarnya, jika DAP dan PKR ikhlas dalam pembentukan kerajaan secara perkongsian kuasa ini, segala keputusan yang dibuat perlu mendapat sokongan secara kolektif. Tidak ada sesebuah parti pun yang mempunyai kuasa veto untuk menentukan sebarang keputusan. Malah, muzakarah yang sedang diadakan oleh PAS dan UMNO adalah untuk kebaikan Islam dan orang Melayu secara amnya. Tindakan ini bukanlah satu ugutan atau cuba mengalih perhatian media kepada PAS. Ianya hanyalah satu perbincangan antara dua parti yang mempunyai pendirian dan perjuangan yang berbeza tetapi boleh bekerjasama demi perpaduang orang Melayu.
Justeru it, aku ingin mengingatkan sekali lagi kepada mereka yang cuba menggagalkan perjumpaan ini, agar tidak mencemarkan isu dengan perkara-perkara yang boleh mneggugatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu
Islam dan Melayu Sejati
Apakah PAS dan PKR PERAK sudah hilang taring??
In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:19 pmAku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam hal ini. Walaupun isu ni dah berlalu agak lama, tapi kehangatannya masih lagi terasa. Di manakah kedudukan keistimewaan orang Melayu di PERAK. Sebaik saja PERAK menjadi salah satu negeri pembangkang, perbagai kejadian telah berlaku. Dengan meletakkan MB dari kalangan orang MELAYU yang hanya menjadi BONEKA .. amat tidak disenangi oleh rakyat PERAK. Masakan tidak… harapan orang MELAYU PERAK untuk melihat seorang “ ENGINEER” melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat MELAYU nampaknya hanya tinggal harapan. Memang dan terbukti bahawa MB PERAK kini sedang diperbudak, diperbodohkan dan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh ADUN dari DAP.
Lihatlah saudaraku sekelian, sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak , dilantik pula Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN. Bagaimana kuasa yang sebegitu besar diberikan kepada ADUN DAP yang sememangnya mempunyai agenda jahat bagi memusnahkan apa juga keistimewaan orang MELAYU. Ini terbukti apabila Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka. Apa lagi yang orang MELAYU ada selain dari keistimewaan sebagai bumiputra di negara ini.
Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?
Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.
Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?
Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?
PKR/DAP PERLU DIAJAR SUPAYA MENGHORMATI RAKAN PAKATAN (PAS).
In Uncategorized on July 12, 2008 at 7:30 pmSalam…
Setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini, tak salah jika aku menyatakan bahawa PAS seolah-olah terpinggir dan terpisah jauh walaupun masih dalam PAKATAN RAKYAT. Beberapa insiden yang berlaku melihatkan bagaimana PAS telah diperalatkan oleh PKR /DAP demi kepentingan politik mereka.
Tak perlu lagi aku bercerita PERJANJIAN PANGKOR II, PROTEST di Kelana Jaya, Isu BABI dan lain-lain yang mendapati PAS amat tertekan dengan keputusan DAP. Tak pernah berlaku dalam sejarah MALAYSIA dimana MB tidak boleh bercakap berkaitan ISLAM. Tetapi DAP berjaya membisukan MB PERAK dari bercakap pasal ISLAM sebagai agama rasmi.
Yang terkini ialah penyerahan undi tak percaya kepada PAK LAH. Sesungguhnya tindakan ini tidak mendapat persetujuan dari wakil PAS. Aku paham kenapa ianya tidak mendapat persetujuan dari PAS terlebih dahulu. Bagi PKR dan DAP, aku dapat rasakan bahawa kehadiran PAS bagaikan melukut ditepi pantai. Mana mungkin perkara sebegini berlaku?… Di manakah nak letak maruah diri , maruah parti sekiranya hanya dianggap sebagai nasi tambah saja dalam PAKATAN RAKYAT.
Aku merasakan bahawa kini tiba masanya untuk PAS bertindak sesuatu bagi menunjukkan kepada DAP/PKR bahawa PAS juga relevan dalam PAKATAN RAKYAT. Bagi mencapai hasrat tersebut , bagaimana kalau boikotkan perhimpunan haram yang akan diadakan di PARLIMEN pada 14 JUL (Ahad). Perhimpunan itu menjurus kepada sokongan usul tak percaya kepada PM. Inilah platform yang paling sesuai untuk PAS menunjukkan KEKUASAAN mereka. Akulah org paling gembira sekiranya PAS memboikot perhimpunan yang akan diadakan di Parlimen . PAS mesti buat sesuatu supaya mengajar PKR/DAP lebih menghormati rakan dalam PAKATAN RAKYAT. Sama-sama kita x payah turut serta , Mari kita boikot perhimpuanan yang akan berlaku pada 14 JUL 2008.
“PROTES” – MAINAN PKR/DAP UNTUK PERBODOHKAN PAS.
In Uncategorized on July 11, 2008 at 9:50 pmBila membincangkan soal PROTES…. kita mesti tahu siapa Dr Mohd Hatta Ramli. Baginya dia gah dengan jawatannya sebagai Pengerusi PROTES sedikit pun tak meyedari bahawa dirinya dipergunakan dalam memastikan agenda PKR dan DAP berjalan lancar mengikut acuan PKR/DAP.
Dari awal penubuhan PROTES lagi aku dah tengok bagaimana Dr Mohd Hatta Ramli dipergunakan, diberikannya jawatan supaya mendapat sambutan dari penyokong PAS, padahal .. hampir kesemua aktiviti PROTES ditentukan oleh AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang dibelakangnya diterajui oleh PKR/DAP.
Aku tak nampak di mana letaknya peranan PAS selain dari menjadi puppet, bila berjaya DAP dan PKR dapat nama… bila gagal… Dr Mohd Hatta Ramli dan PAS yang menanggungnya. Kalau tak masakan Dr Mohd Hatta Ramli terpaksa memohon maaf pada semua yang hadir pada perhimpuna tersebut di dalam blog PROTES, padahal tu bukan salahnya. Adakah dia merelakan kejadian yang mengaibkan tempoh hari.
Apa yang lebih menjengkelkan aku apabila PAS dikatakan tidak realistik apabila bertindak memboikot perhimpunan tersebut. PKR dan DAP juga yang dapat nama kerana bertindak melindungi penyanyi indie band tersebut. Tindakan penyokong PAS pula dikatakan membuat tindakan yang memalukan apabila memboikot perhimpunan tersebut…. Pada PKR dan DAP, tindakan oleh Alak (penyanyi indie band) adalah sejajar dengan tujuan asal perhimpunan walaupun… punggung dihalakan ke penyokong PAS… Kemudian di asak dengan kata-kata “JILAT.. JILAT”….. Bagi PKR/DAP itu adalah perkara biasa dan PAS juga patut membiasakan diri mereka.
Bagi aku… tak perlu ada PKR atau DAP dalam jawatankuasa PROTES. Tak perlu ada AMK yang mengawal semua aktiviti PROTES. PAS sendiri mampu melaksanakan tugas yang dilakukan oleh AMK malah dengan lebih baik….. Aku tak rela .. PAS diperlekehkan kerana perancangan jahat DAP yang membayangi setiap tindakan PKR.
DESAS DESUS KERETAKAN PAKATAN RAKYAT?
In Uncategorized on July 10, 2008 at 9:29 pmBaru sebentar tadi Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang mengumumkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang parlimen yang akan datang. Seorang rakan yang boleh dikatakan orang kuat juga dalam Parti PAS menelefon ku dengan nada marah – marah macam orang yang kena sawan. Menurut beliau, sebelum ini PAS, PKR dan DAP telah mengadakan satu perbincangan untuk membawa usul tidak percaya ini ke Parlimen. Hasil daripada perbincangan tersebut PKR dan DAP bersetuju untuk membawa usul ini ke parlimen tetapi ditentang oleh Presiden PAS iaitu Dato Seri Hading Awang. Presiden PAS lebih berminat untuk mengemukakan usul pembubaran Parlimen daripada mengemukakan usul undi tidak percaya kepada PAKLAH. Kata putus hasil dalam mesyuarat tersebut, PAS, PKR dan DAP sebulat suara menyokong usul untuk membubarkan parlimen pada sidang yang akan datang.
Tapi yang menaikkan darah kawan aku yang menelefoni, kenapa secara tiba – tiba tanpa sebarang kata putus dari PAS selaku parti yang bernaung dibawah pakatan rakyat tidak dimaklumkan dengan perkara ini. PKR dan DAP nampaknya secara senyap – senyap telah membelakangi PAS dan mengemukakan usul tidak percaya kepada PAKLAH. Nampaknya PAS seperti menjadi boneka sahaja dan PKR dan DAP dah jadi macam kaduk naik junjung. Selagi PAS bersama dengan PKR dan DAP maka selagi itu lah PAS akan sentiasa dipinggirkan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT kita. MB Perak menjadi Menteri Besar pun hanya kerana undang – undang Pentadbiran Negeri Perak yang tidak mengizinkan.. jikalau di ingatkan DAP dan PKR lebih berminat menghantar seorang POSMEN menjadi Menteri Besar dari seorang jurutera daripada PAS. Parti PAS sering di anggap sebagai Parti Kelas Kedua dalam Pakatan Rakyat.
Adei. Kesian pula melihat wakil – wakil tok lebai kita ni di perbodohkan…
MB PERAK MULA BELAKANGKAN KETUANAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM KERANA TAKUTKAN DAP
In Uncategorized on July 9, 2008 at 6:19 pmTerkejut aku bila membaca akhbar tablod yang menceritakan bagaimana DAP PERAK dan MB telah menandatangani PANGKOR II semasa proses perlantikan MB PERAK yang lalu. Maklumat nih bukannya maklumat “hear say” seperti insiden akuan bersumpah yang berleluasa ketika ini. Ianya datang dari adik MB PERAK sendiri iaitu Mohd. Fadzil Jamaluddin yang menyaksikan majlis tandatangan antara DAP PERAK dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Antara yang terdapat dalam Perjanjian PANGKOR II ialah melarang MB PERAK menyebut negeri PERAK diperintah oleh ISLAM.
Alahai….. kalau lah demikian rupanya , abislah orang MELAYU di PERAK. Apa lagi yang mereka boleh harapkan dari seorang MB yang kini sedang dijual oleh DAP. Lihatlah betapa halusnya DAP memainkan peranan mereka dengan berselindung di sebalik MB yang berbangsa MELAYU. Lihatlah bagaimana mereka cuba mempermainkan agama ISLAM sehingga cuba membolehkan agama ISLAM tidak menjadi agama rasmi negeri itu apabila menidakkan MB membicarakan terma-terma politik yang berkaitan dengan PAS seperti HUDUD dan KIQAS. Tak tahu lah pulak kalau Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri dah lupa dia membawa waadah rakyat dan PAS dalam melaksanakan Perlembagaan PAS.
Inilah yang dikatakan .. demi kuasa , manusia sanggup melakukan apa saja sehingga sanggup menipu rakyat jelata. Rakyat Perak mengharapkan dengan kepimpinan baru yang diketuai oleh MB dari PAS, akan membawa PERAK ke arah yang lebih membangun dengan berlandaskan ISLAM. Sebab itulah rakyat, Kesultanan PERAK mahukan MB dari PAS, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. MB PERAK bagaikan lembu dicucuk hidung yang sentiasa menurut apa saja telunjuk oleh DAP. Tolonglah….. Rakyat PERAK tidak perlukan MB yang menjadi boneka kepada DAP yang sentiasa berniat jahat kepada orang MELAYU… mereka mahukan MB yang boleh mempertahankan hak orang MELAYU, ISLAM dan dilandas yang betul. Ikutlah macam TOK GURU NIK AZIZ………. Yang BODOH…. Orang MELAYU gak.. Dok UNDI DAP yang mmg dah tahu … akan menjatuhkan orang MELAYU dan ISLAM ..
MAKAN ANGIN KE TUGAS RASMI
In Uncategorized on June 5, 2008 at 3:33 pmSaya terbaca dalam sebuah artikel hari ini (2 Jun 2008) yang rombongan kerajaan Pulau Pinang akan ke Hong Kong dan korea untuk bertujuan menjalin hubungan sedia ada dan yang baru dengan ahli perniagaan dan pihak industri di negara dan wilayah itu. Hai la Ketua Menteri Pulau Pinang sorang ni… rombongan delegasi kerajaan Pulau Pinang ni pergi untuk tugas rasmi ke atau nak makan angin. Agak-agakla pun kalau nak makan angin free, sehingga sanggup menggunakan duit rakyat.
Kita boleh fikir secara rasionalnya delegasi yang akan ke Hong Kong dan Korea kerana kesemua yang terlibat dalam kunjungan kedua negara ini adalah berbangsa Cina. Anda ingin tahu siapa yang akan terlibat dalam program lawatan melancong sambil menghabiskan duit kerajaan Pulau pinang ini? Akan saya senaraikan satu persatu. Mereka adalah Lim Guan Eng, disertai isterinya Betty Chew, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah invest Penang, Dato’ Lee Kah Choon, ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi; ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.
Sepatutnya Lim Guan Eng perlu membawa Exco dari kaum Melayu dan India sebagai menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan melambangkan bangsa Malaysia. Tetapi jika dilihat dari mereka yang mengikuti rombongan Lim Guan Eng ini adalah mereka yang sememangnya rapat dengan beliau. Ini adalah salah satu rupa sebenar Lim Guan Eng selama ini yang dinantikan oleh rakyat Pulau Pinang. Syabas rakyat pulau Pinang kerana memilih seorang pemimpin yang suka bersuka ria.
Selama memerintah negeri pulau Pinang, apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng selama ini. Anda fikirkanlah sendiri…..
Cuba lawati link ini http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014876&Itemid=28
PAKATAN RAKYAT DAN ISLAM HADARI
In Uncategorized on May 30, 2008 at 1:54 amTerkejut ana bila diberitakan bahawa kerajaan Selangor telah mengharamkan semua program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari. Ana terpinga-pinga mencari relevennya pengharaman yang dibuat oleh Datuk Dr Hassan Ali , dilihat seolah-olah menjadi “dummy” kepada parti DAP yang sentiasa menentang usaha untuk memuliakan ajaran Islam di MALAYSIA. Kerana DAP adalah abang Long (kerusi paling banyak).
Ana tak faham kenapa Islam Hadhari yang dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat. Kita semua tahu bahawa pendekatan Islam Hadhari ditafsirkan sebagai cara-cara memajukan umat Islam dalam bidang budaya yang umatnya masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Adakah menyokong kelulusan Ladang Babi di Sepang dan kemudian mengharamkan semua program berkaitan dengan Islam Hadhari akan memberikan peluang kepada Datuk Dr Hassan Ali untuk dianggap sebagai pemimpin yang islamik. Adakah ianya akan menaikkan kembali imejnya setelah jatuh merudum akibat kes babi tempoh hari agar setaraf dengan ulama-ulama PAS yang lain.
Rasanya banyak benda-benda lain yang menjadi proriti kepada kerajaan Selangor selain dari menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat Selangor. Program Islam Hadhari setakat ini tidak pernah memberikan impak atau kesan yang buruk kepada rakyat malah memberikan pembangunan yang seimbang pembangunan negara. Janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Sepatutnya Kerajaan Selangor mestilah melangsaikan dulu segala janji menifesto mereka kepada rakyat Selangor, bukannya mencari alasan dengan mengutarakan isu-isu baru supaya rakyat boleh lupa janji-janji Pakatan Rakyat.
Dalam hal sebegini, DAP paling untung. Tindakan menangguk di air keruh telah menyebabkan PAS dan PKR bukan saja dianggap parti yang tidak berkiblatkan Islam malah dianggap bersekongkol dengan DAP dalam menjatuhkan Islam di Selangor. Apa yang boleh aku simpulkan ,Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) lebih takutkan DAP dari ALLAH SWT.
KARPAL SINGH VS PAKATAN RAKYAT..
In Uncategorized on May 12, 2008 at 1:11 pmIsu yang dimainkan oleh Pengerusi DAP.. KARPAL SINGH berkaitan dengan kuasa Kesultanan telah memberikan satu tamparan hebat kepada rakyat MALAYSIA amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Pengerusi DAP sentiasa mencabar sentimen orang melayu seolah-olah dia tidak memahami budaya dan politik di MALAYSIA???..
Apa yang menjadi tandatanya tatkala ini…. Adakah isu ini merupakan persetujuan bersama di dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri… atau hanya pandangan peribadi si SINGH TUA nih sorang.
Kalaulah ini merupakan kesepakatan dari PAKATAN RAKYAT… aku tak tau nak cakap apa-apa lagi… Apakah sebenar yang diperjuangkan oleh PKR dan PAS sehingga sanggop diperbodohkan oleh SINGH TUA .. yang tak pernah tahu menghormati bangsa MELAYU. SINGH TUA yang tak pernah merestui kekebalan raja-raja sebagai ketua Agama di setiap negeri. Di mana letaknya maruah dan pegangan PKR dan PAS bersabit kes ini…
Kalaulah pula ini bukan sepakatan dari PAKATAN RAKYAT, mengapa PKR dan PAS hanya berdiam diri??…Sebaiknya keluarkanlah Kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung dengan isu ini. Tidak mampukah PKR dan PAS menyuarakan sebarang nasihat kepada SINGH TUA itu supaya mohon kemaafan atau mengambil pendekatan berdiam diri… Bukankah PAS dikenali sebagai Parti yang pandai menasihat, mengadakan cerita dan sebagainya. Mengapa tak saja digunakan kepakaran mereka menyelesaikan masalah SINGH TUA nih. Pernahkah PAS menggunakan ISU SINGH TUA nih dalam ceramah-ceramah mereka???…
Ianya bukan masalah diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.. Masalahnya sekarang ialah sikap biadap dan kurang ajar SINGH TUA nih terhadap orang MELAYU dan KESULTANAN. Dek kerana terikat dalam PAKATAN RAKYAT… maka PKR dan PAS bagaikan lembu dicucuk hidung… samada hanya ikut saja apa yang disensasikan oleh DAP atau hanya membisu seribu bahasa.
Walaupun UMNO pernah terlibat dalam kemelut bersama dengan SULTAN samada PERLIS dan TERENGGANU… tetapi cara dan penyelesaian yang dilakukan adalah amat bersesuaian dengan fitrah sebagai rakyat MALAYSIA yang berhemah. Perbincangan dan kemaafan dipohon dengan harapan mengeratkan kembali hubungan sultan/kerajaan.. Adakah cara yang dilakukan oleh SINGH TUA ini melambangkan ketatasusilaan rakyat MALAYSIA??. Sampai ke saat ini… SINGH TUA masih bertegas dengan keputusannya dan enggan minta maaf kepada sultan kerana kelancangan lidahnya. Apa punya manusia macam nih… kerana mengejar populariti dia sanggup buat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat majmuk di MALAYSIA. Elok di ISA kan ajer SINGH TUA nih….
PAS HANYA TUNGGANGAN PKR
In Uncategorized on April 30, 2008 at 2:07 pmSedar tak sedar dah hampir nak masuk dua bulan PRU 12 berlalu… akhirnya pekung dan tembelang PKR terburai juga.
Dengan sewenang-wenangnya Dr WAN AZIZAH , ketua pembangkang MALAYSIA merangkap isteri “Prime Minister in Waiting “ telah menyuara bahawa MALAYSIA tidak sesuai untuk dijadikan sebuah negara ISLAM dengan alasan sebuah negara berbilang kaum.
Mungkin sesetengah berpendapat bahawa kenyataan WAN AZIZAH adalah praktikal tetapi apakan sentimen yang terbentuk dalam PAKATAN RAKYAT membolehkan WAN AZIZAH mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah golongan dan puak dari Parti PAS ini pekak , tonggong, bisu dan tak merasa apa-apa kesan dari kenyataan sebegini. Apakah pak turut yang selama ini memBABI buta menyokong PAS boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukankah mereka mengimpikan satu pemerintahan ISLAM yang SYUMUL.. yang boleh diterima oleh semua kaum dan agama lain??..
Kalaulah begini jadinya… apakah sebenarnya perjuangan PAS?…. Ada perbezaankah antara ideologi yang akan dicanangkan oleh PKR dan DAP berbanding dengan UMNO. Bukankah UMNO menolak penubuhan negara ISLAM dengan alasan MALAYSIA sebuah negara berbilang kaum.
Aduhai PAS…… nampaknya tak kesampaianlah hasrat Parti tersebut menubuhkan Negara ISLAM. Atau … mereka telah selesa dengan kedudukan sekarang sehingga membiarkan diri diperkuda, diperlekeh oleh parti lain yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri. Apakah kerusi ADUN dan PARLIMEN yang dimenangi oleh Ahli yang Berhormat dari PAS telah mengabui mata dan akal mereka… sehingga mereka bagaikan dicucuk hidung bagi mengiyakan apa jua yang dilakukan oleh samada PKR atau DAP. Ini kah yang diperjuangkan oleh ahli PAS sehingga sanggup berhujankan air asid dan gas pemedih mata, sanggup membentengkan tubuh untuk dipukul…. Inikah keYAKINan mereka kepada pucuk pimpinan PAS.
Tahulah Tuan-tuan… ISLAM adalah AGAMA …. ISLAM juga adalah DAULAH. Tapi kalaulah PAS sudah selesa untuk sekali lagi menjadi tunggangan DSAI.. apa boleh buat….
Yang paling menyulitkan…aku nampak, tiada keikhlasan dalam kewujudan PAKATAN RAKYAT. Dari mata kasar, telah terbukti bahawa PAS hanyalah tunggangan.. DSAI. Kalaulah betul ada keihklasan… tak perlu ada kenyataan sebegini oleh WAN AZIZAH. Atau paling mudah… buat kenyataan sebelum PRU 12.. Kan lebih senang… Cakap saja pada PAS yang PKR minta sokongan pengikut PAS … tetapi PKR tak akan membantu PAS mewujudkan Negara ISLAM. Tapi susah gak nak cakap…bila pemimpin PAS dah jadi gila KUASA….. Wallahuaklam…
TAHNIAH KEDAH – PENGELUAR BABI SELEPAS SELANGOR
In Uncategorized on April 30, 2008 at 2:04 pmSalam… ana ada ke Kulim minggu sudah. Terkejut ana bila kini heboh dikatakan KEDAH akan menjadi HUB kedua pengeluar BABI selepas kelulusan oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR. Fuhhh… meriah rasanya bila daging babi kini boleh dinikmati secara total oleh rakyat kaum Cina tanpa ada batasan.
Alasannya hanyalah kerana bekalan daging BABI mentah yang tidak mencukup bagi penduduk di Sg PETANI sehingga terpaksa mengimpotnya dari PULAU PINANG. Kerajaan PAS , KEDAH yang begitu prihatin dengan rakyatnya terus meyediakan tapak milik kerajaan di BUKIT SELAMBAU bagi tujuan pembiakan BABI.
Berbaloilah kaum CINA yang menyokong PAS pada PRU12 yang lalu. Masakan tidak… segala permohonan mereka mendapat tempat di hati kerajaan negeri…sampai sanggup menyerahkan tanah milik kerajaan negeri.
Yang paling menarik ana tengok .. sebuah syarikat telah bersetuju bagi menternak BABI tersebut. Hmm.. bertambah hasil negeri KEDAH nanti. Bukan senang beb nak mewujudkan “Negara Berkebajikan”… Kalau buka bisnis BABI nih… perghh… Untung beb….Leh gunakan duit tu nanti untuk pembangunan Kerajaan Negeri KEDAH.
Agaknya lepas nih satu- satu negeri di bawah kerajaan PAKATAN RAKYAT akan buka ladang babi bagi melayan kehendak dari rakan PAKATAN mereka (DAP). Bayangkan kalau kat SELANGOR tu masuk akal laa.. ana tengok sebab DAP dan PKR kira macam seimbang… dalam bab nih PAS tak kisah… Duduk tengah-tengah jadi PAK TURUT… janji masih pegang potfolio… hehhehe… Yang paling ana musykil dan susah nak percaya… Kat KEDAH pun DAP boleh mendapat keistimewaan.
Kalaulah kita tengok…. Ana dok perasan .. kenapa keistimewaan kita sebagai bangsa MELAYU semakin terhakis dan dihakis tanpa disedari. Mereka sedar ker tidak ..wallahuaklam… Tapi ana sedar… DEB telah dimansuhkan dan digantikan dengan AEB di mana secara simboliknya … keistimewaan orang melayu terhakis…. Kini BABI yang selama ini menjadi satu simbol yang paling kotor, najis… telah mula dijadikan keistimewaan kaum CINA.
Samada kita boleh terima atau tidak hakikat .. Inilah permainan DAP yang mahu menjatuhkan Imej orang-orang MELAYU yang tak pernah sedar diri. Menidakkan keistimewaan pribumi (MELAYU) dan mengiyakan keistimewaan kaun CINA… merupakan strategi DAP dalam PAKATAN RAKYAT…
Ana … rasa… Kalaulah macam ni corak pentadbiran PAS di KEDAH… cukuplah dengan satu penggal. Lepas nih… PAS akan digantikan dengan DAP… atau sekurang-kurangnya akan jadi macam PERAK. Letak MB dari Parti PAS , sebagai boneka … exconya pulak oleh DAP… Barulah padan muka…
Selamat Maju Jaya KEDAH DARULAMAN…. Pengeluar BABI kedua selepas SELANGOR…
KEBAJIKAN PENGUNDI ATAU BABI?????
In Uncategorized on April 18, 2008 at 11:21 am
Buntu aku memikirkan rasional Kerajaan SELANGOR meluluskan Projek Penternakan BABI sebanyak RM 100 Juta itu. Apakah kebuntuan ini turut dirasakan oleh orang melayu yang beragama ISLAM lain.
Dengan manifesto “NEGARA BERKEBAJIKAN”… Kerajaan SELANGOR .. terus meluluskan projek projek BABI tersebut tanpa memikirkan kesan saikologi kepada penduduk melayu… serta pengundi mereka…
Persoalannya…. Penting sangatkah BABI-BABI ini berbanding dengan pengundi yang telah memberikan kerusi kepada BARISAN RAKYAT memerintah SELANGOR??…. Bukan kah lebih baik kalau Kerajaan SELANGOR mengutamakan permasalahan rakyat seperti kes setinggan, masalah kesesakan, masalah kilang dan pelbagai masalah lain. Mengapa BABI menjadi isu utama dalam pentadbiran kerajaan baru pimpinan Tan Sri KHALID IBRAHIM. Sebab utama adalah Tan Sri Khalid Ibrahim takut dengan Theressa Kok. Aku pernah Nampak Tan Sri Khalid Ibrahim kena herdik dan dicemuh oleh Theresa kok. Langsung nyonya Theresa Kok ni tak hormat pun pada jawatan Menteri Besar.
Alasan MB SELANGOR ialah meneruskan pelan oleh kerajaan terdahulu…. Ahhhh Bull Shit.. Kalaulah benar apa yang dimaksudkannya…. Naper sampai RM100 Juta… pas tu .. kat kawasan Melayu ler pulak. Naper pula perjanjian Kerajaan lalu dengan syarikat air ,SYABAS boleh dibatalkan kontrak… tak kan kes BABI nih tak boleh?… Alasan bahawa benda nih adalah kesinambungan dari projek kerajaan terdahulu tak boleh diterima. Rasanya rakyat belum terlalu bodoh untuk ditipu sebegitu rupa…
Mengapa isu pembangunan tak diutamakan??.. Mengapa permasalahan setinggan di SELANGOR dibekukan dulu oleh kerajaan SELANGOR?… Takkan nak tunggu duit hasil BABI kot bagi meneruskan projek setinggan. Kalaulah betul bagai dikata…. TU DIAAAAAAAAAAA….. Kerajaan SELANGOR akan menjadi negeri pertama yang berjaya menunaikan manifesto mereka kepada rakyat…..
Berniaga BABI nih memang untung….. Sebab tu la….. BABI menjadi agenda utama pentadbiran Kerajaan SELANGOR. Pandai kan TERESA KOK…. Boleh buat business sekali….
Apa pun… tahniah kepada kerajaan SELANGOR…. Dah nampak macammana nak buat profit. Semua orang tahu kan siapa Tan Sri KHALID IBRAHIM.
Betul ker tiada parti tunjang dalam PAKATAN RAKYAT???
In Uncategorized on April 17, 2008 at 4:31 pmPergolakan yang berlaku antara PAS dan DAP telah menimbulkan keretakan dalam PAKATAN RAKYAT. Justeru itulah Penasihat PKR , DSAI telah sekali lagi dengan kuasa vetonya mengarahkan parti PKR, PAS dan DAP membuat kenyataan bahawa tiada mana-mana parti yang menjadi tunjang dalam PAKATAN RAKYAT.
Persoalannya….. Kalaulah hanya kerana hendak mengekalkan kerusi (kuasa) … PAS sanggup duduk semeja dengan DAP dan sama-sama mementerai persetujuan ini. Politik apakah ini.
Cukuplah PAS mengubah kiblatnya dari Bangun Bersama Islam kepada Negara berkebajikan… kini PAS sekali lagi dicucuk hidungnya supaya setuju dengan kenyataan ini. Banyak ker perbezaan antara Bangun Bersama Islam dengan Negara Berkebajikan?….. Rasa aku…. Bangun bersama Islam merangkumi segalanya…. 100 kali lebih baik dari Negara Berkebajikan.
Disebabkan motto sebegitu, maka PAS kini terpaksa mengikut kehendak DAP bagi merealisasikan matlamat memerintah Malaysia.
Sudah diteliti ker persetujuan antara PAKATAN RAKYAT itu?… setahu aku laaa… x ader langsung mencerita pasal ISLAM sebagai agama rasmi yang menjadi pegangan PAS. Apa salahnya kalau meletakkan perkara tersebut ….. adalah PAS takut KARPAL SINGH mengamuk lagi?…
Kalau setakat nak menandatangani persetujuan bersama berlandaskan selera DSAI yang memang berkiblatkan ZIONIS..… bagi memastikan PAS dapat memerintah….aku pasti PAS akan hancur….
Menjaga kemenangan adalah lebih susah dari berusaha memperolehi kemenangan. Kalau dulu PAS pernah susah tapi tetap berpegang kepada ISLAM…. Aku tak Nampak kenapa kini PAS tak begitu lagi . Sanggup membelakangkan ISLAM dan menghalalkan segalanya bagi nafsu politik mereka..
Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
SELANGOR DARUL EHSAN ATAU DARUL KHINZIR?
In Uncategorized on April 11, 2008 at 5:01 pmTerkejut aku dari lena…. Apakah aku masih berada di bumi SELANGOR Darul Ehsan, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat. Inikah hadiah yang aku terima hasil perjuangan aku selama ini menyokong pakatan Rakyat (PKR dan PAS)
Masih kedengaran ditelingaku bagaimana YB TERESA KOK mengunkap kata bahawa dia amat BERBANGGA kerana cadangannya membina “one stop center” bagi penternakan khinzir telah diluluskan oleh kerajaan negeri SELANGOR. Bukan setakat diluluskan sahaja, malah peruntukkan 100 juta telah diberikan bagi menjayakan projek MEGA kerajaan Negeri SELANGOR.
Daerah SEPANG kelak bukan hanya terkenal dengan terdapatnya litar F1, Putrajaya, KLIA tapi menjadi pusat penternakan khinzir terbesar di MALAYSIA dan ASIA. Daerah SEPANG yang majoritinya orang melayu sudah pasti tidak dapat menerima keadaan sebegini. Sehingga ada kedengaran desas desus bahawa ianya akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk daerah SEPANG. Antaranya pencuci najis Khinzir, menyembelih, melapah kulit, penghantaran Khinzir dan sebagainya.
Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya, di manakah PAS ketika isu ini hangat diperkatakan. Bukankah dulunya dalam ceramah-ceramahnya, PAS dengan lantangnya membicarakan kejijikan Khinzir dikalangan masyarakat ISLAM di MALAYSIA. Penternakan babi di Bukit Pelandok telah menjadi isu penting pada setiap ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN menjalankan bisnis khinzir. Tapi kini setiap ungkapan yang dikeluarkan oleh PAS menyetujui pembinaan “one stop center” ini. Inikah PAS yang selama ini mempertahankan perjuangan tetapi layu dek desakan Pakatan Rakyat (DAP). Siapalah PAS di mata DAP. PAS tak ubah seperti langau yang cuba melambatkan proses “MALAYSIAN MALAYSIA”. DAP bukanlah lawan dan kawan PAS , yang sentiasa dinafikan hak mereka.
Setakat manakah kejayaan Sistem Kumbahan Khinzir yang berasal dari GERMANY itu?. Terdetik juga difikiran aku, kalaulah teknik yang digunakan oleh GERMANY bagus dan sesuai, mengapakah SINGAPURA tidak menjadi negara pertama menjalankan penternakan khinzir secara “one stop center”. Nanti suburlah pokok-pokok kayu, sayur-sayuran yang terdapat di SEPANG kesan dari zat najis Khinzir. Rasanya ok kot kalau orang islam makan buah- buahan dan sayur dari baja najis khinzir. Macam kata PAS , kita tak makan daging khinzir… tapi buah dari baja jek. Ehhehhehe…boleh ker sedara makan?????
Kenapa penternakan khinzir tak dilakukan di PULAU PINANG, KLANG atau SEPUTIH .. tempat YB TERESA KOK. Senanglah dia dapat stok daging khinzir. Aku nih bukanlah emosi sangat pasal kes khinzir nih… tapi apabila kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju meneruskan projek BN.. aku merasa amat sedih. Tambahan pula wang rakyat sebanyak rm 100 juta telah diperuntukkan kepada projek ini. Memang la kerajaan Negeri SELANGOR kaya, tapi bukan begini cara menghabiskan duit rakyat. Adalah kerana desakan DAP (kaum Cina) makan Kerajaan Negeri bagaikan dicucuk hidung. Bagaimana pula kalau kaum India (HINDRAFF) pula membuat pelbagai tuntutan… Kenalah ikut juga tunaikan apa jua tuntutan HINDRAF sepertimana tuntutan DAP ini.
Rasanya pelbagai ujian telah dilakukan ke atas ternakan khinzir, dan hasilnya mendapati khinzir mempunyai kuman yang tidak boleh dimatikan walaupun di masak pada suhu mendidih. Kesannya bukan saja menular kepada orang cina tetapi juga pada bangsa-bangsa lain. Sekiranya PAS ikhlas dan berjiwa rakyat, salahkan kalau mereka mempromosikan ayam, lembu, kerbau atau kambing sebagai alternatif kepada khinzir. Berapa ramai sekarang nih kaum cina yang suka makan kambing…..berbanding khinzir.
Akhirnya hasil rumusan yang aku dapati ialah… ianya agenda kerajaan negeri SELANGOR Darul KHINZIR yang mahu menjadikan Khinzir sebagai komoditi (perniagaan). Sekali lagi.. tahniah kerajaan SELANGOR Darul KHINZIR.
Wassalam..


HALA TUJU PAS – PERJUANGAN ISLAM ATAU PERJUANGAN POLITIK
In Uncategorized on April 9, 2008 at 4:24 pmOleh : Pejuang Islam Sejati
Dunia….dunia…dunia… Memang benar pepatah melayu lama berkata… hanya kerana jawatan, pangkat….. agama sanggup dipinggirkan.
Inilah yang berlaku kepada perjuangan PAS selama ini. Bertahun lamanya sokongan padu aku berikan kepada perjuangan mereka, tapi kini hampa dan amat mengelirukan. Sebaik saja PAS memenangi PRU12 bersama pakatannya, segala-gala telah berubah. Ianya bagaikan Tsunami yang telah menenggelamkan perjuangan PAS selama ini. Tak tahu lagi di mana letaknya dasar dan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan PAS selama ini.
Bayangkan saudaraku, mana mungkin Ahli Parlimen Kota Raja, DR MARIAH MAHMUD sanggup menjejakkan kakinya ke Kuil MARIAMMAN, Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 MAC 08 lalu. Ianya semata-mata bagi meraikan kemenangan PAS di kawasan tersebut. Beginikah caranya kita bersyukur…. Dimanakah pegangan agamamu DR dan pemimpin PAS. Orang HINDU yang memberi kemenangan atau ALLAH?… Sudah beralihkah kiblatmu, keimananmu?.
Kalaulah begini jadinya, apakah bezanya PAS dengan UMNO???…..Kalau dulu UMNO disekutukan dgn MIC dan MCA……tapi kini PAS yang kini bersetongkol dengan DAP, PRM telah menjadikan kuil sebagai meraikan tanda kesyukuran… ohhh… Mengapa PAS sebegini rupa. Aku dah tak dapat menerima situasi sebegini. Sudahlah bersekongkol DAP yang tak pernah merelakan pergerakan ISLAM di MALAYSIA selama ini……kini PAS bersekongkol pula dengan masyarakat Hindu. Lepas nih… akan tumbuhlah kuil-kuil di Selangor macam cendawan tumbuh selepas hujan.
1001 kesalan melanda diri ini apabila melihat tindakan PAS yang bagaikan bersetuju dgn akidah kaum Hindu dan meminggirkan hukum hakam islam.
Apakah mereka sudah lupa dasar-dasar PAS serta perjuangan mereka. Dasar yang diperjuangkan PAS ialah ISLAM dengan seruannya ialah ALLAHU AKHBAR. Tapi kalau dah kat KUIL .. mana nak ada lagi Seruan ALLAHU AKBAR.. di mana kiblatmu wahai pemimpin-pemimpin PAS.
Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan bagaimana DR MARIAH MAHMUD telah dikalungkan bunga, berceramah di kuil yang dipenuhi, dengan orang-orang Hindu… Ini sudah kira sesat lagi menyesatkan. Kalau dulu… memandang kuil sudah dianggap terpesong akidah…. Kini sudah boleh masuk kuil, pakai bunga dan kemudiannya sama-sama menikmati juadah di kuil.
Aku bimbang kalaulah begini keadaannya…. Peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan ISLAM akan dikongsi bersama dengan lain-lain agama. Inilah yang bakal terjadi di PULAU PINANG. Peruntukan 7 juta yang dulunya diperuntukkan kepada Perkembangan Islam di PULAU PINANG telah dikongsi oleh semua agama di sana.. atas dasar kesama rataan. Sesungguhnya DAP dari dulu, kini dan selamanya menidakkan Negara ISLAM di MALAYSIA.
Usahlah PAS dan DAP tidur sebantal untuk bermimpi yang sama. Strategi DAP amat halus dan tak mampu di tepis oleh PAS…
Sedarlah wahai sahabat seagamaku………………………………..
APA SUDAH JADI DEY MACHA BUNTONG
In Uncategorized on April 7, 2008 at 6:12 amADUN DAP sekali lagi membuat satu kejutan bodoh apabila meletak jawatan hanya dalam tempoh 8 jam sahaja. Kali ini ADUN kawasan Buntong iaitu A. Sivasubramaniam. Sandiwara ahli DAP itu tidak ubah episode ulangan pada Februari lalu yang berlaku sejurus pembubaran Parlimen, apabila Ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya. Bezanya Po Kuan mengambil masa yang agak lama iaitu lima hari sebelum mengubah pendiriannya.
Ayo macha, apa yang sebenarnya ingin ditunjukkan oleh Sivasubramaniam orang pun tak faham. Parti DAP sememangnya terkenal sebagai sebuah parti berideologi “Chauvinist” kerana dasar perkaumannya selama ini. Jadi tidak hairanlah jika Sivasubramaniam ingin meletak jawatan kerana parti DAP hanya mementingkan kaum Cina sahaja. Pemimpin parti DAP hanya menggunakan orang India sebagai batu loncatan untuk meraih sokongan masyarakat India selepas mereka tidak lagi mempercayai parti MIC yang boleh memperjuangkan nasib mereka.
Hai la ADUN Buntong, sudah banyak kes dimana ahli DAP tidak sehaluan dengan pemimpin mereka tapi anda masih lagi ingin menjadi ahli DAP. Tindakan Sivasubramaniam ini hanya mementingkan jawatan tertentu daripada memberi memberi khidmat dikawasannya dan masyarakat India khasnya. Umumnya mengetahui bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menbantu kaum India selama ini dan Sivasubramaniam seharusnya menyertai Barisan Nasional jika tujuan utama beliau adalah untuk kepentingan masyarakat India. Takkan tak cukup lagi kot dengan elaun sebagai ADUN atau wakil rakyat….exco negeri pun nak, speaker negeri pun nak. Nampak sangatlah yang macha sorang ni kemaruk jawatan…
Dey macha, tak payahlah nak berputar belit dalam isu ni. Masayarakat India berapa peratus je di negeri Perak tu. Bersyukurlah dengan apa yang dinikmati oleh kaum India selama ini. Masyarakat India tidak akan mendapat kesenangan hidup dan kemakmuran seperti di Malaysia berbanding di negara India. Sesekali cubalah ke Negara India dan lihatlah kehidupan rakyat mereka disana. Ianya seperti langit dan bumi dimana kehidupan toleransi antara kaum dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah satu kejayaan hasil formula kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Adakah anda merasakan masyarakat India akan mendapat manfaat dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Umum sedia maklum bahawa setiap parti politik di dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideology yang berbeza. DAP dilihat lebih mementingkan kaum Cina sahaja, manakala PKR pula lebih menjurus kearah untuk mengejar cita-cita peribadi seorang pemimpin yang mahukan jawatan sebagai Perdana Menteri, dan PAS pula mahukan sebuah Negara Islam dimana DAP terang-terang tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Jadi dimana letaknya asa perjuangan PARTI PAKATAN RAKYAT. Bolehkah A. Sivasubramaniam menjelaskan mengenai perkara ini?
Sekurang-kurangnya jika Barisan nasional memerintah negara ini setiap parti akan mewakili kaum masing-masing demi bangsa Malaysia. Jika Sivasubramaniam telah makan hati degan Parti MIC, anda boleh menggunakan saluran lain seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) atau IPF dalam usaha untuk memperjuangkan nasib kaum India.
Kaum India telah menghukum Samy Vellu pada Pilihanraya lalu, dan mengapa tidak masyarakat India memberi peluang kepada pemimpin lain MIC untuk membawa isu masyarakat India ke kabinet kerana hanya MIC sahaja yang boleh membawa suara hati masyarakat India ke pengetahuan Perdana Menteri.


