DSAI, Pakatan Rakyat, Sabah, SAPP
In Uncategorized on June 19, 2008 at 2:14 pm
Saya adalah seorang rakyat Sabah yang telah melalui zaman pemerintahan Barisan Nasional sejak sebelum negara ini merdeka lagi. Secara zahirnya, saya amat sayangkan negara kita ini serta Sabah sebagai negeri yang bertuah ini. Saya mengatakan Sabah ini bertuah kerana negeri ini dan Malaysia telah dipimpin oleh sebuah parti yang kuat untuk membangunkan negara kita menuju kearah negara maju menjelang tahun 2020 iaitu Barisan Nasional (BN). Generasi muda sekarang ini perlu melihat perjuangan bekas-bekas pemimpin kita sebelum ini yang bersungguh-sungguh berjuang untuk negara tercinta ini untuk mencapai kemerdekaan.
Ketika pengumuman keputusan Pilihanraya yang ke 12 diumumkan, saya berasa seperti sesuatu telah mengoncangkan bumi bertuah ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan Barisan Nasional gagal mengekalkan majority dua pertiga untuk membentuk sebagai sebuah kerajaan. Sudah sekian lama saya tidak menangis tetapi entah bagaimana saya tidak menyedari saya telah berlinangan air mata apabila melihat keadaan BN gagal untuk mengulangi kejayaan besar mereka sebelum ini. Saya berfikir sejenak jika kerajaan BN jatuh ketika ini, maka sia-sialah usaha pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan BN selama ini terutamanya negeri Sabah yang masih memerlukan pembelaan oleh BN. Saya percaya, majority rakyat negeri Sabah masih menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) walupun mereka gagal mengekalkan majority kemenangan mereka.
Buktinya apabila rakyat Sabah telah memberikan kemenangan besar kepada BN dan ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah amat yakin dengan pembangunan yang telah dibawa oleh BN selama ini. Tiada sebab mengapa rakyat Sabah perlu beralih arah ke parti semata-mata kegagalan BN mendapat majority dua pertiga pada pilihanraya yang lalu.
Terbaru, saya mendengar cakap-cakap orang yang mengatakan ada parti komponen dari Sabah mahu melompat ke parti lain. Sebagai rakyat Sabah, saya merasakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan kurang bijak kerana dengan melompat parti, tidak semestinya akan menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh rakyat Sabah. Apa yang pasti, ini akan menambahkan kemarahan rakyat Sabah yang selama ini memberi sokongan padu kepada mereka dibawah tiket Barisan Nasional selama ini. Ianya umpama seperti menipu rakyat yang selama ini memilih mereka sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen kerana mereka dijanjikan dengan pembangunan dibawah pemerintahan oleh kerajaan Barisan Nasional. SAPP seperti parti yang tidak bermaruah apbila mengambil kesempatan keatas kelemahan kerajaan BN
Dalam pada itu, laungan untuk keluar dari gagasan BN adalah seperti cubaan mengugut kerajaan BN diatas kekurangan majority BN mendapatkan dua pertiga. Ini menunjukkan rakyat Sabah seperti tidak ikhlas berjuang bersama BN selama ini. ‘Kawan Setia’ sepatutnya berjuang bersama-sama samada diwaktu susah atau senang. Jangan menjadi orang seperti ‘senyum sama-sama’ tapi membiarkan rakan menangis sendirian apabila kesusahan. Nasihat saya sebagai rakyat Sabah kepada mereka yang cuba untuk melompat parti adalah ‘Jangan Cuba Jika Tak Pasti’ kerana kita tidak pasti samada mereka boleh membawa aspirasi rakyat Sabah atau tidak atau ia akan memberi satu bencana kepada rakyat Sabah jika silap terpilih kawan…..Saya amat malu dengan permintaan keterlaluanoleh Yong Teck Lee. Yang pastinya, tindakan beliau itu tidak mewakili semua rakyat Sabah.
Dimanakah letaknya nilai setia kawan komponen Barisan Nasional yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum ini? Ini menunjukkan seolah-olah rakyat Sabah tidak mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah dimana dengan mudahnya mereka bertukar haluan sehingga sanggup bersengkongkol dengan bekas pemimpin yang tidak bermoral seperti DSAI. Dimanakah letaknya maruah Dato Yong Teck Lee. Setahu saya, sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini, tiada pembangunan yang jelas diberikan kepada rakyat Sabah berbanding Dato Musa Aman. Dibawah Musa Amanlah, negeri Sabah nampak perjalanan pembangunan khususnya kepada rakyat miskin. Oleh itu, usahlah menjadi seperti “katak si katak lompat”
Kiriman warkah ini adalah dari Makiban Anjun dari Likas Sabah
likasboy@yahoo.co.uk
DAP, DSAI, Pakatan Rakyat, PAS
In Uncategorized on April 30, 2008 at 2:07 pm
Sedar tak sedar dah hampir nak masuk dua bulan PRU 12 berlalu… akhirnya pekung dan tembelang PKR terburai juga.
Dengan sewenang-wenangnya Dr WAN AZIZAH , ketua pembangkang MALAYSIA merangkap isteri “Prime Minister in Waiting “ telah menyuara bahawa MALAYSIA tidak sesuai untuk dijadikan sebuah negara ISLAM dengan alasan sebuah negara berbilang kaum.
Mungkin sesetengah berpendapat bahawa kenyataan WAN AZIZAH adalah praktikal tetapi apakan sentimen yang terbentuk dalam PAKATAN RAKYAT membolehkan WAN AZIZAH mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah golongan dan puak dari Parti PAS ini pekak , tonggong, bisu dan tak merasa apa-apa kesan dari kenyataan sebegini. Apakah pak turut yang selama ini memBABI buta menyokong PAS boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukankah mereka mengimpikan satu pemerintahan ISLAM yang SYUMUL.. yang boleh diterima oleh semua kaum dan agama lain??..
Kalaulah begini jadinya… apakah sebenarnya perjuangan PAS?…. Ada perbezaankah antara ideologi yang akan dicanangkan oleh PKR dan DAP berbanding dengan UMNO. Bukankah UMNO menolak penubuhan negara ISLAM dengan alasan MALAYSIA sebuah negara berbilang kaum.
Aduhai PAS…… nampaknya tak kesampaianlah hasrat Parti tersebut menubuhkan Negara ISLAM. Atau … mereka telah selesa dengan kedudukan sekarang sehingga membiarkan diri diperkuda, diperlekeh oleh parti lain yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri. Apakah kerusi ADUN dan PARLIMEN yang dimenangi oleh Ahli yang Berhormat dari PAS telah mengabui mata dan akal mereka… sehingga mereka bagaikan dicucuk hidung bagi mengiyakan apa jua yang dilakukan oleh samada PKR atau DAP. Ini kah yang diperjuangkan oleh ahli PAS sehingga sanggup berhujankan air asid dan gas pemedih mata, sanggup membentengkan tubuh untuk dipukul…. Inikah keYAKINan mereka kepada pucuk pimpinan PAS.
Tahulah Tuan-tuan… ISLAM adalah AGAMA …. ISLAM juga adalah DAULAH. Tapi kalaulah PAS sudah selesa untuk sekali lagi menjadi tunggangan DSAI.. apa boleh buat….
Yang paling menyulitkan…aku nampak, tiada keikhlasan dalam kewujudan PAKATAN RAKYAT. Dari mata kasar, telah terbukti bahawa PAS hanyalah tunggangan.. DSAI. Kalaulah betul ada keihklasan… tak perlu ada kenyataan sebegini oleh WAN AZIZAH. Atau paling mudah… buat kenyataan sebelum PRU 12.. Kan lebih senang… Cakap saja pada PAS yang PKR minta sokongan pengikut PAS … tetapi PKR tak akan membantu PAS mewujudkan Negara ISLAM. Tapi susah gak nak cakap…bila pemimpin PAS dah jadi gila KUASA….. Wallahuaklam…