Mr. Podas

Posts Tagged ‘Malaysia’

APAKAH AGENDA ANWAR TAHUN 1998 BERULANG LAGI ????

In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:20 pm

Tahun 1988 mengingatkan aku apabila ANWAR tertuduh dengan kes LIWAT . Semasa dia ditahan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu …dapat dilihat betapa sihat dan bersemangatnya dia kerana dapat mempengaruhi rakyat .

Tetapi sebaik saja dia ditahan, pelbagai kejadian telah berlaku. Bermulalah episod SAKIT TULANG BELAKANG, SAKIT KEPALA, sakit akibat diberi makan asid ASENIK, lebam mata dan pelbagai lagi. SAKIT TULANG BELAKANGnya dikatakan amat teruk sekali sehinggakan hanya boleh dirawat di GERMANY…. Dah tak ada doktor pakar di MALAYSIA agaknya. Sampai tahap tu dia memperdayakan rakyat dan kerajaan. Yang paling aku tak paham, teruk sangat ka sampai terpaksa berkerusi roda…. BERLAKUN … Biasa laaaa.. ANWAR…..

Nah….. sekarang kita lihat ANWAR kembali ceria , sihat dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-citanya menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Ke merata ceruk dia pergi untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita yang selama ini diidam-idamkannya.

Namun, pada 16 JUL baru-baru ini, ANWAR sekali lagi ditahan dan dibawa ke IPK KUALA LUMPUR untuk kes yang sama “LIWAT”. Perkara pertama yang diucapkannya kepada WAN AZIZAH ialah dia telah diCEDERAkan oleh pasukan POLIS. Aduh….. lihatlah lakunannya… Agendanya pada 1988 akan kembali berlaku di mana dia akan memastikan dirinya dalam keadaan sakit. Cuba bayangkan ,baru saja nak ambil “statement”, dia dah mulakan agendanya dengan menyatakan dia mula SAKIT PINGGANG. KELENTONG BETUL la si ANWAR nih. Aku pun danh mula jadi keliru semula . Lepas nih mesti berbagai jenis sakit lain yang akan dia sebarkankan kepada orang ramai. Kalau pada 1988 dulu, dia pernah kata , dia akan disuntik dengan kuman HIV @ AIDS… tapi kali nih entah apa pula helahnya. Ulangan lakunannya pada tahun 1988 akan berlaku semula bagi mendapatkan simpati dari rakyat. Itulah ANWAR IBRAHIM al JUBORI… Bolehkah orang sepertinya menjadi PEMIMPIN ??… Susah aku nak mempercayainya.. kehidupannya penuh dengan kepura-puraan.

KARPAL SINGH VS PAKATAN RAKYAT..

In Uncategorized on May 12, 2008 at 1:11 pm

Isu yang dimainkan oleh Pengerusi DAP.. KARPAL SINGH berkaitan dengan kuasa Kesultanan telah memberikan satu tamparan hebat kepada rakyat MALAYSIA amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Pengerusi DAP sentiasa mencabar sentimen orang melayu seolah-olah dia tidak memahami budaya dan politik di MALAYSIA???..

Apa yang menjadi tandatanya tatkala ini…. Adakah isu ini merupakan persetujuan bersama di dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri… atau hanya pandangan peribadi si SINGH TUA nih sorang.

Kalaulah ini merupakan kesepakatan dari PAKATAN RAKYAT… aku tak tau nak cakap apa-apa lagi… Apakah sebenar yang diperjuangkan oleh PKR dan PAS sehingga sanggop diperbodohkan oleh SINGH TUA .. yang tak pernah tahu menghormati bangsa MELAYU. SINGH TUA yang tak pernah merestui kekebalan raja-raja sebagai ketua Agama di setiap negeri. Di mana letaknya maruah dan pegangan PKR dan PAS bersabit kes ini…

Kalaulah pula ini bukan sepakatan dari PAKATAN RAKYAT, mengapa PKR dan PAS hanya berdiam diri??…Sebaiknya keluarkanlah Kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung dengan isu ini. Tidak mampukah PKR dan PAS menyuarakan sebarang nasihat kepada SINGH TUA itu supaya mohon kemaafan atau mengambil pendekatan berdiam diri… Bukankah PAS dikenali sebagai Parti yang pandai menasihat, mengadakan cerita dan sebagainya. Mengapa tak saja digunakan kepakaran mereka menyelesaikan masalah SINGH TUA nih. Pernahkah PAS menggunakan ISU SINGH TUA nih dalam ceramah-ceramah mereka???…

Ianya bukan masalah diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.. Masalahnya sekarang ialah sikap biadap dan kurang ajar SINGH TUA nih terhadap orang MELAYU dan KESULTANAN. Dek kerana terikat dalam PAKATAN RAKYAT… maka PKR dan PAS bagaikan lembu dicucuk hidung… samada hanya ikut saja apa yang disensasikan oleh DAP atau hanya membisu seribu bahasa.

Walaupun UMNO pernah terlibat dalam kemelut bersama dengan SULTAN samada PERLIS dan TERENGGANU… tetapi cara dan penyelesaian yang dilakukan adalah amat bersesuaian dengan fitrah sebagai rakyat MALAYSIA yang berhemah. Perbincangan dan kemaafan dipohon dengan harapan mengeratkan kembali hubungan sultan/kerajaan.. Adakah cara yang dilakukan oleh SINGH TUA ini melambangkan ketatasusilaan rakyat MALAYSIA??. Sampai ke saat ini… SINGH TUA masih bertegas dengan keputusannya dan enggan minta maaf kepada sultan kerana kelancangan lidahnya. Apa punya manusia macam nih… kerana mengejar populariti dia sanggup buat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat majmuk di MALAYSIA. Elok di ISA kan ajer SINGH TUA nih….