Mr. Podas

Posts Tagged ‘Mariah’

HALA TUJU PAS – PERJUANGAN ISLAM ATAU PERJUANGAN POLITIK

In Uncategorized on April 9, 2008 at 4:24 pm

Oleh : Pejuang Islam Sejati

Dunia….dunia…dunia… Memang benar pepatah melayu lama berkata… hanya kerana jawatan, pangkat….. agama sanggup dipinggirkan.

Inilah yang berlaku kepada perjuangan PAS selama ini. Bertahun lamanya sokongan padu aku berikan kepada perjuangan mereka, tapi kini hampa dan amat mengelirukan. Sebaik saja PAS memenangi PRU12 bersama pakatannya, segala-gala telah berubah. Ianya bagaikan Tsunami yang telah menenggelamkan perjuangan PAS selama ini. Tak tahu lagi di mana letaknya dasar dan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan PAS selama ini.

Bayangkan saudaraku, mana mungkin Ahli Parlimen Kota Raja, DR MARIAH MAHMUD sanggup menjejakkan kakinya ke Kuil MARIAMMAN, Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 MAC 08 lalu. Ianya semata-mata bagi meraikan kemenangan PAS di kawasan tersebut. Beginikah caranya kita bersyukur…. Dimanakah pegangan agamamu DR dan pemimpin PAS. Orang HINDU yang memberi kemenangan atau ALLAH?… Sudah beralihkah kiblatmu, keimananmu?.

Kalaulah begini jadinya, apakah bezanya PAS dengan UMNO???…..Kalau dulu UMNO disekutukan dgn MIC dan MCA……tapi kini PAS yang kini bersetongkol dengan DAP, PRM telah menjadikan kuil sebagai meraikan tanda kesyukuran… ohhh… Mengapa PAS sebegini rupa. Aku dah tak dapat menerima situasi sebegini. Sudahlah bersekongkol DAP yang tak pernah merelakan pergerakan ISLAM di MALAYSIA selama ini……kini PAS bersekongkol pula dengan masyarakat Hindu. Lepas nih… akan tumbuhlah kuil-kuil di Selangor macam cendawan tumbuh selepas hujan.

1001 kesalan melanda diri ini apabila melihat tindakan PAS yang bagaikan bersetuju dgn akidah kaum Hindu dan meminggirkan hukum hakam islam.

Apakah mereka sudah lupa dasar-dasar PAS serta perjuangan mereka. Dasar yang diperjuangkan PAS ialah ISLAM dengan seruannya ialah ALLAHU AKHBAR. Tapi kalau dah kat KUIL .. mana nak ada lagi Seruan ALLAHU AKBAR.. di mana kiblatmu wahai pemimpin-pemimpin PAS.

Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan bagaimana DR MARIAH MAHMUD telah dikalungkan bunga, berceramah di kuil yang dipenuhi, dengan orang-orang Hindu… Ini sudah kira sesat lagi menyesatkan. Kalau dulu… memandang kuil sudah dianggap terpesong akidah…. Kini sudah boleh masuk kuil, pakai bunga dan kemudiannya sama-sama menikmati juadah di kuil.

Aku bimbang kalaulah begini keadaannya…. Peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan ISLAM akan dikongsi bersama dengan lain-lain agama. Inilah yang bakal terjadi di PULAU PINANG. Peruntukan 7 juta yang dulunya diperuntukkan kepada Perkembangan Islam di PULAU PINANG telah dikongsi oleh semua agama di sana.. atas dasar kesama rataan. Sesungguhnya DAP dari dulu, kini dan selamanya menidakkan Negara ISLAM di MALAYSIA.

Usahlah PAS dan DAP tidur sebantal untuk bermimpi yang sama. Strategi DAP amat halus dan tak mampu di tepis oleh PAS…

Sedarlah wahai sahabat seagamaku………………………………..