Mr. Podas

Posts Tagged ‘minyak’

Adakah kita sedar selama ini??

In Uncategorized on June 15, 2008 at 2:17 pm
  • Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007) terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia.
  • Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa Negara OPEC seperti IRAN dan IRAQ yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah.
  • Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading)
  • Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Walau bagaimana pun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia tetapi tidak mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.
  • Dari segi produk petroleum tempatan, PETRONAS hanya membekalkan 42 Peratus. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon Mobil, BHO dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekalkan rendah. Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHO dan Chevron. Ini kerana kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.
  • Pembangkang hanya menunjukkan harga minyak yang murah di negara – negara pengeluar minyak. YA memang betul namun adakah mereka juga menunjukkan jumlah subsidi penggunaan minyak berbanding rakyat malaysia yang terlalu tinggi.. Contohnya negara venezuela.. harga minyak mereka adalah RM0.16 Namun pemintaan minyak dalam negeri mereka terlalu rendah mana pengeluaran minyak mereka terlalu tinggi berbanding kita dan kerajaan venezeula dapat mendapat keuntungan daripada export yang tinggi iaitu pemintaan dari luar.

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.70
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10
Nigeria RM0.32

 

 

Minyak Venezuela

 

Minyak MALAYSIA

Lain – lain negara juga boleh di cari melalui laman web tersebut dan dibuat perbanding seperti Nigeria dimana penggunaan minyak dalam negeri mereka juga adalah amat rendah. Sepatutnya Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara ini dengan lebih tepat bukan dengan hanya menangguk di air yang keruh.

 

 

 

Tak Payahlah Menangguk Air Keruh….

In Uncategorized on June 15, 2008 at 1:49 pm

Sememangnya sudah dijangkakan yang satu demonstrasi yang sia-sia akan diadakan selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sudah semestinya semua orang tahu siapa dalang disebalik demonstrasi pada hari Jumaat lepas. Hailah ahli-ahli pembangkang yang hipokrit… Tak payahlah cuba menjadi hero bagi isu kenaikan harga minyak.

Secara logiknya, pembangkang hanya menggunakan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada mereka sahaja iaitu (political interest) untuk membantu mereka mendapat sokongan rakyat. Mereka tidak pernah membangkitkan isu-isu yang mereka sendiri sedari selama ini. Mereka hanya membuang masa dengan melakukan demonstrasi dengan memberi kesan buruk kepada semua pihak seperti peniaga yang terjejas perniagaan mereka, kesesakan lalu lintas, menunjukkan kebodohan rakyat Malaysia apabila menyertai demonstrasi kepada negara luar dan sebagainya.

Sememangnya diakui, kenaikan harga minyak sedikit banyak membebankan rakyat namun ianya melibatkan harga pasaran dunia yang turut melibatkan semua Negara bukan Negara kita sahaja. Benar, kita mempunyai sebuah syarikat gergasi carigali minyak iaitu Petronas yang sedikit sebanyak boleh membantu kepada Negara dalam bentuk pembayaran cukai dan sebagainya. Namun, jika keuntungan Petronas diberikan diberikan dalam bentuk subsidi kepada semua rakyat, maka adalah lebih baik Petronas yang kita banggakan selama ini ditutup sahaja kerana entitinya sebagai syarikat gergasi Negara tidak akan berkembang maju untuk mengekalkan prestasinya kerana kekurangan modal untuk menjalankan operasi mereka.

Kita harus menerima hakikat bahawa Negara kita dijangka akan kehabisan rizab minyak menjelang 2013 dan ketika itu tiada lagi subsidi akan diberikan kepada rakyat Negara ini walaupun satu sen kerana kerajaan tidak mampu untuk berbuat demikian kerana Petronas tidak mempunyai minyak untuk diperdagangkan dan secara automatiknya Malaysia akan menjadi pengimport minyak ketika itu.

Kesimpulannya, kita harus menerima hakikat bahawa kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti Negara Arab dimana sumber minyak mereka adalah penyumbang terbesar ekonomi mereka selama ini. Belajarlah untuk berdiri sendiri berbanding menerima bantuan orang lain sepanjang lain.