Babi, DAP, Perak, PKR, Protes
In Uncategorized on July 12, 2008 at 7:30 pm
Salam…
Setelah meneliti beberapa kejadian yang berlaku kebelakangan ini, tak salah jika aku menyatakan bahawa PAS seolah-olah terpinggir dan terpisah jauh walaupun masih dalam PAKATAN RAKYAT. Beberapa insiden yang berlaku melihatkan bagaimana PAS telah diperalatkan oleh PKR /DAP demi kepentingan politik mereka.
Tak perlu lagi aku bercerita PERJANJIAN PANGKOR II, PROTEST di Kelana Jaya, Isu BABI dan lain-lain yang mendapati PAS amat tertekan dengan keputusan DAP. Tak pernah berlaku dalam sejarah MALAYSIA dimana MB tidak boleh bercakap berkaitan ISLAM. Tetapi DAP berjaya membisukan MB PERAK dari bercakap pasal ISLAM sebagai agama rasmi.
Yang terkini ialah penyerahan undi tak percaya kepada PAK LAH. Sesungguhnya tindakan ini tidak mendapat persetujuan dari wakil PAS. Aku paham kenapa ianya tidak mendapat persetujuan dari PAS terlebih dahulu. Bagi PKR dan DAP, aku dapat rasakan bahawa kehadiran PAS bagaikan melukut ditepi pantai. Mana mungkin perkara sebegini berlaku?… Di manakah nak letak maruah diri , maruah parti sekiranya hanya dianggap sebagai nasi tambah saja dalam PAKATAN RAKYAT.
Aku merasakan bahawa kini tiba masanya untuk PAS bertindak sesuatu bagi menunjukkan kepada DAP/PKR bahawa PAS juga relevan dalam PAKATAN RAKYAT. Bagi mencapai hasrat tersebut , bagaimana kalau boikotkan perhimpunan haram yang akan diadakan di PARLIMEN pada 14 JUL (Ahad). Perhimpunan itu menjurus kepada sokongan usul tak percaya kepada PM. Inilah platform yang paling sesuai untuk PAS menunjukkan KEKUASAAN mereka. Akulah org paling gembira sekiranya PAS memboikot perhimpunan yang akan diadakan di Parlimen . PAS mesti buat sesuatu supaya mengajar PKR/DAP lebih menghormati rakan dalam PAKATAN RAKYAT. Sama-sama kita x payah turut serta , Mari kita boikot perhimpuanan yang akan berlaku pada 14 JUL 2008.
DAP. Karpal Singh, JAIP, Perak
In Uncategorized on May 5, 2008 at 12:23 pm
Nampak gayanya, Ahli DAP semakin berani menunjukkan taringnya terhadap Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan mencabar titah Sultan Perak dimana sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Tanpa rasa bersalah dengan bangganya Karpal Singh dan ADUN Perak Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Amboi hai, kurang ajar betul diaorang ni. Dia tak sedar yang kenyataan dia ni boleh menaikkan kemarahan orang Melayu khususnya di Perak. Lepas tu nanti dia salahkan orang lain yang mengeluarkan kenyataan dimana darah beliau adalah halal untuk dibunuh. Sedarlah Karpal, anda dulu yang suka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati orang Melayu tapi anda tidak pernah memikirkan kesan kenyataan anda selama ini.
Siapakah Karpal Singh ni yang sibuk nak mencampuri urusan negeri lain. Anda adalah ahli Parlimen Bukit Jelutong dimana negeri yang sepatutnya anda ambil tahu adalah Pulau Pinang. Sepatutnya Karpal ni dilucutkan sahaja kerakyatannya kerana cuba mempertikaikan kuasa sultan. Inilah dia rupa sebenarnya ahli DAP yang anti Melayu selama ini. Kalau Sultan pun dia boleh ‘smash’ semacam je ini kan kalau orang Melayu biasa. Wahai orang Melayu, dimanakah letaknya maruah anda di bumi bertuah ini. Cuba anda bayangkan kalau Karpal Singh atau Ngeh Koo Ham ini menjadi Menteri, lagilah berlagak mereka berdua.
Saya betul-betul marah dengan tindakan bodoh Karpal Singh dan Ngeh Koo Ham ni. Siapa dia Karpal yang sibuk untuk masuk campur perlantikan Pengarah JAIP ni. Dia orang islamkah? Bak kata Nik Aziz, Karpal tidak faham konsep Negara Islam dan harus mendalami mengenai agama ISLAM tetapi cuba menentang arus dengan keputusan Sultan. Sebagai bangsa Melayu, sedarlah kita bahawa DAP ini terang-terang cuba campur tangan berkenaan hal ehwal Islam di negara kita ini. Janganlah cuba menjadi hero dalam sesuatu perkara yang anda tidak tahu…Fikir-fikirkanlah…..
Lihat berita ini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
A. Sivasubramaniam, Buntong, DAP, Perak
In Uncategorized on April 7, 2008 at 6:12 am
ADUN DAP sekali lagi membuat satu kejutan bodoh apabila meletak jawatan hanya dalam tempoh 8 jam sahaja. Kali ini ADUN kawasan Buntong iaitu A. Sivasubramaniam. Sandiwara ahli DAP itu tidak ubah episode ulangan pada Februari lalu yang berlaku sejurus pembubaran Parlimen, apabila Ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya. Bezanya Po Kuan mengambil masa yang agak lama iaitu lima hari sebelum mengubah pendiriannya.
Ayo macha, apa yang sebenarnya ingin ditunjukkan oleh Sivasubramaniam orang pun tak faham. Parti DAP sememangnya terkenal sebagai sebuah parti berideologi “Chauvinist” kerana dasar perkaumannya selama ini. Jadi tidak hairanlah jika Sivasubramaniam ingin meletak jawatan kerana parti DAP hanya mementingkan kaum Cina sahaja. Pemimpin parti DAP hanya menggunakan orang India sebagai batu loncatan untuk meraih sokongan masyarakat India selepas mereka tidak lagi mempercayai parti MIC yang boleh memperjuangkan nasib mereka.
Hai la ADUN Buntong, sudah banyak kes dimana ahli DAP tidak sehaluan dengan pemimpin mereka tapi anda masih lagi ingin menjadi ahli DAP. Tindakan Sivasubramaniam ini hanya mementingkan jawatan tertentu daripada memberi memberi khidmat dikawasannya dan masyarakat India khasnya. Umumnya mengetahui bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menbantu kaum India selama ini dan Sivasubramaniam seharusnya menyertai Barisan Nasional jika tujuan utama beliau adalah untuk kepentingan masyarakat India. Takkan tak cukup lagi kot dengan elaun sebagai ADUN atau wakil rakyat….exco negeri pun nak, speaker negeri pun nak. Nampak sangatlah yang macha sorang ni kemaruk jawatan…
Dey macha, tak payahlah nak berputar belit dalam isu ni. Masayarakat India berapa peratus je di negeri Perak tu. Bersyukurlah dengan apa yang dinikmati oleh kaum India selama ini. Masyarakat India tidak akan mendapat kesenangan hidup dan kemakmuran seperti di Malaysia berbanding di negara India. Sesekali cubalah ke Negara India dan lihatlah kehidupan rakyat mereka disana. Ianya seperti langit dan bumi dimana kehidupan toleransi antara kaum dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah satu kejayaan hasil formula kerajaan Barisan Nasional selama ini.
Adakah anda merasakan masyarakat India akan mendapat manfaat dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Umum sedia maklum bahawa setiap parti politik di dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideology yang berbeza. DAP dilihat lebih mementingkan kaum Cina sahaja, manakala PKR pula lebih menjurus kearah untuk mengejar cita-cita peribadi seorang pemimpin yang mahukan jawatan sebagai Perdana Menteri, dan PAS pula mahukan sebuah Negara Islam dimana DAP terang-terang tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Jadi dimana letaknya asa perjuangan PARTI PAKATAN RAKYAT. Bolehkah A. Sivasubramaniam menjelaskan mengenai perkara ini?
Sekurang-kurangnya jika Barisan nasional memerintah negara ini setiap parti akan mewakili kaum masing-masing demi bangsa Malaysia. Jika Sivasubramaniam telah makan hati degan Parti MIC, anda boleh menggunakan saluran lain seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) atau IPF dalam usaha untuk memperjuangkan nasib kaum India.
Kaum India telah menghukum Samy Vellu pada Pilihanraya lalu, dan mengapa tidak masyarakat India memberi peluang kepada pemimpin lain MIC untuk membawa isu masyarakat India ke kabinet kerana hanya MIC sahaja yang boleh membawa suara hati masyarakat India ke pengetahuan Perdana Menteri.