Mr. Podas

Posts Tagged ‘Raja Petra’

RAJA PETRA YANG KURANG AJAR….

In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:35 am

Sejak kebelakangan ini, para bloggers semakin berani untuk menjadi hero dengan mengeluarkan isu-isu hangat seperti fitnah, berbaur perkauman, mempersendakan agama dan sebagainya. Selepas Majlis Peguam yang berani mempertikai Perlembagaan Persekutuan berkenaan memeluk Islam (rata-ratanya para peguam ini bukan beragama Islam), timbul pula isu seorang blogger yang terkenal dengan berita-berita sensasi yang mengaku dirinya adalah seorang Islam sejati telah mempersendakan Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Ianya tidak lain tidak bukan RAJA PETRA KAMARUDIN iaitu penulis blog laman MALAYSIATODAY. Sudahlah beliau ini suka menyebarkan fitnah yang tiada bukti benar kesahihannya kini beliau tanpa rasa bersalah berani mempersendakan agamanya sendiri. Apa sudah jadi ni?

Sebagai seorang umat Islam dan pengendali laman blog di negara ini, beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap segala isu-isu yang telah beliau bangkitkan selama ini. Umat Islam di negara ini sememangnya tidak boleh menerima jika AGAMA ISLAM dipermainkan terutamanya oleh seorang Beragama Islam sendiri. Dimanakah letaknya moral seorang blogger yang bertanggungjawab terhadap rakyat Malaysia dalam menyampaikan maklumat? Sememangnya diakui pengendali laman blog dibenarkan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan berfakta, tetapi janganlah sehingga menyinggung perasaan orang lain di negara ini lebih-lebih lagi kita yang hidup bersama dengan pelbagai kaum.

Semangat perpaduan antara kaum dilihat agak tergugat sejak kebelakangan ini kerana beberapa faktor seperti kebebasan bersuara serta peranan pengendali laman blog yang meniupkan semangat perkauman serta agama.

Raja Petra perlu dihukum kerana kesilapannya yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di negara ini. Tindakan Badan Islam yang membuat laporan polis adalah tepat pada masanya. Jika tindakan tidak diambil sekarang, Raja Petra akan bebas untuk menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan umat Islam sendiri.

Raja Petra – Seorang Badut Botak

In Uncategorized on May 12, 2008 at 2:03 pm

Aku baru selesai membaca blog RAJA PETRA….. Malaysia-today.net.. Aku baca bukan sebab aku suka sangat dengan cerita-cerita sensasi dan penuh dengan racist nih… tetapi ianya kerana desakan kawan baik aku yang sememang dia kenal dan rapat dengan RPK. Terbacalah oleh aku kisah pengalaman dia semasa di Penjara Sg Buluh dan sebab-sebab dia terima untuk di jamin dengan RM 5000 itu.

Hati aku tersentuh…. Tersentuh dengan mainan politik oleh RPK . Aku sedih kerana terlalu ramai orang yang tertipu dengan gelagatnya bagaikan pejuang masyarakat. Aku turut tersentuh bagaimana dia sanggup menipu semua pembaca serta penyokongnya dengan memberikan alasan yang sama sekali tak boleh diterima dek akal.

Ada ker patut dia terima untuk dijamin kerana risaukan keselamatannya kerana sama-sama menginap di Blok Damai, bilik no 8 yang dikatakan berdekatan dengan bilik SIRUL dan AZILAH..( Kes Altantunya). Kalau lah betul macam apa yang di dakwa oleh RPK… agaknya dah lama kot ANWAR IBRAHIM mati … Kalaulah memang betul hanya kerana sekotak rokok .. dah boleh bunuh pesalah lain.

Itu semua citer dalam movie ….. boleh la berlaku cam tu.. Nih penjara kat MALAYSIA laaa… Pasal asid asenic tu… mana ada bukti yang menyatakan bahawa ANWAR IBRAHIM pernah di asic asenic kan.. Ini semua provokasi oleh pihak pembangkang semata-mata….

Sudahhhh laaaa.. RPK… kalau dah tak sanggup nak duduk kat penjara sementara menunggu dibicarakan…tak payahlah bagi 1001 alasan. Kesian semua penduduk MALAYSIA yang turut terlibat dalam pungutan wang bagi membebaskan RPK… Semua nya bagaikan tertipu….. Lihatlah permainan si badut BOTAK nih… Amat licik dan pandai dalam memainkan sentimen masyarakat MALAYSIA…