Terkejut aku dari lena…. Apakah aku masih berada di bumi SELANGOR Darul Ehsan, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat. Inikah hadiah yang aku terima hasil perjuangan aku selama ini menyokong pakatan Rakyat (PKR dan PAS)
Masih kedengaran ditelingaku bagaimana YB TERESA KOK mengunkap kata bahawa dia amat BERBANGGA kerana cadangannya membina “one stop center” bagi penternakan khinzir telah diluluskan oleh kerajaan negeri SELANGOR. Bukan setakat diluluskan sahaja, malah peruntukkan 100 juta telah diberikan bagi menjayakan projek MEGA kerajaan Negeri SELANGOR.
Daerah SEPANG kelak bukan hanya terkenal dengan terdapatnya litar F1, Putrajaya, KLIA tapi menjadi pusat penternakan khinzir terbesar di MALAYSIA dan ASIA. Daerah SEPANG yang majoritinya orang melayu sudah pasti tidak dapat menerima keadaan sebegini. Sehingga ada kedengaran desas desus bahawa ianya akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk daerah SEPANG. Antaranya pencuci najis Khinzir, menyembelih, melapah kulit, penghantaran Khinzir dan sebagainya.
Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya, di manakah PAS ketika isu ini hangat diperkatakan. Bukankah dulunya dalam ceramah-ceramahnya, PAS dengan lantangnya membicarakan kejijikan Khinzir dikalangan masyarakat ISLAM di MALAYSIA. Penternakan babi di Bukit Pelandok telah menjadi isu penting pada setiap ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN menjalankan bisnis khinzir. Tapi kini setiap ungkapan yang dikeluarkan oleh PAS menyetujui pembinaan “one stop center” ini. Inikah PAS yang selama ini mempertahankan perjuangan tetapi layu dek desakan Pakatan Rakyat (DAP). Siapalah PAS di mata DAP. PAS tak ubah seperti langau yang cuba melambatkan proses “MALAYSIAN MALAYSIA”. DAP bukanlah lawan dan kawan PAS , yang sentiasa dinafikan hak mereka.
Setakat manakah kejayaan Sistem Kumbahan Khinzir yang berasal dari GERMANY itu?. Terdetik juga difikiran aku, kalaulah teknik yang digunakan oleh GERMANY bagus dan sesuai, mengapakah SINGAPURA tidak menjadi negara pertama menjalankan penternakan khinzir secara “one stop center”. Nanti suburlah pokok-pokok kayu, sayur-sayuran yang terdapat di SEPANG kesan dari zat najis Khinzir. Rasanya ok kot kalau orang islam makan buah- buahan dan sayur dari baja najis khinzir. Macam kata PAS , kita tak makan daging khinzir… tapi buah dari baja jek. Ehhehhehe…boleh ker sedara makan?????
Kenapa penternakan khinzir tak dilakukan di PULAU PINANG, KLANG atau SEPUTIH .. tempat YB TERESA KOK. Senanglah dia dapat stok daging khinzir. Aku nih bukanlah emosi sangat pasal kes khinzir nih… tapi apabila kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju meneruskan projek BN.. aku merasa amat sedih. Tambahan pula wang rakyat sebanyak rm 100 juta telah diperuntukkan kepada projek ini. Memang la kerajaan Negeri SELANGOR kaya, tapi bukan begini cara menghabiskan duit rakyat. Adalah kerana desakan DAP (kaum Cina) makan Kerajaan Negeri bagaikan dicucuk hidung. Bagaimana pula kalau kaum India (HINDRAFF) pula membuat pelbagai tuntutan… Kenalah ikut juga tunaikan apa jua tuntutan HINDRAF sepertimana tuntutan DAP ini.
Rasanya pelbagai ujian telah dilakukan ke atas ternakan khinzir, dan hasilnya mendapati khinzir mempunyai kuman yang tidak boleh dimatikan walaupun di masak pada suhu mendidih. Kesannya bukan saja menular kepada orang cina tetapi juga pada bangsa-bangsa lain. Sekiranya PAS ikhlas dan berjiwa rakyat, salahkan kalau mereka mempromosikan ayam, lembu, kerbau atau kambing sebagai alternatif kepada khinzir. Berapa ramai sekarang nih kaum cina yang suka makan kambing…..berbanding khinzir.
Akhirnya hasil rumusan yang aku dapati ialah… ianya agenda kerajaan negeri SELANGOR Darul KHINZIR yang mahu menjadikan Khinzir sebagai komoditi (perniagaan). Sekali lagi.. tahniah kerajaan SELANGOR Darul KHINZIR.
Wassalam..


