Mr. Podas

Archive for April, 2008|Monthly archive page

PAS HANYA TUNGGANGAN PKR

In Uncategorized on April 30, 2008 at 2:07 pm

Sedar tak sedar dah hampir nak masuk dua bulan PRU 12 berlalu… akhirnya pekung dan tembelang PKR terburai juga.

Dengan sewenang-wenangnya Dr WAN AZIZAH , ketua pembangkang MALAYSIA merangkap isteri “Prime Minister in Waiting “ telah menyuara bahawa MALAYSIA tidak sesuai untuk dijadikan sebuah negara ISLAM dengan alasan sebuah negara berbilang kaum.

Mungkin sesetengah berpendapat bahawa kenyataan WAN AZIZAH adalah praktikal tetapi apakan sentimen yang terbentuk dalam PAKATAN RAKYAT membolehkan WAN AZIZAH mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah golongan dan puak dari Parti PAS ini pekak , tonggong, bisu dan tak merasa apa-apa kesan dari kenyataan sebegini. Apakah pak turut yang selama ini memBABI buta menyokong PAS boleh menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukankah mereka mengimpikan satu pemerintahan ISLAM yang SYUMUL.. yang boleh diterima oleh semua kaum dan agama lain??..

Kalaulah begini jadinya… apakah sebenarnya perjuangan PAS?…. Ada perbezaankah antara ideologi yang akan dicanangkan oleh PKR dan DAP berbanding dengan UMNO. Bukankah UMNO menolak penubuhan negara ISLAM dengan alasan MALAYSIA sebuah negara berbilang kaum.

Aduhai PAS…… nampaknya tak kesampaianlah hasrat Parti tersebut menubuhkan Negara ISLAM. Atau … mereka telah selesa dengan kedudukan sekarang sehingga membiarkan diri diperkuda, diperlekeh oleh parti lain yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri. Apakah kerusi ADUN dan PARLIMEN yang dimenangi oleh Ahli yang Berhormat dari PAS telah mengabui mata dan akal mereka… sehingga mereka bagaikan dicucuk hidung bagi mengiyakan apa jua yang dilakukan oleh samada PKR atau DAP. Ini kah yang diperjuangkan oleh ahli PAS sehingga sanggup berhujankan air asid dan gas pemedih mata, sanggup membentengkan tubuh untuk dipukul…. Inikah keYAKINan mereka kepada pucuk pimpinan PAS.

Tahulah Tuan-tuan… ISLAM adalah AGAMA …. ISLAM juga adalah DAULAH. Tapi kalaulah PAS sudah selesa untuk sekali lagi menjadi tunggangan DSAI.. apa boleh buat….

Yang paling menyulitkan…aku nampak, tiada keikhlasan dalam kewujudan PAKATAN RAKYAT. Dari mata kasar, telah terbukti bahawa PAS hanyalah tunggangan.. DSAI. Kalaulah betul ada keihklasan… tak perlu ada kenyataan sebegini oleh WAN AZIZAH. Atau paling mudah… buat kenyataan sebelum PRU 12.. Kan lebih senang… Cakap saja pada PAS yang PKR minta sokongan pengikut PAS … tetapi PKR tak akan membantu PAS mewujudkan Negara ISLAM. Tapi susah gak nak cakap…bila pemimpin PAS dah jadi gila KUASA….. Wallahuaklam…

TAHNIAH KEDAH – PENGELUAR BABI SELEPAS SELANGOR

In Uncategorized on April 30, 2008 at 2:04 pm

Salam… ana ada ke Kulim minggu sudah. Terkejut ana bila kini heboh dikatakan KEDAH akan menjadi HUB kedua pengeluar BABI selepas kelulusan oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR. Fuhhh… meriah rasanya bila daging babi kini boleh dinikmati secara total oleh rakyat kaum Cina tanpa ada batasan.

Alasannya hanyalah kerana bekalan daging BABI mentah yang tidak mencukup bagi penduduk di Sg PETANI sehingga terpaksa mengimpotnya dari PULAU PINANG. Kerajaan PAS , KEDAH yang begitu prihatin dengan rakyatnya terus meyediakan tapak milik kerajaan di BUKIT SELAMBAU bagi tujuan pembiakan BABI.

Berbaloilah kaum CINA yang menyokong PAS pada PRU12 yang lalu. Masakan tidak… segala permohonan mereka mendapat tempat di hati kerajaan negeri…sampai sanggup menyerahkan tanah milik kerajaan negeri.

Yang paling menarik ana tengok .. sebuah syarikat telah bersetuju bagi menternak BABI tersebut. Hmm.. bertambah hasil negeri KEDAH nanti. Bukan senang beb nak mewujudkan “Negara Berkebajikan”… Kalau buka bisnis BABI nih… perghh… Untung beb….Leh gunakan duit tu nanti untuk pembangunan Kerajaan Negeri KEDAH.

Agaknya lepas nih satu- satu negeri di bawah kerajaan PAKATAN RAKYAT akan buka ladang babi bagi melayan kehendak dari rakan PAKATAN mereka (DAP). Bayangkan kalau kat SELANGOR tu masuk akal laa.. ana tengok sebab DAP dan PKR kira macam seimbang… dalam bab nih PAS tak kisah… Duduk tengah-tengah jadi PAK TURUT… janji masih pegang potfolio… hehhehe… Yang paling ana musykil dan susah nak percaya… Kat KEDAH pun DAP boleh mendapat keistimewaan.

Kalaulah kita tengok…. Ana dok perasan .. kenapa keistimewaan kita sebagai bangsa MELAYU semakin terhakis dan dihakis tanpa disedari. Mereka sedar ker tidak ..wallahuaklam… Tapi ana sedar… DEB telah dimansuhkan dan digantikan dengan AEB di mana secara simboliknya … keistimewaan orang melayu terhakis…. Kini BABI yang selama ini menjadi satu simbol yang paling kotor, najis… telah mula dijadikan keistimewaan kaum CINA.

Samada kita boleh terima atau tidak hakikat .. Inilah permainan DAP yang mahu menjatuhkan Imej orang-orang MELAYU yang tak pernah sedar diri. Menidakkan keistimewaan pribumi (MELAYU) dan mengiyakan keistimewaan kaun CINA… merupakan strategi DAP dalam PAKATAN RAKYAT…

Ana … rasa… Kalaulah macam ni corak pentadbiran PAS di KEDAH… cukuplah dengan satu penggal. Lepas nih… PAS akan digantikan dengan DAP… atau sekurang-kurangnya akan jadi macam PERAK. Letak MB dari Parti PAS , sebagai boneka … exconya pulak oleh DAP… Barulah padan muka…

Selamat Maju Jaya KEDAH DARULAMAN…. Pengeluar BABI kedua selepas SELANGOR…

PAKATAN RAKYAT MASIH MIMPI…

In Uncategorized on April 23, 2008 at 1:37 pm

Keputusan pilihanraya ke 12 telah menyaksikan PAKATAN RAKYAT telah memperolehi kemenangan mutlak di 5 buah negeri ( KEDAH, PULAU PINANG, KELANTAN, PERAK dan SELANGOR). Apakah yang menyebabkan kemenangan yang begitu besar kepada PAKATAN RAKYAT sebenarnya ????….Pengundi atau BABI????…

Aku adalah pengundi tegal PAS di PULAU PINANG. Aku ingatkan dengan kemenangan PAKATAN RAKYAT, maka rakyat akan menikmati pelbagai janji-janji yang telah ditaburkan pada manifesto PKR, PAS dan DAP. Malangnya …bukan itu yang aku dan penyokong PAKATAN dapat…

Sebagai anak MELAYU jati PULAU PINANG….. aku sangkakan perubahan pemerintahan dari GERAKAN kepada DAP akan memberikan sedikit ruang bagi orang melayu di bumi mereka sendiri…… Tetapi .. dengan hanya 2 wakil orang melayu yang berada dalam barisan EXCO, apa yang boleh dilakukan oleh depa ooiiii. Jangan kata nak tambah bajet untuk orang melayu mengembangkan Islam ….. yang tengah berlaku la nih… peruntukkan 7 Juta bagi pengembangan Ugama ISLAM telah mula dibahagikan sama rata dengan agama-agama lain… demi menyahut kesamarataan. Apa dah jadi nihhhhhhhhh…. Kalau dulu GERAKAN tak boleh lakukan ini semua, tetapi LIM GUAN ENG … manusia yang penuh dengan putar belit macam bapanya… dengan amat mudah memperdayakan rakyat PULAU PINANG…. Aku tak boleh terima benda ni semua…. Dimana PAKATAN RAKYAT yang lain???… Tak kan menunggulkan diri jek… kemut takut jawatan terlepas… macam tu la bila kadok dah naik junjung…. Atau masih dalam mimpi.. tak percaya macam mana PAKATAN RAKYAT boleh menang PRU yang lalu. DAP terus dengan politik ala SINGAPURA nya…..

Belum apa-apa… hadiah seterusnya oleh kerajaan baru DAP kepada pengundi mereka ialah memansuhkan DEB (Dasar Ekonomi Baru)…. Bukankah ini satu-satunya senjata yang dimiliki oleh kaum Melayu dalam memastikan orang Melayu boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Kalaula konsep “open tender”.. ingat orang melayu leh masuk ka??….Tak yah nak bohong aku la….. setahu aku la… orang melayu nih Cuma pandai berpolitik…. Untuk berekonomi..minta maaf la …. Bila dah tak ADA DEB untuk pertahankan hak orang melayu…… masa itu… barulah nampak bagaimana niat jahat DAP dalam memastikan orang MELAYU merempat di negeri sendiri. Bagi aku… GERAKAN dan DAP tak ada beza apa pun. Agenda mereka sama… memastikan PULAU PINANG menjadi negara SINGAPURA kedua.

Lepas ni aku tatau lah apa nak jadi ngn orang MELAYU macam aku kat PULAU PINANG. Lepas satu – satu, LIM GUAN ENG nak buat bagi memastikan rakyat melayu terus dan terus terpinggir di negeri sendiri.

Aku tengok …. Apa jua keputusan oleh kerajaan negeri di bawah PAKATAN RAKYAT adalah tidak tepat sama sekali. Di PERAK… kemenangan PAKATAN RAKYAT disambut dengan penyerahan tanah dan perumahan Kampung Baru kepada kaum CINA. APAAA???… orang MELAYU miskin tak ada ka kat sana. Kalau nak jadi MB PERAK.. pas tu dok kena cucuk idung dengan EXCO DAP…….. aduh abis la MELAYU di PERAK.

Kerajaan SELANGOR lagi kelam kabut. Hadiah kemenangan kepada rakyat negeri SELANGOR adalah meluluskan Projek Penternakan BABI sebanyak RM 100 Juta. Mak ehhhhhh…. Bukan kecik belanja tuu….. Lepas nih kalau aku nak ke KLIA.. kena berhati-hati melalui kawasan pengeluar Babi yang terbesar di ASIA. Tahniah rakyat SELANGOR…. Itu ker manifesto PAKATAN RAKYAT????

Tak cukup dengan itu……MB membuat kenyataan tidak akan memberikan keutamaan kepada setingan-setingan. Mana boleh jadi macam nih…….. bukankah pengundi-pengundi yang memberikan kemenangan kepada calun PAKATAN RAKYAT….. sampai tukang ambil photo pun boleh menang.. bukan BABI…… Bukankah pembangunan rakyat, modal ehsan, masalah setingan, masalah kilang, masalah sosial, masalah kesesakan …. banjir menjadi agenda utama dalam mengisi kemenangan ini.???…. Aku nampak .. MB SELANGOR ini takut pada tuntutan DAP…. Nasibla… korang rakyat SELANGOR.

Berbalik kepada diri aku. Aku kini nampak…sejelasnya….. PAS tak boleh bersekongkol DAP….dulu ..kini ..dan selamanya….. Harap-harap PAS sedarlah bahawa bersekongkol dengan DAP akan merugikan ISLAM dan Melayu kini dan Selamanya

PEMBANGKANG PERLU SATU LAMBANG – PENIPUAN YANG PALING BESAR KEPADA RAKYAT

In Uncategorized on April 23, 2008 at 9:52 am

Lawak-lawak…. Mengalahkan JUARA LAWAK ASTRO…. Pakatan Pembangkang mahu mewujudkan satu lambang sebagaimana BN yang menggunakan simbol dacing. Yang pasti idea bangang Dr Wan Abdul Rahman Abdul Latif yang seolah-olah menafikan jurang dan perbezaan ideologi pakatan antara ketiga-tiga parti ini.

Cadangan mengadakan seekor burung merpati putih di dalam bulatan yang berjalur mengikut warna parti masing-masing. PAS dengan hijaunya, PKR dengan birunya dan DAP dengan merahnya. Punyalah cerca marbanya lambang kalaulah betul sebagaimana dirancangkan. Mengapa tak letakkan saja lambang bulan… yang melambangkan sinar yang menyeluruh alam semesta… OPS.. terlupa pula aku, DAP pasti menyinga kalaulah lambang sebegitu……

So.. nak tak nak.. terpaksalah PAS sekali lagi bagaikan di cucuk hidung … bersetuju dengan apa jua keputusan pakatannya… Walaupun meletakkan roket…. Ya ..la… DAP punya alasan tersendiri…. Untuk cepat sampai kena naik roket…. Kalau cepat nak memerintah MALAYSIA pada PRU akan datang.

Aku akui aku agak jahil pasal politik. Tapi kalau pasal menegakkan agama ALLAH… aku masih punya maruah. Bagaimana PAS diheret bagaikan lembu dicucuk hidung… mengikut apa saja kata DSAI tanpa memikirkan implikasi kepada parti. Aku tak nampak macammana PAS dan DAP akan dapat bersama sebagaimana berlaku dalam BN. PAS baru plan nak wujudkan negara ISLAM… DAP awal-awal dah kasi amaran. Kalaulah macam nih ..cam ner nak duduk semeja sambil cuba mengenepikan masalah dalaman. Sampai bila orang Melayu boleh terima, Orang india pun dan juga orang Cina. Kejadian seperti mana yang berlaku pada BN akan berulang kepada Pakatan Pembangkang.

Kini… aku binggung….dan benggong….. Mana satu aku nak sokong laa nih. Aku lihat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tiada bezanya. Dulu aku sokong Pakatan Rakyat sebab aku anggap PAS akan dapat membentuk pakatan mengikut acuan PAS. Tapi kini .. apa yang berlaku adalah terbalik. PAS hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa juga tindak tanduk ANWAR IBRAHIM.

DAP minta projek babi.. PAS kata OK…. DAP mansuhkan DEB … PAS kata bagussssss… Entahlah selepas nih apa lagi agak nya DAP nak buat… dan PAS cam kebiasaan … YESSSSSSSS MANNN KAMI SETUJUUUUUUUUU……..SOKONGGG

Anda juga boleh layari laman web ini.

Sila klik http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

PAS DAN ISLAMNYA………….

In Uncategorized on April 23, 2008 at 9:39 am

Aku masih ingat…tatkala DSAI membuat kenyataan bahawa penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi matlamat utama bagi PAS. Aku paham sangat kenapa DSAI mengeluarkan kenyataan sebegitu…… Siapa yang tak kenal DSAI….. Macam sesumpah. Ini tak lain tak bukan bagi memastikan PAKATAN RAKYAT akan terus kekal dan angan-angan ANWAR untuk menjadi Perdana Menteri MALAYSIA akan menjadi kenyataan.

Apakah …DSAI telah berpikir panjang sebelum membuat kenyataan sebegini. Mana mungkin DSAI yang dianggap paham berkaitan ISLAM… pernah menjadi Pengerusi ABIM boleh mengeluarkan kenyataan sebegini. Berdasarkan kepada lamanweb Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan , masih jelas membuktikan PAS masih belum berganjak dari matlamatnya dengan penubuhan negara Islam tetap menjadi dasar dan matlamat.

Apakah….. kenyataan ini akan merumitkan lagi hubungan antara PAKATAN RAKYAT. Aku amat percaya dan yakin pada ketika ini… PAS dan DAP bagaikan ada sekam dalam api. Bagaikan tidak akan ada sepakatan lagi antara PAS dan DAP. Aku tak nampak di mana letaknya iman DSAI. Sehingga sanggup memalingkan akidah PAS dari tujuan asal mereka. Dari motto…BANGUN BERSAMA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN…. Kau memang jahat DSAI… menggunakan pengaruh demi kepentingan politik mu.

Mungkin PAS sudah nampak tembelang DSAI.. sebab itu aku lihat ada beberapa pertemuan antara PKR, PAS dan UMNO sendiri bagi membincangkan kepentingan orang Melayu di negara sendiri. Takkan PAS buat sebegini tanpa ada sebab………. DSAI memang dah tak pakai. Aku rasa boleh dikatakan semua idea DSAI menjurus kepada kemusnahan……

PAS kalau nak teruskan dengan Negara ISLAMnya … mesti menidakkan DAP dalam PAKATAN RAKYAT ini. DAP amat bijak sehingga membolehkan kedua-dua parti lain sentiasa mengikut telunjuk mereka. Orang yang pakar macam MB SELANGOR pun macam tak ada teloq bila kena panggil oleh TERESA KOK.

Walaubagaimanapun.. aku masih percaya dah yakin, PAS masih jujur dan ikhlas dengan pengundinya. Hakikat dah realitinya…, susah nak mewujudkan negara ISLAM dengan pecahan penduduk yang hampir lebihkurang. Cuma isu negara ISLAM ni akan terus menjadi duri dalam daging kepada DSAI.. dan dia akan sentiasa memberikan kenyataan yang dianggap memberikan kredit kepadanya. DSAI hanya pandai menyusun ayat….

Jangan terkejut kalau PAS dan UMNO bersatu ……… Abis kau DSAI… Anganmu musnah……

Anda juga boleh layari laman web ini.

Sila klik http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com