Mr. Podas

APA SUDAH JADI DEY MACHA BUNTONG

In Uncategorized on April 7, 2008 at 6:12 am

ADUN DAP sekali lagi membuat satu kejutan bodoh apabila meletak jawatan hanya dalam tempoh 8 jam sahaja. Kali ini ADUN kawasan Buntong iaitu A. Sivasubramaniam. Sandiwara ahli DAP itu tidak ubah episode ulangan pada Februari lalu yang berlaku sejurus pembubaran Parlimen, apabila Ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya. Bezanya Po Kuan mengambil masa yang agak lama iaitu lima hari sebelum mengubah pendiriannya.

Ayo macha, apa yang sebenarnya ingin ditunjukkan oleh Sivasubramaniam orang pun tak faham. Parti DAP sememangnya terkenal sebagai sebuah parti berideologi “Chauvinist” kerana dasar perkaumannya selama ini. Jadi tidak hairanlah jika Sivasubramaniam ingin meletak jawatan kerana parti DAP hanya mementingkan kaum Cina sahaja. Pemimpin parti DAP hanya menggunakan orang India sebagai batu loncatan untuk meraih sokongan masyarakat India selepas mereka tidak lagi mempercayai parti MIC yang boleh memperjuangkan nasib mereka.

Hai la ADUN Buntong, sudah banyak kes dimana ahli DAP tidak sehaluan dengan pemimpin mereka tapi anda masih lagi ingin menjadi ahli DAP. Tindakan Sivasubramaniam ini hanya mementingkan jawatan tertentu daripada memberi memberi khidmat dikawasannya dan masyarakat India khasnya. Umumnya mengetahui bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menbantu kaum India selama ini dan Sivasubramaniam seharusnya menyertai Barisan Nasional jika tujuan utama beliau adalah untuk kepentingan masyarakat India. Takkan tak cukup lagi kot dengan elaun sebagai ADUN atau wakil rakyat….exco negeri pun nak, speaker negeri pun nak. Nampak sangatlah yang macha sorang ni kemaruk jawatan…

Dey macha, tak payahlah nak berputar belit dalam isu ni. Masayarakat India berapa peratus je di negeri Perak tu. Bersyukurlah dengan apa yang dinikmati oleh kaum India selama ini. Masyarakat India tidak akan mendapat kesenangan hidup dan kemakmuran seperti di Malaysia berbanding di negara India. Sesekali cubalah ke Negara India dan lihatlah kehidupan rakyat mereka disana. Ianya seperti langit dan bumi dimana kehidupan toleransi antara kaum dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah satu kejayaan hasil formula kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Adakah anda merasakan masyarakat India akan mendapat manfaat dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Umum sedia maklum bahawa setiap parti politik di dalam Pakatan Rakyat mempunyai ideology yang berbeza. DAP dilihat lebih mementingkan kaum Cina sahaja, manakala PKR pula lebih menjurus kearah untuk mengejar cita-cita peribadi seorang pemimpin yang mahukan jawatan sebagai Perdana Menteri, dan PAS pula mahukan sebuah Negara Islam dimana DAP terang-terang tidak bersetuju dengan pendirian PAS. Jadi dimana letaknya asa perjuangan PARTI PAKATAN RAKYAT. Bolehkah A. Sivasubramaniam menjelaskan mengenai perkara ini?

Sekurang-kurangnya jika Barisan nasional memerintah negara ini setiap parti akan mewakili kaum masing-masing demi bangsa Malaysia. Jika Sivasubramaniam telah makan hati degan Parti MIC, anda boleh menggunakan saluran lain seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) atau IPF dalam usaha untuk memperjuangkan nasib kaum India.

Kaum India telah menghukum Samy Vellu pada Pilihanraya lalu, dan mengapa tidak masyarakat India memberi peluang kepada pemimpin lain MIC untuk membawa isu masyarakat India ke kabinet kerana hanya MIC sahaja yang boleh membawa suara hati masyarakat India ke pengetahuan Perdana Menteri.

Advertisements
  1. Bersyukurlah dengan apa yang dinikmati oleh kaum India selama ini. Masyarakat India tidak akan mendapat kesenangan hidup dan kemakmuran seperti di Malaysia berbanding di negara India. Sesekali cubalah ke Negara India dan lihatlah kehidupan rakyat mereka disana. Ianya seperti langit dan bumi dimana kehidupan toleransi antara kaum dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah satu kejayaan hasil formula kerajaan Barisan Nasional selama ini.

    ———————————=========================================

    Wah wah papanfdai lu compare Malaysia dan India. Mengapa tak compare Indonesia dan Malaysia? Patut melayu yang bersyukur!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: