Mr. Podas

PAS parti lalang – cakap tak serupa bikin betul la. Macam ular lidah bercabang…!!!!!!!!!!!!!!!!!

In Uncategorized on April 9, 2008 at 7:31 pm

Heboh…heboh…apabila parti yang memperjuangkan Islam tiba-tiba beralih arah dan kenyataan. Lepas satu perkara, timbul pula perkara baru. Parti ini nampaknya suka sangat mencari publisiti murahan dan mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri mereka sendiri. Agaknya inilah cara mereka. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…!!!! Boleh melakukan apa cara apa saja demi kelangsungan survivor masa depan politik mereka agar sentiasa bertahan. Macam lalang. HAMPAS kelapa betullah.

Baru-baru ni, ana terbaca artikel yang menyatakan bahawa PAS menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan BABI @ KHINZIR. Dengar katanya projek ternakan khinzir berkelompok tersebut bernilai RM 100 juta dan akan di bina di sepang, Selangor. Orang-orang PAS ni pula kata orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging khinzir ni. Apa cerita ni. Dulu masa isu babi di Melaka merekalah orang pertama yang memainkan isu ni. Kata UMNO Melaka melindungi penternak lah, membenarkan pemeliharaan babi ni dan macam-macam lagi. Tapi sekarang ni kau orang pula yang menjadi orang pertama menyokong penuh cadangan kerajaan Selangor.

Fikir-fikirkanlah…Selaku parti yang memperjuangkan Islam, tak kan lah sanggup menipu orang ramai. Takkanlah sanggup menjadi munafik demi memastikan parti mereka terus hidup. Menyesal betul ana menyokong parti ni masa piliharaya tempohari. Kenyataan yang pernah dibuat satu ketika dulu, tiba-tiba berubah sekelip mata. Ini ke parti yang kononnya mampu mendukung perjuangan Islam tapi dalam masa yang sama menipu rakyat marhean. UMPAMA LALANG. Mengikut saja arah angin bertiup. Tak pernah nak tetap pendirian.

Wahai rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor..bukalah mata..bukalah minda..renungilah diri anda..Ini kah parti yang kita sokong dan pilih selama ini. Parti yang kita percaya memberi kesejahteraan untuk anda. Inilah p arti yang hanya akan hidup demi kepentingan mereka sendiri. Sudah terbukti mereka hanya sanggup menggadaikan maruah dan perjuangan parti. Mereka mengikut sapa saja demi masa depan politik mereka. Perjuangan yang tidak pernah ikhlas. Hanya hendak mendapatkan jawatan memerintah…..

Bila jari menaip…!!!

Advertisements
  1. biasalah. Pas kan sejak dari dahulu lagi memang bersifat talam dua muka. mengikut siapa sahaja yang bole h memberi keuntungan kepada mereka. sejarah banyak kali membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara asal cita-cite mereka tercapai. walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP. yang penting apa yang dicita-citakan mereka tercapai.

  2. Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas. Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air. Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

    Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

  3. Saya setuju dengan Masyarakat Majmuk. Tapi mampukan projek yang sebesar itu tidak mencemarkan alam sekitar? Saya masih was-was dengan teknology Jerman yang dikatakan itu.

  4. assalamualaikum saudara melayu bodoh, hang ni terlalu taksub memBABI buta betul la..sebelum nak komen belajar tentang politik dulu & buat kajian baru leh nak komen bengong..bab babi ni hang tengok hasil dia dalam 5-10 tahun akan datang..waktu tu baru hang tau pemikiran pembangkang one step foward, bukan cam pemikiran hang lembab, banyak makan kepala ikan ) tq.

  5. aku baru bercakap dgn adun tg. sepat datok karim, dan dia mengesahkan bahawa dia memang mempunyai kepenrtingan dalam projek ternak babi nin..so jangan lah korang bising2 lagi, sudah gaharu cendana pula, sudah terang lagi bersuluh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: