Mr. Podas

KERANA ANWAR IBRAHIM – PAS GADAI PERJUANGAN NEGARA ISLAM MENGALAH PADA DAP –NASIB!!!!!!!!!!!

In Uncategorized on April 13, 2008 at 8:15 pm

Kita semua mengakui perjuangan PAS dan ISLAM tidak dapat dipisahkan …. sebab itu namanya PAS. Segala perbuatan, tingkahlaku berkonsepkan ISLAM. Lantaran itulah terbitnya “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” dan lain-lain kata-kata yang menjurus kepada ISLAM.

Tapi.. itu dulu…. Demi perjuangan politik dan mengikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, semuanya tiada lagi kedengaran. Yang ada hanyalah “NEGARA KEBAJIKAN”. Jika PAS sanggup menukarkan launganya dari “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” kepada “NEGARA KEBAJIKAN”, kemungkinan PAS akan terus melaungkan pelbagai slogan bagi perjuangan politiknya.

Demi mngikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, PAS sanggup mengenepikan akidah ISLAM dan bersekongkol dengan DAP yang telah terang dan nyata menolak konsep Negara ISLAM di MALAYSIA.

Kita semua tahu bahawa PAS dan DAP mempunyai pandangan dan pendirian yang amat jelas berbeza. Ianya wujud semenjak penubuhan awal kedau-kedua parti tersebut. Hanya kerana telunjuk ANWAR IBRAHIM, kedua-duanya bagaikan dipukau, bersetuju berada di dalam pakatan itu. Betapa berkuasanya ANWAR IBRAHIM…. kedua-kedua parti sanggup meninggalkan ideology masing-masing kerana menjadi pak turut ANWAR IBRAHIM.

Tetapi… kalau dah perjuangan dan ideology ternyata berbeza, masakan boleh bertahan lama…. Hanya sebulan lebih PAKATAN RAKYAT menubuhkan kerajaan negeri masing-masing, kini segala perbezaan ideology mula menular duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat. Ianya bermula dengan suara-suara dari PAS Kelantan yang merasakan PAS sepatutnya menerajui Pakatan Rakyat. Terkejut dengan suara-suara itu, lalu KARPAL SINGH bingkas bangun sambil meminta supaya PAS mengugurkan konsep Negara ISLAMnya. Akibatnya, PAS Kelantan dan Kedah telah bersatu hati menyuruh KARPAL SINGH yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ISLAM dari terus bercakap mengenainya.

Di manakah saudara ANWAR IBRAHIM ketika PAS dan DAP berada dikenelut ini. PAS tak pernah serik dengan sikap DAP yang menetang konsep Negara ISLAMNnya. DAP bukan calang-calang parti parti yang mampu ditundukkan oleh PAS. Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Demi perjuangan politik, PAS sanggup mengambil risiko menggurkan agenda “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” kepada “NEGARA KEBAJIKAN”. Entah lepas ini apa pula yang akan berlaku….

Yang aku pasti…. Negeri Perak hanya ditadbir oleh 6 EXCO DAP yang telah mencalonkan MB dari Parti PAS sebagai BONEKA. Aku masih ingat bagaimana DAP mahukan seramai mungkin wakil rakyat DAP menjadi EXCO. Apa yang boleh dilakukan oleh MB bila berhadapan dengan 6 EXCO DAP….Turut sajalah keputusan mereka…

Bagi PAS…. Lupakan lah konsep Negara Islam mu itu. Jika kau masih mengikut telunjuk ANWAR IBRAHIM, tunggulah saat kemusnahan PAS. Apabila ANWAR IBRAHIM memerintah MALAYSIA kelak…masa itu barulah PAS tahu tinggi rendahnya langit. Masa itu, barulah PAS akan dapat melihat wajah sebenar ANWAR IBRAHIM disebalik topengnya itu. Selamat jalan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. ANWAR IBRAHIM telah Berjaya mempermainkan PAS di siang hari tanpa disedari oleh PAS… Kesian PAS….Tersenyum lebar ANWAR IBRAHIM DAN DAP…. Harap semua ahli /penyokong PAS sedarlah sokongan kamu hanya untuk ANWAR IBRAHIM agen Yahudi yang licik.

AKU BAKAL PM…Peduli apa aku dengan Negara ISLAM

Insan Terluka

Advertisements
  1. Islam itu tidak akan sesekali boleh di GADAi ..ianya hak milke Allah swt.

    Yang penting bagi sesaorang INSAN bagaimanakah ianya ,iaitu DIRInya, [bersamaan dengan Ruhnya,Qalnya, ‘Aqlnya, Nafsnya] itu di Islamkan….

    Apabila diri se saorang itu telah mula berIslam dan bagi mereka yang telah mencapi tahap yang tinggi di sisi Allah akan “islamnya” sepatutnya mereka lah pemimpin kamu di atas muak bumi ini.

    jadi jangan lah sibuk sangat “Islamic State” hudud itu hudud ini, Islamkan diri kamu dulu …..hingga menghampir 100% maka Tuhan amat mengetahui untuk mentadbir Alamnya …. termasuk President Bush sekali pun !

  2. Hang puak-puak anti Islam, tak yahlah cakap fasal Islam, ugama hang adalah ISLAM HADHARI, ugama sesat lagi menyesatkan.

  3. Hang ni bapak babi atau anak babi.

  4. Mufti Perlis kata “sila hentikan Islam Hadhari” kerana tidak Islam. Hang punya orang eloklah tukar agama baru tu sebab tak minat dengan Islam yang berlandas kepada Quran dan Hadis. Rukun Islam Hadhari hang jah beza dengan Rukum Islam!

  5. Aku tengok ramai orang UMNO minum arak, main perempuan lacur dan berjudi. Tak dosa kut dibawah Islam Hadhari.

  6. bosan lagi membosankan

  7. Salam Pedas Berapi,

    Untuk tahu apa sebenarnya Islam Hadhari layari blog saya http://purehadharist.blogspot.com

    juga ada tulisan-tulisan berkaitan anwar Ibrahim :BLOGGER RAKAN BAIK ANWAR PROMOSI BUKU SALMAN RUSHDIE – TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH S.A.W.?

    Mufti Perlis bukan standad kebenaran ! Islam Hadhari Adalah Islam, Ayuh kita berwacana demi kebenaran…

  8. Dulu PAS satu-satunya parti pure Islam di Malaysia.

    Tak elok kalau terperangkap dengan demokrasi Amerika. Depa hentam Iraq kononnya atas nama demokrasi jugak. PAS harus jangan lupa bagaimana kemenangan parti Islam disesetengah negara segera dinoktahkan oleh US atau agem-agen mereka.

    Disebelah sini, sudah lama sebuah negara di selatan M’sia menyatakan takkan tunggu PBB bersidang kalau PAS memerintah sbb depa takut air dari M’sia kena potong.

    Depa pun demokrasi takat mana sangat. Cuma akrab dgn US.

    Kembalilah semua sekali kpd Islam yg satu dan jgn samapi dilenakan oleh kuasa dan kemewahan dunia.

  9. eleh..ade orang dok cakap orang umno minum arak..bla..bla..
    orang yang nyokong pas..ahli pas pun sama jer..ISLAM dalam surat beranak ngan ic jer…member aku sokong pas..tapi semayang tonggang terbalik..main pompuan..cd blue kat dalam laci umah tu ngalahkan cd p ramlee..cam tak caye je masa pilihanraya ari tu dia pangkah pas…ha..ha..
    bangsat punya melayu guna pakai jaja nama islam untuk nak berkuasa..

  10. Assalamualaikum.

    Puak ni memang kurang faham dan suka jadi Pak turut. Cuba baca dan fahami Islam Hadhari tu betoi-betoi. Dia bukan agama tetapi dia adalah konsep untuk memertabatkan Islam yang kita anuti ini.Antara kehendak Islam Hadhari ini kita jangan membuta tuli, pelajari Islam secara syumul, jangan dok kutuk orang, perkasakan Islam. Jangan ralit dok tulis dalam surat khabar dan dapat habuan setiap artikel saja. bila oarang suruh bagi idea untuk meperkasa Islam dalam majlis rasmi tak mau terlibat, kemudian dok kutuk kot belakang. Ini lah Islam tak hadhari hangpa.Pasai apa yang dok jadi pak turut puak penceramah PAS yang depa juga turut menjadi Pak turut. Cuba baca dan fahami kemudian buat tafsiran sendiri. Betoi ka Islam Hadhari tu agama baru. Kalau hampa kata ia agama baru sah hampa dah tak betoi. Den dulu pun macam hangpa juga tapi den baik sikit den beli buku Islam Hadhari den baca dan berbahas sikit-sikit dapatlah sikit pengetahuan. Kalau orang nampak cerdik tapi bodoh kita janganlah nak jadi lebih bodoh daripada dia.

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: