Mr. Podas

Betul ker tiada parti tunjang dalam PAKATAN RAKYAT???

In Uncategorized on April 17, 2008 at 4:31 pm

Pergolakan yang berlaku antara PAS dan DAP telah menimbulkan keretakan dalam PAKATAN RAKYAT. Justeru itulah Penasihat PKR , DSAI telah sekali lagi dengan kuasa vetonya mengarahkan parti PKR, PAS dan DAP membuat kenyataan bahawa tiada mana-mana parti yang menjadi tunjang dalam PAKATAN RAKYAT.

Persoalannya….. Kalaulah hanya kerana hendak mengekalkan kerusi (kuasa) … PAS sanggup duduk semeja dengan DAP dan sama-sama mementerai persetujuan ini. Politik apakah ini.

Cukuplah PAS mengubah kiblatnya dari Bangun Bersama Islam kepada Negara berkebajikan… kini PAS sekali lagi dicucuk hidungnya supaya setuju dengan kenyataan ini. Banyak ker perbezaan antara Bangun Bersama Islam dengan Negara Berkebajikan?….. Rasa aku…. Bangun bersama Islam merangkumi segalanya…. 100 kali lebih baik dari Negara Berkebajikan.

Disebabkan motto sebegitu, maka PAS kini terpaksa mengikut kehendak DAP bagi merealisasikan matlamat memerintah Malaysia.

Sudah diteliti ker persetujuan antara PAKATAN RAKYAT itu?… setahu aku laaa… x ader langsung mencerita pasal ISLAM sebagai agama rasmi yang menjadi pegangan PAS. Apa salahnya kalau meletakkan perkara tersebut ….. adalah PAS takut KARPAL SINGH mengamuk lagi?…

Kalau setakat nak menandatangani persetujuan bersama berlandaskan selera DSAI yang memang berkiblatkan ZIONIS..… bagi memastikan PAS dapat memerintah….aku pasti PAS akan hancur….

Menjaga kemenangan adalah lebih susah dari berusaha memperolehi kemenangan. Kalau dulu PAS pernah susah tapi tetap berpegang kepada ISLAM…. Aku tak Nampak kenapa kini PAS tak begitu lagi . Sanggup membelakangkan ISLAM dan menghalalkan segalanya bagi nafsu politik mereka..

Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Advertisements
  1. U tak tengok kerajaan PR di Perak. DAP ramai ADUN, tapi pilih ADUN Pas jadi MB. Selidik sikit beb jangan sedap cakap je, mana PAS tunduk pada DAP. Dalam pemerindahan Islam dulu pun ada kafir yang baik wajib dilindungi dan boleh berkongsi pendapat & pentadbiran.

  2. salam kenal akh,,, blog nya seru euy,,,,

  3. komen orang UMNO memang macam ni.. bila kita nak jadikan Negara Islam dia bantah.. tak relevenlah.. itulah.. Bila kata Negara Berkebajikan (baca BER-kebajikan) maknanya amanah, adil, bersih, saksama bukan sekadar welfare.. atau macam Jabatan Kebajikan yang hanya sedia peruntukan untuk JKKK dan anak beranak mereka…

    Konsep Negara Berkebajikan tu adalah intepretasi daripada Negara Islam lah tu.. Bila kita nak laksana Hudud, macam-macamlah ulasan mereka sampai timbul isu “Sup Tangan”. Orang yang mengaku Islam sendiri pula komen kata Undang-undang Islam tak releven??? Jahil Murakkab…

    Perlembagaan PAS dah jelas nyatakan Perjuangan untuk Islam.. bukan satu-satu bangsa sahaja… Kalau anta baca betul-betul siasah politik Islam.. tentu faham makna “Takhiyyah”…. Sepatutnya blog ni namanya bukan “pedasberapi”.. tapi sepatutnya dinamakan “membutatuli”….

  4. Memang la MB dari PAS. Itupun nasib baik ada Undang2 Tubuh Negri Perak yang menyatakan hanya org Melayu yg boleh memegang jawatan MB. Nasib baik takde org melayu bertanding atas tiket DAP. Mcm mana MB PAS nak memerintah seperti mana di Kedah dan Kelantan. Sepatutnya kalau PAS mengambil berat nasib org Melayu di Perak mereka patut bergabung dgn BN semata-mata utk membentuk kerajaan campuran.

  5. satu lagi knp PAS apabila tersepit mengeluarkan kenyataan yang bersifat escapism. Cth sperti comment sedara bahwa kerajaan islam dulu pun ada ‘kafir yang baik’ berkongsi pendapat & pentadbiran. mcm mana dulu PAS boleh ckp UMNO yang bersekongkol dgn org kafir adalah kafir. begitu juga apb ada pemimpin pas (ulamak?) yang mencaci dan menghina org lain, keluar kenyataan bhw didalam quran mencaci dn menghina dibenarkan Allah. Ada bukti tak mengatakan Nabi (SAW) menghina dan mencaci org lain ketika hidup baginda. itulah sifat PAS yang menyebabkan org Islam sendiri meragui pendirian termasuklah aku sendiri. alsan yang digunakan tak boleh tegur ulamak sebarangan. adakah ulamak itu maksum, bersifat kenabian atau sudah smpi ketahap peringkat menjadi tuhan? adakah kita tak boleh menegur kalu ulamak bersifat begitu

  6. saudara NEO banyak membaca sangat akhbar utusan dan berita harian.. dan menonton berita tv3.. kebanyakkan statement pas telah di cut off atau di edit bagi menunjukkan keburukan .. maksud nya apa bila pas mengatakan allah kadang2 mencela, mengutuk dan menghina hamba2 nya.. tapi media kerajaan akan mengambil mana2 perkataan yang nampak begitu buruk dan menjadi kan sebagai statement utama.. sama seperti apa yang blog pedasberapi sedang lakukan juga..

    konsep mereka setelah kalah kepada KUASA blog rakyat menyebabkan wujudnya lambakkan blog2 kerajaan seperti blog dr khir, blog kj, blog chia soi lek dan termasuk blog pedas berapi.. namun kebanyakkan blog2 kerajaaan tiada modal untuk diketengahkan sehingga terpaksa mengulang2 isu babi yang sudah di anggap basi.. sedangkan pihak pakatan rakyat sentiasa berjaya mencungkil korapsi2x baru dalam pentadbiran kerajaan BN pada masa kini.

    Mungkin kerajaan BN mampu kembali berkuasa jika mereka mengubah taktik perang psikologi mereka dari memutarbelitkan fakta dengan mencari fakta atau korupsi pakatan rakyat yang baru..

    RAKYAT YANG MUAK!

  7. mungkin betul, mungkin salah pendapat yang saya berikan berkenaan dgn PAS. Tetapi itu tidak bermakna mereka betul 100% didalam semua pendapat disebabkan mereka ulamak. saya seorang islam yang lahir didalam keluarga islam yang kuat didikan agama. tetapi saya sedih apabila banyak melihat komen2 yang diberikan oleh mereka dari parti PAS. saya juga pernah melihat ceramah mereka dan secara jujur saya katakan tiada apa yang saya dapat hanyalah seperti ceramah pemimpin parti politik yang lain. kalau betul pendapat mereka sering diputarbelitkan, mungkinkah mereka belum pandai untuk berdakwah seperti yang dikehendaki Islam. saya rasa pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan sifat mereka tidak lari sebagai orang Melayu Kelantan , bukan sebagai orang Islam yang menggalakan hikmah didalam ceramah mereka supaya boleh menarik minat org kafir kearah Islam. itu merupakan kelemahan ulamak sekarang. Ini cuma pandangan saya yang jahil.

  8. Satu lagi perkara yang menyebabkan saya terpanggil utk bagi komen. Saya teringat sidang akhbar PAS yang pertama selepas menang di Kedah. Perkara pertama yang keluar dari mulut mereka ingin melaksanakan hukum hudud. itu saja kah yg bermain di minda mereka apabila diberi peluang untuk mentadbir. bukan kah lebih elok sekiranya mereka menerangkan dengan terperinci bagaimana utk mentadbir, seperti menerangkan pakej2 ekonomi yang menarik, plan jangka panjang atau pendek mereka, apa rancangan terhadap kaum yang lain dsbnya. ini tidak perkara pertama yang dipikirkan adalah hukum hudud. bukannya ekonomi islam, politik islam, sosial islam dsbnya. yang mana lagi penting. Berjaya jalankan hukum hudud tetapi tidak mempunyai kekuatan politik ,ekonomi dan sosial atau mempunyai kekuatan ketiga2 diatas tetapi hukum hudud tetap dilaksanakan selepasnya. (perhatikan saya bukan menolak perlaksanaan hukum hudud sepenuhnya). di dalam al quran banyak diceritakan tentang kegemilangan Islam dan juga perkara2 yang sekiranya dikaji dengan mendalam membolehkan org Islam mencipta bermacam- macam benda. itu yang telah dibuat oleh org kafir terutama sekali yahudi. semua perkara seperti penciptaan kapal terbang, ilmu sains, biologi astronomi dll semua terdapat didalam alquran. disitu Allah telah memberikan keutamaan yang mana patut didahulukan dan yg mana yg patut dikemudiankan kerana takut umat islam akan ditindas seperti yang berlaku sekrg. saya bukan mengejar dunia semata-mata. tetapi bukankah penciptaan2 sebegini akan mendekatkan kita dgn Allah.Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: