Mr. Podas

Pembebasan ISA – Kenapa hanya pandang satu kaum?

In Uncategorized on April 17, 2008 at 3:24 pm

Kenyataan yang di buat oleh YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang baru-baru ini yang mendesak Pak Lah membebaskan 5 tahanan Hindraf adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Ini kerana, persoalan yang timbul kenapakah mereka begitu mendesak kerajaan untuk hanya membebaskan 5 pemimpin Hindraf sahaja, sedangkan tahanan ISA dari kaum yang lain terutamanya kaum melayu tidak dipedulikan mereka dan tidak termasuk dalam agenda pembebasan mereka sama sekali. Apakah istimewanya kaum India tersebut berbanding kaum lain terutamanya melayu yang merupakan bumiputera asal di Negara kita ini? Apakah istimewanya pendatang-pendatang ini sehingga keutamaan yang lebih diberikan kepada mereka?

Kenapakah orang melayu yang telah lama ditahan dan dilanjutkan tempoh tahanan mereka setiap 2 tahun tidak dibela nasib mereka. Bagaimanakah nasib ahli keluarga mereka yang terpaksa hidup sendirian tanpa ketua keluarga, terpaksa mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak mereka sendirian? Kenapakah kaum lain yang hanya baru ditahan beberapa bulan dibela nasib mereka sampaikan sanggup menjaja pelbagai cerita negatif dan menjual maruah Negara kita ke pengetahuan luar demi menarik simpati masyarakat antarabangsa. Pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Karpal Singh dan Lim Kit Siang ini mendakwa serta mendabik dada sebagai pejuang sebenar dan bercita-cita untuk mewujudkan MALAYSIA MALAYSIAN tetapi sebenarnya hanya berbohong kepada rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila mereka hanya memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu sahaja. Inikah pemimpin yang kononnya membela serta memperjuangkan hak asasi dan kebebasan manusia tanpa mengira kaum tetapi semuanya hanya pembohongan yang nyata semata-mata. Perkauman lebih penting bagi mereka.

Inilah yang terjadi seperti di Negara jiran kita apabila PAP memerintah Singapura. Nasib melayu terpinggir dan tidak terbela. DAP yang merupakan warisan dari parti tersebut selepas perpecahan Malaysia dan Singapura cuba untuk mewujudkan pemerintahan yang serupa di Malaysia ini. Pemerintahan yang bersifat perkauman semata-mata dan melayu akan terpinggir dan menggemis di Negara sendiri. Apakah yang akan terjadi pada nasib anak cucu kita kelak? Kitalah generasi muda yang harus mempertahankan nasib kita dari terjatuh ke tangan pemerintahan yang lebih mementingkan perkauman semata-mata. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu. Inginkah nasib anda terjadi seperti di Negara Singapura? Kalau dah ideologi bekas Negara komunis, pemikiran pemimpin tetap macam komunis. Fikir-fikirkanlah……

Bila jari menaip…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: