Mr. Podas

PEMBANGKANG PERLU SATU LAMBANG – PENIPUAN YANG PALING BESAR KEPADA RAKYAT

In Uncategorized on April 23, 2008 at 9:52 am

Lawak-lawak…. Mengalahkan JUARA LAWAK ASTRO…. Pakatan Pembangkang mahu mewujudkan satu lambang sebagaimana BN yang menggunakan simbol dacing. Yang pasti idea bangang Dr Wan Abdul Rahman Abdul Latif yang seolah-olah menafikan jurang dan perbezaan ideologi pakatan antara ketiga-tiga parti ini.

Cadangan mengadakan seekor burung merpati putih di dalam bulatan yang berjalur mengikut warna parti masing-masing. PAS dengan hijaunya, PKR dengan birunya dan DAP dengan merahnya. Punyalah cerca marbanya lambang kalaulah betul sebagaimana dirancangkan. Mengapa tak letakkan saja lambang bulan… yang melambangkan sinar yang menyeluruh alam semesta… OPS.. terlupa pula aku, DAP pasti menyinga kalaulah lambang sebegitu……

So.. nak tak nak.. terpaksalah PAS sekali lagi bagaikan di cucuk hidung … bersetuju dengan apa jua keputusan pakatannya… Walaupun meletakkan roket…. Ya ..la… DAP punya alasan tersendiri…. Untuk cepat sampai kena naik roket…. Kalau cepat nak memerintah MALAYSIA pada PRU akan datang.

Aku akui aku agak jahil pasal politik. Tapi kalau pasal menegakkan agama ALLAH… aku masih punya maruah. Bagaimana PAS diheret bagaikan lembu dicucuk hidung… mengikut apa saja kata DSAI tanpa memikirkan implikasi kepada parti. Aku tak nampak macammana PAS dan DAP akan dapat bersama sebagaimana berlaku dalam BN. PAS baru plan nak wujudkan negara ISLAM… DAP awal-awal dah kasi amaran. Kalaulah macam nih ..cam ner nak duduk semeja sambil cuba mengenepikan masalah dalaman. Sampai bila orang Melayu boleh terima, Orang india pun dan juga orang Cina. Kejadian seperti mana yang berlaku pada BN akan berulang kepada Pakatan Pembangkang.

Kini… aku binggung….dan benggong….. Mana satu aku nak sokong laa nih. Aku lihat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tiada bezanya. Dulu aku sokong Pakatan Rakyat sebab aku anggap PAS akan dapat membentuk pakatan mengikut acuan PAS. Tapi kini .. apa yang berlaku adalah terbalik. PAS hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa juga tindak tanduk ANWAR IBRAHIM.

DAP minta projek babi.. PAS kata OK…. DAP mansuhkan DEB … PAS kata bagussssss… Entahlah selepas nih apa lagi agak nya DAP nak buat… dan PAS cam kebiasaan … YESSSSSSSS MANNN KAMI SETUJUUUUUUUUU……..SOKONGGG

Anda juga boleh layari laman web ini.

Sila klik http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Advertisements
  1. cadangan yang bernas, untuk mewujudkan amalan politik yang sihat. macam US, mereka ada sistem 2 parti yang amat efektif. setidak-tidaknya dasar kerajaan tidak banyak berubah dan rakyat dapat memilih pilihan terbaik untuk pembangunan rakyat.
    dalam konteks topik diatas, BN sebagai contoh, atas dasar ‘jaga hati’ kaum lain – sesudah 50tahun merdeka dan sejak 1970an DEB – melayu masih gagal merealisasikan impian. sebab? – sebab dasar yang dibuat BN adalah penggadaian hak melayu dari segenap sudut, ekonomi, adat, ketuanan (kuasa raja), tanah dsbnya – atas berbagai nama dan konsep – dari pengswastaan, hadhari dan modal insan. so dengan sistem 2 parti, insyaallah – ianya akan bertindak sebagai check & balance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: