Mr. Podas

Archive for May, 2008|Monthly archive page

PAKATAN RAKYAT DAN ISLAM HADARI

In Uncategorized on May 30, 2008 at 1:54 am

Terkejut ana bila diberitakan bahawa kerajaan Selangor telah mengharamkan semua program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari. Ana terpinga-pinga mencari relevennya pengharaman yang dibuat oleh Datuk Dr Hassan Ali , dilihat seolah-olah menjadi “dummy” kepada parti DAP yang sentiasa menentang usaha untuk memuliakan ajaran Islam di MALAYSIA. Kerana DAP adalah abang Long (kerusi paling banyak).

Ana tak faham kenapa Islam Hadhari yang dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat. Kita semua tahu bahawa pendekatan Islam Hadhari ditafsirkan sebagai cara-cara memajukan umat Islam dalam bidang budaya yang umatnya masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Adakah menyokong kelulusan Ladang Babi di Sepang dan kemudian mengharamkan semua program berkaitan dengan Islam Hadhari akan memberikan peluang kepada Datuk Dr Hassan Ali untuk dianggap sebagai pemimpin yang islamik. Adakah ianya akan menaikkan kembali imejnya setelah jatuh merudum akibat kes babi tempoh hari agar setaraf dengan ulama-ulama PAS yang lain.

Rasanya banyak benda-benda lain yang menjadi proriti kepada kerajaan Selangor selain dari menimbulkan kekeliruan dan kemarahan rakyat Selangor. Program Islam Hadhari setakat ini tidak pernah memberikan impak atau kesan yang buruk kepada rakyat malah memberikan pembangunan yang seimbang pembangunan negara. Janganlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Sepatutnya Kerajaan Selangor mestilah melangsaikan dulu segala janji menifesto mereka kepada rakyat Selangor, bukannya mencari alasan dengan mengutarakan isu-isu baru supaya rakyat boleh lupa janji-janji Pakatan Rakyat.

Dalam hal sebegini, DAP paling untung. Tindakan menangguk di air keruh telah menyebabkan PAS dan PKR bukan saja dianggap parti yang tidak berkiblatkan Islam malah dianggap bersekongkol dengan DAP dalam menjatuhkan Islam di Selangor. Apa yang boleh aku simpulkan ,Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) lebih takutkan DAP dari ALLAH SWT.

PARTI KENCING RAKYAT (PKR)

In Uncategorized on May 21, 2008 at 2:49 pm

Parti Keadilan sebenarnya ditubuhkan adalah dengan satu objektif utama iaitu mengembalikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Umumnya tahu, Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti pembangkang iaitu PAS (objektif utama parti ini adalah untuk mewujudkan Negara Islam), Parti Keadilan (merialisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi PM) dan DAP (tidak kurang samanya seperti Parti Komunis Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan keistimewaan orang Melayu).

Anwar Ibrahim dilihat seperti kemaruk kuasa untuk menjadi Perdana Menteri apabila dengan terang-terang beliau mengumumkan akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa tiba-tiba Anwar mengumumkan sendiri yang beliau akan menjadi PM pada bulan September ini? Apakah pemimpin dari Parti PAS tidak layak untuk menjadi PM jika mereka berkuasa selepas ini. Jelaslah sebenarnya Anwar ini amat kemaruk untuk menjadi PM sebab dia tidak pernah puas menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Cukup-cukuplah Anwar, tak payahlah nak menipu rakyat lagi. Mana janji Pakatan Rakyat yang nak memberi bantuan RM 1000 kepada semua rakyat Selangor yang berjaya melangkah ke menara gading tanpa ada syarat samada gaji dibawah 1500 dan sebagainya.

Jawatan Perdana Menteri tu tak lah penting sangat berbanding dengan kebajikan rakyat yang Anwar cerita berapi sebelum pilihanraya dulu. Buktikan dulu yang Parti Kencing Rakyat ni adalah relevan kepada rakyat dan jangan asyik fikir tentang nak jawatan PM je. Sepatutnya Anwar tunjukkan sikap merendah diri dan tidak menunjukkan kemaruk yang amat jelas sangat yang dia ni amat gila kuasa.

Dengan parti PAS janji lain (untuk membentuk Negara Islam), tetapi bila dah menang sikit, Datin Seri Wan Azizah pulak kata yang objektif utama Parti Kencing Rakyat bukan untuk menubuhkan Negara Islam. Apalah PKR, dengan PAS cerita lain tapi dengan DAP cerita lain.

Anwar, Anwar, Anwar….PARTI KENCING RAKYAT

ANWAR IBRAHIM – PELACUR POLITIK YANG TERDESAK…

In Uncategorized on May 16, 2008 at 9:49 am

Keadaan tenang……masih lagi tenang setenang air di kali….. Tak kedengaran pun ura-ura Ahli Parlimen dari BN ingin sertai PKR. Malah hampir semua Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan menyertai PKR menafikannya. Apa nih ANWAR IBRAHIM????…… Cakap tak serupa bikin la……Ingat senang ker nak RASUAH Ahli Parlimen dari BN dengan wang ringgit dan kesenangan. Ingat Ahli Parlimen tak ada maruah diri?… Cuma ANWAR yang selalu pentingkan dirinya.

Tak usahlah bermimpi di siang hari. Masih teriang-riang di telinga aku ANWAR menyatakan bahawa hari Rabu, 14 MEI 2008 merupakan sejarah dalam politik dimana lebih dari 17 Ahli Parlimen dari SABAH dan SARAWAK akan lompat parti ke PKR.

Betapa bodohnya kenyataan itu….. Rasanya dengan membuat provokasi sebegini akan melemahkan semangat Ahli Parlimen SABAH DAN SARAWAK dan timbul tidak percaya kepada pemerintahan sekarang. Tolong laaa… Ingat pemimpin BERWAWASAN dari SABAH dan SARAWAK nih tak tahu memilih antara BN dengan PKR. Kalaulah wang ringgit dan kemewahan dijadikan sandaran bagi Ahli Parlimen dari BN untuk berubah ke PKR…. Ternyata … salah percaturannya.

Sememangnya tindakan ANWAR memancing Ahli Parlimen dari BN adalah amat tak beretika dan tidak boleh diterima oleh rakyat….. Sekutunya iaitu DAP dan PAS tidak mahu terlibat dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM. Bayangkan dalam satu pakatan sendiri tak boleh bersatu hati….. Terlalu desperate si ANWAR nih…. Betapa JIJIKnya manusia bernama ANWAR IBRAHIM.

Kalau nak diikutkan…. Mereka patut lebih sentiasa berwaspada dengan kedudukan kerusi ADUN di PERAK… dan bukannya mencari populariti murahan di SABAH dan SARAWAK. Dengan tindakan KARPAL SINGH yang mempertikaikan institusi KESULTANAN …. boleh menyebabkan ADUN Pembangkang menyertai BN.. Harus diingat , BN hanya memerlukan 2 kerusi ADUN bagi membolehkan BN menumbangkan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Tak adalah pulak tindakan memujuk ADUN PERAK dengan wang ringgit sebagaimana dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM kepada Ahli Parlimen SABAH dan SARAWAK.

Mana ANWAR dapat duit yang begitu banyak untuk membiayai Ahli Parlimen dari BN menyertai PKR?. Tak hairankah kita?…. Siapa yang sponsor ANWAR IBRAHIM??> Apa yang aku perhatikan , ianya merupakan pemikiran dan idea ANWAR IBRAHIM dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya benar… apa bezanya PKR dengan UMNO???…. PKR secara terang-terang akan menyerahkan wang ringgit dan jawatan sekiranya Ahli Parlimen lompat ke PKR.

Lihatlah betapa kotor dan jijiknya….. tindakan ANWAR IBRAHIM…..

ANWAR IBRAHIM – BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 ??

In Uncategorized on May 14, 2008 at 2:17 pm

ANWAR IBRAHIM … nama yang kononnya semakin GAH .. di persada politik MALAYSIA. Pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya … termasuklah.. PEMIMPIN RAKYAT, PENYATUPADU KAUM, PEMIMPIN BERWAWASAN BARU dan macam-macam lagi. Adakah dengan pelbagai gelaran yang diberikan sudah melayakkan dia memegang jawatan Perdana Menteri MALAYSIA?… Apakah kita yakin dengan manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini.Rasanya …kita telah salah dan terbawa-bawa dengan sentimen yang dipolitikkan olehnya dan partinya. Kita belum mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Kita tak tahu apakan sebenar hala dan tujuannya ANWAR yang mahu sangat-sangat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana ANWAR boleh diterima sebagai bakal Perdana Menteri??. Tahu kah kita bagaimana hubungan ANWAR dengan pelbagai individu dan NGO luar Negara? Tahukan kita bagaimana akrabnya hubungan ANWAR dengan WOLFOWITZ…– orang yang menghalalkan pembunuhan lebih sejuta rakyat IRAQ. Kita semua tahu bahawa WOLFOWITZ merupakan pengikut fahaman NEO CONSERVATIVE yang mendokong gerakan ISRAEL dalam menghancurkan negara- negara ISLAM. Dia lah juga yang telah membantu memberikan jawatan kepada ANWAR sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies,Johns Hopkins University dan St. Anthony’s College, Oxford University. Kalaulah ANWAR tak bersetongkol dengannya , bagaimana mereka menjadi begitu akrab… sehinggakan WOLFOWITZ telah membuat penulisan dengan menyatakan bahawa ANWAR antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia.

Mengapa ANWAR sanggup menjadi presiden di sebuah Pertubuhan NGO antarabangsa “Foundation of the Future” yang mendokong segala wawasan AMERIKA SYARIKAT. Yang paling menghairankan bagaimana ANWAR boleh dilantik ke jawatan tersebut melainkan dia memberikan komitmen yang jitu kepada NGO dan AMERIKA SYARIKAT itu sendiri. Apakah ANWAR merupakan anak didik AMERIKA SYARIKAT???…

Kita perlu pandang jauh ke hadapan.. Apa yang PAS boleh lakukan sekiranya ANWAR menjadikan MALAYSIA sekutu AMERIKA SYARIKAT??… Apakah harapan dan impian PAS untuk mewujudkan DAULAH ISLAMIYAH (NEGARA ISLAM) menjadi kenyataan atau hanya igauan di siang hari??…

Satu lagi, aku terfikir jugak, masa pilihanraya lepas, banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan. Secara rasionalnya la, bagaimana sebuah parti yang baru sahaja terbentuk kira-kira 10 tahun yang lalu boleh menjadi sebuah parti yang mewah untuk membiayai setiap ahli-ahli mereka menjadi calon. Sedangkan parti PAS yang telah lama bertapak mengumpul peruntukan mereka hasil dari sedekah ahli yang hadir mendengar ceramah mereka. PAS nampaknya lebih telus dalam perjuangan mereka. Jadi tidak mustahil Parti keadilan mendapat peruntukanatau dana dari luar dan tidak bukan dari Wolfowitz (sekutu yahudi).

Yang Pasti…. Aku tak rela MALAYSIA terus dimusnahkan demi agenda lelaki jahat bernama ANWAR IBRAHIM..

PAS TERKELIRU – ANTARA ISLAM ATAU KUASA

In Uncategorized on May 12, 2008 at 3:48 pm

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang .. tak kira penganalisis politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Apa yang paling menimbulkan kecelaruan di minda rakyat (pengundi) ialah kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.????…

Kehadiran PAS dalam menceriakan gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan ini sehingga menyebabkan PAS kini hilang KUKU dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi MALAYSIA ini. Bukankah taat kepada SULTAN merupakan ajaran ISLAM ….. tetapi KARPAL SINGH berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran ISLAM. Sudah pasti… pada pemikiran KARPAL SINGH… PAS hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Tak hairanlah aku kalau PAS hanya menTOKONGkan diri sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa media yang membesar-besarkan isu KARPAL SINGH ini. Tak abis-abis cara PAS menangkis dakyah … pasti media yang disalahkan. Bukankah PAS mahu supaya media mendedahkan kenyataan atau lapuran yang benar dan telus. Inilah kenyataan yang dibuat oleh KARPAL SINGH yang secara telusnya disiarkan oleh media..

Takutkah PAS kepada DAP..sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam PAKATAN RAKYAT. Memanglah PAS hanya benar-benar berkuasa di KELANTAN…

Di empat negeri lain PAS diibaratkan sebagai seorang BURUH KASAR, menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri PAKATAN RAKYAT. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Bagaimana cekap dan cerdiknya DAP PERAK yang telah memainkan isu MELAYU dan SULTAN. MB PERAK yang ala –ala benggong telah dijadikan boneka dan menjadi alat bagi mencetuskan kemarahan orang melayu. Aku amat yakin ini adalah penrancangan yang licin oleh KARPAL SINGH dan kawan-kawan dalam DAP untuk menguji kesetiaaan orang melayu kepada SULTAN dan RAJA mereka.

Selagi PAS masih dibuai dengan mimpi indah memerintah PERAK, KEDAH dan KELANTAN .. selagi itulah DAP akan meneruskan agendanya menghilangkan hak MELAYU dengan menjadikan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN nya. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. ISLAM bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini…. Mereka hanya mahukan kerusi.

Kalau dah GILA KUASA.. beginilah jadinya….