Mr. Podas

Inilah dinamakan Kurang Ajar

In Uncategorized on May 5, 2008 at 12:23 pm

Nampak gayanya, Ahli DAP semakin berani menunjukkan taringnya terhadap Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan mencabar titah Sultan Perak dimana sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Tanpa rasa bersalah dengan bangganya Karpal Singh dan ADUN Perak Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Amboi hai, kurang ajar betul diaorang ni. Dia tak sedar yang kenyataan dia ni boleh menaikkan kemarahan orang Melayu khususnya di Perak. Lepas tu nanti dia salahkan orang lain yang mengeluarkan kenyataan dimana darah beliau adalah halal untuk dibunuh. Sedarlah Karpal, anda dulu yang suka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati orang Melayu tapi anda tidak pernah memikirkan kesan kenyataan anda selama ini.

Siapakah Karpal Singh ni yang sibuk nak mencampuri urusan negeri lain. Anda adalah ahli Parlimen Bukit Jelutong dimana negeri yang sepatutnya anda ambil tahu adalah Pulau Pinang. Sepatutnya Karpal ni dilucutkan sahaja kerakyatannya kerana cuba mempertikaikan kuasa sultan. Inilah dia rupa sebenarnya ahli DAP yang anti Melayu selama ini. Kalau Sultan pun dia boleh ‘smash’ semacam je ini kan kalau orang Melayu biasa. Wahai orang Melayu, dimanakah letaknya maruah anda di bumi bertuah ini. Cuba anda bayangkan kalau Karpal Singh atau Ngeh Koo Ham ini menjadi Menteri, lagilah berlagak mereka berdua.

Saya betul-betul marah dengan tindakan bodoh Karpal Singh dan Ngeh Koo Ham ni. Siapa dia Karpal yang sibuk untuk masuk campur perlantikan Pengarah JAIP ni. Dia orang islamkah? Bak kata Nik Aziz, Karpal tidak faham konsep Negara Islam dan harus mendalami mengenai agama ISLAM tetapi cuba menentang arus dengan keputusan Sultan. Sebagai bangsa Melayu, sedarlah kita bahawa DAP ini terang-terang cuba campur tangan berkenaan hal ehwal Islam di negara kita ini. Janganlah cuba menjadi hero dalam sesuatu perkara yang anda tidak tahu…Fikir-fikirkanlah…..

Lihat berita ini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Advertisements
  1. salam……. wei penulis pecacai umno.. datanglah ke kampus negara kita berdebat.. berhujjah mcm org bodoh.. sy cabar!!!

  2. Assalamualaikum. ..
    kalau itu dinamakan kurang ajar, ini pula apa?
    Ali sokong Pak Lah lantik Idris
    http://www.utusan. com.my/utusan/ arkib.asp? y=2008&dt=0324&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

    kes tidak serupa tapi tak jauh bezanya…
    tak der pula org komen perdane menteri kite cube mengUMNOkan majlis raja-raja.
    tak pulak org bising sgt bile peguam negare “mengingatkan Sultan” ttg bidang kuasenya.mcm la sultan tak tau buat kerje.
    bukan lah niat aku nak membela Karpal Singh atau sesiape…sebab kes ini maseh belum selesai..
    jgn nanti jadi mcm perdane menteri sanjungn kite yg akhirnye tarik balik keputusan die dan akur dgn keputusan majlis raja-raja..
    jgn cepat melatah.(ade ke org melatah lambat2 hehe)
    Nabi ajar kite supaye bersabar. kan dalm Quran pon Allah ajar kite supaye selidik dulu berita2 yg kita dapat.
    kan Nabi kite ajar kite supaye jgn panggil org dgn name yg kesat, jgn merendah2kan org laen…
    kite kene sabar dan tunggu dulu semua pihak beri penjelasan.. .
    baru la kite bole buat penilaian..
    tak ke mcm tue sepatutnye?? ?
    anyway, nust an opinion base on short observation. ..
    betulkan aku kalau aku silap…

    salam ukhuwah
    salam kesatuan
    salam perpaduan
    Assalamualaikum. .

    PS: copied from one of the YG in the net. fikir2kanlah….ada otak, guna la ye…
    jgn jd taksub buta. Ada ilmu, blajar tinggi2, belajar2 la guna otak tu. kalau xleh gak, aku cadangkan hg p blajar ToK kat Kolej mara banting. Baru terbuka hati sikit kot…takpun terbuka fikiran sket. salam..

  3. satu lagi mister podas. kalau ada telor, kalau ada la, letak nama lain kali. xyah la nk selindung2. btw aku mahmud!

  4. Kurang ajar org bukan melayu.
    Org melayu tak apa kalau kurang ajar pada sultan.
    Tahniahlah….

  5. mcm la ko planetsetan ader telor!!!……… sembang bapak aku pun boleh!!! yeyeooooo jer!!!

  6. salam planetmerahkecik a.k.a mahmud…
    pd pandangan sy, kamu yang cepat melatah…
    haha!

  7. lawak2. Karpal tu cuma ikut buku. dan buku tu dibuat oleh bn gak. sapa yg mengurangkan kuasa raja dulu? sapa yg jaguh derhaka kat raja? sapa yg jaguh demonstrasi? kita dapat saksikan slepas PRU12. SUma ada depan mata. Terengganu contoh yg paling terbaik betapa org2 umno mmg penderhaka, sanggup menolak pilihan sultan dan cuma taat pada presiden umno je. hmm bila usik deb je berdemonstrasi kat komtar walhal tatau apa2. cukuplah dengan kemunafikan org2 umno ni nak pertahankan melayu.
    Pertahankan islam lagi baik dan adil untuk org2 melayu ni. apa la yg ada kat melayu, yg tinggal cuma keretapi tanah melayu je. yg lain abeh org umno dah jual. Singapura bagi kat org lain, batu putih dah kena gadai, 50 tahun lagi kemungkinan WPI dapat kat singapura hasil kebijaksanaan org umno untuk membangunkan negara Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: