Mr. Podas

ANTARA 100 ORANG PALING BERPENGARUH DI DUNIA????

In Uncategorized on May 6, 2008 at 3:09 pm

Betapa besarnya dan terharunya bila hati ini bila baca artikel dari website www.time.com pasal 100 orang yang paling berpengaruh di dunia. Terpampang gambar ANWAR IBRAHIM… menghiasi ruangan “The World’s Most Influential People” tersebut.

Aku bukan tak berbangga….tapi…. aku lebih terharu dan sedih sebenarnya. Memang aku dapat bayangkan betapa gahnya… ANWAR IBRAHIM tatkala ini bila tersenarai antara 100 orang paling berpengaruh.

Dasat tak dasat ANWAR IBRAHIM nih, sampai boleh mengalahkan CONDOLEEZA RICE disegi pengiraan undian. Kira Dasat la tu kan…. Tapi…. Sebenar-benarnya…. Siapa sebenarnya yang kenal ANWAR IBRAHIM berbanding dengan CONDOLEEZA RICE.??? … Macam tak masuk akal jek undian nih di buat… Takkan ANWAR IBRAHIM dari MALAYSIA boleh kalahkan CONDOLEEZA RICE ….. Biasalah kan… Time.com = CNN = USA.

Aku sedih kerana … ini merupakan agenda BARAT yang cuba mencetuskan fenomena yang kelam kabut di MALAYSIA. Mana tak kelam kabutnya… Ini agenda BARAT yang seboleh-boleh mahukan ANWAR IBRAHIM mendapat pencalunan tinggi. Seolah-oleh mendapat tempat di hati rakyat MALAYSIA. Memang agenda Barat yang mahukan ANWAR IBRAHIM menjadi Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Pak Turut kepada Barat. Tengoklah siapa yang menulis ruangan yang cuba menaikkan nama ANWAR IBRAHIM di ruangan ini. Ianya tak lain dan tak bukan iaitu PAUL WOLFOWITZ. Siapa yang tak kenal dengan PAUL WOLFOWITZ…. Dan siapa yang tak tahu bagaimana hubungannya dengan ANWAR IBRAHIM???….

PAUL WOLFOWITZ merupakan bekas Presiden BANK DUNIA dan juga Bekas Wakil Sekretari Pertahanan USA di bawah Sekretari Pertahanan Donald Rumsfeld. Masa dialah berlakunya serangan USA ke atas IRAQ. Apa yang menarik mengenai PAUL WOLFORITZ ini ialah, dia merupakan pendokong utama PRO ISRAEL. Ianya dilakukan dengan terang-terangan. Dia lah juga yang cuba menaikkan nama ANWAR IBRAHIM sehingga diterima oleh BANK DUNIA. Nasib baiklah tak menjadi segala yang terancang oleh PAUL WOLFORITZ ke atas ANWAR IBRAHIM pada ketika itu… ketika krisis ekonomi melanda ASIA.

Tapi manusia ini amat cekap dalam melaksanakan agendanya. Kini dia merasakan masa sudah tiba bagi dia mengulangi perancangannya dan juga Barat. MALAYSIA mesti berada di tangan ANWAR IBRAHIM bagi membolehkan Barat menguasai pemikiran semua rakyat MALAYSIA. Apa tidaknya… Kalau ANWAR IBRAHIM dah di ikat hidungnya… tak kan PAS, DAP dan semua penyokong-penyokongnya tak boleh ditawan.

Apa yang dilakukan oleh Time.com nih lebih merupakan kemusnahan semata-mata berbanding kebaikan. Aku tak nampakpun kat mana kehebatan ANWAR IBRAHIM … yang aku tahu… dia hanyalah pemecah belah kaum MELAYU di MALAYSIA… dan seorang yang bijak berkata-kata tetapi hatinya busuk… tamak dan haloba …dengan keinginan sejak azalinya menjadi Perdana Menteri. Dia sanggup menghalalkan apa jua cara bagi mencapai matlamatnya… …

Wassalam…

Advertisements
  1. saudara…

    kalau benarpon Anwar Ibrahim tu pemecah belah kaum.(walau hakikatnya tidak la begitu kan?)..bukankah itu juga satu tanda bagi seorang yg berpengaruh/mampu mempengaruhi…Majalah itu melihat Anwar sebagai seorang yg mampu mengubah corak politik Malaysia…sekarang semua orang dah lihat kebenarannya. kalau benarlah perubahan ini gara-gara Anwar,maka majalah Times itu tak salah kan.lagipun ranking yg dikeluarkan itu pon berdasarkan undian.btulkan?jadi mungkin ranking itu taklah tepat sgt. tapi harus diingat,undian itu rata-ratanya undian daripada orang2 yang membaca berita-berita terkini.dalam erti kate laen orang-orang yg peka akan perkembangan dunia semasa.
    apepon Allah lebih mengetahui.

    Shamsudin

  2. yang backing sangat anwar tu buat apa??? x leh terima hakikat ker!?!?……….. alaaa org loser nih mmg macm tuh!!!

  3. erk….siape yg tak ole terime hakikat nih ekk???aku tergelak beberape kali bace komen’entahlar’ nih.kawan, bukak lah mate hati tu.berpijak lah pade bumi yg nyata.terimalah kenyataan yg Anwar lagi popular dari Pak lah. kalo hang tak caye datang la UK ke,may be UK Barat sgt.datang la negare2 Islam laen. tanye la.kenal siape Anwar?kenal Siape Pak Lah?Kenal siape DR. Mahathir?Pak lah tak der dalam List kaean oii.maaf aku tak dapat bawakkan bukti kat cni sbb aku bercakap dari pengalaman…

    Salam

  4. Ramai org2 umno dan seteru anwar yang xleh terima hakikat tsunami PRU12 yg lepas. Tuduh mcam2 tapi bukan ngaku kerana kelemahan diri sendiri. Tuduh kat rakyat yg kononnya hilang pertimbangan, pengundi atas pagar, ahli umno yg belot dan macam2 lagi. Lain kali selidik kenapa rakyat mengubah haluan. PRU12 ni PR menang sbb SPR sendiri xdapat nak bantu bn utk menang, xcukup tong nak ‘support’, kalau la SPR ni telus, mungkin bn cuma jadi pembangkang dan cuma dapat perintah sabah dan sarawak je.hehe.

  5. ape2 jelah..
    krg sume sdr skit leh x..
    kita rkyt malaysia kene sokong kerajaan..klau x puas hati x payahlah smpai nak jadi pembangkang.kita bersatu supaya dapat kukuhkan ekonomi malysia..hpuskan pembangkang!!!!!!

  6. dulu kita bersusah payah nak merdekakan negara.. skrang berusaha nak musnahkan politik negara…booooooooo….malukan bangsa sendiri…

  7. apelah…kurang pandai la PEMBANGKANG_BOO ni.. sape kate kita rakyat m’sia kena sokong kerajaan je? sempitnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: