Mr. Podas

KARPAL SINGH VS PAKATAN RAKYAT..

In Uncategorized on May 12, 2008 at 1:11 pm

Isu yang dimainkan oleh Pengerusi DAP.. KARPAL SINGH berkaitan dengan kuasa Kesultanan telah memberikan satu tamparan hebat kepada rakyat MALAYSIA amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Pengerusi DAP sentiasa mencabar sentimen orang melayu seolah-olah dia tidak memahami budaya dan politik di MALAYSIA???..

Apa yang menjadi tandatanya tatkala ini…. Adakah isu ini merupakan persetujuan bersama di dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri… atau hanya pandangan peribadi si SINGH TUA nih sorang.

Kalaulah ini merupakan kesepakatan dari PAKATAN RAKYAT… aku tak tau nak cakap apa-apa lagi… Apakah sebenar yang diperjuangkan oleh PKR dan PAS sehingga sanggop diperbodohkan oleh SINGH TUA .. yang tak pernah tahu menghormati bangsa MELAYU. SINGH TUA yang tak pernah merestui kekebalan raja-raja sebagai ketua Agama di setiap negeri. Di mana letaknya maruah dan pegangan PKR dan PAS bersabit kes ini…

Kalaulah pula ini bukan sepakatan dari PAKATAN RAKYAT, mengapa PKR dan PAS hanya berdiam diri??…Sebaiknya keluarkanlah Kenyataan mengenai pendirian mereka berhubung dengan isu ini. Tidak mampukah PKR dan PAS menyuarakan sebarang nasihat kepada SINGH TUA itu supaya mohon kemaafan atau mengambil pendekatan berdiam diri… Bukankah PAS dikenali sebagai Parti yang pandai menasihat, mengadakan cerita dan sebagainya. Mengapa tak saja digunakan kepakaran mereka menyelesaikan masalah SINGH TUA nih. Pernahkah PAS menggunakan ISU SINGH TUA nih dalam ceramah-ceramah mereka???…

Ianya bukan masalah diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.. Masalahnya sekarang ialah sikap biadap dan kurang ajar SINGH TUA nih terhadap orang MELAYU dan KESULTANAN. Dek kerana terikat dalam PAKATAN RAKYAT… maka PKR dan PAS bagaikan lembu dicucuk hidung… samada hanya ikut saja apa yang disensasikan oleh DAP atau hanya membisu seribu bahasa.

Walaupun UMNO pernah terlibat dalam kemelut bersama dengan SULTAN samada PERLIS dan TERENGGANU… tetapi cara dan penyelesaian yang dilakukan adalah amat bersesuaian dengan fitrah sebagai rakyat MALAYSIA yang berhemah. Perbincangan dan kemaafan dipohon dengan harapan mengeratkan kembali hubungan sultan/kerajaan.. Adakah cara yang dilakukan oleh SINGH TUA ini melambangkan ketatasusilaan rakyat MALAYSIA??. Sampai ke saat ini… SINGH TUA masih bertegas dengan keputusannya dan enggan minta maaf kepada sultan kerana kelancangan lidahnya. Apa punya manusia macam nih… kerana mengejar populariti dia sanggup buat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat majmuk di MALAYSIA. Elok di ISA kan ajer SINGH TUA nih….

Advertisements
  1. Wahai Pedas Berapi,

    Aku rasa ko and bebudak UMNO dah kemaruk nak menghentam Karpal Singh pasal isu “KOMEN” yg beliau ajukan terhadap Sultan Perak, come on bro.. tu baru komen, yg pasal bebudak gila UMNO terengganu sampai tunjuk perasaan depan Istana Sultan tak menderhaka ke? siap bawa sepanduk bahawa UMNO terengganu hanya menerima pilihan PM dari Sultan… ko buta ke ape? atau bodoh? takde satu pun aku tengok laporan polis dibuat oleh Parti Pembangkang.. sedar2 ler wahai pedas berapi.. tulisan ko memang berat sebelah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: