Mr. Podas

ANWAR IBRAHIM – BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6 ??

In Uncategorized on May 14, 2008 at 2:17 pm

ANWAR IBRAHIM … nama yang kononnya semakin GAH .. di persada politik MALAYSIA. Pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya oleh penyokongnya … termasuklah.. PEMIMPIN RAKYAT, PENYATUPADU KAUM, PEMIMPIN BERWAWASAN BARU dan macam-macam lagi. Adakah dengan pelbagai gelaran yang diberikan sudah melayakkan dia memegang jawatan Perdana Menteri MALAYSIA?… Apakah kita yakin dengan manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini.Rasanya …kita telah salah dan terbawa-bawa dengan sentimen yang dipolitikkan olehnya dan partinya. Kita belum mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Kita tak tahu apakan sebenar hala dan tujuannya ANWAR yang mahu sangat-sangat menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana ANWAR boleh diterima sebagai bakal Perdana Menteri??. Tahu kah kita bagaimana hubungan ANWAR dengan pelbagai individu dan NGO luar Negara? Tahukan kita bagaimana akrabnya hubungan ANWAR dengan WOLFOWITZ…– orang yang menghalalkan pembunuhan lebih sejuta rakyat IRAQ. Kita semua tahu bahawa WOLFOWITZ merupakan pengikut fahaman NEO CONSERVATIVE yang mendokong gerakan ISRAEL dalam menghancurkan negara- negara ISLAM. Dia lah juga yang telah membantu memberikan jawatan kepada ANWAR sebagai pensyarah di School of Advanced International Studies,Johns Hopkins University dan St. Anthony’s College, Oxford University. Kalaulah ANWAR tak bersetongkol dengannya , bagaimana mereka menjadi begitu akrab… sehinggakan WOLFOWITZ telah membuat penulisan dengan menyatakan bahawa ANWAR antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia.

Mengapa ANWAR sanggup menjadi presiden di sebuah Pertubuhan NGO antarabangsa “Foundation of the Future” yang mendokong segala wawasan AMERIKA SYARIKAT. Yang paling menghairankan bagaimana ANWAR boleh dilantik ke jawatan tersebut melainkan dia memberikan komitmen yang jitu kepada NGO dan AMERIKA SYARIKAT itu sendiri. Apakah ANWAR merupakan anak didik AMERIKA SYARIKAT???…

Kita perlu pandang jauh ke hadapan.. Apa yang PAS boleh lakukan sekiranya ANWAR menjadikan MALAYSIA sekutu AMERIKA SYARIKAT??… Apakah harapan dan impian PAS untuk mewujudkan DAULAH ISLAMIYAH (NEGARA ISLAM) menjadi kenyataan atau hanya igauan di siang hari??…

Satu lagi, aku terfikir jugak, masa pilihanraya lepas, banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan. Secara rasionalnya la, bagaimana sebuah parti yang baru sahaja terbentuk kira-kira 10 tahun yang lalu boleh menjadi sebuah parti yang mewah untuk membiayai setiap ahli-ahli mereka menjadi calon. Sedangkan parti PAS yang telah lama bertapak mengumpul peruntukan mereka hasil dari sedekah ahli yang hadir mendengar ceramah mereka. PAS nampaknya lebih telus dalam perjuangan mereka. Jadi tidak mustahil Parti keadilan mendapat peruntukanatau dana dari luar dan tidak bukan dari Wolfowitz (sekutu yahudi).

Yang Pasti…. Aku tak rela MALAYSIA terus dimusnahkan demi agenda lelaki jahat bernama ANWAR IBRAHIM..

Advertisements
  1. Tu la yang aku dok pikiaq la ni. mana datang dia duit banyak2 parti keadilan ni. selama aku jadi ahli PAS ni setau aku duit depa tak banyak mana pun tapi atas berkat perjuangan islam, PAS masih lagi menggunakan hasil wang yang halal untuk perjuangan islam dan rakyat. aku memang dari dulu lagi tak berkenan dengan cara Anwar ni. dulu mula2 dia kena tangkap aku simpati jgk kat dia. tapi baru2 ni dia sendiri kata akan jadi perdana menteri pada bulan september ni nampak macam dia nak bagi warning awal2 kat komponen Parti Rakyat yang lain yang dia mesti jadi perdana menteri. Apa hang ingat Orang PAS tak boleh jadi Perdana Menteri ka. hang jangan nak beranganla Anwar.Talam dua muka.tah mana dia dapat duit tu.dari orang yahudi latu Wolfowitz…TAKBIR ALLAHUAKBAR

  2. Aku memang dari dulu lagi dok syak kat Anwar nih. Dari segi logik pun dah boleh pk mamat Anwar ni sebenarnya ada agenda die sendiri. Kita tgk balik isu die kena pecat dulu. Kalau kita ada anak murid harapan….kita nak hukum ke kalau dia tak de buat salah. Mesti ada kesalahan die tu…apa2 pun kita doa la supaya kalau dapat pemimpin biar la yang betul amalan Islamnya..amin.

  3. Assalamualaikum…
    pandangan aku…Anwar memang layak jadi perdana menteri.sebabnye:
    1)Anwar lebih dahulu jadi timbalan perdana menteri dari Pak Lah.
    2)Dr. Mahadir akui sendiri yg scandal penangkapan Anwar memang satu fitnah.Jadi Anwar memang sepatutnya ambil alih tempat Dr. Mahadir.(bole tgk sendiri kat you tube)Lagipun sumer orang dah sedar sistem kehakiman mAlaysia musnah dibawah Dr Mahathir.(rujuk kes pemecatan Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim laen).Ini terbukti apabila Pak Lah mengakui pemecatan Tun Salleh Abbas adalah satu kesilapan dan Pak Lah bayar balik pampasan atas kesilapan itu.
    3)Parti-parti pembangkang(PKR) nampak berkembang dan maju kehadapan dibawah kepimpinan Anwar.Adakah kite ingin menolak pemimpin yang berwibawa hanya kerana berita-berita tak pasti kebenarannya@fitnah@tuduhan melulu tanpa bukti.
    4)Anwar Ibrahim bukanlah calang2 org yang cuma lepasan SPM. Tapi dia adalah lepasaan university di Indonesia(maaf tak igt nama University).Wan Azizah pulak pon bukan calang-calang orang.dia merupakan pelar TERBAIK lulusan dari Royal College Of Surgions,Ireland dalam bidang perubatan. nama beliau maseh ada terukir dalam Wall of Fame di University itu. Gabungan dua org ini bagi aku tak mustahil untuk menjana pendapatan parti. malah dari aspek laen,aku lihat ini merupakan satu kejayaan kerana bukan mudah untuk survve sebagai pembangkang. Ape yg engkau cakap2 itu bagi aku adalah tuduhan,melaenkan ade bukti2 kukuh yang ko sertakan.kalau setakat gambar,Pak lah ade lg banyak gambar2 dgn kroni2 yahudi yg tersiar kat surat khabar tempatan.
    aku rase so far aku rase pendapat2 aku maseh berdasarkan bukti2 yg korang sumer pon tau.
    so berfikir biarlah berasas.namun jika ada kesilapan harap diperbetulkan…

    salam ukhuwah
    salam perpaduan,
    salam Perjuangan,

    Shamsudin

  4. UMNO tu rasa diye tu saja yg harus d sembah,,,tiada parti lain ke?ko fkr otak org mlayu boleh terima bulat2 setelah apa yg ko buat dgn negara malaysia ni ke?rasuah berleluasa,,,ckit pun pemimpin BN tak d dakwa..wpun bukti berlambak……kalu UMNO and BN dbiarkan nescaya malaysia akan hancor oleh manusia separa binatang ni…
    syabas DSAI,,,,,,,,,,umno dah pupus,,,,,,oleh itu baik ko senyap and duduk diam jer….meluat

  5. Siapa Anwar (Siri 5)

    Siapa Anwar (Siri 4)

    Siapa Anwar (Siri 3)

    Layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com untuk maklumat lanjut

  6. Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

  7. Assalamualaikum:
    Kita dilahirkans sebagai Hamba Kepada Allah bukan Hamba kepada Manusia.
    Kita juga sebagai Khalifah di BUMI ALLAH.
    Oleh itu Pemimpin:
    Kampung :Ada Yang Layak Jadi Ketua Kampung(SPM Keatas-mungkin STPM,Diploma) Barulah kampung ada perubahan kemajuan kampung.
    Penghulu:Kelayakan Yang setanding Diploma/Ijazah,
    Wakil Rakyat:Yang Bertanding dalam Pilihanraya (ADUN)
    Menteri :Yang Bertanding dalam Pilihanraya,
    Dalam wakil rakyat,Menteri dan Jawatan Perdana Menteri.
    Perdana Menteri mestilah ada Jiwa Rakyat bukan suruh tanggung Menteri,Malaysia Kaya yang ALLAH berikan,Jadilah Pemimpin yang Bertakwa.
    PM-Bukan untuk Hidup Cari makan dalam politik,
    pemikiran tenaga usaha PM jayakan sendiri Usahabumi bersama Rakyat (Bukan Tertentu sahaja KRONI)
    Jabatan Kerajaan Mana Hasilnya:Penswestaan Hasilnya KRONI)
    CONTOH:Lebuhraya PLUS -tanah kerajaan bagi,
    Kos kerajaan Tanggung ,Kongsesi Kutip Hasil-Rugi Naikan TOL,Betulke adanya Pemimpin.
    Kena buat Menteri Kongsesi.Jawatan Menteri Kroni.
    Bila dapat Kuasa Lupa Rakyat,
    Bila Kuasa tidak ada sengeh-sengeh dengan RAKYAT.

  8. Setahu aku Pakatan Rakyat(PAS, Keadilan dan DAP) dah berstuju nak jadikan anwar PM klau dorang menang majoriti. Sila semak harakah, suara keadilan dan lain-lain untuk maklumat. Kalau baca kat utusan meloya dan berita hairan memang tak jumpa.
    Lagi satu, berbanding pmimpin amno anwar lebih berkarisma dan berpengalaman dalam pentadbiran negara jadi takde masalah kalau dia jadi PM. Cuma suara2 fitnah daripada amno je yang jadi masalah sebab hasad dengki. Ckuplah dengan fitnah sebelom2 ni, jgn rosakkan pemikiran muda seperti pedas berapi ni.
    Pasal beli MP tu cuma dakyah je, PKR dah war2kan cuma xkuar tv je yang sesiapa nak lompat parti xde masalah cuma kena ikhlas dan tidak ditawarkan wang ringgit.http://www.suarakeadilan.com/sk/

  9. Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz

    Kenyataan Media, oleh Dato’ Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei 2008

    Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.

    Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.

    Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan:

    “When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.”

    Wolfowitz sendiri mengakui bahawa ketegasan Dato’ Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.

    Keputusan Dato’ Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.

    Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.

    Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia adalah benar.

    Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

    Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:

    * The Arab Focus on Rule of Law Reform – The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)

    * Regional Action Network on Tolerance – Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)

    * Youth and Democracy Reform in Yemen – National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)

    * Middle East Center for Media Excellence – Samir Kassir Foundation (Lebanon)

    * Women’s Human Rights Education Program – Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)

    * Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary – United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Mesir)

    * Institutional Support for the Central Elections Commission – Central Elections Commission (Palestin)

    * Human Rights Information & Training Center – HRITC (Yemen)

    * The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity – ACRLI (Jordan)

    Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti antarabangsa – memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia – penghargaan yang buat pertama kali dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.

    Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.

    Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush direalisasikan.

    Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.

    Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.

    Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.

    KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan – demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan segenap lapisan manusia.

    Dato’ Salehuddin Hashim
    Setiausaha Agung
    Parti Keadilan Rakyat

  10. assalamualaikum semua,

    kite mungkin tak nampak pemikiran dan pandangan orang lain sebab kita tidak mengakui kelemahan pemikiran kita. Hanya mengatakan salah. Percayalah, Nabi tidak pernah berdakwah dgn kekejaman. Sehinggakan ade yahudi yang dulunya slalu berak depan rumah baginda sakit, bagida melawatnya. Pada pandangan saya, dalam taktik peperangan pun perlu berbaik dgn musuh, tapi dengan niat menguasai kemahiran dan mendalami pemikiran mereka. membenci musuh semata-mata bukan cara untuk menang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: