Mr. Podas

Archive for June, 2008|Monthly archive page

SIAPA KATA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAK ADA RASUAH???

In Uncategorized on June 25, 2008 at 2:09 pm

Terkilan rasanya aku bila telah diberitahu bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dicemari dengan unsur-unsur rasuah. Belum pun satu tahun memerintah, Cuma baru 100 hari…. Pelbagai cerita dah timbul.

Adakah patut … semasa program Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Selangor, berlaku kekecohan yang cukup memalukan. Memalukan kerana baru 100 tahun memerintah Selangor , dah berlaku pelbagai insiden yang cukup memalukan. Ini semua berpunca dari YAHYA SAHRI – pegawai khas MB Selangor yang cuba menangguk di air keruh.

Apa tidaknya… sewaan khemah bagi Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat yang hanya bernilai RM 190, tetapi beliau telah menyewakan semula khemah tersebut kepada IKRAR ( People’s Welfare Union) sebanyak RM 600. Nak buat duit la tu konon..sampai kenakan sewaan sampai RM 600 kepada IKRAR. Yang jadi mangsanya ialah para peniaga yang berniaga malam tu laa… kena bayar sebanyak tu…Bukannya untung banyak mana pun. Tak sangka betul la… sampai cam tu pun cuba diambil kesempatan oleh PKR… Tak RASUAH ka cam tu?….

Apakah PKR ingat rakyat Selangor ini cukup bodoh untuk dikenakan dengan pelbagai bayaran… semata-mata untuk PKR?.. Yang aku hairannya… MB dok buat apa sampai tak tahu benda-benda sebegini dilakukan oleh pegawai Khasnya sendiri. Aku girenti dia tahu.. tapi buat-buat tak tahu…. Biasa la.. leh joint sekali hasilnya.. hehehehee.

Apa yang aku nampak sekarang ini, PKR dah mula tamak…. Tamakkan kuasa, tamakkan wang ringgit. Kalau tidak masakan Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat seolah-olah diboikot oleh PAS dan sesetengah DAP. Ada ke nampak macam perhimpunan 100 ribu orang. Aku rasa … 10 ribu orang pun tak sampai. Tu pun yang pergi sebab tak tau cerita… pak turut… Aku yang tak terer politik pun rasa macam tak kena … Ada ker patut semua sumbangan bagi menyambut 100 hari Pakatan Rakyat didebitkan ke akuan PKR.. dan bukannya ke akaun Kerajaan Negeri. Kata telus sangat….. last2 boleh pulak buat kesalahan sebodoh ini… Nih baru 100 hari beb….belum lagi masuk 1 tahun atau 2 tahun…. Kesian rakyat Selangor….

Pasal kes kecurian pasir .. toksah dok cakap la… aku dah malas nak sentuh bab tu. Bak kata orang tua-tua.. 2 X 5 = 5 X 2.

Aku memang tak puas hati pasal Kerajaan Negeri Selangor nih. Dengar kata orang dari IKRAR dah bengang sangat dah.. sampai nak buat demontrasi kat rumah ANWAR IBRAHIM dan KHALID IBRAHIM. Biar depa rasa pulak macammana dicemuh, dicaci….oleh rakyat sendiri di atas kebodohan dan kebanggangan mereka.

Wallaluaklam…..

Advertisements

Cakap Tak Serupa Bikin?

In Uncategorized on June 24, 2008 at 12:40 pm

Baru 100 hari memerintah negeri Selangor, tiada apa yang baru diperkenalkan oleh kerajaan campuran bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat negeri Selangor. Yang ada hanyalah isu-isu yang menunjukkan kebodohan dan ketempangan PR terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menunjangi kerajaannya setakat ini. Selepas 100 hari barulah kita nampak belang mereka yang dikatakan ‘kerajaan bersih’ yang ingin dibuktikan kepada rakyat. Yang terbaru adalah penglibatan orang yang paling rapat dengan beliau dengan skandal pemberian tender secara tidak telus iaitu Yahya Sahri (Pegawai Khas Menteri Besar Selangor). Bagi rakyat Selangor, penggantungan selama 2 bulan adalah tidak logik kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh Yahya tidak boleh diterima. Ini kerana, terdapat unsur rasuah dalam pemberian tender dan ianya diakui sendiri oleh Khalid Ibrahim.

Rakyat tertanya-tanya, dimanakah janji Parti Rakyat (PR) sewaktu kempen dalam Pilihan Raya lalu bahawa kerajaan yang akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat adalah bersih berbanding Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam memerangi rasuah. Apakah ini manifesto yang mereka laung-laungkan sebelum ini mencapai matlamatnya? Entahlah… bak kata orang ramai, ‘Cakap tak serupa bikin’, mengata pada orang pandai tetapi terkena pada batang hidung sendiri. Kalau nak bersihkan orang lain, Khalid seharusnya membersihkan dahulu anasir-anasir jahat didalam parti mereka sebelum menunding jari pada orang lain. Yang lebih membanggakan Khalid Ibrahim apabila orang kuatnya sendiri yang melakukan perkara tidak bermoral itu dibawah payung Pakatan Rakyat (PR) ‘pakatan yang dikatakan bersih berbanding Barisan Nasional’.

Khalid dengan selambanya mengatakan tindakan yang diambil terhadap pegawai khasnya membuktikan yang kerajaan mereka amat telus dalam mengatasi masalah rasuah. Tetapi semalam beliau mengakui wujud sumbangan derma dari syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pakatan Rakyat (PR) di negeri itu didepositkan kedalam akaun PKR. Dey, apa cerita ni….tanpa rasa segan silu, Khalid berjanji akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun kerajaan negeri secepat mungkin. Ini pun adalah kerana pendedahan oleh bekas orang kuat PKR saudara Ezam Mohd Nor. Malulah sikit…itu bukan wang peribadi tetapi adalah wang untuk pembangunan rakyat negeri Selangor. Tindakan ini juga menyebabkan beberapa parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PAS, wujud perasaan curiga terhadap PKR dan Khalid Ibrahim khasnya.

Akibat daripada isu-isu yang timbul, rakyat Selangor telah berkumpul dihadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor semalam bagi mendesak perletakan jawatan Khalid Ibrahim serta merta kerana rakyat seperti telah hilang kepercayaan terhadapnya. Apa yang pasti, Khalid Ibrahim dan Parti PKR tidak layak untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana kepincangan pentadbiran mereka sendiri selain isu rasuah yang melanda di dalam kerajaan negeri Selangor…Fikir-fikirkanlah

Jangan Jadi Seperti Orang Yang Tiada Maruah

In Uncategorized on June 19, 2008 at 2:14 pm

Saya adalah seorang rakyat Sabah yang telah melalui zaman pemerintahan Barisan Nasional sejak sebelum negara ini merdeka lagi. Secara zahirnya, saya amat sayangkan negara kita ini serta Sabah sebagai negeri yang bertuah ini. Saya mengatakan Sabah ini bertuah kerana negeri ini dan Malaysia telah dipimpin oleh sebuah parti yang kuat untuk membangunkan negara kita menuju kearah negara maju menjelang tahun 2020 iaitu Barisan Nasional (BN). Generasi muda sekarang ini perlu melihat perjuangan bekas-bekas pemimpin kita sebelum ini yang bersungguh-sungguh berjuang untuk negara tercinta ini untuk mencapai kemerdekaan.

Ketika pengumuman keputusan Pilihanraya yang ke 12 diumumkan, saya berasa seperti sesuatu telah mengoncangkan bumi bertuah ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan Barisan Nasional gagal mengekalkan majority dua pertiga untuk membentuk sebagai sebuah kerajaan. Sudah sekian lama saya tidak menangis tetapi entah bagaimana saya tidak menyedari saya telah berlinangan air mata apabila melihat keadaan BN gagal untuk mengulangi kejayaan besar mereka sebelum ini. Saya berfikir sejenak jika kerajaan BN jatuh ketika ini, maka sia-sialah usaha pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan BN selama ini terutamanya negeri Sabah yang masih memerlukan pembelaan oleh BN. Saya percaya, majority rakyat negeri Sabah masih menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) walupun mereka gagal mengekalkan majority kemenangan mereka.

Buktinya apabila rakyat Sabah telah memberikan kemenangan besar kepada BN dan ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah amat yakin dengan pembangunan yang telah dibawa oleh BN selama ini. Tiada sebab mengapa rakyat Sabah perlu beralih arah ke parti semata-mata kegagalan BN mendapat majority dua pertiga pada pilihanraya yang lalu.

Terbaru, saya mendengar cakap-cakap orang yang mengatakan ada parti komponen dari Sabah mahu melompat ke parti lain. Sebagai rakyat Sabah, saya merasakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan kurang bijak kerana dengan melompat parti, tidak semestinya akan menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh rakyat Sabah. Apa yang pasti, ini akan menambahkan kemarahan rakyat Sabah yang selama ini memberi sokongan padu kepada mereka dibawah tiket Barisan Nasional selama ini. Ianya umpama seperti menipu rakyat yang selama ini memilih mereka sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen kerana mereka dijanjikan dengan pembangunan dibawah pemerintahan oleh kerajaan Barisan Nasional. SAPP seperti parti yang tidak bermaruah apbila mengambil kesempatan keatas kelemahan kerajaan BN

Dalam pada itu, laungan untuk keluar dari gagasan BN adalah seperti cubaan mengugut kerajaan BN diatas kekurangan majority BN mendapatkan dua pertiga. Ini menunjukkan rakyat Sabah seperti tidak ikhlas berjuang bersama BN selama ini. ‘Kawan Setia’ sepatutnya berjuang bersama-sama samada diwaktu susah atau senang. Jangan menjadi orang seperti ‘senyum sama-sama’ tapi membiarkan rakan menangis sendirian apabila kesusahan. Nasihat saya sebagai rakyat Sabah kepada mereka yang cuba untuk melompat parti adalah ‘Jangan Cuba Jika Tak Pasti’ kerana kita tidak pasti samada mereka boleh membawa aspirasi rakyat Sabah atau tidak atau ia akan memberi satu bencana kepada rakyat Sabah jika silap terpilih kawan…..Saya amat malu dengan permintaan keterlaluanoleh Yong Teck Lee. Yang pastinya, tindakan beliau itu tidak mewakili semua rakyat Sabah.

Dimanakah letaknya nilai setia kawan komponen Barisan Nasional yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum ini? Ini menunjukkan seolah-olah rakyat Sabah tidak mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah dimana dengan mudahnya mereka bertukar haluan sehingga sanggup bersengkongkol dengan bekas pemimpin yang tidak bermoral seperti DSAI. Dimanakah letaknya maruah Dato Yong Teck Lee. Setahu saya, sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini, tiada pembangunan yang jelas diberikan kepada rakyat Sabah berbanding Dato Musa Aman. Dibawah Musa Amanlah, negeri Sabah nampak perjalanan pembangunan khususnya kepada rakyat miskin. Oleh itu, usahlah menjadi seperti “katak si katak lompat”

Kiriman warkah ini adalah dari Makiban Anjun dari Likas Sabah

likasboy@yahoo.co.uk

Adakah kita sedar selama ini??

In Uncategorized on June 15, 2008 at 2:17 pm
  • Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007) terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia.
  • Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa Negara OPEC seperti IRAN dan IRAQ yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah.
  • Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading)
  • Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Walau bagaimana pun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia tetapi tidak mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.
  • Dari segi produk petroleum tempatan, PETRONAS hanya membekalkan 42 Peratus. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon Mobil, BHO dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekalkan rendah. Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHO dan Chevron. Ini kerana kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.
  • Pembangkang hanya menunjukkan harga minyak yang murah di negara – negara pengeluar minyak. YA memang betul namun adakah mereka juga menunjukkan jumlah subsidi penggunaan minyak berbanding rakyat malaysia yang terlalu tinggi.. Contohnya negara venezuela.. harga minyak mereka adalah RM0.16 Namun pemintaan minyak dalam negeri mereka terlalu rendah mana pengeluaran minyak mereka terlalu tinggi berbanding kita dan kerajaan venezeula dapat mendapat keuntungan daripada export yang tinggi iaitu pemintaan dari luar.

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.70
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10
Nigeria RM0.32

 

 

Minyak Venezuela

 

Minyak MALAYSIA

Lain – lain negara juga boleh di cari melalui laman web tersebut dan dibuat perbanding seperti Nigeria dimana penggunaan minyak dalam negeri mereka juga adalah amat rendah. Sepatutnya Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara ini dengan lebih tepat bukan dengan hanya menangguk di air yang keruh.

 

 

 

Tak Payahlah Menangguk Air Keruh….

In Uncategorized on June 15, 2008 at 1:49 pm

Sememangnya sudah dijangkakan yang satu demonstrasi yang sia-sia akan diadakan selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sudah semestinya semua orang tahu siapa dalang disebalik demonstrasi pada hari Jumaat lepas. Hailah ahli-ahli pembangkang yang hipokrit… Tak payahlah cuba menjadi hero bagi isu kenaikan harga minyak.

Secara logiknya, pembangkang hanya menggunakan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada mereka sahaja iaitu (political interest) untuk membantu mereka mendapat sokongan rakyat. Mereka tidak pernah membangkitkan isu-isu yang mereka sendiri sedari selama ini. Mereka hanya membuang masa dengan melakukan demonstrasi dengan memberi kesan buruk kepada semua pihak seperti peniaga yang terjejas perniagaan mereka, kesesakan lalu lintas, menunjukkan kebodohan rakyat Malaysia apabila menyertai demonstrasi kepada negara luar dan sebagainya.

Sememangnya diakui, kenaikan harga minyak sedikit banyak membebankan rakyat namun ianya melibatkan harga pasaran dunia yang turut melibatkan semua Negara bukan Negara kita sahaja. Benar, kita mempunyai sebuah syarikat gergasi carigali minyak iaitu Petronas yang sedikit sebanyak boleh membantu kepada Negara dalam bentuk pembayaran cukai dan sebagainya. Namun, jika keuntungan Petronas diberikan diberikan dalam bentuk subsidi kepada semua rakyat, maka adalah lebih baik Petronas yang kita banggakan selama ini ditutup sahaja kerana entitinya sebagai syarikat gergasi Negara tidak akan berkembang maju untuk mengekalkan prestasinya kerana kekurangan modal untuk menjalankan operasi mereka.

Kita harus menerima hakikat bahawa Negara kita dijangka akan kehabisan rizab minyak menjelang 2013 dan ketika itu tiada lagi subsidi akan diberikan kepada rakyat Negara ini walaupun satu sen kerana kerajaan tidak mampu untuk berbuat demikian kerana Petronas tidak mempunyai minyak untuk diperdagangkan dan secara automatiknya Malaysia akan menjadi pengimport minyak ketika itu.

Kesimpulannya, kita harus menerima hakikat bahawa kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti Negara Arab dimana sumber minyak mereka adalah penyumbang terbesar ekonomi mereka selama ini. Belajarlah untuk berdiri sendiri berbanding menerima bantuan orang lain sepanjang lain.