Mr. Podas

PKR Semakin Retak!

In Uncategorized on June 2, 2008 at 3:23 pm

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditunjangi oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin kehilangan punca apabila bekas orang kuatnya iaitu Ezam Mohd Nor yang juga bekas Setiausaha Sulit beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai UMNO baru-baru ini. Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR apabila bekas pemimpin tertinggi PKR telah melanggar sumpah keramat PKR yang selama ini dipegang oleh kebanyakan ahlinya. Mengimbas kembali beberapa nama besar pemimpin tertinggi PKR yang telah keluar parti kerana tidak sehaluan dengan Presiden PKR seperti Chandra Muzaffar, Marina Yusof dan beberapa pemimpin PKR yang lain.

Ezam, seorang pejuang yang aktif untuk membasmi rasuah tanpa mengira kedudukan seseorang itu dilihat telah mengambil tindakan yang bijak kerana menyertai UMNO. Beliau sendiri telah mengakui pembaharuan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sesuatu yang ditunggu beliau selama ini. Antaranya adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kes video klip Linggam, Suruhanjaya DIRaja Perlantikan Hakim Negara dan sebagainya.

Selain itu, Ezam telah membuktikan keikhlasannya menyertai UMNO apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO selepas Pilihanraya ke 12. Ezam mendedahkan bahawa bahawa scenario politik PKR yang diterajui Anwar berubah dari semasa ke semasa. Ianya berbeza dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP yang mahu konsep Malaysia Malaysian dijalankan di Negara ini manakala bagi Parti PAS, konsep Negara Islam adalah objektif utama mereka. Tetapi PKR lebih mementingkan keuntungan politik berbanding agenda Negara. Anwar sanggup mengenapikan kepentingan Melayu dengan mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu tidak sesuai diguna pakai bagi membangunkan sosio ekonomi orang Melayu kerana inginkan sokongan masyarakat Cina. Selain itu, tindakan Anwar yang secara terang-terang menyokong HINDRAF adalah satu tindakan yang berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertembungan perkauman dinegara ini.

Ini membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai satu perjuangan yang konsisten berbanding UMNO. UMNO dilihat lebih mementingkan untuk memartabatkan syiar Islam dan melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu. Kini terdapat juga maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa terdapat juga beberapa pemimpin tertinggi PKR akan mengikut jejak langkah yang sama seperti Ezam kerana mereka merasakan tertipu setelah berjuang sekian lama bersama PKR. Ini adalah kerana Anwar lebih mementingkan kepentingan peribadinya untuk mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

SEDARLAH WAHAI AHLI PKR DENGAN LAKONAN ANWAR SELAMA INI. SEMOGA ANDA KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Advertisements
  1. Salam

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  2. Siapa Ezam tu?? Besar sgt ke nama & jasa Ezam tu banding Tun M?? Kalau nak banding isu antara Ezam masuk UMNO & Tun M keluar UMNO, bagai langit dgn bumi… PuckLah & Geng UMNotak terpaksa terima Ezam sbb tu je cara utk imbangi KERETAKAN DALAMAN UMNotak slps Tun M keluar UMNO.

    Sekarang lagi la UMNO dah nak mampus… slps harga minyak naik mencanak smlm… pegi mana2 je semua duk kutuk & maki PuckLah & maki pengundi2 BN pd PRU lps… BN sial & bangsat sebangsatnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: