Mr. Podas

Adakah kita sedar selama ini??

In Uncategorized on June 15, 2008 at 2:17 pm
  • Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007) terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia.
  • Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa Negara OPEC seperti IRAN dan IRAQ yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah.
  • Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading)
  • Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. Walau bagaimana pun OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia tetapi tidak mempengaruhi harga pasaran minyak sepenuhnya.
  • Dari segi produk petroleum tempatan, PETRONAS hanya membekalkan 42 Peratus. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon Mobil, BHO dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekalkan rendah. Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHO dan Chevron. Ini kerana kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.
  • Pembangkang hanya menunjukkan harga minyak yang murah di negara – negara pengeluar minyak. YA memang betul namun adakah mereka juga menunjukkan jumlah subsidi penggunaan minyak berbanding rakyat malaysia yang terlalu tinggi.. Contohnya negara venezuela.. harga minyak mereka adalah RM0.16 Namun pemintaan minyak dalam negeri mereka terlalu rendah mana pengeluaran minyak mereka terlalu tinggi berbanding kita dan kerajaan venezeula dapat mendapat keuntungan daripada export yang tinggi iaitu pemintaan dari luar.

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.70
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10
Nigeria RM0.32

 

 

Minyak Venezuela

 

Minyak MALAYSIA

Lain – lain negara juga boleh di cari melalui laman web tersebut dan dibuat perbanding seperti Nigeria dimana penggunaan minyak dalam negeri mereka juga adalah amat rendah. Sepatutnya Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara ini dengan lebih tepat bukan dengan hanya menangguk di air yang keruh.

 

 

 

Advertisements
  1. Salam..

    Data Perbendaharaan Negara menunjukkan kenaikkan pendapatan hasil minyak kerajaan melonjak di bawah pemerintahan Datuk Seri Abdullah. Ia disebabkan peningkatan pendapatan kerajaan melalui:
    *Hasil Cukai Langsung negara yang meningkat dari RM 11.5B pada tahun 2004 kepada RM 20.7B dalam tahun 2006.
    *Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport meningkat dari RM 1.5B pada tahun 2004 kepada RM 2.3B pada tahun 2006.
    *Dividen Petronas daripada RM 9.1B dalam tahun 2004 melonjak hampir sekali ganda kepada RM 18B pada akhir tahun 2006.
    *Royalti petroleum dan gas pula meningkat dari RM 2.5B pada tahun 2004 kepada RM 4.2B pada tahun 2006.

    Data daripada Bank Negara pula menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara berikutan dari peningkatan harga minyak di pasaran dunia:
    *Tahun 2004 memperlihatkan kerajaan membelanjakan sejumlah RM 5.8B untuk segala bentuk subsidi termasuk bahan bakar, makanan dan lain-lain.
    *Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi menunjukkan peningkatan hampir 3 kali ganda kepada RM 13.4B.
    *Perbelanjaan untuk subsidi menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM 10.1B.

    Merujuk kepada fakta tersebut, ia jelas membuktikan bahawa kerajaan sebenarnya memperoleh keuntungan yang besar hasil dari perdagangan Petronas. Justeru itu, di manakah keuntungan Petronas tersebut dibelanjakan?? Untuk pengetahuan, akaun Petronas tidak pernah diaudit oleh mana-mana badan audit bebas. Selain itu, ia juga hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, tidak kepada Parlimen. Di mana ketelusan kerajaan dalam perkara in?? Jika kerajaan tidak ada sesuatu yang ingin disorok, bentangkan saja ia di Parlimen!!

    Berdasarkan kepada laporan Petronas pada tahun 2006, jangka hayat minyak Petronas masih berbaki 20 tahun lagi dan rizab gas pula masih mempunyai 34 tahun lagi.Oleh itu, dakwaan kerajaan bahawa simpanan minyak kita hanya mampu bertahan sehingga 2013 adalah tidak benar sama sekali!!

    Sekitar tahun 1986, Petronas mempunyai sebuah tabung yang akan digunakan andai sumber minyak dalam negara habis digunakan. Tabung ini dinamakan Tabung Warisan Petronas. Setiap tahun, sebahagian daripada keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini. Namun, jumlah dana dan kedudukan tabung tersebut masih menjadi tanda-tanya.

    Harap2 dapat respon la ye. Jgn sekadar berani baling batu sembunyi tangan je..

  2. Satu je persoalan. Kenapa akaun petronas tak diauditkan di parlimen?

    Pasti ada penyelewengan.

    Bila UMNO memerintah, penyelewengan dan pembaziran pasti berlaku.
    Dulu cakap, UMNO perintah, negara kaya. Sekarang cakap tak de duit.

    Kalau tak de duit, mane plak krajaan dapat duit membazir kat benda2 yang mengarut cam masjid kristal, monsun cup, F1. Time membazir, banyak plak duit.

  3. ermm.. kebanyakkan keuntungan yang di cakap oleh deMahDali ni pada tahun 2004-2006.. dimana kenaikanharga minyak masih baru pada masa tersebut..
    Petronas telah di audit oleh badan audit dimana hasil audit telah menunjukkan nilai kekayaan petronas berada di antara 10 pengeluar minyak di dunia.. saya tak pasti benda ni ada di internet atau tidak.. namun kita kena lihat dari segi consumption yang ditunjukkan oleh mr podas memang kerajaan terpaksa menanggung beban yang tinggi di atas permintaan yang tinggi didalam negara..

  4. Perbandingan yang dibuat adalah berasaskan kepada tren perubahan yang berlaku. Dari data tersebut, kita dapat simpulkan bahawa setiap kenaikkan harga minyak di peringkat globat memberikan pulangan lumayan kepada kerajaan. Ini di perkuatkan lagi dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa pendapatan negara akan meningkat antara RM 100 juta hingga RM 200 juta setahun bagi kenaikkan harga minyak sebanyak USD1. Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub pula pernah menegaskan, rakyat tidak perlu bimbang dengan peningkatan harga minyak kerana ekonomi negara akan kukuh dan ia adalah rahmat bagi negara.

    Memang diakui, adalah tidak adil untuk kita membandingkan harga minyak di sini dengan Venezuela yang serendah RM 0.16 sahaja. Namun, wajarkah kita sebagai pengeksport minyak dibezakan dengan 30 sen dengan negara2 yang tidak ada walau setitis minyak di atas muka buminya? Seharusnya, nilainya jauh lebih baik dari itu!!

    Jika benar akaun Petronas diaudit oleh badan audit bebas, di manakah laporannya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: