Mr. Podas

Tak Payahlah Menangguk Air Keruh….

In Uncategorized on June 15, 2008 at 1:49 pm

Sememangnya sudah dijangkakan yang satu demonstrasi yang sia-sia akan diadakan selepas pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Sudah semestinya semua orang tahu siapa dalang disebalik demonstrasi pada hari Jumaat lepas. Hailah ahli-ahli pembangkang yang hipokrit… Tak payahlah cuba menjadi hero bagi isu kenaikan harga minyak.

Secara logiknya, pembangkang hanya menggunakan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada mereka sahaja iaitu (political interest) untuk membantu mereka mendapat sokongan rakyat. Mereka tidak pernah membangkitkan isu-isu yang mereka sendiri sedari selama ini. Mereka hanya membuang masa dengan melakukan demonstrasi dengan memberi kesan buruk kepada semua pihak seperti peniaga yang terjejas perniagaan mereka, kesesakan lalu lintas, menunjukkan kebodohan rakyat Malaysia apabila menyertai demonstrasi kepada negara luar dan sebagainya.

Sememangnya diakui, kenaikan harga minyak sedikit banyak membebankan rakyat namun ianya melibatkan harga pasaran dunia yang turut melibatkan semua Negara bukan Negara kita sahaja. Benar, kita mempunyai sebuah syarikat gergasi carigali minyak iaitu Petronas yang sedikit sebanyak boleh membantu kepada Negara dalam bentuk pembayaran cukai dan sebagainya. Namun, jika keuntungan Petronas diberikan diberikan dalam bentuk subsidi kepada semua rakyat, maka adalah lebih baik Petronas yang kita banggakan selama ini ditutup sahaja kerana entitinya sebagai syarikat gergasi Negara tidak akan berkembang maju untuk mengekalkan prestasinya kerana kekurangan modal untuk menjalankan operasi mereka.

Kita harus menerima hakikat bahawa Negara kita dijangka akan kehabisan rizab minyak menjelang 2013 dan ketika itu tiada lagi subsidi akan diberikan kepada rakyat Negara ini walaupun satu sen kerana kerajaan tidak mampu untuk berbuat demikian kerana Petronas tidak mempunyai minyak untuk diperdagangkan dan secara automatiknya Malaysia akan menjadi pengimport minyak ketika itu.

Kesimpulannya, kita harus menerima hakikat bahawa kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti Negara Arab dimana sumber minyak mereka adalah penyumbang terbesar ekonomi mereka selama ini. Belajarlah untuk berdiri sendiri berbanding menerima bantuan orang lain sepanjang lain.

Advertisements
  1. tak payah la demonstrasi… bukan boleh mengurangkan harga minyak pon.
    kita kena terima hakikat bahawa memang harga minyak dunia naik. subsidi yang selama ini kerajaan beri bagaikan hadiah kepada rakyat. dan sekarang sudah sampai masanya kerajaan ‘mengurangkan’ hadiah yang deberi selama ini. itu hak kerajaan. kita sepatutnya bersyukur kerana selama ini kerajaan telah bersusah payah memberi hadiah kepada kita.
    saya ingat lagi semasa waktu kempen pilihanraya yang lalu, saudara anwar dengan bongkaknya mengatakan paklah bersusah payah selama 2 tahun untuk menyelesaikan masalah minyak, jika diberi padanya, selama 20 minit sahaja masalah minyak ini selesai. maka, saya mencabar anwar, tunjukkanlah formula 20 minit yang beliau ada utk menyelesaikan masalah minyak ini. saya berjanji jika betul formula tersebut benar2 bijak, saya sendiri akan mengundi untuk parti keadilan. janganla anwar hanya kuat menyalak. demonstrasi hanya akan merosakkan lagi kemakmuran, kedamaian yang kita ada sekarang ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: