Mr. Podas

Jangan Jadi Seperti Orang Yang Tiada Maruah

In Uncategorized on June 19, 2008 at 2:14 pm

Saya adalah seorang rakyat Sabah yang telah melalui zaman pemerintahan Barisan Nasional sejak sebelum negara ini merdeka lagi. Secara zahirnya, saya amat sayangkan negara kita ini serta Sabah sebagai negeri yang bertuah ini. Saya mengatakan Sabah ini bertuah kerana negeri ini dan Malaysia telah dipimpin oleh sebuah parti yang kuat untuk membangunkan negara kita menuju kearah negara maju menjelang tahun 2020 iaitu Barisan Nasional (BN). Generasi muda sekarang ini perlu melihat perjuangan bekas-bekas pemimpin kita sebelum ini yang bersungguh-sungguh berjuang untuk negara tercinta ini untuk mencapai kemerdekaan.

Ketika pengumuman keputusan Pilihanraya yang ke 12 diumumkan, saya berasa seperti sesuatu telah mengoncangkan bumi bertuah ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan Barisan Nasional gagal mengekalkan majority dua pertiga untuk membentuk sebagai sebuah kerajaan. Sudah sekian lama saya tidak menangis tetapi entah bagaimana saya tidak menyedari saya telah berlinangan air mata apabila melihat keadaan BN gagal untuk mengulangi kejayaan besar mereka sebelum ini. Saya berfikir sejenak jika kerajaan BN jatuh ketika ini, maka sia-sialah usaha pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan BN selama ini terutamanya negeri Sabah yang masih memerlukan pembelaan oleh BN. Saya percaya, majority rakyat negeri Sabah masih menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) walupun mereka gagal mengekalkan majority kemenangan mereka.

Buktinya apabila rakyat Sabah telah memberikan kemenangan besar kepada BN dan ini menunjukkan bahawa rakyat Sabah amat yakin dengan pembangunan yang telah dibawa oleh BN selama ini. Tiada sebab mengapa rakyat Sabah perlu beralih arah ke parti semata-mata kegagalan BN mendapat majority dua pertiga pada pilihanraya yang lalu.

Terbaru, saya mendengar cakap-cakap orang yang mengatakan ada parti komponen dari Sabah mahu melompat ke parti lain. Sebagai rakyat Sabah, saya merasakan tindakan melompat parti adalah satu tindakan kurang bijak kerana dengan melompat parti, tidak semestinya akan menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh rakyat Sabah. Apa yang pasti, ini akan menambahkan kemarahan rakyat Sabah yang selama ini memberi sokongan padu kepada mereka dibawah tiket Barisan Nasional selama ini. Ianya umpama seperti menipu rakyat yang selama ini memilih mereka sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen kerana mereka dijanjikan dengan pembangunan dibawah pemerintahan oleh kerajaan Barisan Nasional. SAPP seperti parti yang tidak bermaruah apbila mengambil kesempatan keatas kelemahan kerajaan BN

Dalam pada itu, laungan untuk keluar dari gagasan BN adalah seperti cubaan mengugut kerajaan BN diatas kekurangan majority BN mendapatkan dua pertiga. Ini menunjukkan rakyat Sabah seperti tidak ikhlas berjuang bersama BN selama ini. ‘Kawan Setia’ sepatutnya berjuang bersama-sama samada diwaktu susah atau senang. Jangan menjadi orang seperti ‘senyum sama-sama’ tapi membiarkan rakan menangis sendirian apabila kesusahan. Nasihat saya sebagai rakyat Sabah kepada mereka yang cuba untuk melompat parti adalah ‘Jangan Cuba Jika Tak Pasti’ kerana kita tidak pasti samada mereka boleh membawa aspirasi rakyat Sabah atau tidak atau ia akan memberi satu bencana kepada rakyat Sabah jika silap terpilih kawan…..Saya amat malu dengan permintaan keterlaluanoleh Yong Teck Lee. Yang pastinya, tindakan beliau itu tidak mewakili semua rakyat Sabah.

Dimanakah letaknya nilai setia kawan komponen Barisan Nasional yang dilaung-laungkan oleh mereka sebelum ini? Ini menunjukkan seolah-olah rakyat Sabah tidak mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah dimana dengan mudahnya mereka bertukar haluan sehingga sanggup bersengkongkol dengan bekas pemimpin yang tidak bermoral seperti DSAI. Dimanakah letaknya maruah Dato Yong Teck Lee. Setahu saya, sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini, tiada pembangunan yang jelas diberikan kepada rakyat Sabah berbanding Dato Musa Aman. Dibawah Musa Amanlah, negeri Sabah nampak perjalanan pembangunan khususnya kepada rakyat miskin. Oleh itu, usahlah menjadi seperti “katak si katak lompat”

Kiriman warkah ini adalah dari Makiban Anjun dari Likas Sabah

likasboy@yahoo.co.uk

Advertisements
  1. Tindakan SAPP tersebut memang bijak. Yang tak bermaruahnya Pak Lah. Dulu bukan main puji SAPP melambung ajak masuk Be End.

    Pastu, perintah Sabah main-main. Projek bagi kat kroni, pembangunan haprak. Rasuah sana-sini, sampai membuatkan rakyat Sabah dah tak suka ngan BN.

    Bila SAPP hilang keyakinan kat pemerintahan BN, habis Pak Lah hina SAPP habis-habisan. Konon-konon dia tamak. Yang tamak haloba sebenarnya Pak Lah tu sendiri. Cakap tak sedar diri. Dah lah hina SAPP, dia tak bagi pulak SAPP keluar BN. Memang PM tak de MARUAH. Memalukan Melayu.

    Bila Be End jatuh nanti, barulah rakyat dapat merasai nikmat kemerdekaan yang sebenarnya.

  2. Biarkan mereka dengan labu-labunya… BN tetap parti kerajaan yang mampu membela nasib rakyat. Pakatan rakyat cakap saja gah… tapi haprak… Anwar Ibrahim adalah bangsat bangsa Melayu… Ngko tukar bangsa la Anwar, ngko jadi la bangsa lain… kami bangsa Melayu dah tak mahu terima ngko sebagai bangsa Melayu… Pengkhianat bangsa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: