Mr. Podas

Cakap Tak Serupa Bikin?

In Uncategorized on June 24, 2008 at 12:40 pm

Baru 100 hari memerintah negeri Selangor, tiada apa yang baru diperkenalkan oleh kerajaan campuran bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat negeri Selangor. Yang ada hanyalah isu-isu yang menunjukkan kebodohan dan ketempangan PR terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menunjangi kerajaannya setakat ini. Selepas 100 hari barulah kita nampak belang mereka yang dikatakan ‘kerajaan bersih’ yang ingin dibuktikan kepada rakyat. Yang terbaru adalah penglibatan orang yang paling rapat dengan beliau dengan skandal pemberian tender secara tidak telus iaitu Yahya Sahri (Pegawai Khas Menteri Besar Selangor). Bagi rakyat Selangor, penggantungan selama 2 bulan adalah tidak logik kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh Yahya tidak boleh diterima. Ini kerana, terdapat unsur rasuah dalam pemberian tender dan ianya diakui sendiri oleh Khalid Ibrahim.

Rakyat tertanya-tanya, dimanakah janji Parti Rakyat (PR) sewaktu kempen dalam Pilihan Raya lalu bahawa kerajaan yang akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat adalah bersih berbanding Barisan Nasional (BN) terutamanya dalam memerangi rasuah. Apakah ini manifesto yang mereka laung-laungkan sebelum ini mencapai matlamatnya? Entahlah… bak kata orang ramai, ‘Cakap tak serupa bikin’, mengata pada orang pandai tetapi terkena pada batang hidung sendiri. Kalau nak bersihkan orang lain, Khalid seharusnya membersihkan dahulu anasir-anasir jahat didalam parti mereka sebelum menunding jari pada orang lain. Yang lebih membanggakan Khalid Ibrahim apabila orang kuatnya sendiri yang melakukan perkara tidak bermoral itu dibawah payung Pakatan Rakyat (PR) ‘pakatan yang dikatakan bersih berbanding Barisan Nasional’.

Khalid dengan selambanya mengatakan tindakan yang diambil terhadap pegawai khasnya membuktikan yang kerajaan mereka amat telus dalam mengatasi masalah rasuah. Tetapi semalam beliau mengakui wujud sumbangan derma dari syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pakatan Rakyat (PR) di negeri itu didepositkan kedalam akaun PKR. Dey, apa cerita ni….tanpa rasa segan silu, Khalid berjanji akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun kerajaan negeri secepat mungkin. Ini pun adalah kerana pendedahan oleh bekas orang kuat PKR saudara Ezam Mohd Nor. Malulah sikit…itu bukan wang peribadi tetapi adalah wang untuk pembangunan rakyat negeri Selangor. Tindakan ini juga menyebabkan beberapa parti komponen di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PAS, wujud perasaan curiga terhadap PKR dan Khalid Ibrahim khasnya.

Akibat daripada isu-isu yang timbul, rakyat Selangor telah berkumpul dihadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor semalam bagi mendesak perletakan jawatan Khalid Ibrahim serta merta kerana rakyat seperti telah hilang kepercayaan terhadapnya. Apa yang pasti, Khalid Ibrahim dan Parti PKR tidak layak untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana kepincangan pentadbiran mereka sendiri selain isu rasuah yang melanda di dalam kerajaan negeri Selangor…Fikir-fikirkanlah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: