Mr. Podas

Archive for July, 2008|Monthly archive page

KENAPA KECOH-KECOH PASAL MUQABALAH UMNO-PAS?

In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:05 pm

Nampaknya ramai penyokong PAS mahupun UMNO melatah dengan cepat untuk mengulas mengenai muqabalah antara PAS-UMNO. Malah media arus perdana dalam konteks ini berjaya membuka isu ini seterusnya menggugat keyakinan penyokong PAS akar umbi yang tidak menyokong muqabalah diadakan.

Tu kira tak apa la juga sebab mereka semua nih memang ahli UMNO atau PAS.. Tapi yang aku tak paham .. si KARPAL SINGH .. Tak semena-mena dia pun nak terlibat dalam kancah kekalutan ini. Aku nak letakkan dia tu sebagai status apa ek?… PENYEBOK, ORANG TUA NYANYOK , HILANG AKAL atau apa??? Cuba describe kat AMBO…..

Perjumpaan PAS-UMNO bukan perkara baru, malah ketika zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pun iaitu ketika Ustaz Fadhil dan Tun M berada sepentas mengenai si Palestin & Kemanusiaan (sebelum perginya Ustaz Fadhil) mengapa kita tidak melatah ?

Malah sebenarnya DAP Penang juga bertemu dengan salah seorang pemimpin GERAKAN (kini bekas) iaitu DATUK LEE KAH CHOON untuk pegang jawatan dalam InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) mengapa KARPAL SINGH tidak melatah ?

Ketika PKR membuat perjumpaan dengan pemimpin BN Sabah, mengapa tidak dijadikan isu ? Adakah sah PAS telah menerima UMNO ?

Dalam isu perpaduan melayu sekarang, UMNO sudah hilang pengaruh dalam entiti kekuatan melayu. Kini PAS yang lebih kredibiliti untuk orang melayu jadikan payung dan relevanlah kalau UMNO yang menyertai PAS serta menerima konsep PAS dalam memperjuangkan melayu dan Islam.

Samada ianya polimik politik UMNO atau permainan PAS ianya tidak timbul. Yang penting aku rasa…salahkan UMNO dan PAS bermuqabalah demi menyatupadukan orang melayu semula. Dah la PAS sebelum ini sentiasa dipandang sebagai rakan kongsi kelas kedua oleh DAP dan PKR. APA juga saranan dan nasihat yang PAS berikan … bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Ingatkan kes tunjuk ponggong semasa perhimpunan PROTES. Sepatutnya yang patut bagi persembahan banyak per… USTAZ AKHIL HAI pun ada… ramai lagi pun ada.

Dah baper lama PAKATAN RAKYAT memerintah 5 buah negeri?. Aku tak nampak pun selama pemerintahan PAKATAN RAKYAT ni … ada ker mereka mendengar apa yang disarankan oleh PAS.. sekurangnya semua duit kerajaan negeri disimpan dalam perbankan ISLAM, bukannya conventional cam ada sekarang. Ada DAP dan PKR ikut????.. banyak la beb…. Susah aku nak describe …….

PAKATAN JAHAT RPK TERHADAP PUSRAWI

In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:00 pm

Bagaimana laporan perubatan dari PUSRAWI boleh tersebar luas di internet tanpa dibuktikan dulu kesalihannya?….. Konspirasi dan rancangan siapakah yang cuba memburukkan imej hospital PUSRAWI yang amat sinonim dengan imej ISLAM.

RPK, satu nama yang kononnya GAH dalam arena internet dengan artikel-artikelnya yang begitu pedas, panas dan berbisa. Dialah sebenarnya IBLIS bertopengkan MANUSIA yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti PUSRAWI di mata masyarakat, supaya PUSRAWI bungkus.

Apakah yang menyebabkan dia amat mengkagumi ANWAR IBRAHIM sehingga sanggup reka ( jika benar) laporan ini. Sehinggakan dia sanggup masuk penjara , janji ANWAR terbebas. Yang paling aku hairan .. kenapa baru sekarang laporan ini dikeluarkan?. Dan jika ianya benar/tulin , apakah pula balasan/habuan yang diterima oleh pengeluar laporan tersebut. BPR kena masuk nih….

Dengan tersebarnya laporan ini, PUSRAWI dilihat bagaikan tidak lagi bertanggungjawab dan berintegriti. Pelbagai tindakan susulan akan dikenakan kelak kepada PUSRAWI. Ini semua gara-gara RPK….. Jika hasil rekaan RPK ini bagi tujuan menjatuhkan reputasi PUSRAWI.. aku rasa ianya telah telah berjaya. Apa yang dok dengki sangat RPK dekat PUSRAWI…. Hanya kerana ANWAR , dia sanggup menjual maruah PUSRAWI….. Aku memang tahu RPK nih JAHIL pasal ISLAM tapi jangan la pula jadi pemusnah ISLAM.. cam ABU LAHAB.

Aku percaya , banyak perkara yang perlu diteliti sebelum mengakui bahawa laporan tersebut adalah tulin. Rasanya ..kalau setakat nak keluarkan laporan tersebut dan kemudian letak dalam blog.. siapa-siapa pun boleh buat. Dr Mohamad Osman tu pulak merupakan rakyat MYANMAR. Kenalah teliti dan buat siasatan apakah benar DR Mohamad Osman tu ditahan polis bagi mengarahkannya menukar laporan perubatan.

Aku rasa walaupun keputusan perubatan PUSRAWI. Yang pasti… keputusan dari PUSRAWI dah x leh diterima pakai lagi dan keputusan dari HKL akan digunakan kelak. Mungkin ANWAR rasa dirinya dah selamat.. tunyang dok kalut nak masuk bertanding…. Tak sabo-sabo ……. Gila Kuasa kan…..

KARPAL SINGH dan PAKATAN RAKYAT DAH MULA MELATAH….

In Uncategorized on July 28, 2008 at 8:00 pm

Sejak bila pula PAS nak kena minta kebenaran dengan DAP dan PKR untuk bermuqabalah dengan UMNO??.. Sebelum ini pun ada ker DAP dan PKR meminta kebenaran atau berbincang dalam memutuskan sesuatu keputusan.Banyak perkara yang berlaku dalam PAKATAN RAKYAT dibuat dengan membelakangkan PAS.

Pada masa itu, nampak sangatlah PAS bagaikan tersisih dari mata DAP dan PKR semasa beberapa program dan agenda yang mereka lakukan dengan mengenepikan PAS.

Bila PAS bermuqabalah dengan UMNO , tetiba kelam kabut KARPAL SINGH meminta supaya keanggotaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT dikaji semula dan patut dikeluarkan dari PAKATAN RAKYAT. Bertambah panas orang tua tu bila MURSIDUL PAS Datuk NIK AZIZ NIK MAT minta supaya PAS bubar dan UMNO bubar dan digantikan dengan parti lain yang lebih islamik. Fuhhh,… Macam tak boleh percaya pada pendapat KARPAL SINGH , kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KETUA PAS sendiri.

Aku dapat rasakan bahawa PAS sudah mula sedar bahawa dasar dan matlamat perjuangan dalam PAKATAN RAKYAT adalah bercanggah dengan mereka. Rata-rata rakyat pada mulanya tahu ANWAR akan memperjuangkan keTUANan MELAYU tetapi disebabkan desakan DAP, maka kini telah ditukar kepada keTUANan RAKYAT. Dah tak ada MELAYU…. ISLAM lagi la jauh…. Jangan nak haraplah nak citer pasal ISLAMIC COUNTRY kalau PAKATAN RAKYAT memerintah. Justeru itulah PAS telah nampak kesan-kesan penggabungan mereka dengan PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan konflik fahaman agama. PAS yang sedia dimaklumkan berlandaskan ISLAM tidak dapat diterima oleh sekutunya.

Siapa lagi yang boleh membantu menaikkan kembali imej orang MELAYU kalau bukan UMNO dan PAS.. Siapa lagi yang boleh menyatupadukan semula orang MELAYU…. setelah dikecaikan dan diporakperandakan oleh ANWAR. Usah bermimpi di siang hari kalau PKR yang diharapkan dapay menyatupadukan orang MELAYU…. tambah2 ketua Umum nya…. Sekarang nih dia tengah kemaruk kuasa.. Nak bertanding di KULIM walaupun pada dasarnya ZULKIFLI NORDIN sendiri yang mahu mencuba nasib sekali lagi. Nih la jadinya kalau masing-masing dok gila pangkat/jawatan.

Aku rasa elok sangatlah pun kalau PAS keluar dari PAKATAN RAKYAT. Tiada sebarang petanda pun yang boleh dilihat sebagai indikator bahawa PAS akandan telah berjaya dalam dakwahnya…. Yang aku dok nampak, PAS Cuma memperjuangkan hak-hak DAP dan PKR. Aku rasa bersatu dengan UMNO adalah satu langkah bagi mematlamatkan cita-cita PAS.

Pasal si Janggut KARPAL SINGH tu.. jangan dok kira dengan dia tu… Dia lebih kurang sama dengan TERESA KOK… hati dan perasan mereka hanya lah dok fikir macammana nak musnahkan orang MELAYU…….. Cuma dia dah TUA sedangkan Nyonya TERESA … ok lagi. Tah berapa lama KARPAL boleh tahan.. tunggu masa ja tu nak jalannnnnnnnnnnnnnn……

SUDAH TIADA KESEPAKATAN DALAM PKR

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:45 pm

Aku sendiri pun tatau nak kata apa.. dalam insiden tumbuk Ahli Parlimen PKR KELANA JAYA GWO-BURNE LOH oleh pembantu ADUN SERI SETIA PKR NIK NAZMI bernama AZAM. Setahu aku Ahli Parlimen PKR GWO-BURNE LOH tu tak tahu cakap MELAYU. Kalaulah cakap MELAYU pun tak tahu .. cam mana nak menangani masalah orang MELAYU…

Kelakau betul la. Aku tak paham kenapa si GWO-BURNE LOH nih nak masuk campur apabila tanah tersebut telahpun diperuntukkan untuk pembinaan Surau bagi masyarakat MELAYU di situ . Kenapa pula dia nak bantah hanya kerana desakan dan tekanan dari orang HINDU yang sememangnya bukan dari kawasan tersebut. Kalau aku jadi AZAM pun aku belasah juga si mamat GWO-BURNE LOH nih. Aku masa tu dah ketap bibir nak belasah juga si Mamat nih.

Aku sendiri nampak betapa takbur dan bongkaknya GWO-BURNE LOH datang dan terus menghentak meja sambil mengatakan bahawa “TANAH ITU BUKAN TANAH ORANG MELAYU”. EH..ehh.. sedap hati jek cakap. Kalau tak betul tak kan HASSAN ALI dan TERESA KOK bersetuju dengan perletakkan batu asas pembinaan surau tersebut. Janganlah nak tunjuk hero macam yang dia buat dalam kes V.K LINGAM. Dah la cakap bahasa MELAYU pun tak tahu… lepas tu kurang ajar lagi pulak. Tak hormat orang MELAYU… Inilah dia pemimpin yang ada dalam PKR.. Macam mana PAS boleh terima keadaan macam nih?… PAS tok melaung-laungkan ISLAM, tetapi bila kes macam nih berlaku , depa diam.. sediam-diamnya sehinggakan pembantu NIK NAZMI bertindak.

Ada sumber beritahu aku, ekoran kejadian tu .. si GWO-BURNE LOH memang rasa tak puas hati sangat. Dah la siap buat repot polis, lepas tu sekarang ini dia bercadang pula nak keluar PKR dan joint DAP…. ISK..isk..isk.. Kalau la betul… Fuh … punya la kelakau episod ini. Kata ada kesepakatan dalam PAKATAN RAKYAT tapi jika diteliti seperti ada sesuatu yang pelik berlaku. Kenapa perlu keluaq PKR masuk DAP????… Aku tak pahammmmmm .. dan bosannnn dengan macam-macam hal dalam PKR nih. Aku rasa PAS nih memang tak sesuai sangat ada dalam Pakatan Rakyat nih..

PKR + DAP = Menghancurkan ISLAM dan ketuanan MELAYU.

Tu lah jadinya kalau amik Ahli Parlimen yang tak tahu cakap bahasa MELAYU, yang tetiba popular hanya kerana kes V.K LINGAM. Yang dia tahu .. “I took that PIC” setiap kali soalan diajukan kepada GWO-BURNE LOH. Cakap MELAYU pun tak boleh… cam mana bang nak mewakili masyarakat MELAYU di KELANA JAYA… Aduhhhh .. TOLONGGGGGGGGGGGG….

Aku rasa kes nih kalau ANWAR tak masuk campur … abis laa PKR…. Kalau Ahli Parlimen dengan ADUN pun dah tak boleh ngam… apa yang rakyat boleh harapkan lagi. Tindakan tegas patut dikenakan kepada GWO-BURNE LOH kerana kekurangan ajarnya. Tapi cam mana ANWAR nak masuk campur, kes dia pun berlambak-lambak…. LIWAT laa.. IGP saman laa… Macam-macam laaaa….. Yang paling best pasal ANWAR nih… masih ada hati nak pih bertanding , nak jadi PM la konon-kononnya. Biarkan ANWAR terjun dengan labu-labunya. PKR semakin kacau bilau dia tak amik tahu.. hehehheee….

KARPAL TAK PERLU CAMPUR TANGAN

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:40 pm

Aku kadang-kadang rasa pelik jugak tengok si Karpal Singh yang selalu sangat sibuk dengan hal ehwal parti PAS. Segala tindakan PAS tidak perlu tunjuk ajar dari parti lain terutamanya dari DAP dan PKR kerana sepanjang pembentukan Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR yang sering membelakangkan PAS dalam membuat keputusan. Jadi bagi aku, tak perlulah nak menyibuk jika PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO. Aku bukanlah penyokong UMNO, tetapi demi perpaduan Islam dan orang Melayu aku terpanggil untuk menegakkan kebenaran

Jika selama ini PAS pandangan PAS tidak ambil kira oleh DAP dan PKR, kenapa pula bila timbul isu muzakarah antara PAS dan UMNO, barulah mereka mahu memberikan pendapat. Didalam PR tiada siapa yang dominan kerana kerajan PR dibentuk oleh 3 parti komponen utama iaitu PAS, PKR dan DAP. Tiada siapa yang berhak mengarahkan sesuatu parti itu melakukan sesuatu seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Apakah Karpal atau lebih umumnya parti DAP serta Anwar (Parti Keadilan) merasakan tindakan PAS ini telah menggugat kedudukan mereka dalam PR. Kenapa sebelum ini mereka memandang sepi setiap cadangan yang telah diusulkan oleh PAS?

Sebenarnya, jika DAP dan PKR ikhlas dalam pembentukan kerajaan secara perkongsian kuasa ini, segala keputusan yang dibuat perlu mendapat sokongan secara kolektif. Tidak ada sesebuah parti pun yang mempunyai kuasa veto untuk menentukan sebarang keputusan. Malah, muzakarah yang sedang diadakan oleh PAS dan UMNO adalah untuk kebaikan Islam dan orang Melayu secara amnya. Tindakan ini bukanlah satu ugutan atau cuba mengalih perhatian media kepada PAS. Ianya hanyalah satu perbincangan antara dua parti yang mempunyai pendirian dan perjuangan yang berbeza tetapi boleh bekerjasama demi perpaduang orang Melayu.

Justeru it, aku ingin mengingatkan sekali lagi kepada mereka yang cuba menggagalkan perjumpaan ini, agar tidak mencemarkan isu dengan perkara-perkara yang boleh mneggugatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu

Islam dan Melayu Sejati