Mr. Podas

DESAS DESUS KERETAKAN PAKATAN RAKYAT?

In Uncategorized on July 10, 2008 at 9:29 pm

Baru sebentar tadi Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang mengumumkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang parlimen yang akan datang. Seorang rakan yang boleh dikatakan orang kuat juga dalam Parti PAS menelefon ku dengan nada marah – marah macam orang yang kena sawan. Menurut beliau, sebelum ini PAS, PKR dan DAP telah mengadakan satu perbincangan untuk membawa usul tidak percaya ini ke Parlimen. Hasil daripada perbincangan tersebut PKR dan DAP bersetuju untuk membawa usul ini ke parlimen tetapi ditentang oleh Presiden PAS iaitu Dato Seri Hading Awang. Presiden PAS lebih berminat untuk mengemukakan usul pembubaran Parlimen daripada mengemukakan usul undi tidak percaya kepada PAKLAH. Kata putus hasil dalam mesyuarat tersebut, PAS, PKR dan DAP sebulat suara menyokong usul untuk membubarkan parlimen pada sidang yang akan datang.

Tapi yang menaikkan darah kawan aku yang menelefoni, kenapa secara tiba – tiba tanpa sebarang kata putus dari PAS selaku parti yang bernaung dibawah pakatan rakyat tidak dimaklumkan dengan perkara ini. PKR dan DAP nampaknya secara senyap – senyap telah membelakangi PAS dan mengemukakan usul tidak percaya kepada PAKLAH. Nampaknya PAS seperti menjadi boneka sahaja dan PKR dan DAP dah jadi macam kaduk naik junjung. Selagi PAS bersama dengan PKR dan DAP maka selagi itu lah PAS akan sentiasa dipinggirkan dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT kita. MB Perak menjadi Menteri Besar pun hanya kerana undang – undang Pentadbiran Negeri Perak yang tidak mengizinkan.. jikalau di ingatkan DAP dan PKR lebih berminat menghantar seorang POSMEN menjadi Menteri Besar dari seorang jurutera daripada PAS. Parti PAS sering di anggap sebagai Parti Kelas Kedua dalam Pakatan Rakyat.

Adei. Kesian pula melihat wakil – wakil tok lebai kita ni di perbodohkan…

Advertisements
  1. ini nama nya
    sodomy
    sekarang pak nik boleh buat laporan sodomy ke atas wan azizah dan LKS.
    kesian pak nik.
    tapi, mungkin juga kata nya, ini berita dari orang dalam pas sendiri, bahawa,
    pak nik bagus..tapi anak ikan dia yang tak bagus.
    lagi pun dah ada fatwa boleh sodomy.
    so, apa lagi, join sama sama lah.
    kesian pak nik ya.
    kita respect orang tua tu. tapi i bukan kes bodoh kan kuda kan lagi.
    ini sah, kes sodomy.

  2. jangan hancurkan selangor,pahang,kedah.perak tolong bubarkan kerajaan pakatan

  3. keadilan kembalilah ke dalam umno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: