Mr. Podas

Apakah PAS dan PKR PERAK sudah hilang taring??

In Uncategorized on July 17, 2008 at 4:19 pm

Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dalam hal ini. Walaupun isu ni dah berlalu agak lama, tapi kehangatannya masih lagi terasa. Di manakah kedudukan keistimewaan orang Melayu di PERAK. Sebaik saja PERAK menjadi salah satu negeri pembangkang, perbagai kejadian telah berlaku. Dengan meletakkan MB dari kalangan orang MELAYU yang hanya menjadi BONEKA .. amat tidak disenangi oleh rakyat PERAK. Masakan tidak… harapan orang MELAYU PERAK untuk melihat seorang “ ENGINEER” melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat MELAYU nampaknya hanya tinggal harapan. Memang dan terbukti bahawa MB PERAK kini sedang diperbudak, diperbodohkan dan dipergunakan sewenang-wenangnya oleh ADUN dari DAP.

Lihatlah saudaraku sekelian, sesudah V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak , dilantik pula Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN. Bagaimana kuasa yang sebegitu besar diberikan kepada ADUN DAP yang sememangnya mempunyai agenda jahat bagi memusnahkan apa juga keistimewaan orang MELAYU. Ini terbukti apabila Nizar Jamaluddin (MB Perak) sekali lagi membuat kejutan apabila tanpa rasa bersalah mengumumkan akan menjual lot perumahan bumiputera di pasaran terbuka. Apa lagi yang orang MELAYU ada selain dari keistimewaan sebagai bumiputra di negara ini.

Mengapa tidak dilantik Timbalan atau Speaker daripada orang Melayu daripada PAS dan PKR? Kedua duanya beri kepada DAP juga, sudahlah dalam EXCO Kerajaan Negeri Perak pun dah ramai DAP. Tidak bolehkah salah seorang daripada diberi kepada orang Islam?

Lebih mengecewakan, pada 16 Mei 2008, tindakan Nizar pula mahu menjual 130 unit lot perumahan bumiputera ke pasaran terbuka yang nilainya hampir RM5 juta kesemuanya. Alasan yang diberi ialah mudah iaitu untuk mengurangkan stok tergantung. Hari ini jual lot rumah bumiputera, esok lusa entah apa lagi yang bakal dijual.

Apakah keputusan ini dibuat Nizar kerana sebahagian daripada Perjanjian Pangkor 2 ?. Apakah keputusan ini juga dibuat atas desakan DAP juga? Mengapa Nizar tidak berbincang terlebih dahulu dengan NGO dan pertubuhan pertubuhan Melayu tentang perkara ini?

Sudahlah keputusan menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam pun dibuat dengan membelakangi Sultan, kali ini Nizar tanpa segan silu lagi menjual hak bumiputera ke pasaran terbuka. Kita tertanya siapakah yang menjadi penasihat Nizar ini? DAP atau PAS? Apakah orang PAS akan duduk diam sahaja melihat MB dari PAS diperkotak katikkan oleh DAP?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: