Mr. Podas

ANWAR TAK PERLU BERDOLAK DALIK

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:32 pm

Seluruh negara digemparkan lagi dengan isu liwat Dato Seri Anwar Ibrahim ketika negara mrnghadapi suasana suram dengan keadaaan ekonomi yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak. Isu liwat DSAI ini bukan sahaja menarik minat rakyat Malaysia bahkan juga beberapa negara luar juga seperti tidak senang dengan tuduhan kedua terhadap DSAI kali ini seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Umumnya tahu Anwar sememangnya seorang yang bijak berkata-kata walau pun beliau mengakuai sesuatu fakta itu tetapi kepetahan Anwar ini, beliau berjaya memutarbelitkan fakta benar kepada tidak benar. Lihatlah sewaktu debat mengenai isu minyak dengan Dato Shaberi, cara beliau bercakap dilihat sudah cukup untuk mempengaruhi rakyat.

Berbalik kepada isu liwat, lebih baik kita berpegang kepada pepatah Melayu ini iaitu ‘Berani kerana benar dan takut kerana salah’. Anwar seharusnya tidak perlu berdolak dalik untuk memberikan sampel DNAnya kerana tindakan tersebut hanya akan melambatkan lagi proses siasatan terhadapnya. Didalam kes ini, seolah-olah Anwar yang menjadi mangsa dan bukan Shaiful Bukhari Azlan sedangkan pihak Polis sendiri mahu mencari kebenaran siapakah yang bersalah dan siapakah yang tidak bersalah. Jika Shaiful membuat laporan palsu, sudah pasti tindakan akan dikenakan terhadapnya. Persoalannya disini, Anwar seperti tidak mahu membuktikan yang beliau tidak bersalah dan beranggapan jika beliau memberikan sampel DNA, beliau telah didapati bersalah. Apakah sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Anwar jika beliau sendiri tidak mahu membuktikan yang berliau tidak bersalah?

Baru-baru ini, kenyataan dari Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) menegaskan bahawa, Anwar tidak dibogelkan ketika pemeriksaan perubatan dijalankan. Ianya bercanggah dengan kenyataan dari Anwar sendiri yang mengatakan beliau dibogelkan ketika pemeriksaan tersebut dijalankan. Jika diberi pilihan, saya akan lebih mempercayai seorang doktor(Pengarah Hospital Kuala Lumpur) berbanding ahli politik di Malaysia ini kerana tidak semua ahli politik dinegara ini boleh dipercayai.

Sebagai kesimpulannya, rakyat semakin jelek dengan isu yang melibatkan Anwar serta tindakan beliau. Rakyat hanya akan percaya sekiranya beliau dengan beraninya melakukan DNA atau menjunjung Quraan untuk bersumpah bersama-sama Shaiful Bukhari bagi membuktikan siapa yang bersalah atau tidak dan bukannya menyalahkan pihak lain terutamanya jika ianya berkaitan dengan kerajaan seperti hospital, polis dan sebagainya.

Advertisements
  1. Lucu sungguh bila manusia tidak berilmu mula berbicara. Kalo benar polis memerlukan DNA, kenapa tidak ambil datanya sahaja yang sudah sedia ada. Mengapa perlu ambil sampel yang baru??Awat? yg lame punya tak bule pakai ka??Kalo saintis pun dapat mengenal spesies dinosour melalui DNA yang sudah berabad,xkan la forensik Malaysia lemah sangat!!

    Berkenaan sumpah ne pun satu hal. Rasanya mufti da bagi penjelasan yg cukup berkenaan isu ne. Masih ada yang masih berlagak pandai.Kalo begitu mudahnya untuk seorang muslim bersumpah, bubarkan saje mahkamah syariah. Jika ada apa2 kes, cukup sekadar dengan bersumpah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: