Mr. Podas

KARPAL TAK PERLU CAMPUR TANGAN

In Uncategorized on July 23, 2008 at 7:40 pm

Aku kadang-kadang rasa pelik jugak tengok si Karpal Singh yang selalu sangat sibuk dengan hal ehwal parti PAS. Segala tindakan PAS tidak perlu tunjuk ajar dari parti lain terutamanya dari DAP dan PKR kerana sepanjang pembentukan Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR yang sering membelakangkan PAS dalam membuat keputusan. Jadi bagi aku, tak perlulah nak menyibuk jika PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO. Aku bukanlah penyokong UMNO, tetapi demi perpaduan Islam dan orang Melayu aku terpanggil untuk menegakkan kebenaran

Jika selama ini PAS pandangan PAS tidak ambil kira oleh DAP dan PKR, kenapa pula bila timbul isu muzakarah antara PAS dan UMNO, barulah mereka mahu memberikan pendapat. Didalam PR tiada siapa yang dominan kerana kerajan PR dibentuk oleh 3 parti komponen utama iaitu PAS, PKR dan DAP. Tiada siapa yang berhak mengarahkan sesuatu parti itu melakukan sesuatu seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini. Apakah Karpal atau lebih umumnya parti DAP serta Anwar (Parti Keadilan) merasakan tindakan PAS ini telah menggugat kedudukan mereka dalam PR. Kenapa sebelum ini mereka memandang sepi setiap cadangan yang telah diusulkan oleh PAS?

Sebenarnya, jika DAP dan PKR ikhlas dalam pembentukan kerajaan secara perkongsian kuasa ini, segala keputusan yang dibuat perlu mendapat sokongan secara kolektif. Tidak ada sesebuah parti pun yang mempunyai kuasa veto untuk menentukan sebarang keputusan. Malah, muzakarah yang sedang diadakan oleh PAS dan UMNO adalah untuk kebaikan Islam dan orang Melayu secara amnya. Tindakan ini bukanlah satu ugutan atau cuba mengalih perhatian media kepada PAS. Ianya hanyalah satu perbincangan antara dua parti yang mempunyai pendirian dan perjuangan yang berbeza tetapi boleh bekerjasama demi perpaduang orang Melayu.

Justeru it, aku ingin mengingatkan sekali lagi kepada mereka yang cuba menggagalkan perjumpaan ini, agar tidak mencemarkan isu dengan perkara-perkara yang boleh mneggugatkan perpaduan umat Islam dan orang Melayu

Islam dan Melayu Sejati

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: