Mr. Podas

PAKATAN JAHAT RPK TERHADAP PUSRAWI

In Uncategorized on July 30, 2008 at 4:00 pm

Bagaimana laporan perubatan dari PUSRAWI boleh tersebar luas di internet tanpa dibuktikan dulu kesalihannya?….. Konspirasi dan rancangan siapakah yang cuba memburukkan imej hospital PUSRAWI yang amat sinonim dengan imej ISLAM.

RPK, satu nama yang kononnya GAH dalam arena internet dengan artikel-artikelnya yang begitu pedas, panas dan berbisa. Dialah sebenarnya IBLIS bertopengkan MANUSIA yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti PUSRAWI di mata masyarakat, supaya PUSRAWI bungkus.

Apakah yang menyebabkan dia amat mengkagumi ANWAR IBRAHIM sehingga sanggup reka ( jika benar) laporan ini. Sehinggakan dia sanggup masuk penjara , janji ANWAR terbebas. Yang paling aku hairan .. kenapa baru sekarang laporan ini dikeluarkan?. Dan jika ianya benar/tulin , apakah pula balasan/habuan yang diterima oleh pengeluar laporan tersebut. BPR kena masuk nih….

Dengan tersebarnya laporan ini, PUSRAWI dilihat bagaikan tidak lagi bertanggungjawab dan berintegriti. Pelbagai tindakan susulan akan dikenakan kelak kepada PUSRAWI. Ini semua gara-gara RPK….. Jika hasil rekaan RPK ini bagi tujuan menjatuhkan reputasi PUSRAWI.. aku rasa ianya telah telah berjaya. Apa yang dok dengki sangat RPK dekat PUSRAWI…. Hanya kerana ANWAR , dia sanggup menjual maruah PUSRAWI….. Aku memang tahu RPK nih JAHIL pasal ISLAM tapi jangan la pula jadi pemusnah ISLAM.. cam ABU LAHAB.

Aku percaya , banyak perkara yang perlu diteliti sebelum mengakui bahawa laporan tersebut adalah tulin. Rasanya ..kalau setakat nak keluarkan laporan tersebut dan kemudian letak dalam blog.. siapa-siapa pun boleh buat. Dr Mohamad Osman tu pulak merupakan rakyat MYANMAR. Kenalah teliti dan buat siasatan apakah benar DR Mohamad Osman tu ditahan polis bagi mengarahkannya menukar laporan perubatan.

Aku rasa walaupun keputusan perubatan PUSRAWI. Yang pasti… keputusan dari PUSRAWI dah x leh diterima pakai lagi dan keputusan dari HKL akan digunakan kelak. Mungkin ANWAR rasa dirinya dah selamat.. tunyang dok kalut nak masuk bertanding…. Tak sabo-sabo ……. Gila Kuasa kan…..

Advertisements
  1. Fakta : Anwar Ibrahim

    Al Gore, Paul Wolfowitz, Shah Riza
    Wan Azizah : imej dan penampilannya menjadi ”penyelamat” kepada suaminya di mata ramai, isteri yang sentiasa menyokong demi maruah keluarga dan kuasa di khalayak ramai.

    ANWAR IBRAHIM
    Antara sahabat baiknya adalah Paul Wolfowitz – bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, juga bekas Pengerusi Bank Dunia serta Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Yang lain-lain Josef Estrada, Fidel Ramos.
    Dalam temuramah majalah TEMPO ( Indonesia ) dalam tahun 2006, beliau telah ditanyakan soalan ini :
    TEMPO : Anda masih berdendam dengan Mahathir?
    Jawab Anwar : Saya bukan malaikat. Al Gore pernah bertanya kepada saya, adakah saya akan memaafkan Mahathir? Saya katakan jika dia salah kepada saya, saya maafkan. Tetapi kalau dia curi wang rakyat, haruslah dikembalikan. Itu soal lain.
    Selepas dibebaskan :-
    Selepas dua bulan, dijemput ke England dan Amerika untuk menjadi Pensyarah Kehormat. Mendapat jawatan sebagai Fellow Pelawat dan Ahli Bersekutu Kanan di Kolej St Anthony, Oxford. Pensyarah Kehormat Catherine’s College, Oxford University.
    Distinguished Senior Visiting fellow : Di Pengajian Lanjutan Antarabangsa Johns Hopkins School of Advance, Washington DC.
    Distinguished Visiting Professor – Georgetown University.
    Pengerusi Yayasan Masa Depan – Washington ( Pengaruhnya telah berjaya meminta Bank Dunia memindahkan Shah Riza – bekas teman wanita Paul Wolfowitz dari Jabatan Negara Amerika, untuk bertugas di situ)
    Penasihat Kewangan Emir Qatar, Doha – bertempatnya Pengkalan Tentera Amerika untuk Perang Iraq.
    Bertemu Pemimpin Agama Afrika Selatan, Desmond Tutu. Juga Mary Robinson, bekas wakil khas Bangsa -bangsa bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.
    Menganggotai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang berpusat di London.
    Pada 24 Februari 2005, Diraikan dalam satu majlis oleh Jim Wolfenson, Presiden Bank Dunia di pejabatnya di Washington DC.
    Pada hari yang sama, mengadakan pertemuan dengan Elliot Abrams, Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council.
    Juga kemudiannya menemui Pemangku Setiausaha Negara Amerika, Robert Zoellick – Timbalan Setiausaha Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan politik dan pembangunan Asia Barat.
    Pada 25 Februari 2005, memberi ucaptama di sebuah majlis di Florida, yang dihadiri bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William S. Cohen.
    27 Februari 2005 : Menemui pengurus-pengurus dana Eropah dan Amerika, dari Washington, New York, London dan Geneva. Antara yang terkenal ialah J.E Robert, Pengerusi JE Robert Companies dari Washington DC.
    Tour menjelajahi bumi Amerika ini diakhiri dengan bertemu Madeline AlBright, bekas Setiausaha Negara Amerika di Washington DC. Beliau juga Pengerusi Institut Demokratik kebangsaan ( NDI ), negara Amerika Syarikat.

    ANWAR selepas dibebaskan pada tahun 2004 : Di mana-mana pentas ceramah menekankan dia memaafkan Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Noor, Abdul Ghani Patail, Musa Hassan.
    Sebagai orang yang PAKAR BERCAKAP, dia pernah dipanggil beberapa institusi kerajaan dan universiti untuk memberi ucapan. Antaranya Harvard University, Columbia University, Turki, Canberra, Turki, Washington DC, Turki, University of Washington, Stanford University, Chicago University. Di Washington dia ada berucap dalam satu talk dengan tajuk ” Inter-American Development Bank Forum on the Americans“.
    Media yang telah menemuramahnya : Hard Talk BBC , Worldview Magazine, Fortune, Business Week, Jakarta Post, Washington Post, Bloomberg TV. Berita positif mengenai dirinya telah keluar di Jerusalem Post baru-baru ini.
    Sejurus selepas PRU 12, telah mengunjungi 400 pengurus dana di Hong Kong. Bertolak ke Bahrain menemui pelabur Arab, juga ke Switzerland untuk menemui para pengurus dana di sana. Kesemuanya berkaitan pelaburan pihak Barat ke sini ( atau dana politik)?
    Sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Agenda Ekonomi Malaysia akan dibentuk menggantikan DEB.
    Stylenya dalam isu-isu agama adalah MENGHALAMKAN (baca, halal bukan, haram pun bukan). Rujuk kes penangkapan peserta Ratu cantik Melayu oleh arwah bekas Mufti Ishak Baharom. Dia penyelamat para Ratu Cantik yang separuh lengkap berpakaian itu. Juga simpati terbukanya ke atas kes pembatalan konsert KRUmania, semasa memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mahu dilihat sebagai pemimpin moderate, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau. Salman Rushdie pernah disifatkannya sebagai ‘profound writer’
    Yang sah HARAM pada Anwar adalah jemaah Arqam. Beliaulah tunjang dan mastermind kejatuhan dan pembubaran Arqam, serta penangkapan ISA para pemimpinnya. ( Mungkin antara sebabnya adalah beliau merasa terganggu oleh kedatangan wakil dari Abuya Ashaari Muhammad sebanyak dua kali yang mengkhabarkan secara baik kepadanya bahawa beliau tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri sampai bila-bila, sebaliknya akan jatuh TERHINA ) . Kata-kata ini diungkapkan Abuya sebelum tahun 1994.

    Ini sebahagian mesej mengenai Anwar Ibrahim dari Abuya Ashaari Muhammad.
    Tahun 1998
    Patutnya seorang wira ‘gentleman’ dengan ujian, tabah dengan cabaran,
    Tidak ada riuh rendah menjerit ke sana, ke mari, ingin mengisytiharkan diri seorang pengecut,
    Ini bukan pejuang bangsa, jauh sekali pejuang agama,
    Baru engkau merasa sakit apabila engkau dizalimi, setelah engkau dizalimi baru engkau merasa indahnya keadilan ini,
    Engkau mula memperjuangkan keadilan itu pun mungkin bukan untuk orang,
    Tapi untuk kepentingan diri, tetapi engkau seret sekali orang ramai,
    Padahal sebelum ini ribuan orang yang terzalim,
    Bahkan jemaah ku engkau ikut serta musnahkan,
    Waktu itu engkau ada kuasa, engkau boleh jadi pembela,
    Setelah kuasa tiada di tangan, konon baru hendak jadi pembela,
    Berapa lama engkau hendak berlakon di atas pentas dunia ini,
    Berlagak seperti pembela, Hakikatnya engkau penipu,
    Kerana itulah dari dahulu lagi aku katakan pada mu,
    Engkau akan jatuh terhina, Mungkin engkau masih ingat kata-kata ku dulu,
    Sekarang dengan izin Allah telah menjadi kenyataan,
    Sedar dan insaflah, Bertaubatlah banyak-banyak dari sekarang,
    Akuilah kesalahan sendiri, Tegakkanlah keadilan di atas diri mu dahulu,
    Sebelum memperjuangkannya kepada orang lain,
    Jangan berlakon lagi, Janganlah berpura-pura dalam kehidupan ini…
    Tahun 2004
    Sekiranya ada ancaman atau gangguan-gangguan dari luar, tidak usah diambil kira, Tuhan ada cara menggagalkannya, bumi ini ada jadual dari Tuhan, Tuhan yang menjaganya
    Musuh tidak mungkin berkuasa atau menghalangnya
    Tentang Anwar tidak usah dikhuatirkan
    Masa depannya sudah tidak ada
    Dia adalah harimau kertas nampaknya cantik tapi tidak bahaya
    Atau dia ibarat harimau luka, ngaumannya kuat tetapi taring tidak boleh diguna.

  2. lepas ni orang pon tak konpiden nk masuk pusrawi..memang jahanam la bisnes pusrawi lepas ni..
    aku pon tak yakin nk antar bini aku bersalin kt situ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: