Mr. Podas

Archive for August, 2008|Monthly archive page

JANGAN MIMPI ANWAR AKAN BERSUMPAH LAKNAT

In Uncategorized on August 25, 2008 at 2:50 pm

Ekoran sumpah laknat oleh SAIFUL BUKHARI tempohari, orang ramai terutama penduduk PERMATANG PAUH mahukan supaya ANWAR bersumpah. Tapi malangnya….. ANWAR IBRAHIM tak akan bersumpah laknat dan Penduduk PERMATANG PAUH ternanti-nantikan bagai menungggu buah jatuh.

Katanya…. “SUMPAH LAH 50 KALI PUN SAYA TAK PEDULI, DOK HEBOH PASAL SUMPAH.. SAYA AKAN SUMPAH DENGAN BIMBINGAN ULAMA”. Agaknya dah tak ada ulama kat MALAYSIA ini sehingga tidak membenarkan diadakan sumpah LATNAT oleh ANWAR IBRAHIM. Apakah ULAMA MALAYSIA sudah tidak bagus berbandingkan ULAMA dari luar negara?.

Kalau dia tak bersalah, kena ANWAR takut untuk bersumpah LAKNAT?.Bila seseorang cuba menegakkan benang yang basah, yang menjadi mangsa ialah penduduk MELAYU PERMATANG PAUH. Kalaulah ceramah atau kempennya boleh dilakukan dalam masa berjam-jam, takkan sumpah LAKNAT dalam tempoh 15 minit tak dapat diadakan?…

Orang-orang kampung masih mahukan ANWAR bersumpah bagi memastikan dia benar-benar tidak melakukan sebagaimana yang didakwa oleh SAIFUL.Tiada siapa yang tahu kenapa ANWAR masih berdolak dalih mengenai isu tersebut.

Sudah tiba masanya Masyarakat PERMATANG PAUH membuat tindakan menghapuskan karier ANWAR IBAHIM di buminya sendiri.Sanggupkan kita menerima Pemimpin yang sebegini rupa?. Wahai penduduk PERMATANG PAUH… mari kita tolak jauh-jauh pemimpin yang bertalam dua muka ini. Pemimpin LIWAT , hasil pengaruh dari AMERIKA SYARIKAT. ANWAR yang telah menjadi budak suruhan DAPakan terus berkhidmat dengan DAP dan apabila dia menjadi PM.. dia akan menjadi boneka. Jangan biarkan ANWAR IBRAHIM menang pilihan raya ini.. jangan biarkan ajen AMERIKA ini memerintah MALAYSIA.

TEMBELANG ANWAR TERBONGKAR JUGA AKHIRNYA

In Uncategorized on August 24, 2008 at 5:32 pm

Sejarah telah membuktikan bahawa ANWAR merupakan insan yang menyebabkan ekonomi MALAYSIA ranap pada 1998 yang lalu. Ketika dia menjadi MENTERI KEWANGAN dalam kerajaan MALAYSIA, tiada apa yang dilakukannya demi memulihkan kembali kegawatan ekonomi melainkan memujuk kerajaan supaya menandatangani dengan IMF.

Dengan prinsip menghalalkan segalanya demi politik peribadinya, dia telah merosakkan ekonomi negara. Dengan harapan bahawa rakyat akan bangkit merusuh, mengguling kerajaan dan kemudian ANWAR akan bangkit sebagai hero.. sebagai penyelamat kepada kegawatan ekonomi.

Nasib baiklah ianya cepat disedari oleh Tun MAHATHIR MOHAMAD, bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA pada ketika itu. Terfikir oleh kita , mengapa ANWAR yang dulunya di war-warkan akan menggantikan Tun MAHATHIR sebagai PERDANA MENTERI, tiba-tiba dilucutkan jawatannya. Inilah akibatnya kalau GILA KUASA telah menguasai diri…hingga sanggup melakukan tindakan menjatuhkan ekonomi negara sendiri.

Ternyata benar apabila ANWAR menjadi BUDAK SURUHAN dan PERISIK kepada AMERIKA SYARIKAT. AMERIKA SYARIKAT telah terlalu lama ingin menguasai MALAYSIA bagi membolehkan mereka menakluki SELAT MELAKA. SINGAPURA sudah mereka kuasai, Cuma mengharapkan persetujuan MALAYSIA. Kita memang tahu bahawa dasar luar MALAYSIA tidak membenarkan SELAT MELAKA menjadi laluan KAPAL PERANG mana-mana kerajaan terutama AMERIKA SYARIKAT.

Atas kepentingan itulah, AMERIKA SYRIKAT telah sewenang-wenangnya menaja ANWAR IBRAHIM, dengan harapan ANWAR akan menjadi PERDANA MENTERI. Segara dasar luar kerajaan akan mudah diubah apabila BUDAK SURUHAN mereka menjadi PERDANA MENTERI.

Segala-galanya telah menjadi percaturan ANWAR. Dia tidak akan melayan kehendak PAS yang mahukan sebuah negara ISLAM…. kerana dia mendapat sokongan kuat dari DAP. DAP yang sememangnya menjadi musuh dalam selimut amat berharap sekiranya ANWAR menjadi PERDANA MENTERI ..kerana semua perancangan mereka untuk menghapuskan HAK ORANG MELAYU akan terlaksana.

Terlalu banyak yang ANWAR lakukan , yang boleh menjahanamkan MALAYSIA, MELAYU dan ISLAM. Percayalah.. perjuangan ANWAR dan PKR bukanlah berlandaskan ISLAM ataupun MELAYU. Prinsip mereka adalah sama seperti DAP… Bila tiba masanya… PAS akan diperbodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR.

UiTM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA – MARUAH MELAYU MAKIN TERGADAI OLEH PAKATAN RAKYAT

In Uncategorized on August 14, 2008 at 3:55 pm

Marah, geram, rasa dipermain-mainkan, rasa tertipu……… macam macam lagi perasaan yang timbul di setiap benak rakyat bumiputera apabila MB SELANGOR mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Masing terpinga pinga apabila cadangan tersebut yang disuarakan sendiri oleh seorang berbangsa MELAYU tanpa memikirkan natijah disebalik cadangan itu. Yang pastinya wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid dan sudah pasti DAP lah dalang segala-galanya.

Aku tak paham kenapa begitu mudah MB SELANGOR mengeluarkan cadangan yang bukan saja memberikan tekanan kepada bumiputera malahan melemahkan lagi institusi keMELAYUan. Bukanlah persaingan dengan bukan bumiputera yang dipertikaikan, sedikit pun tak takut tetapi … tujuan penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa bumiputera.

Tak cukupkah semua IPTA lain diberikan kuota yang banyak kepada bukan bumiputera?. Bukankah sudah cukup banyak Kerajaan berlembut dengan memberikan tempat yang banyak kepada bukan bumiputera di IPTA lain?. Kenapa nak diganggu UiTM tu ek?.. Kaum bumiputera tak pernah kacau pun penubuhan pelbagai universiti bukan bumiputera seperti UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN. MB SELANGOR tak boleh nak pikir ker agaknya sensitiviti masyarakat bumiputera agaknya.. dok ikut jek apa yang DAP suruh buat. Agaknya kalau DAP suruh terjun longkang pun..dia akan terjun agaknya.

Wahai Menteri Besar SELANGOR, janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi bumiputera. Lambat dan lembap la pemikiran MB SELANGOR yang baru nih, tak langsung belajar dari kesilapan yang lalu… Kes Babi, Kes buat collection sempena 100 hari Pakatan Rakyat…. Ahhh.. macam-macam lagi laaa.. Tu baru sekejap memerintah.. kalau la lagi lama.. maka.. lagi banyaklah hak-hak keistimewaan orang MELAYU dan bumiputera akan dimanupulasikan oleh DAP.

Kini pada siapa lagi nak diharapkan bagi mempertahankan hak orang bumiputera terutama MELAYU.. PKR???? Jauh panggang dari api… Yang depa tahu..camner nak memerintah MALAYSIA… tak kira samada cara tu halal ker haram ker. Ohhh lupa lak… PAS???… Pun samalah.. Cuma baik sket dari PKR. Walaupun PAS tak der satu ketetapan atau pendirian .. laksana lalang.. tapi susah untuk mempertahankan hak bumiputera atau MELAYU.

Cukup la wahai KHALID IBRAHIM…. Bertaubatlah dan pohonlah kemaafan dari orang MELAYU kalau mahu terus memerintah SELANGOR. Rasanya orang MELAYU di SELANGOR dah mula rasa tertekan dan bosan apabila setiap tindakan atau cadangan oleh MB SELANGOR dibayangi oleh arahan dari DAP. Wahai KHALID IBRAHIM… mengapa harus tunduk pada setiap ayang yang disuarakan oleh DAP.

Tindakan UiTM meminta kerajaan negeri supaya tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum adalah satu langkah bijak. Biar Kerajaan Negeri tahu bahawa mereka tidak boleh berbuat sesuka hati setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Aku paling marah pada DAP yang menggunakan MB SELANGOR sebagai boneka dalam mencapai hasrat dan wawasan mereka.

APA NAK JADI DENGAN NASIB PAS KALAU ANWAR JADI PM

In Uncategorized on August 11, 2008 at 11:52 am

Kesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.

Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…

Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..

Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.

Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata. Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?. Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.

KENAPA ANWAR PILIH PERMATANG PAUH

In Uncategorized on August 8, 2008 at 3:14 pm

Sebelum pembubaran PERMATANG PAUH yang dibuat oleh SPR, kita telah dicanangkan dengan pelbagai cerita oleh ANWAR… Akan bertanding di KULIM laa.. kemudian SEBERANG JAYA laaa… tapi akhirnya dia memilih PERMATANG PAUH.

ANWAR juga pernah berkata bahawa proses pilihanraya bagi membolehkannya bertanding tidak akan diambil dari mana-mana kawasan yang telahpun dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT pada PRU 12 yang lalu. Tetapi apa yang berlaku kini benar-benar kontra dengan apa yang ANWAR telah suarakan dulu. Apakah muslihat ANWAR???

Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau bercakap selalu tak benar?.. bohong… dan menganggap pilihanraya adalah satu mainan. Adakah dia berfikir bahawa dia telah menyusahkan rakyat di PERMATANG PAUH yang terpaksa mengundi sekali lagi. Apakah rakyat di PERMATANG PAUH akan terus ditipu lagi. Setakat ini, aku tak nampak pun sebarang pembangunan yang dilaksanakan oleh WAN AZIZAH semasa menjadi AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH kerana apa yang aku lihat WAN AZIZAH sentiasa berada di KL pada setiap masa bagi menemani suaminya yang baru dituduh dengan kes LIWAT. Kalau lah ANWAR yang memenangi Kerusi Parlimen , masa bertambah sengsaralah rakyat PERMATANG PAUH. Apakah mereka mahu seorang PELIWAT dan penyokong kuat AMERIKA SYARIKAT memerintah MALAYSIA yang tercinta ini.

Sebenarnya ada muslihat kenapa ANWAR menjadikan PERMATANG PAUH sebagai hub bagi membolehkan dia melangkah kehadapan seterusnya. Tentu kita masih ingat tarikh KERAMAT yang dilaungkannya iaitu 16 SEPT 2008 di mana pintu akan terbuka luas kepadanya bagi melangkah ke PUTRAJAYA dan menjawat jawatan PERDANA MENTERI. Bayangkanlah WAN AZIZAH yang kini menjadi KETUA PEMBANGKANG terpaksa menarik diri bagi memberikan jalan kepada ANWAR. Bukankah ini satu permainan politik yang paling kotor yang pernah aku tengok. Bagaimana dia yang telah dilantik oleh rakyat yang mahukan dia berkhidmat dengan baik dan jujur… tetapi telah mempolitikkan keadaan dengan membenarkan ANWAR menggantikan tempatnya. Hanya PERMATANG PAUH sahaja tempat yang boleh dia lakukan walaupun terpaksa mengorbankan isterinya dari agenda politik.

ANWAR juga kini berada dalam keadaan amat tersepit….. kesukaran yang amat ketara apabila kes tuduhan liwat mula dilakukan pertuduhan serta mula mendapat liputan luas oleh pihak media dan elektronik. Bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes LIWATnya dari menjadi bualan hangat , maka dia terpaksalah mengadakan konpirasi sebegini. Tambahan pula kenyataannya bahawa akan berlaku Ahli Parlimen BN akan lompat parti bagi membolehkan PAKATAN RAKYAT memenangi majoriti kerusi Parlimen. Semuanya terpaksa dilakukan sebelum 16 SEPT 2008.

Pernahkah ANWAR berfikir bahawa proses lompat parti boleh berlaku sebaliknya iaitu Ahli Parlimen BA akan lompat parti ke UMNO??. Segalanya berkemungkinan kerana Ahli Parlimen dalam PAKATAN RAKYAT kini sudah tahu bahawa perjuangan PKR bersama DAP akan memberikan impak yang buruk kepada masyarakat melayu. Tindakan ANWAR yang menghalalkan pelbagai tindakannya bagi membolehkan dia memegang jawatan PM.

Aku seru .. semua rakyat PERMATANG PAUH… Janganlah undi ANWAR ..kerana dialah yang bakal merosakkan orang MELAYU.