Mr. Podas

BUAT PILIHAN SECARA BIJAK

In Uncategorized on August 5, 2008 at 2:45 pm

Rakyat telah pun mengetahui bahawa negara akan mengahadapi pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencuba nasibnya di Permatang Pauh dalam usahanya untuk kembali ke Parlimen. Permatang Pauh sememangnya telah menjadi kubu kuat PKR semenjak DSAI menjadi ahli parlimen dikawasan itu sebelum isterinya mengambil alih bagi mempertahankan kawasan itu jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Sebenarnya, keupayaan PKR bertahan di Permatang Pauh dalah lebih kepada dasar simpati rakyat kepada Anwar semata-mata. Seharusnya, rakyat di kawasan Permatang Pauh memikirkan kepentingan mereka jika mereka masih lagi dibawah PKR. Semenjak Wan Azizah mengambil alih kawasan tersebut, tiada perubahan yang ketara dilakukan olehnya dan rakyat sering merungut kerana beliau jarang menunjukkan mukanya untuk membantu membawa agenda rakyat kawasan itu untuk diperjuangkan. Ini jelas menunjukkan yang beliau hanya mahu mengekalkan kawasan itu sehingga suaminya keluar dari penjara. Sebagai bukti, beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh hanya semata-mata untuk meberikan laluan kepada DSAI menjadi ahli parlimen dan seterusnya sebagai Perdana Menteri. Tidakkah ini hanya lebih kepada kepentingan politik peribadi semata-mata?

Inilah masa yang sesuai untuk rakyat dikawasan Permatang Pauh untuk menolak kepimpinan DSAI yang banyak menipu rakyat selama ini. Rakyat tidak seharusnya bersubahat untuk membiarkan DSAI terus bermaharajalela menipu rakyat dengan menunjukkan perwatakan warak serta pejuang untuk semua bangsa. Jika benar beliau merasakan Pakatan Rakyat kuat, beliau tidak sepatutnnya memilih kawasan selamat atau kubu kuatnya untuk meraih simpati menjadi ahli parlimen. Jika beliau ingin membuktikan yang beliau sememangnya diterima rakyat, beliau perlu berani bertanding dikawasan lain selain Permatang Pauh.

Umumnya telah mengetahui, bahawa hanya BN sahaja yang dapat membawa agenda rakyat mencapai objektifnya kerana telah terbukti selama 50 tahun mereka memerintah, kebajikan semua kaum telah dipelihara dengan baik sehinggalah muncul DSAI yang cuba untuk menghuru harakan negara selain menggugat kestabilan perpaduan kaum yang selama ini bersatu dan hidup dalam keadaan harmoni. Jika rakyat di Permatang Pauh mahu melihat perpaduan kaum rakyat negara ini tergugat, pilihlah DSAI yang masa selama ini diagung-agungkan oleh Yahudi dan Amerika Syarikat.

INSAN YANG SEDAR…..

Advertisements
  1. hahaha..
    mana abaik nyer BN selama 50 tahun di PP..
    aku anak penang..tahu apa yg belaku..
    org melayu terpinggir..sudah ler..baru sekrg nak berkokok..

    biar kami pilih pimpinan baru..
    jauhi diri dari BN=Barang Naik..

    jangan sok sendiri..buka ler mata..buka ler telinga..

  2. Kalau begini, tarzan pun angkat tangan la.

    Kelibat orang-orang Umno sangat serius di musim pemilihan jawatan politik parti mereka yang berjalan sekarang.

    Satu ketika dulu ramai orang merungut pasal politik wang. Kini setakat wang belum cukup jadi pelincir, mesti diiringi dengan buah dan kuntau silat.

    Mungkin semua sudah pandai mengamalkan “freedom of expression”.

    Mesyuarat sesama sendiri pun macam nak pergi perang, tak payah sibuk kat permatang pauhlah!

    http://www.kadayanuniverse.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: