Mr. Podas

KENAPA ANWAR PILIH PERMATANG PAUH

In Uncategorized on August 8, 2008 at 3:14 pm

Sebelum pembubaran PERMATANG PAUH yang dibuat oleh SPR, kita telah dicanangkan dengan pelbagai cerita oleh ANWAR… Akan bertanding di KULIM laa.. kemudian SEBERANG JAYA laaa… tapi akhirnya dia memilih PERMATANG PAUH.

ANWAR juga pernah berkata bahawa proses pilihanraya bagi membolehkannya bertanding tidak akan diambil dari mana-mana kawasan yang telahpun dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT pada PRU 12 yang lalu. Tetapi apa yang berlaku kini benar-benar kontra dengan apa yang ANWAR telah suarakan dulu. Apakah muslihat ANWAR???

Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau bercakap selalu tak benar?.. bohong… dan menganggap pilihanraya adalah satu mainan. Adakah dia berfikir bahawa dia telah menyusahkan rakyat di PERMATANG PAUH yang terpaksa mengundi sekali lagi. Apakah rakyat di PERMATANG PAUH akan terus ditipu lagi. Setakat ini, aku tak nampak pun sebarang pembangunan yang dilaksanakan oleh WAN AZIZAH semasa menjadi AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH kerana apa yang aku lihat WAN AZIZAH sentiasa berada di KL pada setiap masa bagi menemani suaminya yang baru dituduh dengan kes LIWAT. Kalau lah ANWAR yang memenangi Kerusi Parlimen , masa bertambah sengsaralah rakyat PERMATANG PAUH. Apakah mereka mahu seorang PELIWAT dan penyokong kuat AMERIKA SYARIKAT memerintah MALAYSIA yang tercinta ini.

Sebenarnya ada muslihat kenapa ANWAR menjadikan PERMATANG PAUH sebagai hub bagi membolehkan dia melangkah kehadapan seterusnya. Tentu kita masih ingat tarikh KERAMAT yang dilaungkannya iaitu 16 SEPT 2008 di mana pintu akan terbuka luas kepadanya bagi melangkah ke PUTRAJAYA dan menjawat jawatan PERDANA MENTERI. Bayangkanlah WAN AZIZAH yang kini menjadi KETUA PEMBANGKANG terpaksa menarik diri bagi memberikan jalan kepada ANWAR. Bukankah ini satu permainan politik yang paling kotor yang pernah aku tengok. Bagaimana dia yang telah dilantik oleh rakyat yang mahukan dia berkhidmat dengan baik dan jujur… tetapi telah mempolitikkan keadaan dengan membenarkan ANWAR menggantikan tempatnya. Hanya PERMATANG PAUH sahaja tempat yang boleh dia lakukan walaupun terpaksa mengorbankan isterinya dari agenda politik.

ANWAR juga kini berada dalam keadaan amat tersepit….. kesukaran yang amat ketara apabila kes tuduhan liwat mula dilakukan pertuduhan serta mula mendapat liputan luas oleh pihak media dan elektronik. Bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kes LIWATnya dari menjadi bualan hangat , maka dia terpaksalah mengadakan konpirasi sebegini. Tambahan pula kenyataannya bahawa akan berlaku Ahli Parlimen BN akan lompat parti bagi membolehkan PAKATAN RAKYAT memenangi majoriti kerusi Parlimen. Semuanya terpaksa dilakukan sebelum 16 SEPT 2008.

Pernahkah ANWAR berfikir bahawa proses lompat parti boleh berlaku sebaliknya iaitu Ahli Parlimen BA akan lompat parti ke UMNO??. Segalanya berkemungkinan kerana Ahli Parlimen dalam PAKATAN RAKYAT kini sudah tahu bahawa perjuangan PKR bersama DAP akan memberikan impak yang buruk kepada masyarakat melayu. Tindakan ANWAR yang menghalalkan pelbagai tindakannya bagi membolehkan dia memegang jawatan PM.

Aku seru .. semua rakyat PERMATANG PAUH… Janganlah undi ANWAR ..kerana dialah yang bakal merosakkan orang MELAYU.

Advertisements
  1. Saya juga menyeru pengundi Permatang Pauh supaya tidak memilih DSAI pd pilihanraya kecil ini.Desas desus PAS tidak akan bekerja pd PR kecil juga sudah bertiup kencang dan telah sampai ke Kelantan.Walau tiada arahan rasmi dari pucuk pimpinan,Pok Nik berpendapat mood ahli PAS agak kendur dan longgar utk turut berkempen utk DSAI. Tambahan pulak Majlis Peguam yg didokongi oleh DSAI seolah2 mencabar ugama Islam yg menjadi ugama rasmi Malaysia..

    Wallahuallam..
    POK NIK PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: