Mr. Podas

APA NAK JADI DENGAN NASIB PAS KALAU ANWAR JADI PM

In Uncategorized on August 11, 2008 at 11:52 am

Kesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.

Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…

Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..

Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.

Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata. Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?. Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.

Advertisements
  1. Assalamualaikum,

    Saya pinjam saranan Mursyidul Am PAS, “Beri Anwar peluang”… Islam ajar kita agar husnul zhon yakni berbaik sangka dengan sahabat selagi tidak dikhianati. PAS adalah penentu dalam imban gan penubuhan kerajaan pusat. Jika Islam dikhianati PKR dan DAP setelah PR tubuh kerajaan pusat gantikan BN yang dah korup,waktu itu PAS boleh pisah dari PR. Anwar tau hal ini dan saya yakin segala intipati pentadbiran PR telah dibincangkan dengan Tuan Guru Nik Aziz, jika tidak tidak mungkin Tuan Guru meminta agar kita semua yakin dan beri peluang kepoada Anwar dan PR untuk memerintah.

    Mr. Podas, haram dsan berdosa kamu menimbulkan syak sesama pakatan dan rakan perjuangan. Usul fiqh mengajar kita kaedah ” Mudharat yang kecil harus diguna untuk atasi mudharat yang besar”. Jika pun PKR dan DAP menjadi mudharat kepada PAS( yang mana saya nafikan).. PAS harus tetap setia dengan PKR dan DAP jika dibanding dengan UMNO/BN yang jelas zalim dan korup.

  2. mr. podas,

    DAP dan PKR telah bertoleransi menerima MB PAS di Perak. Lupakah kamu???? Di selangor dibawah MB PKR, 2/3 peruntukan exco diberi kpd 3 exco dari PAS!!!! Lupakah kamu..??? Berbaik sangka lah dan jangan pecah belahkan jemaah!!!

  3. Aku menyeru pemimpin PAS supaya merenung sejenak kemana hala tujunya PR dibawah DSAI ini.Apa keuntungan kepada PAS utk terus kekal dalam PR.Kalau ikut naluri Pok Nik dari dulu lagi Pok Nik menentang gabungan dengan DAP ini malahan dengan PKR pon.PKR didominan oleh satu ras sahaja walaupun ramai org melayu menjadi ahlinya.Lihatlah tindak tanduk PKR..sapa yg membuat halatuju sekarang..
    Jadi sebelum terlambat PAS elok memikirkan semasak-masaknya apakah perlu berada dalam PR???
    Wallahuallam bi sawab

    POK NIK PAS

  4. Salam.

    Memang mudah mengata UMNO/BN zalim dan korup. Di bawah pemerintahan parti zalim dan korup inilah kamu senang lenang sekarang. Rakyat Malaysia terlalu susah ke? daif? merempat? Tidakkah kamu nampak bagaimana orang dari negara lain merempat dan mengemis di negara korup ini?.

    Fikirkan.

  5. ape la erti hidup bila hidup berpaksikan kesenangn dunia…
    wirawaja…kamu senang hati ke dok senang lenang dgn hasil korupsi…
    makan riba…tgk maksiat sepanjang masa…ape la gunanya senang sekarang tp susah nanti…

    igt semua…apelah ertinya pandangan manusia berbanding pandangan Allah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: