Mr. Podas

UiTM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA – MARUAH MELAYU MAKIN TERGADAI OLEH PAKATAN RAKYAT

In Uncategorized on August 14, 2008 at 3:55 pm

Marah, geram, rasa dipermain-mainkan, rasa tertipu……… macam macam lagi perasaan yang timbul di setiap benak rakyat bumiputera apabila MB SELANGOR mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Masing terpinga pinga apabila cadangan tersebut yang disuarakan sendiri oleh seorang berbangsa MELAYU tanpa memikirkan natijah disebalik cadangan itu. Yang pastinya wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid dan sudah pasti DAP lah dalang segala-galanya.

Aku tak paham kenapa begitu mudah MB SELANGOR mengeluarkan cadangan yang bukan saja memberikan tekanan kepada bumiputera malahan melemahkan lagi institusi keMELAYUan. Bukanlah persaingan dengan bukan bumiputera yang dipertikaikan, sedikit pun tak takut tetapi … tujuan penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa bumiputera.

Tak cukupkah semua IPTA lain diberikan kuota yang banyak kepada bukan bumiputera?. Bukankah sudah cukup banyak Kerajaan berlembut dengan memberikan tempat yang banyak kepada bukan bumiputera di IPTA lain?. Kenapa nak diganggu UiTM tu ek?.. Kaum bumiputera tak pernah kacau pun penubuhan pelbagai universiti bukan bumiputera seperti UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN. MB SELANGOR tak boleh nak pikir ker agaknya sensitiviti masyarakat bumiputera agaknya.. dok ikut jek apa yang DAP suruh buat. Agaknya kalau DAP suruh terjun longkang pun..dia akan terjun agaknya.

Wahai Menteri Besar SELANGOR, janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi bumiputera. Lambat dan lembap la pemikiran MB SELANGOR yang baru nih, tak langsung belajar dari kesilapan yang lalu… Kes Babi, Kes buat collection sempena 100 hari Pakatan Rakyat…. Ahhh.. macam-macam lagi laaa.. Tu baru sekejap memerintah.. kalau la lagi lama.. maka.. lagi banyaklah hak-hak keistimewaan orang MELAYU dan bumiputera akan dimanupulasikan oleh DAP.

Kini pada siapa lagi nak diharapkan bagi mempertahankan hak orang bumiputera terutama MELAYU.. PKR???? Jauh panggang dari api… Yang depa tahu..camner nak memerintah MALAYSIA… tak kira samada cara tu halal ker haram ker. Ohhh lupa lak… PAS???… Pun samalah.. Cuma baik sket dari PKR. Walaupun PAS tak der satu ketetapan atau pendirian .. laksana lalang.. tapi susah untuk mempertahankan hak bumiputera atau MELAYU.

Cukup la wahai KHALID IBRAHIM…. Bertaubatlah dan pohonlah kemaafan dari orang MELAYU kalau mahu terus memerintah SELANGOR. Rasanya orang MELAYU di SELANGOR dah mula rasa tertekan dan bosan apabila setiap tindakan atau cadangan oleh MB SELANGOR dibayangi oleh arahan dari DAP. Wahai KHALID IBRAHIM… mengapa harus tunduk pada setiap ayang yang disuarakan oleh DAP.

Tindakan UiTM meminta kerajaan negeri supaya tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum adalah satu langkah bijak. Biar Kerajaan Negeri tahu bahawa mereka tidak boleh berbuat sesuka hati setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Aku paling marah pada DAP yang menggunakan MB SELANGOR sebagai boneka dalam mencapai hasrat dan wawasan mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: