Mr. Podas

TEMBELANG ANWAR TERBONGKAR JUGA AKHIRNYA

In Uncategorized on August 24, 2008 at 5:32 pm

Sejarah telah membuktikan bahawa ANWAR merupakan insan yang menyebabkan ekonomi MALAYSIA ranap pada 1998 yang lalu. Ketika dia menjadi MENTERI KEWANGAN dalam kerajaan MALAYSIA, tiada apa yang dilakukannya demi memulihkan kembali kegawatan ekonomi melainkan memujuk kerajaan supaya menandatangani dengan IMF.

Dengan prinsip menghalalkan segalanya demi politik peribadinya, dia telah merosakkan ekonomi negara. Dengan harapan bahawa rakyat akan bangkit merusuh, mengguling kerajaan dan kemudian ANWAR akan bangkit sebagai hero.. sebagai penyelamat kepada kegawatan ekonomi.

Nasib baiklah ianya cepat disedari oleh Tun MAHATHIR MOHAMAD, bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA pada ketika itu. Terfikir oleh kita , mengapa ANWAR yang dulunya di war-warkan akan menggantikan Tun MAHATHIR sebagai PERDANA MENTERI, tiba-tiba dilucutkan jawatannya. Inilah akibatnya kalau GILA KUASA telah menguasai diri…hingga sanggup melakukan tindakan menjatuhkan ekonomi negara sendiri.

Ternyata benar apabila ANWAR menjadi BUDAK SURUHAN dan PERISIK kepada AMERIKA SYARIKAT. AMERIKA SYARIKAT telah terlalu lama ingin menguasai MALAYSIA bagi membolehkan mereka menakluki SELAT MELAKA. SINGAPURA sudah mereka kuasai, Cuma mengharapkan persetujuan MALAYSIA. Kita memang tahu bahawa dasar luar MALAYSIA tidak membenarkan SELAT MELAKA menjadi laluan KAPAL PERANG mana-mana kerajaan terutama AMERIKA SYARIKAT.

Atas kepentingan itulah, AMERIKA SYRIKAT telah sewenang-wenangnya menaja ANWAR IBRAHIM, dengan harapan ANWAR akan menjadi PERDANA MENTERI. Segara dasar luar kerajaan akan mudah diubah apabila BUDAK SURUHAN mereka menjadi PERDANA MENTERI.

Segala-galanya telah menjadi percaturan ANWAR. Dia tidak akan melayan kehendak PAS yang mahukan sebuah negara ISLAM…. kerana dia mendapat sokongan kuat dari DAP. DAP yang sememangnya menjadi musuh dalam selimut amat berharap sekiranya ANWAR menjadi PERDANA MENTERI ..kerana semua perancangan mereka untuk menghapuskan HAK ORANG MELAYU akan terlaksana.

Terlalu banyak yang ANWAR lakukan , yang boleh menjahanamkan MALAYSIA, MELAYU dan ISLAM. Percayalah.. perjuangan ANWAR dan PKR bukanlah berlandaskan ISLAM ataupun MELAYU. Prinsip mereka adalah sama seperti DAP… Bila tiba masanya… PAS akan diperbodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: