Mr. Podas

ANWAR KELAM KABUT AHLI PARLIMEN BUAT LAWATAN KE LUAR NEGARA

In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:30 am

5 September telah berlalu, namun tiada seorang pun ahli parlimen yang lompat ke Pakatan Rakyat (PR). Jika benar ahli parlimen akan melompat parti seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar kenapa perlu tunggu sehingga 16 September. Bahkan beliau boleh mengumumkan siapakah yang akan melompat ke Pakatan Rakyat ketika ini dan terus membentuk kerajaan menjelang 16 September. Manakala sewaktu lawatan beliau ke Indonesia baru-baru ini beliau telah ditemu ramah oleh salah sebuah stesen tv disana. Beliau di Tanya berapakah ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat dan beliau tidak dapat meberikan berapakah jumlah sebenar mereka yang ingin beralih arah. Ini menunjukkan isu ahli parlimen yang akan melompat parti hanyalah satu pembohongan semata-mata dan hanya mahu menimbulkan provokasi antara beliau dengan parti pemerintah.

Baru-baru ini, timbul pula tentang ahli parlimen dari Barisan Nasional akan mengikuti satu lawatan ke luar negara bagi mempelajari teknik pertanian moden. Lawatan tersebut akan mengambil masa sehingga 19 September ini. Anwar dilihat seperti tidak tentu arah kerana kebanyakan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesedian untuk mengikuti lawatan tersebut. Ianya semakin terbukti bahawa tindakan lompat parti oleh ahli parlimen BN ke PR hanyalah retorik semata-mata.

Sebagai rakyat Malaysia, Anwar seharusnya bertindak secara professional dan bukan menggunakan taktik kotor untuk membentuk kerajaan. Jika beliau kemaruk sangat untuk menjadi Perdana Menteri, beliau seharusnya tunggu pada Pilihan Raya akan datang dan biarkan rakyat yang menentukan siapakah pilihan mereka samaada BN atau PR. Anwar dilihat cuba menggunakan elemen-elemen rasuah dengan cuba mempengaruhi ahli parlimen Sabar atau Sarawak untuk menyertai PR dimana mereka akan mendapat kepentingan seperti memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri jika belia berkuasa. Inikah ciri-ciri seorang Perdana Menteri yang kita mahukan……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: