Mr. Podas

RAJA PETRA YANG KURANG AJAR….

In Uncategorized on September 9, 2008 at 9:35 am

Sejak kebelakangan ini, para bloggers semakin berani untuk menjadi hero dengan mengeluarkan isu-isu hangat seperti fitnah, berbaur perkauman, mempersendakan agama dan sebagainya. Selepas Majlis Peguam yang berani mempertikai Perlembagaan Persekutuan berkenaan memeluk Islam (rata-ratanya para peguam ini bukan beragama Islam), timbul pula isu seorang blogger yang terkenal dengan berita-berita sensasi yang mengaku dirinya adalah seorang Islam sejati telah mempersendakan Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Ianya tidak lain tidak bukan RAJA PETRA KAMARUDIN iaitu penulis blog laman MALAYSIATODAY. Sudahlah beliau ini suka menyebarkan fitnah yang tiada bukti benar kesahihannya kini beliau tanpa rasa bersalah berani mempersendakan agamanya sendiri. Apa sudah jadi ni?

Sebagai seorang umat Islam dan pengendali laman blog di negara ini, beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap segala isu-isu yang telah beliau bangkitkan selama ini. Umat Islam di negara ini sememangnya tidak boleh menerima jika AGAMA ISLAM dipermainkan terutamanya oleh seorang Beragama Islam sendiri. Dimanakah letaknya moral seorang blogger yang bertanggungjawab terhadap rakyat Malaysia dalam menyampaikan maklumat? Sememangnya diakui pengendali laman blog dibenarkan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan berfakta, tetapi janganlah sehingga menyinggung perasaan orang lain di negara ini lebih-lebih lagi kita yang hidup bersama dengan pelbagai kaum.

Semangat perpaduan antara kaum dilihat agak tergugat sejak kebelakangan ini kerana beberapa faktor seperti kebebasan bersuara serta peranan pengendali laman blog yang meniupkan semangat perkauman serta agama.

Raja Petra perlu dihukum kerana kesilapannya yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di negara ini. Tindakan Badan Islam yang membuat laporan polis adalah tepat pada masanya. Jika tindakan tidak diambil sekarang, Raja Petra akan bebas untuk menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan umat Islam sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: