Mr. Podas

ANWAR IBRAHIM – MENGHALALKAN CARA DEMI KUASA

In Uncategorized on September 10, 2008 at 10:21 am

Sekalung tahniah kepada ANWAR di atas kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh. Rakyat kini akur dengan sistem demokrasi yang telus yang selama ini digembar gemburkan oleh parti Pembangkang sebagai penuh dengan kotoran. (pengundi hantu, SPR yang tidak adil dan sebagainya). Namun begitu disebalik kemenangan PAKATAN RAKYAT terdapat beberapa perkara yang dilihat menjadi kepincangan kepada kesuburan demokrasi di MALAYSIA.

Semua orang pasti akan merasakan bahawa cara ANWAR menarik ahli Parlimen BN untuk menyertai PAKATAN RAKYAT amatlah keji. Ianya bagaikan satu penghinaan kepada AP dengan anggapan tidak mempunyai integriti, kerendahan MORAL sehingga sewenang-wenangnya boleh melompat parti. Ianya bukanlah berkonsepkan HIJRAH… tetapi dengan apa yang berlaku saban hari memberikan IMPAK bahawa… PAKATAN RAKYAT tak mampu membawa masyarakat MALAYSIA kepada negara yang lebih berdaya maju dengan keharmonian kaum yang sentiasa terjamin. Lihat sajalah apa yang telah berlaku kepada mangsa bencana alam di KAPAR yang telah ditidakkan hak mereka bagi mendapat perhatian Kerajaan Negeri SELANGOR. Alasan yang diberikan oleh MB SELANGOR anatlah tidak masuk akal… kerana nak elakkan pembaziran. Keperihatinan pemimpin yang diperlukan, sebagaimana berlaku di KEDAH, PAHANG dan KELANTAN. Lihatlah bagaimana Sultan PAHANG turun melawat mangsa. Tak pulak dikatakan membazirkan wang kerajaan. Pemimpin beginikan IMPIAN rakyat??? Tepuk dada tanya selera…

ANWAR terlalu takbur dengan menyatakan bahawa 16 SEPT. akan berlakunya peralihan kuasa di MALAYSIA di mana BN akan turun digantikan dengan PAKATAN RAKYAT. Dengan bongkaknya ANWAR memaklumkan bahawa majoriti AP BN akan menyokong dan berpindah parti. Itu sudah takbur…jangan terlalu menyangka bahawa dia boleh melakukan apa saja hanya dengan meng”HALAL”kan cara demi memastikan memperolehi AP yang lompat parti. Tak pernah kah Ulama handal YUSUF QARDAWI menasihatkan ANWAR supaya bersabar dalam melakukan apa-apa penugasan?.

Tak perlu rasanya menjadikan 16 SEPT sebagai satu tarikh keramat peralihan kuasa. Lebih baik negeri – negeri PAKATAN RAKYAT menumpukan sepenuh perhatian mentadbir serta menunaikan semua manifesto Pilihan raya yang lalu. Ini lebih penting dalam memastikan kedudukan mereka sentiasa di hati rakyat. Masih terlalu banyak janji-janji yang diberikan kepada rakyat yang belum ditunaikan.

ANWAR IBRAHIM telah menghalalkan apa jua cara untuk memastikan dirinya di kemuncak sebagai Perdana Menteri. Sehinggakan melibatkan rakyat jelata supaya menghantar SMS kepada Menteri atau AP BN mendesak mereka meletak jawatan. Bagaimana seorang yang selama ini dianggap beretika sanggup menyediakan senarai nama dan ucapan yang perlu di SMS kan kepada AP BN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: