Mr. Podas

Deklarasi Dubai.

In Uncategorized on September 10, 2008 at 10:20 am

PRU12 adalah punca segala-galanya. PRU12 telah menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri. PRU12 telah memberi kekuatan baru kepada Kerajaan PAS Kelantan (kununnya atas faktor ketokohan dan kebijaksanaan Husam). PRU12 telah memberikan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang. PRU12 telah memberi keyakinan baru kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan mimpi dan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi PM menjadi kenyataan.

PRU12 juga telah menjadikan PAS sebagai “King Maker” – apabila PAS bersama PR, 5 buah negeri berjaya diperintah oleh PR iaitu Kedah, Pulau Pinang (walaupun DAP selalu cakap hanya kerajaan DAP/PKR untuk menafikan kehadiran PAS), Perak, Selangor dan Kelantan dan pada masa yang sama 2/3 majoriti BN diparlimen telah dinafikan. Tetapi seandainya PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO – maka 4 buah negeri yang dikuasai oleh PR akan tumbang dan BN akan kembali memperolehi 2/3 majoriti. Dan dengan sendirinya cita-cita Anwar untuk menjadi PM akan berkubur. Kemungkinan inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar, seboleh-bolehnya PAS adalah sama sekali tidak dibenarkan mendekati UMNO, apalagi bertemu atau berunding. Sejarah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang terbuka dan rational asalkan kepentingan Islam dan prinsipnya perjuangannya terbela. PAS pernah bersama dengan kerajaan Perikatan di zaman Tun Razak, Pas pernah bersama Semangat 46 dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pas juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor sehingga kini. Dan adalah tidak mustahil kalau PAS tiba-tiba sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Atas kerisauan inilah gamaknya Anwar mula merancang sesuatu untuk memastikan agar PAS tidak boleh meninggalkan PR untuk bersama dengan UMNO.

Anwar mula membuat “homework”nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau “pegang”. Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar “Al-Juburi”) dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala’ kepada PAS). Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri).

Maka perancangan diatur oleh Anwar bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Husam, memandangkan Tan Sri Khalid agak rapat dengan Husam ketika itu. Dan supaya tidak terlalu nampak perancangan mereka, maka Tan Sri Khalid mengunakan nama kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan lawatan ekonomi ke Dubai. Penyusunan yang rapi telah dibuat agar Anwar dan Husam juga berada di Dubai sempena lawatan kerajaan negeri Selangor tersebut.

Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti. Maka kembanglah Husam dengan tawaran sedemikian. Pucuk dicita ulam mendatang. Tetapi bukan semudah itu untuk mencapainya. Beberapa tugasan telah diberikan oleh Anwar kepadanya untuk dilaksanakan supaya impian tersebut betul-betul menjadi kenyataan. Yang penting ketidakupayaan Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden menerajui PAS mesti di war-warkan untuk memberi ruang yang mudah untuk Husam naik.

Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai.

Beliau mengumpulkan “orang-orang”nya yang boleh diharap dan dipercayai seperti Syed Azman, Kamarudin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub dan mempengaruhi beberapa orang lagi untuk menjadi balaci mereka seperti Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dll. (entah apalah yang telah digula-gulakan Husam kepada mereka). Tugas besar mereka ialah untuk menggagalkan sebarang bentuk pertemuan diantara PAS dan UMNO. Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan Presiden dan Timbalannya mengadakan pertemuan dengan UMNO. Bersungguh-sungguh jugalah mereka samada dalam ceramah mahupun kenyataan bertulis mengungkit sejarah lama UMNO dan menghentam secara membuta tuli pertemuan diantara PAS dan UMNO sehingga merendahkan martabat pimpinan tertinggi PAS (Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden) dikaca mata rakyat dan ahli PAS sendiri.

Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan UMNO. Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura dan kadangkala bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri – sekejap setuju sekejap tidak setuju. Semua itu adalah hasil gerak kerja dan hasutan Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Akhirnya mereka bersorak kegembiraan apabila mereka rasa gerak kerja terancang mereka membuahkan hasilnya apabila Meyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bersama dengan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini telah membuat keputusan supaya tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama diantara PAS dan UMNO. Tetapi mereka lupa kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila persetujuan lain dicapai iaitu pertemuan dengan mana-mana pihak masih tetap dibenarkan. Mereke juga lupa kebijaksanaan Majlis Syura Ulama yang masih mengekalkan keputusan mereka untuk membenarkan sebarang bentuk pertemuan dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan Melayu.

Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan “Erdogan” dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO. Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka – iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO. Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS. Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka. Hanya ulama yang berilmu, bertaqwa dan sentiasa dekat dengan Allah sahajalah yang mampu mempertahankan PAS dan prinsip perjuangannya.

Sumber dari : antihusam.blogspot.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: